Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Kapal-kapal Global Sumud Flotilla telah memasuki separuh zon kuning


 Assalammualaikum & salam sejahtera. Malam tadi, bila tengok medsos Global Sumud Flotilla dan saluran berita nasional, katanya kapal akan mula belayar masuk zon kuning dalam jam 9.15 malam (waktu Malaysia). Risau juga rasa hati masa tu. Suami yang baru balik kerja dan keluar bilik air lepas berwuduk, saya maklumkan. Dia pandang jam dan diam. Kami solat isyak berjemaah dan bila rakaat akhir, rupanya suami baca doa qunut nazillah. Rupanya dia risau juga tapi pada Allah kami minta semua pelayar tidak menghadapi ancaman yang merbahaya. 

Dan pagi tadi, bila dah buka phone, saya lihat di IG, Nadir Al-Nuri maklumkan mereka dah nak sampai ke konvoi kapal-kapal lain. Dari kepekatan malam, nampak sinaran cahaya seperti kelip-kelip di kejauhan. Itulah kapal-kapal GSF. Dan tadi, bila masak, dengar Youtube. Kapal dinaiki ZRA ada masalah enjin yang teruk. Tidak boleh belayar. Jadinya terpaksa ditarik oleh kapal lain yang berhampiran. 

Dan sekarang, jam 6.30 petang waktu Malaysia, kapal-kapal GSF sudah belayar separuh dari zon kuning yang ditanda. Khabar dari berita MAPIM tadi, mungkin, jika tiada aral, kapal-kapal GSF akan masuk ke zon merah dalam 23 jam dari sekarang. 

Zon merah ini mereka bahagikan kepada 3 bahagian juga. Bahagian pertama, area kawasan kapal Madleen, Handala dan Mavi Marmara pernah ditahan. Bahagian kedua pula, di penghujungnya, kapal Rachel Corrie pernah ditahan. Bahagian ketiga pula, bahagian yang semakin hampir dengan Gaza, iaitu mengikut perkiraan Sumud tracker, mengambil masa 1 hari 9 jam untuk sampai ke persisiran pantai Gaza. 

Dalam seminggu ini, pastinya semua mata penduduk dunia yang mengikuti perkembangan di Palestin, Gaza dan Global Sumud Flotilla akan melihat apakah para belayar dapat belayar dengan selamat atau sebaliknya. Namun, setiap orang pastinya mendoakan para pelayar selamat dan lebih-lebih lagi bantuan dapat disampaikan pada penduduk Gaza yang memerlukan. Ya Allah, lindungi mereka semua, kasihanilah mereka semua. 

Gulai lemak cili padi cendawan kukur, lauk kampung yang terangkat rasanya


 Assalammualaikuk dan salam sejahtera. Akhirnya, gulai lemak cili padi cendawan kukur kembali di dapur Nilai. Alhamdulillah, rezeki masa pergi ke Temerloh 2 minggu lepas, di pasar sehari Temerloh, ramai peniaga jual cendawan kukur. Subhanallah, rasa seronok sangat. Sebab dah lama tak makan gulai ni. Kat Nilai, susah nak dapat cendawan ni. Kalau cendawan tiram or cendawan enoki, banyaklah. Ngeee...

Apa lagi, belilah satu plastik kecil yang harga satu cup dalam RM5. Takdelah nak beli banyak bila dah tinggal berdua aje ni. Godek balik resipi lama dan resipi orang lain di Youtube, nampak lebih kurang sama, so, kita masaklah. Ini resipi penyediaan gulai lemak cili padi cendawan kukurnya. 

Bahan:
200 gram cendawan kukur segar, bersihkan dan rendam
1 genggam ikan bilis direndam seketika & toskan
2 batang serai, diketuk
1 keping asam gelugor
500ml santan
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar halus:
1/2 cawan cili padi
1 inci kunyit hidup
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Penyediaan:
1. Toskan cendawan kukur, kemudian cuci sekali lagi sambil ramas-ramas cendawannya. Nak bagi cendawan tu lembut. Kemudian basuh bersih, bilas dan tapis.
2. Masukkan cendawan, serai dan bahan kisar halus ke dalam kuali. Gaul rata. Tuang santan sedikit dan masak hingga mendidih. Kacau sekali sekala. Tambahkan ikan bilis dan asam keping. Masak hingga cendawan lembut.
3. Kemudian, tuang pati santan, kacau rata dan perasakan dengan garam & gula secukup rasa. Kacau sehingga mendidih dan masak. Lebih kurang dalam 4-5 minit. Tutup api dan siap untuk dihidang gulai lemak cili padi cendawan kukur kita. Enak dimakan dengan nasi putih, ayam goreng kunyit atau ikan goreng kunyit. 



