Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Siakap Sambal Hijau, Confirm Tak Cukup Seekor


 

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Maaf sangat tak berapa nak update menu lately. Sedikit sibuk dengan bisnes buku saya. Namun, jika ada yang nak follow saya di IG, insyaAllah saya ada beberapa hari yang online di situ. Hehehe... Boleh follow atas nama alfisyahrinamolis :)

Menu ni terbuat gara-gara ternampak rancangan Teroka Lokal pengacaranya @marshamilan makan ikan goreng sambal hijau, gigih esoknya saya order dengan Ali Ikan. Minta dihantarkan barang-barang masakan.

Dan tara... Jadi pun menu sedap ni. Nak travel tak boleh. Border negeri2 tutup, kita masak aje sesedap yang mampu. Serius, sekor memang tak cukup.

Here are the recipe. Kot anda teringin juga.

Bahan:
1 ekor ikan siakap
Serbuk kunyit, garam & lada sulah untuk saduran ikan goreng
4 tangkai cili hijau besar
12 - 15 tangkai cili padi hijau
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
1/2 inci halia
1/2 cawan air
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Ikan - Basuh bersih ikan & kemudian lap dengan tisu dapur. Kelar sedikit ikan. Salut ikan dengan serbuk kunyit, garam & lada sulah. Perap dalam 10 minit & kemudian goreng dengan minyak banyak. Setelah masak, angkat & toskan.
2. Sambal hijau - masukkan cili hijau, cili padi hijau, belacan, bawang besar, bawang putih & air. Kisar cili tapi jangan terlalu halus. Panaskan minyak dalam 2 sudu besar ke dalam kuali. Setelah panas, masukkan bahan kisar. Masak sehingga sedikit garing. Kemudian, masukkan garam & gula secukup rasa. Kacau & tuang sambal atas ikan yang diletakkan atas pinggan besar. Siap.

Catio @ Rumah Kucing yang kiuts sangat. Si Bulus pun suka


Kucing seronok dengan catio kiuts.

Semua anak-anak bulus Rudy teruja bila catio mereka dah siap. Masing-masing sibuk mencium, berjalan, teroka, panjat, naik tangga & masuk dalam kotak lepak mereka. Lagi teruja, bila mereka jenguk luar jaring. Nampak lebih jelas jiran belakang rumah mereka iaitu encik doggy sefamily, cik menti, cik tupai & gagak sekawan. Apalagi, si bulus mula bulatkan mata bila nampak banyaknya gagak datang bila saya campak sedikit makanan keluar. Terpegun terus 


Ada yang berani explore semua benda, ada yang gayat bila letak tempat tinggi & ada juga tak pandai turun (our Chiki B yang sakit tu).

Puas hati sangat dengan apa yang Encik Irwan buat untuk bulus-bulus. Sangat kemas & bersih. Dia siap kata, "untuk kotak kucing ni, saya tak shellec kayunya sebab kucing tak suka baunya bila nak tidur dalam tu. Saya shellec untuk tangga aje." So, dari situ kita tahu dia faham kehendak pelanggan dia iaitu kucing.


Jika ada pemilik kucing nak buat catio di dalam rumah, ruang belakang rumah, di tanah corner lot sendiri, boleh hubungi Encik Irwan di 011-31371878 atau www.wasap.my/601131371878 .
Untuk catio kami ni, harga semuanya tak termasuk rumput karpet tu dalam RM1200. Deposit diperlukan untuk komitmen.



Siakap Kukus Wangi Sedap


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Siakap kukus wangi. Khas untuk yang boring makan bergoreng.

