Bagaimana Menulis Jurnal Kesyukuran Mengubah Cara Otak Melihat Hidup
Menulis jurnal mampu mengubah cara otak kita melihat hidup dan menukar perspektif negatif kepada positif. Betul ke pernyataan ni? Dalam hidup yang serba pantas hari ini, ramai antara kita semakin terbeban dengan tekanan kerja, tanggungjawab keluarga, keletihan emosi dan tuntutan sosial. Kadang-kadang kita terasa seolah-olah hidup hanya penuh kekurangan — tidak cukup masa, tidak cukup tenaga, tidak cukup pencapaian, tidak cukup rehat dan macam-macam lagilah yang tidak cukup. Namun, ada satu amalan kecil yang mampu mengubah cara kita melihat dunia dan cara otak memproses pengalaman harian: menulis jurnal kesyukuran.
Kenapa saya menekankan tentang menulis mampu merubah otak kita untuk menukar perspektif? Adakah dapatan daripada mana-mana kajian menyatakan tentang kesahihan perkara ini? Ada pengalaman orang-orang tertentu ke yang boleh dijadikan sandaran?
Mungkin kelihatan terlalu mudah hanya dengan menulis perkara yang kita syukuri, kita sudah mengubah cara berfikir. Tetapi di sebalik amalan kecil menulis inilah terdapat perubahan biologi dan emosi yang sangat besar. Saya sendiri rasai perubahannya setelah lebih 4 tahun mengamalkan terapi menulis ini. Ia bukan datang sehari atau seminggu. Ia mengambil masa sekurangnya 66 hari. Terdapat kajian daripada UCLA, Harvard, Berkeley University, University of Utah, Universitas Brawiya Malang dan beberapa kajian klinikal luar menunjukkan sedikit masa perlu diambil untuk merubah cara otak, fikiran dan tabiat kita. Sedikit masa perlu diambil kerana kita sedang melatih otak, emosi dan tabiat kita untuk berubah kepada sesuatu yang sedikit sukar untuk berubah kerana telah sebati dengan hidup. Kesannya bukan berlaku dalam sehari, tetapi perlahan-lahan membentuk cara otak bekerja, sehingga akhirnya kita lebih cenderung melihat kebaikan daripada keburukan, lebih nampak peluang daripada masalah, lebih bersabar dan lebih menghargai kehidupan daripada mengeluh tentang kekurangan yang kononnya ada.
Otak Dibentuk oleh Apa yang Kita Fokuskan
Kajian neurosains menunjukkan bahawa otak manusia mempunyai keupayaan untuk berubah mengikut tabiat dan fokus kita. Proses ini dipanggil neuroplasticity. Apabila kita sentiasa memberi perhatian kepada sesuatu, sama ada emosi negatif atau positif — otak membina “laluan” atau corak baharu yang menjadi kebiasaan. Sebagai contoh, jika selalunya kita membaca al-Quran hanya 2 mukasurat sehari tetapi kita ingin merubah atau upgrade diri dengan membaca al-Quran 3 mukasurat sehari, secara tidak langsung kita menyuruh otak dan badan kita untuk fokus pada tabiat baru yang ingin diubah. Di sini, otak secara tidak langsung bersedia untuk merubah apa yang kita kehendaki.
Apabila kita sering mengeluh, mengkritik diri, atau membandingkan hidup dengan orang lain, otak akan menjadi lebih cekap memproses rasa tidak puas hati. Kita melatih diri untuk melihat banyak kekurangan berbanding kekuatan yang dimiliki. Jika ini tidak dibenteras, lama-kelamaan, otak mencari apa sahaja yang salah lebih cepat daripada apa yang betul.
Sebaliknya, apabila kita menulis jurnal kesyukuran, kita melatih otak untuk mencari perkara-perkara baik yang berlaku setiap hari. Pada mulanya mungkin sukar kerana otak atau fikiran kita belum biasa.
9 pilihan kecil yang menjemput rasa bahagia dalam hidup
Di sini, saya senaraikan 9 pilihan kecil yang mampu menjemput rasa bahagia dalam hidup dan menerbitkan senyuman pada wajah yang ketat dan tertekan. Ia berdasarkan pembacaan, pengalaman sendiri dan juga pengamatan pada orang sekeliling.
- Belajar sayangi diri sendiri – Sayangi dan urus diri kita dengan sebaiknya. Berusaha untuk tidak terjebak kepada perkara-perkara negatif yang menggugat ketenangan diri dan orang lain.
- Percaya bahawa bahagia itu adalah pilihan – Kita yang mencorakkan hidup kita itu sama ada mahu gembira, serius, sedih, tersenyum atau apa pun emosi. Kita yang memilih untuk mencipta bahagia atau teruskan dengan kesedihan dan kekesalan dalam diri.
- Melakukan sesuatu yang bermanfaat pada orang lain – Membantu, berkongsi rezeki, meringankan beban, bersedekah, menolong dan meluangkan masa adalah antara cara kita boleh melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk orang lain. Selalunya, bila kita berjaya meringankan sedikit beban atau membantu orang dalam kesusahan, Allah seperti kurniakan kita hati yang berasa lapang dan bahu yang terasa ringan.
- Berfikiran positif – Memiliki pemikiran yang positif dapat membantu memberikan kita kepercayaan terhadap diri sendiri dan berusaha mencari jalan untuk merealisasikan apa yang ingin dilakukan. Sebagai contoh, ingin belajar membuat kudapan negara luar walaupun tidak pernah rasa sebelum ini. Jadi, kena yakinkan diri yang kita boleh lakukan jika ikut langkah yang betul di dalam Youtube.
- Bersyukur atas apa sahaja perkara kecil yang berlaku dalam hidup – Dapat menikmati nasi lemak yang sedap, dapat menonton filem Zootopia, rumah berbau wangi lepas di mop atau meluangkan masa bersama kawan, itu semua adalah antara perkara kecil yang kita terlepas pandang. Perkara sebegini memberi kita rasa tenang semasa atau selepas melakukannya. Belajar bersyukur walaupun kadang-kala kita tidak sedar perkara sebeginilah yang menyumbang kepada rasa bahagia.
- Nikmati setiap detik dalam hidup – Satu-satunya hal paling bahagia adalah waktu sekarang! Jadi, nikmatilah kehidupan anda yang sekarang ini dengan sepuasnya kerana hidup ini sangat indah apabila dikenang kembali. Perkara lepas yang menyakitkan biarkan ia berlalu dan jadikan ia pelajaran dari Allah untuk mematangkan kita. Perkara hadapan yang belum berlaku, kita berdoa agar Allah permudahkannya.
- Belajar memaafkan kesilapan kecil – Lepaskan beban yang tidak perlu dan teruskan hari dengan senyuman, kegembiraan dan perkara yang menyeronokkan diri kita. Memaafkan ini tidak mudah tapi jika kita tidak ‘melepaskan’, hati kita yang akan sentiasa berasa ‘sesak’.
- Mulakan hari dengan niat yang baik – ia membuka pintu rezeki hati dan menenangkan jiwa. Bila kita merancang untuk berbuat baik atau memanfaatkan apa yang ada dalam diri untuk kebaikan orang lain, insyaAllah akan ada jalan Allah akan tunjukkan (kita sendiri akan dapat rasainya).
- Bermimpi besar demi motivasikan diri – Bermimpi besar ini merupakan teknik yang digunakan untuk menggembirakan hati sendiri di mana, secara tidak sedar ia adalah cara memotivasikan diri untuk merealisasikan apa yang diingini. Sebagai contoh, belajar teknik mewarna batu yang sebelum ini tidak pernah dilakukan. Batu-batu yang cantik dan ditulis dengan kata-kata motivasi ini mampu menyerikan hati pembacanya.