Global Sumud Flotilla diserang dron dan kapal tentera dari Itali dan Sepanyol datang membantu


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Beberapa hari ini dunia digemparkan dengan demostrasi besar di seluruh Itali. Tidak lama kemudian, 24 September tarikh di Malaysia, lebih dari 10 dron telah mengganggu para peserta / aktivis Global Sumud Flotilla berhampiran perairan Greece. Beberapa kapal mengalami sedikit kerosakan, beberapa objek tidak dikenali dijatuhkan oleh dron dan komunikasi terganggu buat beberapa ketika di antara kapal-kapal. Ini membuatkan bukan sahaja Malaysia tetapi seluruh masyarakat antarabangsa berasa tidak puas hati dan risau akan keselamatan para aktivis. Namun begitu, para aktivis menyatakan bahawa semua itu telah dijangka akan berlaku sebaik sahaja mereka semakin hampir dengan zon kuning menuju Gaza. Pelbagai serangan bakal dihadapi sebaik menghampiri perairan. Cuma mereka merasakan, kali ini, si zalim bertindak lebih jauh di mana para aktivis / pelayar Sumud masih jauh dari zon kuning. Mereka bertindak di perairan antarabangsa yang sepatutnya tidak ada gangguan.

Memetik laporan Al-Jazeera, aktivis / pelayar dari Brazil, Tiago Avila, memaklumkan di Instagram  tengah malam Rabu bahawa sepuluh serangan mensasarkan beberapa buah kapal dengan bom bunyi dan suar letupan, malah disembur bahan kimia yang disyaki serbuk pemedih mata. Aktivis dari Amerika Syarikat, Greg Stoker berkata, kapalnya di perairan Crete turut menjadi sasaran. “Kapal kami diserang oleh dron yang menjatuhkan bebola kecil di dek. Beberapa kapal lain turut mengalami hal yang sama. Radio VHF kami diganggu dan mereka mula memutarkan lagu Abba,” katanya di Instagram.

Melihat kepada apa yang berlaku pada para aktivis dan rakyat Itali yang berada di atas kapal bagi melakukan misi kemanusiaan ini, kerajaan Itali tidak sampai 24 jam telah menyatakan kesediaan untuk melindungi para peserta di sepanjang pelayaran di kawasan laut terbuka di Lautan Mediterranean. Mereka bukanlah sepanjang perjalanan menemankan cuba sehingga ke sempadan yang mereka rasa perlu bagi memastikan tiada lagi dron-dron pengacau mengganggu orang awam yang hanya menghantar bekalan makanan dan ubat-ubatan serta susu bayi. 




Si zalim ni ada bagi idea agar barang bantuan diserahkan di pelabuhan Askelan dan nanti mereka distributekan ke orang Gaza. Kau ingat kita orang nak percaya sangat ke. Selama ni barang bantuan korang sekat kat pintu masuk Rafah, lori yang bawa bekalan korang bom, kanak-kanak, wanita, orang dewasa yang bawa tepung ditembak, segala bentuk makanan hatta susu bayi korang sekat itu belum lagi

10 sebab adakala orang dewasa sukar untuk bersyukur

Rasa syukur adalah salah satu nilai murni dalam agama dan budaya kita. Ia menjadi kunci ketenangan hati dan kesejahteraan hidup. Namun, dilihat ramai orang dewasa sukar untuk benar-benar menghayati rasa syukur dalam kehidupan seharian. Ini dapat dilihat melalui beberapa faktor penyumbang yang membuatkan mereka kurang bersyukur atau sukar bersyukur. Hasil penemuan yang ingin dikongsikan ini ditemui berdasarkan daripada kajian yang dijalankan oleh beberapa buah universiti dan badan berautoriti seperti University of California, University of Pennsylvania, Harvard Health Publishing dan Universitas Yudharta Pasuruan. Hasil kajian mereka menunjukkan ‘ada sebab’ mengapa orang dewasa yang dikira matang sukar untuk bersyukur dalam satu-satu situasi.



Di sini, saya senarai 10 sebab mengapa orang dewasa sukar atau kurang untuk bersyukur. Dan jika dalam senarai ini ada pada diri kita sendiri, akui dan berusahalah untuk perbaiki.