Bahan:
1 ekor ikan siakap cuci bersih
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil lada sulah
4 sudu besar jus limau kasturi
1 biji jus lemon
1 sudu besar minyak jagung
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
12 biji cili padi dihiris
2 batang serai, ambil bahagian putih & hiris
1/2 inci halia dihiris
2 ulas bawang putih dicincang
1/2 kiub pati ikan bilis dihancurkan

Penyediaan:
1. Gaul ikan dengan sedikit tepung jagung & sedikit jus limau nipis. Perap 10 minit, kemudian cuci bersih. Lap kering dengan tisu dapur. Ketepikan.
2. Masukkan semua bahan lain dalam mangkuk & kacau hingga sebati. Ketepikan.
3. Panaskan kukus & sediakan loyang letak ikan. Sapu sedikit minyak jagung pada bekas tadi. Ikan siakap dikelar sedikit & kemudian lumur dengan garam, serbuk lada sulah serta epung jagung, rata2 termasuk dalam perut ikan. Letak dalam loyang.
4. Tuang bahan-bahan tadi atas ikan & ratakan termasuk bahagian dalam perut ikan. Kukus selama 10-12 minit.

Resipi mi goreng mamak warna merah


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Selalu kita makan kedai mamak, ada mi goreng dia warna merah kan? Dan ada beberapa menu lain pun warna merah semacam tapi tak pedas kan? Nak tahu rahsianya?

Serbuk dalam tin yang bertulis Bush orange red powder tu lah yang menaikkan warna makanan mereka. Serbuk ini dibawa khas dari India. Serbuk ini selalu digunakan dalam menu biskut, aiskrim, ayam goreng, nasi, mi dll. Harganya tak mahal. Dalam range RM5-7 sekotak. Guna hanya SECUBIT atau 1/4 sudu kecil aje.

Bahan:
1 pek me kuning dicuci bersih
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
3 batang sosej dihiris serong & digoreng sekejap
1 biji kentang dipotong dadu digoreng sekejap
2-3 sudu besar cili giling
1 cawan air (untuk masakkan cili sebentar)
17 fish ball dipotong dua (letak aje apa yg ada dlm fridge)
3 sudu kicap biasa
2 sudu kicap pekat
1 biji telur
1 ketul tauhu putih
3-5 tangkai sawi pendek dipotong
Secubit pewarna merah Bush
4 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Panaskan minyak & tumis bawang merah & putih
2. Bila dah garing sedikit, masukkan cili giling & gaul sebentar. Masukkan pula air & kacau. Biarkan masak sebentar.
3. Bila kelihatan garing sedikit, masukkan potongan fish cake/fish ball/ayam. Kacau.
4. Masukkan kicap biasa, kicap pekat & pewarna bush. Gaul semuanya agar sekata. Tambahkan sedikit air jika nampak kering.

5. Masukkan pula telur & kacau sedikit. Kemudian, masukkan mi, kentang, sosej & sayur. Masukkan tauhu yang diramas. Kacau sehingga sebati. Jika tak berapa basah, tambahkan sedikit air & sos tiram.
6. Bila dah masak, masukkan mi dalam mangkuk besar. Hidangkan begitu aje mi goreng mamak merah kita tu atau boleh letak hirisan cili, daun bawang atau belahan limau kesturi.

Kerang rebus kuah tomyam yang sedap


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua. First time buat resipi kerang rebus kuah tomyam ni dan setelah dirasa makan dengan nasi putih, rasa sedap juga. Sesekali makan kerang dengan hirup kuah tomyam memang marbeles. Bak kata atuk KFC, 'finger linking good'. Tq @matgebu untuk resipi kerang kerek tu. Saya tukar sikit sebab x suka bau daun ketumbar 😁

Yang nak try, boleh sesangat. Bahannya mudah aje. Oh ya, jika tak suka kerang, boleh le ganti dengan kupang ke, lala ke atau vongole.