Bila kita mula sedar bahawa kebahagiaan boleh lahir daripada hal-hal sederhana dan kecil ini, kita akan dapati — hidup ini sebenarnya sudah pun indah. Untuk anda mulakan rasa bahagia yang berpanjangan dan menghargai apa yang telah dikurniakan Allah, anda boleh cuba untuk menulis perkara-perkara yang disyukuri dan dihargai setiap hari. Jika anda tidak pasti bagaimana mahu bermula, anda boleh dapatkan Jurnal Kesyukuran di Ekspresi Syukur. Jurnal ini perlahan-lahan memandu kita bukan sahaja menyenaraikan secara ringkas tentang perkara baik yang berlaku dalam hidup tetapi juga disertakan dengan doa, kata-kata motivasi dan tips-tips lain yang membantu anda untuk berusaha mengekalkan momenta bersyukur dan bersangka baik pada Allah.
Syukur dan Sabar dari Sudut Pandang HAMKA
Ada satu mutiara kata HAMKA yang mengingatkan pentingnya rasa syukur dan sabar. Beliau berpesan “Syukur dan sabar itu seperti sayap. Sayap sebelah kanan adalah syukur, sayap sebelah kiri adalah sabar. Jika patah salah satunya, maka jatuhlah kita.” Pesanan beliau ini menunjukkan bahawa dalam apa jua situasi, kita sebagai manusia terutama sekali hamba-Nya, kena sentiasa ingatkan diri untuk bersyukur dan juga sabar denga ujian.
Dalam karya-karya agung HAMKA seperti Tasauf Moden dan Lembaga Budi, beliau sering mengingatkan bahawa dua sifat yang paling tinggi dalam perjalanan rohani manusia ialah syukur dan sabar. Kedua-duanya ibarat dua sayap bagi hati yang ingin terbang menuju ketenangan dan redha Allah. Seseorang yang hanya memiliki salah satu daripadanya belum sempurna jiwanya; kerana hidup ini sentiasa bergilir antara nikmat dan ujian.
1. Syukur: Melihat Nikmat Sebagai Jalan Menuju Allah
Bagi HAMKA, syukur bukan sekadar ucapan “Alhamdulillah” di bibir, tetapi satu kesedaran mendalam bahawa setiap kebaikan yang datang adalah tanda kasih Allah. Beliau menulis bahawa orang yang bersyukur itu bukan hanya pada saat menerima rezeki yang banyak, tetapi juga ketika diberi peluang berbuat baik, ketika masih punya kesihatan, dan ketika hatinya tidak terputus dari zikir.
HAMKA menegaskan bahawa “orang yang bersyukur akan menjadikan nikmat sebagai alat mendekatkan diri kepada Allah, bukan alat untuk bermegah.” Maka, bersyukur itu bukan pasif — ia menggerakkan hati untuk berbuat lebih baik, memberi lebih banyak, dan menghindar dari keluh kesah, cemburu dan rasa sedih. Dalam pandangan beliau, syukur adalah bentuk kesedaran spiritual yang membuat manusia hidup dengan tenang meskipun sederhana, kerana hatinya penuh rasa cukup (qana‘ah).
2. Sabar: Keteguhan Jiwa di Tengah Gelombang Hidup
Sementara itu, sabar menurut HAMKA adalah kekuatan batin yang lahir dari keyakinan terhadap janji Allah. Dalam Tasauf Moden, beliau menulis bahawa sabar bukan bererti diam dan menyerah, tetapi tabah berusaha tanpa mengeluh, sambil menyerahkan hasilnya kepada Allah. Orang sabar bukan tidak
30 tips untuk bangkit dari jatuh demi meneruskan kehidupan yang lebih membahagiakan di masa hadapan
Semua orang pernah hadapi ujian jatuh dan bangun dan jatuh dan bangun lagi. Cuma bagaimana untuk bangkit dari jatuh yang banyak kali itu memerlukan kekuatan, semangat, doa dan perasaan tidak mudah putus asa. Saya sendiri akui, berpuluh kali hadapi kejatuhan dalam sesuatu perkara sampai ada ketika saya jadi fobia. Tapi jatuhnya saya itu mengingatkan saya bahawa ‘aku tak boleh selamanya jadi macam ni. Aku kena kuat. Aku ada Allah. Apa nak jawab depan Allah nanti. Apa saham akhirat aku nak bawa?’, itu antara monolog saya dalam hati untuk kuatkan semangat. Antara monolog lain yang bantu saya adalah ‘Ya Allah, tolong aku. Bantu aku. Tenangkan hatiku. Bimbing aku’.
Monolog-monolog ini adalah antara kata-kata afirmasi buat diri sendiri agar dapat kuatkan semangat semula dan jangan sekali-kali larut dalam kesedihan atau kemarahan berpanjangan. Saya pernah hadapi situasi ini dan ia membuatkan saya mengambil masa untuk bangkit. Apapun saya bersyukur, walaupun bertahun, Allah tetap beri saya kekuatan untuk pulih kembali. Dia bimbing dan Dia pandu dalam meneruskan hidup yang masih dipinjamkan nyawa ini. Dan oh ya, ada satu mutiara kata dari HAMKA yang buat saya belajar untuk menerima kejatuhan atau kesedihan yang berlaku pada diri dengan lebih tenang. kata-katanya beliau ada benarnya. Saya harap anda juga dapa jadikan ia satu pegangan bila berhadapanan dengan ujian hidup yang unpredictable.
“Hidup terbina antara pahit dan manis. Jikalau selalu saja pahit, hati akan menjadi rawan dan kalau senantiasa saja manis, hati akan menjadi bosan." (HAMKA)
Jika anda seperti saya, sering berhadapan dengan jatuh bangun yang berkali-kali dalam hidup dan ada
Kota baca 2026 di Dataran Merdeka, banyak benda baru saya belajar
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah 25 April lepas saya dan suami ada rezeki untuk datang ke Kota Baca di Dataran Merdeka. Syukur sangat. Kami keluar awal pagi. Jam 7.30 gerak dari Ampang rumah mama dan sampai ke Central Market (CM) dalam jam 7.50 gitu (nampak tak timing tu bila jalan clear dan tak jem). Dah sampai awal tu, udahnya kami ronda-ronda kawasan CM kejap, area Dayabumi dan sarapan. We call all the memories masa belajar dan dating dulu.
Dalam pada nak cepat ke Dataran, entah macam mana, termerayap kejap area CM. Layan tengok bangunan McD lama jadi hotel, kawasan sekitar yang dilukis mural dan taman depan jam KL dah
33 sebab menulis itu penting selagi masih hidup
Menulis itu penting kerana ia bukan sahaja sebagai alat komunikasi kepada pembaca tetapi juga sebagai cara untuk menyampaikan ilmu, berkongsi maklumat dan penyimpan data yang terbaik. Menulis mampu menerbitkan idea-idea baru, menyatakan pendapat, merakam detik-detik penting dan pelbagai lagi kelebihan yang sudah semestinya penting dalam kehidupan manusia. Beberapa cendikiawan ada menyatakan pentingnya menulis dalam kehidupan.
Pada saya, menulislah apa sahaja di mana sahaja anda suka. Anda boleh tulis di blog, di dalam buku, di media sosial, di website, di dalam komputer hatta menulis kebaikan di atas secarik kerta. Menulis, secara tidak langsung menggalakkan kita mengingati apa yang cuba diingati, mengajar kita untuk menyusun ayat dengan baik dan teratur juga berusaha untuk mengekalkan ilmu serta memori yang ada. Di sini, saya kongsikan dengan anda beberapa mutiara kata dari orang-orang hebat berkaitan dengan kepentingan menulis. Bila anda membaca catatan mereka ini, anda akan bersetuju secara langsung dengan apa yang disampaikan dan diperturunkan.