  1. Terlalu fokus kepada apa yang belum dimiliki: Ramai orang dewasa cenderung memikirkan apa yang mereka belum capai — pekerjaan yang lebih baik, rumah lebih besar, kewangan lebih kukuh, pasangan yang sempurna. Fokus yang berlebihan pada kekurangan ini membuat mereka lupa untuk menghargai nikmat yang sudah sedia dimiliki. Kita berasa cemburu akibat frasa ini, ‘Aku juga dah bekerja keras tapi kenapa tak dapat seperti dia?’
  2. Tekanan hidup yang berterusan: Tanggungjawab membesarkan anak, membayar hutang, menjaga ibu bapa, serta beban kerja menyebabkan ramai berada dalam keadaan tertekan. Tekanan yang berterusan tanpa rehat yang diperlukan membuatkan mereka sukar berhenti sejenak untuk merenung dan bersyukur. Kita sendiri ada waktu mengalami situasi ‘burn-out’. Apa yang penting, ita perlu belajar untuk berehat seketika dan minta bantuan Allah.
  3. Kecenderungan membandingkan diri dengan orang lain: Dengan adanya media sosial, perbandingan menjadi lebih mudah dan lebih kerap. Melihat pencapaian, gaya hidup, atau kebahagiaan orang lain boleh menimbulkan rasa iri hati yang menenggelamkan rasa syukur terhadap nikmat sendiri yang dimiliki. Sebenarnya kita ada apa yang mereka tidak ada cuma kita sendiri yang membiarkan diri hanyut dengan cemburu tanpa sempadan.
  4. Tidak ada masa untuk merenung dan refleksi diri: Jadual yang sibuk, kerja yang seperti tidak ada hentinya, membuatkan orang dewasa kurang ruang untuk berfikir mendalam dan tenang. Tanpa masa untuk merenung dan menghargai, kita jarang menyedari nikmat harian yang sering dianggap biasa. Sebagainya contoh, kita lupa untuk hargai sepasang mata yang membuatkan kita mudah untuk melihat, membaca dan memudahkan pergerakan (lihat mereka yang buta, pasti mereka bergerak dengan hati-hati).
  5. Pengalaman silam yang menyakitkan: Trauma, kekecewaan, atau pengkhianatan boleh meninggalkan kesan mendalam pada hati. Orang dewasa yang pernah terluka, tersakiti, teraniaya mungkin sukar mempercayai bahawa hidup masih penuh dengan nikmat yang patut disyukuri. Ingatkan diri, Allah ambil sesuatu adalah untuk menggantikan sesuatu yang lebih baik. Kuncinya? Sangka baik pada Allah.
  6. Sikap merasa layak (entitlement): Ada yang beranggapan mereka “patut” memiliki lebih baik dalam hidup. Sikap ini membuatkan kita akan sering marah-marah dan rasa tidak cukup. Bukan itu sahaja, sikap ini menjadikan apa yang sudah ada kelihatan tidak mencukupi dan ini

Kudapan korea wanja-jeon (bergedil daging dan tauhu) buat peminat daging suka menu ini


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kali ni saya cuba masak kudapan korea wanja-jeon atau dalam Bahasa Melayu kita panggil bergedil daging dan tauhu. Kenapa saya panggil bergedil? Sebab cara penyediaannya lebih kurang sama cuma bergedil kita guna kentang, daging sikit dan hirisan daun bawang kemudian dicelup dalam telur manakala wanja-jeon guna daging kisar, tauhu putih lembik tu dalam 1/3, ada bawang dan disalut dengan tepung dahulu baru disalut telur. Kalau ikutkan lebih kurang macam meatball juga.


Menu ni saya kenal masa ternampak kat dalam Youtube Maangchi. Layanlah Youtube dia sambil makan nasi tengahari. Bila tengok bahan dia macam mudah aje, tu yang cuba. Sedap jugalah. Nak kudap gitu boleh, nak cicah sos gitu pun, nak makan dengan nasi atau bihun sup pun boleh. 

Ini resipi kudapan Korea wanja-jeon tu. Yang penting dalam ni mestilah daging dan tauhu.

Bahan:
300gm daging cincang
120gm tauhu lembik / 1/3 tauhu diperah airnya (guna tisu tebal atau kain untuk perah tauhu) 
1 biji bawang besar didadu kecil
1 ulas bawang putih dicincang halus
1 tangkai daun bawang dicincang 
2 sudu besar lobak merah didadu halus
1/2 sudu kecil kicap masin
1/2 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil lada hitam kisar
2 sudu kecil bijan yang disangai
3 biji telur (1 letak dalam daging & 2 lagi untuk salutan)
3 sudu besar tepung gandum
Sedikit minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan membuat wanja-jeon


Penyediaan:
1. Sediakan satu mangkuk besar. Masukkan daging cincang, tauhu tanpa air, 1 biji telur, bawang besar,

Orang yang sentiasa bersyukur memiliki 14 kekuatan ini dalam diri


Meletakkan diri dalam situasi sentiasa bersyukur tak mudah. Tapi orang yang sentiasa bersyukur memiliki 14 kekuatan diri yang tiada pada orang yang sentiasa berfikiran negatif, menyalahkan takdir, dengki mahupun cemburu. 14 kekuatan ini dicungkil berdasarkan pada kajian yang dijalankan oleh universiti, mereka yang telah lama menulis jurnal kesyukuran dan mereka yang berusaha untuk sentiasa bersyukur kerana mengikut perintah Allah (ada beberapa ayat dalam al-Quran menyatakannya).

Jika anda pernah mengalami kemurungan, rasa dengki atau cemburu dalam diam pada orang lain, tak gembira dengan hidup, rasa diri tidak sebagus orang lain atau apa sahaja yang berkaitan emosi negatif ini, lekas-lekas anda cari solusinya. Ini kerana kelompok rasa emosi negatif ini perlahan-lahan akan memakan kebabahagiaan, ketenangan dan kegembiraan anda. Bukan itu sahaja, ia akan turut menjangkiti orang yang berada di sekeliling anda juga secara tidak langsung.

14 kekuatan dimiliki oleh orang yang sentiasa bersyukur
  1. Perasaan bersyukur membantu mengalihkan tumpuan rasa cemburu, dengki, sakit hati kepada rasa berterima kasih, sangka baik pada Allah dan sabar.
  2. Orang yang sentiasa bersyukur akan mendapati diri mereka ada banyak perkara yang menggembirakan boleh dihargai dan dimiliki. Mereka akan dengan pantas mengingatkan diri bahawa mereka memiliki kelebihan yang tidak ada pada orang lain yang mahukannya (bukan riak tapi mengingatkan diri).
  3. Ucapan terima kasih daripada kita kepada orang lain memberi kesan positif pada kimia otak kita dan orang sekeliling yang menerimanya.

Global Sumud Flotilla terus belayar menuju Gaza

 


Alhamdulillah, kapal-kapal di bawah projek Global Sumud Flotilla semakin maju menuju ke Gaza. Mereka yang bergerak dari Barcelona, Tunis, Genoa & Sicily sekarang semakin ramai mula berkumpul di laut antarabangsa menuju ke tempat yang dituju. Mereka yang berada dalam kapal ini sudah semestinya jelak dan benci dengan apa yang berlaku hampir 2 tahun ini ke atas penduduk Gaza. Mana mungkin mereka dan kita duduk berdiam diri melihat kekejaman yang berlaku terhadap orang awam dan bumi anbiya' itu. 

Para aktivitis yang mempunyai latar belakang yang pelbagai ini bergabung tenaga, masa, wang ringgit dan kepakaran demi merealisasikan penyampaian bantuan kemanusiaan seperti ubat, makanan dan keperluan asas lain kepada rakyat Gaza yang terkepung. Namun, urusan mereka ini tidak mudah. Bukan sahaja perlu berhadapan dengan keadaan cuaca dan laut tidak menentu tetapi juga serangan tidak terduga oleh mereka yang tidak mahu melihat projek ini berjaya. Setibanya kapal yang belayar dari Barcelona tiba di Tunisia, dua insiden merbahaya telah berlaku. Dua kapal telah diserang oleh dron di pelabuhan ketika waktu malam iaitu kapal Familia Madeira dan Alma. Alhamdulillah tiada sebarang kecederaan namun ia menunjukkan bahawa pihak jahat sudah mula melancarkan operasi mereka untuk menyekat kemasukan kapal-kapal ke laut Gaza. 

Menurut berita luar, ada beberapa kapal kecil dan agak lama ditarik penyertaannya kerana dibimbangi tidak dapat meneruskan perjalanan akibat cuaca yang tidak menentu dan berisiko ke atas nyawa pelayar-pelayar di atasnya. Bukan itu sahaja, dikatakan beberapa perubahan pada haluan telah dibuat bagi mengatasi ancaman logistik dari pihak-pihak yang bersekongkol. Dan melihat pada berita di media sosial, semakin banyak kapal-kapal telah berkumpul di perairan antarabangsa untuk sama-sama menuju ke Gaza. Para pelayar yang tiba awal dan sedang menunggu kapal-kapal lain, mereka melakukan beberapa aktiviti tertentu dalam mengisi masa yang ada. Beberapa latihan turut dilakukan di atas kapal dalam menyiapkan diri berhadapan dengan tentera zionis yang pastinya tidak begitu baik melayan para aktivis yang datang.



Hari ini, bila lihat kepada tracker yang ada di laman web Global Sumud Flotilla, sudah ada 50 kapal belayar menuju ke Gaza. Ada yang masih belayar dan ada yang sedang menanti. Diberitakan juga oleh Berita Alhijrah tadi, kapal yang dinaiki oleh saudara Nadir al-Nuri dan wartawan Berita Alhijrah, baru sahaja belayar. Moga pelayaran mereka semua dapat bergabung dengan kapal-kapal lain di laut Maditeranean. Moga usaha mereka semua dalam lindungan Allah dan Allah membantu mereka di saat-saat sukar sama ada di laut mahupun ketika sudah tiba di Gaza.

 

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...