Bahan:
500gm kerang
1 batang serai, diketuk
3 helai daun limau purut
1 sudu besar pes tomyam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil gula
1 biji limau nipis, perah jusnya
2 ulas bawang putih, dihiris halus
1 biji bawang besar, dihiris kasar
1/2 inci halia, hiris halus
12 tangkai cili padi diketuk
1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji tomato belah 6
Minyak untuk menumis

Penyediaan:
1. Cuci bersih kerang & toskan. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis serai, bawang putih & halia. Masak hingga harum & layu. Masukkan cili padi & pes tomyam. Kacau rata & masukkan sos tiram & sos cili. Masukkan kerang & daun limau purut. Besarkan api & gaul mesra.
2.Tuang air & tutup kuali, masak hingga kerang terbuka kulitnya. Tambah hirisan bawang besar, tomato & kacau. Akhir sekali masukkan jus limau nipis. Gaul rata & jika rasanya ok boleh matikan api. Kerang rebus kuah tomyam ni anda boleh hidangkan dalam mangkuk kecil. Mudah untuk orang ambil dan kopek kerangnya.

Resipi Kuih Bakar Bijan yang mudah


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Bila dah beli bijan haritu, makanya harini kita buat kuih bakar ada bijan atasnya. Alhamdulillah sedap lepas kuih dah sejuk & boleh dimakan. Kekadang saya rasa teruja bila lihat hasilnya menjadi. Ialah, dulu saya tak pandai masak langsung. Specially kuih-kuih tradisional ni. Kalau pandai pun, buat onde-onde atau jemput-jemput. 

Apapun, ini resipinya anda boleh cuba. Moga dipermudahkan Allah untuk anda memasak kuih bakar bijan ni.

Bahan:
3 biji telur gred A
400 gram tepung
2 cawan gula pasir
6 cawan santan pekat (saya guna 500ml santan kotak & tambah air untuk jadikan 6 cawan)
½ sudu kecil garam halus
Sedikit pewarna hijau
1 sudu besar bijan

Penyediaan (Guna loyang 10x10):
1. Panaskan oven pada suhu 200°.
2. Loyang dilenser dengan mantega & kemudian taburkan tepung gandum untuk menutupi semua bahagian yang dilenser tadi. Kemudian diketuk ketuk untuk membuang lebihan tepung gandum.
3. Dalam bekas besar, masukkan telur & gula. Gunakan mixer & putar hingga adunan kembang & gula hancur. Masukkan pula santan, tepung gandum, pewarna hijau & garam. Kacau hingga sebati.
4. Tuang adunan ke dalam loyang perlahan-lahan. Masukkan dalam oven & bakar selama 25 minit & kemudian baru ditabur bijan di atasnya. Jika tabur awal, bijan akan tenggelam.
5. Bakar selama 1 jam atau 1 1/2 jam atau sehingga warna di atasnya bertukar coklat kehitaman. Setelah masak, keluarkan dari oven & biarkan ia betul-betul sejuk baru dipotong. Kiranya, biarkan sejuk sendiri dalam 2 jam. Setelah sejuk, bolehlah potong kuih bakar bijan ini ikut saiz yang anda suka 

Kek Lemon Bermentega @ Lemon Butter Cake yang akhirnya jadi juga


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Kali ni saya cuba buat kek lemon bermentega. 

Boleh bilang dengan jari, berapa kali aje dalam setahun saya buat kek. Kek dengan saya memang tak berapa ngam. Kalau tak bantat, hangit. Hmmm...

Tapi Alhamdulillah kali ni jadilah juga walaupun ada gelembung-gelembung hitam sikit. Bak kata adik ipar, kena kenal oven. Hmmm... Nak kenal camne ni, link pun tak berapa ngam dengan menu kek ni. Anyway, tq @melissadarabian for the recipe. The recipe is easy & delicious.

Ni resipinya kalau ada yang nak cuba. Saya guna loyang besar tapi resipi asalnya guna loyang kecil. Saya doublekan the portion.
Ni resipi asalnya.

Bahan:
1/2 cawan mentega suhu bilik
1/2 cawan gula caster
2 biji telur saiz A suhu bilik
1 sudu kecil vanila
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar jus lemon
1/4 sudu kecil parutan kulit lemon (lemon zest)

Penyediaan:
1. Dalam satu mangkuk, satukan tepung, garam & baking powder. Ketepikan.

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...