1. “Ilmu tanpa tulisan bagaikan unta tanpa tali kekang. Ia akan hilang dibawa angin.” (Imam Syafi‘i)3. “Menulis adalah melawan lupa.” (Pramoedya Ananta Toer (sasterawan Indonesia))
4. “Apabila engkau menulis, engkau sedang membina sebuah dunia yang akan terus hidup selepas ketiadaanmu.” (Jalaluddin Rumi)
5. “Tulis sesuatu yang berharga untuk dibaca, atau lakukan sesuatu yang berharga untuk ditulis.” (Benjamin Franklin)
Terlalu banyak kebaikan dan kelebihan kita dan orang lain boleh dapati dengan menulis. Di sini, dikongsikan 33 sebab kenapa menulis itu penting selagimana masih bernyawa.
1. Meninggalkan jejak diri – tulisan menjadi warisan yang kekal walaupun penulis sudah tiada. Menulis menjadikan seseorang itu ‘abadi’ berpuluh malahan beratus tahun. Lihatlah karya-karya dari Imam al-Ghazali, Ibnu Sina, Shakespears, Dale Carnagie, Imam al-Syafi’i, HAMKA dan lain-lain.
2. Mengabadikan pengalaman hidup – setiap catatan adalah sejarah peribadi yang tidak akan berulang. Penulisan travelog hidup memperlihatkan betapa kuatnya kita (penulis) merekodkan apa yang berlaku sehari-hari dalam hidup. Ia bukan setakat untuk dikenang tetapi apa yang ditulis itu diharap dapat membantu orang lain membacanya (contohnya seperti buku travelog pengembaraan atau haji)
3. Membantu mengingat – menulis mengekalkan memori yang mudah hilang jika hanya bergantung pada ingatan. Kita sebagai manusia yang sentiasa lupa dan lemah ingatan perlulah mencatat segala yang dipelajari agar tidak hilang dari ingatan. Imam Syafii pernah mengungkapkan mutiara kata ini: “Ilmu itu
Hari Raya dan hubungan silaturrahim keluarga
Gais, ada beberapa perkara yang saya perasaan sewaktu menyambut hari raya tahun 2026 ni. Ia berkaitan dengan hubungan silaturrahim keluarga. Saya ada 4 kisah untuk dikongsikan dan mungkin dengan kisah ini, anda lebih menghargai orang yang ada pertalian dengan kita tak kira jauh atau dekat.
Kisah Pertama: Ini kisah tentang hubungan makcik dan anak saudara yang tak pernah kenal seumur hidup.
Saya tak pernah jumpa dan kenal anak abang saudara saya seorang ini. Ditakdirkan Allah, 2 tahun lepas, saya dan arwah ayahnya berjumpa di tanah perkuburan area Gombak kerana pengkebumian maklong saya (bulan Ramadan). Kami bertukar nombor telefon dan berbual sebentar dengan mama dan ahli keluarga lain. Dan bila nak raya, saya teringatkan arwah ayahnya. Saya jemput dia dan family untuk datang open house Raya kami sekeluarga di Ampang. Dan disitulah saya dan ahli keluarga berkenalan dengan anak saudara seorang ini.
Waktu ni, kami berbual kejap aje sebab saya dan adik-beradik perempuan + menantu sedang sibuk memasak untuk jemputan yang hampir sampai. Saya pun jumpa dengan ayahnya kejap aje. Waktu mereka nak balik, saya suakan balang cabutan bertuah. Masa tu anak saudara ni mula ingat saya sebab bila dia pergi rumah open house lain, takde bab cabutan bertuah ni (itu yang dia maklumkan bila berwasap).
Oktober 2024, saya dapat wasap maklumkan yang ayahnya telah meninggal dunia akibat masalah kegagalan pada fungsi hati. Entah kenapa, saya teringat terus ke dia. Masa kecil, ibunya telah dijemput Allah, dan kini ayahnya pula. Kiranya seawal umur 20-an, dia dah tiada ibu ayah. Kalau saya di tempat dia, entah bagaimana keadaannya. Dan sejak dari situ, saya sering wasap dia bertanya khabar. Dan masuk tahun 2026 ini, telah menjadi rutin saya untuk menjemput dia datang beraya dengan pakcik belah ibunya serta sepupunya ke Ampang setiap kali mama buat open house. Secara luaran hubungan kami tak sekuat mana tapi oleh kerana saya mengenangkan arwah nenek dan datuknya serta ayahnya yang baik dengan saya waktu kecil dahulu, saya layan baik juga pada dia. Saya nak arwah maklong tahu (mungkin jumpa masa soal jawab depan Allah nanti), hubungan silaturrahim itu masih ada meskipun berpuluh tahun dia telah pergi.
Kisah Kedua: Walaupun 10 tahun sekali berjumpa, air dicincang takkan putus.
Korang pernah ada tak sepupu atau makcik pakcik yang dapat berjumpa 10 tahun sekali atau lebih? Saya ada beberapa orang sepupu yang susah nak jumpa. Selalunya situasi gini berlaku bila mereka duduk/bermastautin jauh, bila kita nak jumpa selalunya timing kita atau dia tak kena, tak berapa rapat dan the worst one bila merajuk atau marah tapi kita tak tahu sebabnya dan bila jemput datang ke rumah atau kita nak ke rumahnya, dia mengelak. Pada saya, semua ni ada hikmahnya dan Allah dah takdirkan.
Bila mak mertua jatuh, anak cucu menantu semua risau
Saya terus bangun dan bukak pintu. Saya pandang kerusi kat ruang tamu dia selalu duduk. Takde. Saya toleh ke dapur. Tak nampak pulak dia. "Mak, nape mak?" Kot le dia dalam bilik, saya tunggu dia bagi permission masuk. "Sini kat dapur. Mak jatuh ni." Ah sudah! Laju saya jalan. Tengok-tengok dia dan terduduk di lantai dekat kerusi meja makan. "Eh mak. Macam mana boleh jatuh ni?" Laju saya pandang dia saya pandang sinki yang terbuka paip air. Saya pandang selipar merah yang selalu dia pakai merata. Pantas saya check kaki dia. Saya cuba bangunkan dia pelan-pelan dari arah belakang badan dia. Saya dapat angkat badan dia separuh aje dari duduk. Kaki MIL macam tak kuat nak berdiri. Semacam tenaga dia tinggal 10% aje. "Kejap mak. Fisyah letak mak balik. Kita try dari depan pulak." Saya tukar posisi. Cuba angkat dia dari arah depan.Dengan guna kederat yang ada, saya cuba sekali lagi. Tak lepas juga. Saya letak dia balik. "Jap mak. Lupa nak check. Kaki mak ok ke? Ada terpeleot ke? Tadi mak kata sakit, kot le ada patah ke?"
Saya minta dia luruskan kaki. Dia lurus macam biasa. Saya pegang-pegang area kaki dan buku lali. Dia tak menjerit. Saya tanya dia lagi, "Mak jatuh macam mana tadi? Punggung dulu ke peha?" "Aku jatuh belah kiri. Selipar tu licin. Tu yang jatuh," dia cakap sambil saya tengok selipar yang dekat area sinki. Saya pandang lantai. Lantai kering tak basah. Saya pandang sinki yang air dok mengalir lagi. Saya bangun dan tutup paip di sinki. Saya nampak ada anak tudung dan tudung hitam dalam sinki. Sah! Dia basuh tangan aje anak tudung dan tudung tu dan nak sidai dalam bilik. Tak nak basuh sekali dalam mesin basuh. Saya jalan balik ke dia. "Mak, kalau fisyah letakkan mak duduk atas kerusi meja makan ni dulu boleh? Kita cuba ya."
