Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kali ni saya cuba resipi beef sausage bread dari Hamdan Mubarak dari TikTok. Bila nampak menu ni keluar kat fyp saya, terus teringat yang saya ada roti sausage, sausage dan daging kisar dalam peti ais. 'Eh, boleh try ni'.
Apalagi, petang, lepas asar, saya pun cuba. Dan oleh kerana ada orang nak datang ziarah FIL yang tak sihat, makanya rezeki merekalah dapat merasa air tangan menu terbaru saya. Menu ni lebih kurang macam satu menu kat A&W cuma yang ni versi orang Melayu kita. Ada letak jintan manis, jintan putih, rempah kari. Jadi, rasanya memang berempah dan sedap.
Ini resipinya dari Hamdan Mubarak. Cuma saya tak letak tomato puri tapi ganti dengan sos cili. Rasanya still sedap.
Bahan:
8 keping roti hotdog
8 batang hotdog yang direbus
1 pek kecil daging cincang (saya guna brand Ramly)
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dicincang
1/4 cawan minyak masak
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar sos cili
1/4 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Setelah panas, masukkan hirisan bawang besar. Kacau sebentar dan masukkan pula bawang putih. Setelah naik bau, masukkan pula daging cincang. Kacau dan masak daging sehingga air daging berkurangan.
2. Setelah nampak daging sudah masak, masukkan pula serbuk kari, serbuk cili, jintan manis, jintan putih, lada hitam dan sos cili. Kacau sehingga semuanya mesra.
3. Kemudian, masukkan air. Kacau dan biarkan ia masak sebentar. Selepas itu, perasakan dengan gula dan garam. Kacau sebentar dan jika rasa dah ok, boleh tutup api dan letakkan daging cincang tadi dalam mamgkuk.
4. Oleh kerana saya tak berapa nak rajin keluarkan periuk kukus dari gobok, rotinya saya bakar sebentar atas kuali leper. Anda boleh sapukan mentega atau mayonis di dalam belahan roti hotdog dan bakar sebentar atas kuali leper. Bila nampak sedikit keperangan, angkat dan ketepikan.
5. Ambil sekeping roti dan masukkan sausage di tengahnya. Kemudian, letakkan daging berempah tadi di atas sausage di tengah roti. Taburkan dengan sedikit hirisan bawang besar. Letakkan roti beef sausage kita dalam pinggan besar. Siapkan hidangan roti kita seterusnya dan apabila selesai, anda boleh nikmati beef sausage bread ni begitu sahaja atau boleh mayonis dan mustard di atasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan