Esoknya, bila saya ke Bazar Serambi Teruntum, saya jumpa lagi Puding Raja ni. Haruslah beli lagi. Dan kali ni, bila makan sejuk-sejuk, rasanya lagi happening. Wehh... Nak kena cari resipinya buat kat rumah nanti ni. Takdelah ngidam sangat dan kena pi jauh-jauh semata nak makan Puding Raja.
Beberapa hari lepas balik dari Kuantan, gigih saya cari resipinya di internet. Bila jumpa, terus saya ikhtiar cari bahannya. Dan Alhamdulillah menjadi (walaupun bukan guna telur itik tapi telur ayam, tetaplah menjadi juga).
Bahan-bahannya:
8 biji pisang lemak manis / pisang emas
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
Ceri merah & ceri hijau
Buah prun (saya ganti dengan kurma)
4 biji gajus
Bahan kuah:
1 tin susu cair
1/2 sudu besar tepung kastard
100ml air
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil esen vanila
Bahan Jala Emas:
5 biji telur itik kuning sahaja (jika takde, boleh aje guna telur ayam)
400ml air
500gm gula
Penyediaan:
1. Panaskan kuali dengan api sederhana. Masukkan minyak masak dan marjerin. Setelah panas, goreng