Sekali lagi saya cuba angkat dia bahagian kanan badan dan tangan kiri dia cuba pegang tempat duduk kerusi. Tak lepas juga. Dia geleng-geleng kepala. Tak boleh. "Ok mak, macam ni. Fisyah sandarkan mak kat dinding dulu. Kita luruskan badan. Luruskan kaki. Fisyah try call Amy jap. Mintak tolong dia datang dan angkat sekali. Fisyah tak lepas angkat sorang ni mak." "Tak payahlah panggil dia. Dia
Kelah Buku 2026, Jurnal Diri buat peminat journaling di Malaysia
Kelah Buku 2026 baru aje berlangsung 10 Januari lalu di Taman Botani, Putrajaya. Event ni tahun lepas mereka ada buat tapi tak dapat nak join sebab mama tak sihat dan masuk hospital. Dan lebih kurang seminggu sebelum event start, saya ternampak poster promosi di medsos. Weh!! Boleh join ni. Terus tanya suami dan family kot ada yang boleh jaga MIL masa kami berdua beraktiviti di Taman Botani. Alhamdulillah, kakak ipar sorang ni kata dia boleh. Yeah... Moga Allah mudahkan urusan dia sepanjang masa sebab bantu saya dan suami.
Sambil menunggu hari Kelah Buku, ternampak poster aktiviti mereka kongsi. Ada pertandingan menjurnal sempena Kelah Buku. Saya baca syaratnya dan tetiba cakap dalam hati, 'Apa kata try join. Aku dah 5 tahun menulis jurnal kesyukuran dan decorate jurnal. Adalah skit skill kat situ'. Terus saya decide jam tu juga nak join. Dan entah macam mana, Khamis pagi tu, tengah sarapan sambil tonton Culinary Class War S2, terpandang chef-chef profesional dan ada kedai makan sendiri ni berusaha buat yang terbaik dalam masa yang diberikan oleh juri dan rancangan. Bila terdengar seorang chef ni kata dia berlatih setiap hari untuk dapatkan teknik, masakan dan penyediaan yang diharapkan masa pertandingan, terus tersentap jap. 'Kalau mereka yang profesional pun sanggup berlatih untuk mempersembahkan yang terbaik, takkan aku nak walk-in gitu aje dalam pertandingan jurnal tu. Kena design dan sketch skit ni'. Apalagi, settle aje urusan rumah dan order buku, terus aje design dan tulis barang nak bawa.
Dan Jumaat malam sebelum event esok, tetiba rasa nak bagi goodies kecil dan jurnal kesyukuran Pelengkap Kegembiraan kepada orang tertentu. Apalagi, laju aje balut jurnal dan sediakan pouch kecil untuk pengunjung bertuah (gula-gula tu sempatlah beli masa nak beli barang dapur petangnya).
![]() |
| Dapatlah sediakan pouch kecil berisi kalender tahun baru, gula-gula dan batu motivasi. |
Hari Kelah Buku 2026, ingatkan nak pi dalam 7.30. Udahnya kol 8.15 juga gerak sebab settlekan hal si bulus dulu. Sampai aje kat Taman Botani kol 8.40 gitu, rupanya dah berderet kereta beratur nak masuk ke dalam kawasan parking. Udahnya, kami terpaksa parking jauh sebab suami tak nak kereta dia kena saman. Gigih diknon kami berjalan dekat 2km nak sampai ke tapak acara. Kiranya kami settle letak
Bila ibu atau ayah tiba-tiba sakit: apa yang perlu dibuat dahulu?
Bila ibu atau ayah tiba-tiba sakit, kita sebagai anak pantas berfikir apa yang perlu dilakukan dahulu. Ini yang terjadi pada saya dan suami seminggu lalu. Hampir jam 3.30 pagi hari Jumaat, tiba-tiba pintu bilik diketuk dari luar. “Di, Di bangun. Abah jatuh,” suara mak mertua kedengaran memanggil. Pantas kami tersedar dan bangun. Suami meluru ke pintu. Buka dan nampak maknya depan pintu. Mereka bergegas ke bilik sebelah.
Saya juga pantas cari cermin mata dan pakai. Keluar dan lihat suami sedang usaha naikkan ayahnya ke atas katil. “Abah kau nak pergi toilet tadi. Tiba-tiba entah macam mana dia jatuh. Lepas tu terkencing dalam kain,” mak mertua bercerita tanpa dipaksa. Saya yang terpandang mereka dalam bilik bertembung pandang dengan ayah mertua. Wajahnya kelihatan macam blur dan tak pasti. Pantas suami menyuruh saya hubungi abangnya manakala dia uruskan abah. Saya hubungi kakak ipar dan memaklumkan mereka apa yang berlaku. Selesai hubungi, saya kembali pada suami. Tapi tak berani nak masuk sebab ada batas aurat abah nak kena jaga sewaktu suami sedang uruskan kain dan kawasan yang terkena kencing.
Saya ke dapur. Tetiba saya nampak ada beberapa tompokan najis. Saya pelik. ‘Apasal lain macam rupa taik anak-anak kucing ni?’ bisik saya dalam hati. Saya jerit pada suami, ”Yang, saya nak bersihkan dapur dulu. Ada masara’ah kucing kat sini. Takut ada orang terpijak.” Sementara tunggu abang ipar datang dengan anak lelakinya, suami uruskan abah dan saya uruskan kebersihan lantai dapur. Usai selesai, saya ke depan. Buka pintu rumah dan standby apa yang perlu. Suami buka pintu bilik mak abah dan kelihatan dia memapah abah dan berusaha membawa ke bilik air yang bersebelahan dengan bilik mereka. Rupanya abah berkeras nak ke bilik air. Nak bersihkan dirinya sendiri. Ya. Dia mahu rasa bersih dan selesa.
“Abah, jangan kunci pintu bilik air. Rudy bersihkan bilik abah kejap.” Suami bergegas masuk ke bilik mak abah. Kemudian dia keluar dengan cadar dan alas kain yang bernajis. Segera saya buka pintu depan dan dia bawa kain tersebut untuk cuci di paip luar. Saya kawal sebentar pintu sebab takut anak kucing keluar. Kemudian, suami masuk semula dan ke bilik tadi dan kali ni keluar dengan membaw bawa tilam
21 penyebab manusia terjebak dalam fikiran negatif dan cemburu
Hidup ini tidak lari daripada perasaan yang bercampur-baur. Kadang-kadang tanpa sedar, kita mudah terjebak dalam fikiran negatif dan cemburu apabila melihat orang lain lebih berjaya, bahagia, atau memiliki sesuatu yang diidamkan. Fikiran seperti ini ibarat racun yang perlahan-lahan melemahkan hati dan membuat kita lupa pada nikmat yang sedang dimiliki. Lebih berbahaya, ia boleh menutup pintu syukur sehingga kita memandang hidup ini hanya dari sisi kekurangan.
Namun, hakikatnya setiap insan punya ujian, bahagia, dan rezeki yang berbeza-beza. Membiarkan diri terus hanyut dalam rasa cemburu hanya akan mencuri ketenangan jiwa dan menjauhkan kita daripada kebahagiaan sebenar. Sebaliknya, apabila kita belajar menghargai diri, melatih hati untuk bersyukur, dan mengawal emosi dengan baik, fikiran negatif dan rasa cemburu akan perlahan-lahan berkurangan. Dari situlah akan lahir perasaan sangka baik pada Allah, sabar, redha dan yakin bahawa Allah sentiasa memberi yang terbaik pada waktu yang paling tepat. Ingat! Cemburu tidak memindahkan apa yang dimiliki orang lain pada kita. Adalah lebih baik, kita ubah hala tuju pandang kita ke arah lain yang menggembirakan diri.Untuk anda jauhkan diri dari fikiran negatif dan cemburu ini, anda kena kenal pasti apakah penyebab yang membuatkan kita kuat memiliki rasa negatif tersebut. Bila kita sudah tahu, lebih mudah untuk kita ‘divert’ diri ke arah positif, sangka baik, sabar dan zikir (untuk yang beragama Islam).
21 penyebab manusia terjebak dalam fikiran negatif dan cemburu
- Perbandingan diri dengan orang lain – terlalu kerap membandingkan kehidupan, pencapaian atau rezeki orang lain dengan diri sendiri. Bila orang lain terima ‘lebih sikit dari kita’, mula kita rasa sakit hati, dengki, cemburu dan berasa orang tersebut tidak layak untuk terima.
