Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI
Memaparkan catatan dengan label Kucing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kucing. Papar semua catatan

Catio kucing untuk anak-anak kucing MIL dan famili akhirnya sampai


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, catio kucing atau kekadang orang panggil banglo kucing siap dan selamat sampai ke rumah kami. Rumah kami memang ada banyak kucing. Senang cerita, lebih dari 10 ekor. Jadinya, satu hari, MIL saya cakap dengan anak dia @ suami saya, "Di, nanti buat rumah kucing satu. Letak kat depan. Bebudak ni dah ramai. Biarlah selesa skit." Suami pun cakap, "Mahal mak rumah kucing tu." "Takpe, kau cari aje orang boleh buat, nanti aku bagi duit." Maka bermulalah episod suami saya dan kakaknya survey di medsos orang yang boleh buat catio kucing area Negeri Sembilan dan Selangor.

Saya bab ni memang tak berapa masuk campur sangat. Sebab MIL memang suruh suami yang cari + duit dia. Saya dengar-dengar dan tahu gitu-gitu aje. Satu hari, suami cakap dah jumpa orang boleh buat. Dan Sabtu, orang tu datang amik ukuran untuk tahu saiz yang mahu dan design yang sesuai. Sebulan lebih juga lah siap sebab kita sambut puasa dan raya, maka amik masa sikit. Dan Jumaat lepas, contractor wasap suami. Kata dah siap. InsyaAllah Sabtu boleh hantar dalam lepas zohor gitu. Dia hantar video juga.

Bila saya tengok video catio tu, saya impressed. Lawa warna dia. Design pun ok. Tapi masa ni saya tak tahu lagi saiznya. Cuma saya tahu harganya memang boleh beli motosikal Yamaha Y16ZR cash (terkejut badak sat saya bila tanya suami berapa harga custom-made catio tu. Punyalah MIL sayang kucing-kucingnya).

Maka, hari yang dijanjikan tiba. Pagi, saya dan suami bersihkan porch. Buang mana tak perlu dan ketepikan tong besar isi air bila musim takde air datang. Dan bersih, dah wangi, kami rehat kejap. Dalam lepas zohor, tengah saya lunch kat dapur tetiba kak ipar cakap, "Eh! Lori dah sampai." Kelam kabut saya abiskan makanan. Laju aje ke depan untuk amik gambar dan rekod buat kenangan. Once keluar gate aje, tercengang saya tengok lori besar gabak depan rumah. 'Mak ai, besarnya lori bawak banglo kucing ni.Beli perabot rumah pun tak macam ni lorinya', ucap saya dalam hati. 

Jiran yang tengah tunggu family dia nak pi beraya pun pandang aje lori besar tu. Dia tanya suami, "Apa benda tu?" Suami cakaplah rumah kucing. Once bahagian belakang lori dibuka. terserlahlah catio yang

Ada rezeki, kita jumpa lagi ya JR


 Dah 2 minggu Junior pergi kepada pemilik alam semesta ini. Kadang-kadang mulut kami tersasul menyebut nama dia bila panggil atau bercerita tentang Hero.

Ada rezeki nanti, insyaAllah kita jumpa kembali ya JR. Papa Clouseau pun bersikap pelik bila abang JR dah takde. 

Junior menghidap penyakit FIP. 3 minggu aje dia dengan kami lepas dah diagnos sakit dia.

Ada rezeki, kita jumpa lagi sayang...


 Salam semua.

Saya jarang kongsi kisah kucing-kucing peliharaan kami sekeluarga. Namun, dalam pada kita seronok lihat gelagat mereka yang cergas, comel & bijak pasti akan tiba satu ketika, kita terpaksa lepaskan mereka. Ya, lepaskan mereka terus...

Setiap kali mereka pergi menghadap Ilahi, hati kami pasti akan jadi sangat sedih. Allah sahaja yang tahu. Allah beri pinjam sekejap. Bagi kami gembira sebentar & belajar erti tanggungjawab kemudian, dia ambil semula. Dia mahu kami belajar banyak perkara tentang binatang comel ini. Dia mahu kami senyum bila tengok ibu kucing pandai jaga anak-anaknya. Dia mahu kami belajar banyak bersabar dengan mereka yang tidak kita faham bahasanya.

Dalam masa 24 jam, dua ekor dah kembali pada Allah. Akibat parvo. Ini tinggal seekor yang sedang berjuang. Dan ada beberapa ekor anak kucing yang lain mula badannya panas & selesema. Rasanya seminggu ni, hati kami akan walang memikirkan mereka.

Setiap kali mereka mahu 'pergi', saya cakap pada mereka, "Maksu paksu sayang kamu. Ada rezeki, nanti kita jumpa lagi kat bawah sana ya. Maksu paksu sayang kamu sampai bila-bila..."

Catio @ Rumah Kucing yang kiuts sangat. Si Bulus pun suka


Kucing seronok dengan catio kiuts.

Semua anak-anak bulus Rudy teruja bila catio mereka dah siap. Masing-masing sibuk mencium, berjalan, teroka, panjat, naik tangga & masuk dalam kotak lepak mereka. Lagi teruja, bila mereka jenguk luar jaring. Nampak lebih jelas jiran belakang rumah mereka iaitu encik doggy sefamily, cik menti, cik tupai & gagak sekawan. Apalagi, si bulus mula bulatkan mata bila nampak banyaknya gagak datang bila saya campak sedikit makanan keluar. Terpegun terus 


Ada yang berani explore semua benda, ada yang gayat bila letak tempat tinggi & ada juga tak pandai turun (our Chiki B yang sakit tu).

Puas hati sangat dengan apa yang Encik Irwan buat untuk bulus-bulus. Sangat kemas & bersih. Dia siap kata, "untuk kotak kucing ni, saya tak shellec kayunya sebab kucing tak suka baunya bila nak tidur dalam tu. Saya shellec untuk tangga aje." So, dari situ kita tahu dia faham kehendak pelanggan dia iaitu kucing.


Jika ada pemilik kucing nak buat catio di dalam rumah, ruang belakang rumah, di tanah corner lot sendiri, boleh hubungi Encik Irwan di 011-31371878 atau www.wasap.my/601131371878 .
Untuk catio kami ni, harga semuanya tak termasuk rumput karpet tu dalam RM1200. Deposit diperlukan untuk komitmen.



Koyak rasanya hati


Heart breaking💔

Innalillah... Miko dah pergi selamanya... No more twins yang selalu buat kami keliru.

Lebih pedih lagi, 4 ekor anak kucing sakit dalam masa 4 hari & pergi satu demi satu. Rabu petang, Becky mati. Malamnya pula Jack menyusul Khamis pagi, Putih pula Allah ambil. Dan Maghrib semalam, Allah ambil juga Blacky yang tabah. Dua kali saya & hubby menatap kucing mati. Dua kali juga air mata laju aje turun menitis. 

Dan tadi bila nak masak soft cookies, hubby cakap, "Sedihnya tengok tempat barang tu. Kalau time-time begini, depa tidur aje kat situ ramai-ramai." Saya dah sebak. 


Maksu paksu pasti rindukan Blacky, Putih, Jack, Becky, Miko, Chemong, Mak Kucing, Chiki, Cummi, Mama Lang, Bambam, Hero & Panda sampai bila-bila. RIP.

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...