- Kurang rasa syukur – hati tidak terdidik untuk menghargai nikmat kecil yang ada, lalu hanya fokus pada kekurangan. Kita berpendapat yang pencapaian atau kejayaan haruslah lebih besar baru dikatakan sebagai berjaya.
- Trauma atau pengalaman lama – kenangan pahit atau kekecewaan dahulu boleh menjadikan seseorang cepat berprasangka dan cemburu. Perasaan untuk ‘move-on’ susah nak dibuang. Lama kelamaan, perlahan-lahan ia akan jadi tabiat jika tidak dilawan dengan fikiran positif sangka baik.
- Rasa rendah diri – keyakinan diri yang lemah membuatkan kita mudah merasa orang lain lebih baik. Kita seolah tidak berbangga dengan apa yang telah kita capai sebelum ini dan beranggapan pencapaian kita tidak sehebat mereka.
- Kurang kawalan emosi – tidak belajar mengurus emosi dengan cara sihat, menyebabkan cepat hanyut dalam fikiran negatif. Kita membiarkan diri terus-terusan marah, cemburu dan sakit hati tanpa cuba menyekat emosi negatif yang mula merebak dalam jiwa.
- Pengaruh persekitaran toksik – berada bersama individu yang suka mengeluh, mengumpat, atau bersaing tidak sihat. Ia mengajar kita untuk menormalisasikan apa yang dilakukan adalah benar. Orang-orang seperti ini seharusnya cuba dijauhi atau jika anda mampu, cuba untuk baiki mereka.
- Pengaruh media sosial – terlalu banyak melihat “kehidupan indah” orang lain yang ditayang, lalu merasa diri ketinggalan. Bila melihat ‘keindahan’ milik mereka, secara tidak langsung ia menerbitkan benih-benih cemburu dan jika tidak dikawal, akan membuatkan kita sanggup melakukan apa sahaja untuk jadi seperti mereka meskipun perkara dilarang.
- Takut kehilangan – rasa takut hilang perhatian, kasih sayang, atau peluang boleh menimbulkan cemburu yang berlebihan. Ini terjadi terutamanya dalam keluarga. Bila seseorang anak berkahwin atau pasangan berkahwin lain, hati mula risau takut kasih mereka beralih arah dan mula mengabaikan kita. Perasaan risau inilah yang jika tidak dikawal akan membuatkan orang keliling menjauh.
- Kekurangan spiritual – hati jauh daripada zikir, doa, dan ilmu agama yang dapat menenangkan jiwa. Mulut tidak melazimi untuk berzikir atau bercakap benda-benda yang baik. Mulut lebih ringan untuk bercakap negatif, perli atau maki bagi memenangkan hati yang sakit.
- Harapan tidak realistik – mengharap kehidupan sempurna seperti orang lain yang dilihat di media sosial atau orang keliling menyebabkan diri mudah berasa kecewa dan tertekan bila realiti berbeza dan tidak seperti diharapkan.
- Kekangan ekonomi atau masalah hidup – tekanan kewangan, kerja, atau keluarga membuat hati lebih mudah terikut fikiran negatif. Kita mula berasa segala benda tidak cukup, kerja yang ada tidak bagus dan keluarga yang tidak memahami. Perkara-perkara negatif ini mampu membuatkan diri kita memberontak dan menyalahkan takdir.
- Kurang kasih sayang pada diri sendiri – bila tidak mencintai dan menghargai diri, seseorang akan melihat dunia dari kaca mata kekurangan. Diri yang sepatutnya disemai dengan kata-kata semangat, positif dan tidak mudah menyerah kalah, dikalahkan sendiri dengan diri yang tak percaya pada kebolehan dimiliki sendiri.
- Kepuasan diri yang tertangguh – terlalu menunggu “bila ada sesuatu barulah bahagia” membuatkan kita rasa hidup kosong. Kita membiarkan diri pada zon selesa tanpa mahu berusaha untuk memperbaiki diri, menambah ilmu dan membahagiakan orang lain. Minda kita telah memprogram bahawa, ‘bila memiliki, barulah bahagia itu datang’.
- Kurang tidur & keletihan – badan letih dan otak penat lebih cenderung memikirkan perkara buruk daripada yang baik. Waktu ini, fikiran tidak dapat berfikir dengan sedikit waras dan tenang. Kita lebih mengikut kata-kata emosi yang negatif asalnya ia menenangkan diri.
- Tidak menetapkan matlamat hidup – bila hidup tanpa arah yang jelas, kita mudah membandingkan perjalanan kita dengan orang lain. Kita rasa tertekan bila orang lain kelihatannya lebih berjaya dan sukses berbanding kita yang pencapaiannya mungkin biasa-biasa. Mentaliti ini secara tidak langsung menggugah perasaan untuk memperbaiki diri.
- Kerap menyalahkan diri – terlalu keras mengkritik diri sendiri hingga gagal melihat sisi positif diri bila melihat kelebihan orang lain yang berjaya di media sosial mahupun dalam arena mereka. Kita mula memperlekehkan diri sendiri dan membina fikiran negatif dalam diri.
- Rasa tidak dihargai – bila usaha tidak mendapat pengiktirafan yang diharapkan, hati jadi mudah cemburu dengan kejayaan orang lain. Dendam mungkin akan timbul bila melihat orang ‘tersebut’ perlahan-lahan mendaki puncak kejayaan yang kita impikan.
- Pengalaman ditolak atau dikhianati – luka lama yang tidak sembuh menjadikan kita curiga berlebihan. Kita berpendapat bahawa semua orang adalah sama yang cuba mengambil kesempatan di atas kebaikan kita. jadi, kita lebih cenderung untuk kekal negatif bagi menjaga diri agar perkara sama tidak berulang.
- Tidak mengawal input minda – terlalu banyak membaca atau menonton berita negatif, gosip, atau drama yang penuh perasaan iri hati, sakit hati, sedih, marah atau cemburu. Berita-berita ini jika tidak ditapis, ia mampu membuatkan minda bawah sedar kita dilatih untuk percaya bahawa perkara negatif itu adalah normal dan perkara tidak baik yang sedang berlaku sekarang adalah biasa.
- Takut gagal – rasa takut ini membuat kita lebih fokus pada kelemahan berbanding peluang. Kita sukar mengawal otak dan minda untuk berani menghadapi cabaran bila sesuatu rintangan atau ujian itu datang. Pada kita, gagal itu tidak perlu ada.
- Mahukan kesempurnaan – Kita setkan dalam fikiran bahawa sempurna itu harus. Jika tidak sempurna, kena buat berkali-kali. Dan bila kita tidak berjaya dan melihat orang lain berjaya, fikiran negatif dan cemburu akan mula terbit dalam diri. Bukan itu sahaja, kita akan mula menyalahkan sesiapa sahaja atas ketidaksempurnaan yang berlaku.
Daripada Anas bin Malik r.a, bahawa Nabi s.a.w bersabda:
لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ، حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Maksudnya: “Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” [Riwayat al-Bukhari]
Akhirnya, mengawal fikiran negatif dan cemburu bukanlah soal menafikan emosi, tetapi soal bagaimana kita memilih untuk bertindak balas terhadapnya. Jika hati dibasahi dengan syukur, sangka baik, doa, zikir, ilmu agama dan usaha memperbaiki diri, maka emosi yang merosakkan ini tidak akan mampu bertahan lama. Jadikan setiap cabaran sebagai peluang untuk menguatkan iman dan keyakinan, kerana jiwa yang tenang dan redha akan sentiasa menemukan kebahagiaan walau dalam keadaan apa sekalipun.
Syukuri akan nikmat sihat: Hadiah daripada Allah
![]() |
Nikmat sihat adalah salah satu nikmat yang paling besar dalam hidup manusia. Namun, ia juga antara nikmat yang sering kita abaikan dan lupa untuk disyukuri. Ramai orang hanya mula sedar betapa berharganya memiliki tubuh badan yang sihat bilamana tubuh mula diserang sakit, tenaga makin menghilang dan bila satu persatu kebolehan yang dimiliki lenyap.
Bayangkan bagaimana kita menjalani hidup dalam keadaan sihat. Kita mampu bangun pagi, mandi, solat, mengaji, berjalan ke dapur, menyiapkan sarapan untuk keluarga dan melakukan aktiviti pagi dengan mudah. Kita boleh bekerja mencari rezeki, boleh menolong ibu bapa, boleh berkebun, mengemas rumah pada masa yang sama, badan kita masih boleh menerimanya kerja yang dilakukan tanpa rasa penat melampau. Sihat membolehkan kita melakukan semua itu dengan mudah, cepat dan teratur.
Namun, di sebalik kerja harian yang dilakukan itu, kita jarang benar berhenti dan merenung sebentar dan menyatakan dalam hati, ‘Alhamdulillah, aku sihat hari ini dan dapat buat macam-macam kerja’. Ayat ini terasa sangat penting pada saya bila menghadapi zaman covid dahulu dan menderita penyakit plantar faciitis dalam 3 bulan. Waktu itu, dapat bangun pagi dengan mudah, dapat angkat kaki ke bilik air, dapat berjalan kaki tanpa meletak tangan atau memegang sesuatu, adalah suatu nikmat yang tak terucap. Bila kaki beransur-ansur baik, happynya saya waktu itu, hanya Allah tahu. Berkali-kali saya berterima kasih pada Allah. Bukan sekadar ucapan, tetapi juga melalui tindakan.
Mengapa nikmat sihat itu besar?
Islam sendiri meletakkan kesihatan pada tempat yang mulia dan tinggi. Daripada Ibnu Abbas r.a., Nabi s.a.w pernah bersabda; “Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang.” (HR al-Bukhari)
Hadis ini nampak ringkas tetapi sebenarnya sangat mendalam. Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa ramai manusia terpedaya – mereka fikir sihat dan masa lapang akan kekal dalam jangkamasa lama. Padahal ia boleh hilang bila-bila masa dan sekelip mata. Pada hari saya perasan kaki saya semakin sakit dan sukar untuk bangkit dari tidur, saya teringat beberapa hari sebelum itu, saya lincah berjalan di KL mencari stok. Berjalan area Jalan TAR, turun naik tangga dan bawa beban berat di bahu adalah perkara biasa pada saya. Tetapi pada masa yang sama, saya terlupa yang sandle saya pakai semakin haus. Sudah tidak sesuai menampung berat saya yang berjalan dan membawa barang. Padahnya saya terima, kaki tidak dapat diangkat dan bergerak seperti biasa hanya kerana saya ambaikan keselesaan kaki.
Ujian kesihatan plantar faciitis ini juga bukan setakat mengganggu pergerakan dan fizikal saya tetapi juga mengganggu sedikit ibadah dengan Allah. Untuk membasuh kaki ketika wuduk menjadi cabaran, bila hendak rukuk. rasa ketat di bahagian peha ke bawah dan paling sengsara sekali bila hendak bangun dari sujud dan berdiri semula. Aduh!! Masa ni, memang terpaksa bergerak perlahan dan menggunakan sebelah tangan dan kaki yang kurang sakitnya.
Diakui, tanpa sihat, segala perancangan hidup seolah terbatas. Sakit menarik tenaga, mengikis
10 sebab adakala orang dewasa sukar untuk bersyukur
Di sini, saya senarai 10 sebab mengapa orang dewasa sukar atau kurang untuk bersyukur. Dan jika dalam senarai ini ada pada diri kita sendiri, akui dan berusahalah untuk perbaiki.
- Terlalu fokus kepada apa yang belum dimiliki: Ramai orang dewasa cenderung memikirkan apa yang mereka belum capai — pekerjaan yang lebih baik, rumah lebih besar, kewangan lebih kukuh, pasangan yang sempurna. Fokus yang berlebihan pada kekurangan ini membuat mereka lupa untuk menghargai nikmat yang sudah sedia dimiliki. Kita berasa cemburu akibat frasa ini, ‘Aku juga dah bekerja keras tapi kenapa tak dapat seperti dia?’
- Tekanan hidup yang berterusan: Tanggungjawab membesarkan anak, membayar hutang, menjaga ibu bapa, serta beban kerja menyebabkan ramai berada dalam keadaan tertekan. Tekanan yang berterusan tanpa rehat yang diperlukan membuatkan mereka sukar berhenti sejenak untuk merenung dan bersyukur. Kita sendiri ada waktu mengalami situasi ‘burn-out’. Apa yang penting, ita perlu belajar untuk berehat seketika dan minta bantuan Allah.
- Kecenderungan membandingkan diri dengan orang lain: Dengan adanya media sosial, perbandingan menjadi lebih mudah dan lebih kerap. Melihat pencapaian, gaya hidup, atau kebahagiaan orang lain boleh menimbulkan rasa iri hati yang menenggelamkan rasa syukur terhadap nikmat sendiri yang dimiliki. Sebenarnya kita ada apa yang mereka tidak ada cuma kita sendiri yang membiarkan diri hanyut dengan cemburu tanpa sempadan.
- Tidak ada masa untuk merenung dan refleksi diri: Jadual yang sibuk, kerja yang seperti tidak ada hentinya, membuatkan orang dewasa kurang ruang untuk berfikir mendalam dan tenang. Tanpa masa untuk merenung dan menghargai, kita jarang menyedari nikmat harian yang sering dianggap biasa. Sebagainya contoh, kita lupa untuk hargai sepasang mata yang membuatkan kita mudah untuk melihat, membaca dan memudahkan pergerakan (lihat mereka yang buta, pasti mereka bergerak dengan hati-hati).
- Pengalaman silam yang menyakitkan: Trauma, kekecewaan, atau pengkhianatan boleh meninggalkan kesan mendalam pada hati. Orang dewasa yang pernah terluka, tersakiti, teraniaya mungkin sukar mempercayai bahawa hidup masih penuh dengan nikmat yang patut disyukuri. Ingatkan diri, Allah ambil sesuatu adalah untuk menggantikan sesuatu yang lebih baik. Kuncinya? Sangka baik pada Allah.
- Sikap merasa layak (entitlement): Ada yang beranggapan mereka “patut” memiliki lebih baik dalam hidup. Sikap ini membuatkan kita akan sering marah-marah dan rasa tidak cukup. Bukan itu sahaja, sikap ini menjadikan apa yang sudah ada kelihatan tidak mencukupi dan ini
Orang yang sentiasa bersyukur memiliki 14 kekuatan ini dalam diri
Jika anda pernah mengalami kemurungan, rasa dengki atau cemburu dalam diam pada orang lain, tak gembira dengan hidup, rasa diri tidak sebagus orang lain atau apa sahaja yang berkaitan emosi negatif ini, lekas-lekas anda cari solusinya. Ini kerana kelompok rasa emosi negatif ini perlahan-lahan akan memakan kebabahagiaan, ketenangan dan kegembiraan anda. Bukan itu sahaja, ia akan turut menjangkiti orang yang berada di sekeliling anda juga secara tidak langsung.
14 kekuatan dimiliki oleh orang yang sentiasa bersyukur
- Perasaan bersyukur membantu mengalihkan tumpuan rasa cemburu, dengki, sakit hati kepada rasa berterima kasih, sangka baik pada Allah dan sabar.
- Orang yang sentiasa bersyukur akan mendapati diri mereka ada banyak perkara yang menggembirakan boleh dihargai dan dimiliki. Mereka akan dengan pantas mengingatkan diri bahawa mereka memiliki kelebihan yang tidak ada pada orang lain yang mahukannya (bukan riak tapi mengingatkan diri).
- Ucapan terima kasih daripada kita kepada orang lain memberi kesan positif pada kimia otak kita dan orang sekeliling yang menerimanya.
Global Sumud Flotilla terus belayar menuju Gaza
Alhamdulillah, kapal-kapal di bawah projek Global Sumud Flotilla semakin maju menuju ke Gaza. Mereka yang bergerak dari Barcelona, Tunis, Genoa & Sicily sekarang semakin ramai mula berkumpul di laut antarabangsa menuju ke tempat yang dituju. Mereka yang berada dalam kapal ini sudah semestinya jelak dan benci dengan apa yang berlaku hampir 2 tahun ini ke atas penduduk Gaza. Mana mungkin mereka dan kita duduk berdiam diri melihat kekejaman yang berlaku terhadap orang awam dan bumi anbiya' itu.
Para aktivitis yang mempunyai latar belakang yang pelbagai ini bergabung tenaga, masa, wang ringgit dan kepakaran demi merealisasikan penyampaian bantuan kemanusiaan seperti ubat, makanan dan keperluan asas lain kepada rakyat Gaza yang terkepung. Namun, urusan mereka ini tidak mudah. Bukan sahaja perlu berhadapan dengan keadaan cuaca dan laut tidak menentu tetapi juga serangan tidak terduga oleh mereka yang tidak mahu melihat projek ini berjaya. Setibanya kapal yang belayar dari Barcelona tiba di Tunisia, dua insiden merbahaya telah berlaku. Dua kapal telah diserang oleh dron di pelabuhan ketika waktu malam iaitu kapal Familia Madeira dan Alma. Alhamdulillah tiada sebarang kecederaan namun ia menunjukkan bahawa pihak jahat sudah mula melancarkan operasi mereka untuk menyekat kemasukan kapal-kapal ke laut Gaza.
Menurut berita luar, ada beberapa kapal kecil dan agak lama ditarik penyertaannya kerana dibimbangi tidak dapat meneruskan perjalanan akibat cuaca yang tidak menentu dan berisiko ke atas nyawa pelayar-pelayar di atasnya. Bukan itu sahaja, dikatakan beberapa perubahan pada haluan telah dibuat bagi mengatasi ancaman logistik dari pihak-pihak yang bersekongkol. Dan melihat pada berita di media sosial, semakin banyak kapal-kapal telah berkumpul di perairan antarabangsa untuk sama-sama menuju ke Gaza. Para pelayar yang tiba awal dan sedang menunggu kapal-kapal lain, mereka melakukan beberapa aktiviti tertentu dalam mengisi masa yang ada. Beberapa latihan turut dilakukan di atas kapal dalam menyiapkan diri berhadapan dengan tentera zionis yang pastinya tidak begitu baik melayan para aktivis yang datang.
Hari ini, bila lihat kepada tracker yang ada di laman web Global Sumud Flotilla, sudah ada 50 kapal belayar menuju ke Gaza. Ada yang masih belayar dan ada yang sedang menanti. Diberitakan juga oleh Berita Alhijrah tadi, kapal yang dinaiki oleh saudara Nadir al-Nuri dan wartawan Berita Alhijrah, baru sahaja belayar. Moga pelayaran mereka semua dapat bergabung dengan kapal-kapal lain di laut Maditeranean. Moga usaha mereka semua dalam lindungan Allah dan Allah membantu mereka di saat-saat sukar sama ada di laut mahupun ketika sudah tiba di Gaza.
7 Cara memupuk minda supaya tenang dan bahagia. Tip dari Dale Carnegie
Saya suka rujuk buku Dale Carnegie How To Stop Worrying and Start Living bila mood kadang-kadang ke laut atau emosi rasa tak stabil sangat. Buku ni bantu beri tip atau cara yang kita terlupa bila berhadapan dengan masalah emosi. Ada 7 tip, jadi anda pilih mana yang dapat bantu anda dengan cepat untuk tukar minda serabut kepada tenang dan bahagia.
7 cara pupuk minda supaya tenang dan bahagia.
Kaedah 1: Mari memupuk minda kita tentang hal-hal keamanan, keberanian, kesihatan dan harapan kerana kehidupan kita terhasil daripada apa yang kita fikirkan. Berfikir dan bertindaklah dengan ceria, nescaya kita pasti berasa bahagia.
Kaedah 2: Jangan sekali-kali cuba membalas dendam kepada musuh-musuh kita. Sekiranya kita berbuat demikian, penderitaan yang kita alami pasti jauh lebih dahsyat daripada mereka. Jangan membazirkan masa walau seminit pun memikirkan tentang orang yang beliau tidak suka.
Kaedah 3: Usah berasa bimbang sekiranya tidak diucapkan terima kasih, marilah kita ikhlaskan diri dan tidak mengharapkan. Tetapi, apabila sesekali ada orang berterima kasih kepada kita, ia boleh bertukar menjadi suatu kejutan yang menggembirakan. Curahkanlah kasih sayang kepada orang lain dengan seikhlas hati.
Mengharapkan ucapan terima kasih bukanlah suatu cara mendapatkan kebahagiaan, sebaliknya keikhlasan ketika memberi itulah yang memberikan kebahagiaan.
Ingatlah, sikap tidak mengenang budi wujud kerana golongan ini tidak dipupuk sejak awal dengan sifat-sifat mulia, jadi sekiranya kita tidak mahu anak-anak kita begitu, marilah kita didik dan latih mereka supaya meringankan mulut mengucapakan terima kasih. Puji dan hargailah orang lain dengan ikhlas.
Kaedah 4: Hitunglah nikmat yang kita perolehi, bukannya masalah yang kita hadapi. 90 peratus daripada perkara-perkara yang berlaku dalam hidup kita adalah sempurna, hanya kira-kira 10 peratus sahaja yang Allah uji. Sekiranya kita ingin bahagia, berikan tumpuan sepenuhnya kepada 90 peratus yang sempurna. Kita jarang memikirkan apa yang dimiliki tetapi sibuk memikirkan kekurangan sahaja.
Kaedah 5: Jangan sekali-kali meniru orang lain. Marik kita cari dan jadi diri kita sendiri. Cemburu itu perbuatan lemah manakala suka meniru itu boleh membuatkan diri terbunuh. Sesiapa yang tidak dapat menemui dirinya sendiri, hanya mampu membangunkan 10 peratus daripada keupayaan mindanya yang terpendam.
Kaedah 6: Apabila kita diberikan limau yang masam, cuba jadikannya air limau yang manis. Lelaki mahupun wanita mempunyai keupayaan diri mengubah situasi yang buruk menjadi lebih baik. Kekurangan kita dapat membantu kita tanpa diduga.
Kaedah 7: Mari lupakan kesedihan kita dengan mencuba membahagiakan orang lain. “Apabila kita berbuat baik kepada orang lain, kita melakukan yang terbaik untuk diri sendiri.” Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Mengasihi saudara kita sama seperti mengasihi diri sendiri.” Berbuat baik ini secara tidak langsung dapat menjauhkan diri kita daripada memikirkan masalah diri sendiri. Kebahagiaan itu juga jika dilihat mampu menjangkiti orang lain yang disekelilingnya.
Peraturan pertama untuk memenangkan diri dan membahagiakan diri, ‘usah sekali-kali melakukan perkara yang kita tidak suka’. Ia kelihatan mudah tapi sebenarnya jika tidak kena gaya, akan membuatkan kita lebih berasa tertekan atau menyesal. Bila kita melakukan pekerjaan atau aktiviti yang disukai, sudah semestinya sesukar mana pun masalahnya, kita akan cuba selesaikannya sehingga berjaya dan puas hati. Jadi, untuk memupuk minda agar tenang dan bahagia, gunakan tip di atas yang anda selesa, sukai dan mampu.
Rencana Allah pada kita adalah yang terbaik?
Rencana Allah pada kita adalah yang terbaik? Pastinya persoalan ini pernah berlegar dalam fikiran kita di saat waktu tertentu. Soalan seperti ini muncul apabila kita sedang menghadapi ujian hidup atau konflik yang rasa tak tertanggung oleh diri. Bila kita teramat sedih, terpaksa menanggung rasa sakit yang berat, hutang keliling pinggang, sudah berusaha semampunya tapi seperti tiada jalan keluar dan macam-macam lagi masalah datang menghambat diri, kita akan rasa sangat ‘down’. ‘Down’ yang tak tahu bagaimana hendak luahkan dan gambarkan. Perasaan itu seolah mencengkam kuat dalam dada hingga buat tidur tak lena, hilang fokus, sakit dada, pening, tak sihat, termenung dan cepat marah.
Saya sendiri mengakui ada beberapa kali tertanya soalan ini pada diri sendiri. Bila masalah diluar kawalan atau tak terjangka berlaku, soalan ini muncul. Pernah saya suarakan pada suami dan dia jawab, “Tak baik fikir macam tu’. Abis tu nak fikir macam mana lagi kan? Soalan itu muncul tanpa kita tahu ia akan muncul. Kita pula sedang stres, sudah tentu fikit macam-macam.
Dan mungkin setelah puluhan tahun pelbagai masalah menimpa, saya sudah mula perlahan-lahan berjaya untuk kawal diri. Mungkin ianya datang dari pengalaman diri, datang dari pembacaan, datang dari perkongsian ilmu di medsos dan ilham dari Allah. Semua jalan penyelesaian bagi masalah yang datang bukanlah datang sekaligus tapi berfasa. Bilamana umur sudah menjangkau 40 tahun ini, pengalaman mengajar saya untuk banyak bersangka baik pada Allah, bersabar dan berusaha mencari jalan penyelesaian dalam ruang lingkup dibenarkan Islam.
Jika 22 tahun lalu saya pernah ‘didatangi’ ujian hebat berkaitan iman, 13 tahun lalu ujian anak pula muncul dan kini bila ada ujian lain datang dalam bentuk berbeza pula, perlahan-lahan tapi yakin, saya akan merujuk kepada al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. Firman Allah di dalam al-Quran adalah ubat bagi segala penyakit dan permasalah yang berlaku dalam dunia, negara, keluarga mahupun individu. Allah sendiri berfirman dalam
15 barangan yang membantu wanita menangani stres, sedih dan ribut jiwa
Tahukah anda dalam membantu wanita menangani stres, ribut jiwa dan sedih perlukan juga barangan fizikal untuk membantu penyembuhan dan mengembalikan semangat dalam diri? Ada beberapa barangan yang mampu membantu wanita menangani kemelut emosi yang dialami. Walaupun barang ini bukan penyelesaian mutlak, kehadirannya boleh menjadi alat sokongan emosi dan membantu menstabilkan emosi secara lembut. Penggunaan barangan ini pun tidak seharusnya tertumpu hanya pada satu ke dua jenis sahaja tapi gunakan mana-mana sahaja mengikut situasi dan keinginan yang anda mahu lakukan.
Di sini, kami senarai 15 barangan membantu wanita menangani stres, ribut jiwa juga kesedihan dalam diri.
1. Tasbih atau Tasbih Digital
Fungsi: Ada dua jenis tasbih, terpulang kepada anda selesa guna yang mana satu. Tasbih ini membantu anda fokus kepada zikir-zikir ringkas yang mampu memberi ketenangan jiwa.
Kenapa berkesan: Zikir yang diulang dengan irama perlahan boleh menenangkan degupan jantung dan membawa ketenangan rohani. Allah juga berfirman dalam al-Quran, “(Iaitu) orang yang beriman dan yang tenang hati mereka dengan zikrullah. Bukankah dengan zikrullah itu hati manusia akan menjadi tenang?” (Surah Ar-Rad 13: 28)
2. Al-Quran Fizikal (kecil dan mudah dibawa)
Fungsi: Membaca atau hanya memegang Al-Quran boleh memberi rasa tenang dan selamat. Bukan itu sahaja, bila kita baca terjemahan atau tadabbur ayat al-Quran, ia seolah seperti memberi ilmu baru juga mengingatkan diri akan banyak lagi ujian sukar yang dihadapi oleh para Nabi dan Rasul terdahulu. Kisah-kisah peringatan dari Allah sedikit sebanyak mampu membantu kita menghadapi ujian yang dihadapi.
Kenapa berkesan: Ayat-ayat Al-Quran adalah sumber ketenangan dan memberi rasa dekat dengan Allah. Allah berfirman, “Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhan kamu dan menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah serta sebagai rahmat bagi orang yang beriman.” (Surah Yunus 10: 57)
15 Cara menggembirakan diri saat sedih dan kecewa bila berseorangan
Natijahnya, isu kesihatan mental dan emosi negatif melampau menjadi antara punca utama yang menjejaskan kesejahteraan fizikal dan sosial seseorang individu. Berdasarkan beberapa kajian, artikel dan pengalaman sendiri dan orang sekeliling, kami senaraikan 15 cara yang mampu menggembirakan kembali diri di saat dirundung rasa sedih dan kecewa. Cara ini berbeza bagi setiap individu namun anda boleh praktikkan mengikut situasi semasa dan keninginan anda untuk mencuba.
15 Cara menggembirakan diri saat sedih dan kecewa bila seorang diri.Luahkan perasaan pada Allah:
7 langkah bantu anda atasi rasa sedih atau ribut jiwa yang dihadapi lebih daripada setahun
Sedih atau ribut jiwa yang berlarutan dan berpanjangan lebih daripada setahun, bukanlah sesuatu yang perlu diambil ringan. Ia adalah panggilan jiwa yang perlukan perhatian — bukan untuk diabaikan, tapi untuk dipeluk dengan hikmah dan diurus dengan kasih sayang. Sedih itu penting dan perlu ada dalam hidup, cuma sedih berpanjangan itu sangat tidak baik kerana ia mengganggu proses kehidupan dan kesihatan diri sendiri. HAMKA sendiri menyatakan dalam mutiara kata terkenalnya tentang situasi ini, “Hidup terbina atas pahit dan manis. Jikalau selalu sahaja pahit, hati akan menjadi rawan dan kalau senantiasa sahaja manis, hati akan menjadi bosan.”
Berikut ialah beberapa pendekatan spiritual, psikologi dan praktikal yang kami harap boleh membantu anda keluar secara perlahan daripada kesedihan yang berpanjangan. Ini adalah antara hasil kajian yang dilakukan oleh beberapa pakar, universiti dan dari pengalaman kami sendiri:
1. Akui Kesedihan Itu Wujud — Jangan Nafikan
Ramai cuba melupakan atau menyembunyikan sedih. Tapi jiwa yang tertekan kerana dipaksa “baik” akan lebih tertekan. Hadapi sahaja kesedihan itu dengan menangis, muram, kecewa. Ini kerana sedih itu sifatnya ada dalam diri manusia. Nabi s.a.w sendiri turut berasa sedih yang amat apabila berhadapan dengan kematian pakciknya Abu Talib, isterinya, Saidatina Khadijah juga anak lelakinya (meninggal pada usia kecil). Cuma panduan kita apabila berhadapan dalam situasi ini, jadikanlah perilaku Nabi s.a.w sebagai contoh ikutan. Ini penting agar kesedihan itu tidak tersasar jauh sehingga menyalahkan takdir atau menjadikan kita tidak waras.
Akui: “Ya Allah, aku masih sedih. Tapi aku sedang cuba sembuh.”
2. Tulis Semua — Biar Jiwa ‘Muntahkan’ Apa Yang Dipendam
Tulis tanpa tapis. Luah dalam jurnal atau kertas rasa sedih dan ribut jiwa. Kita mahu kurangkan rasa beban dalam jiwa yang terbuku sehingga menyesakkan diri. Cara penulisan ini membantu kita




























