Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Spaghetti lala & udang. Letak sosej pun sedap.


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Resipi yang sangat sedap, mudah & bila panaskan balik spaghetti, masih 'moist' lagi.

Asalnya resipi @sheilarusly_jspictures yang masak vongole tu. Tapi dek kerana mana nak dapat makanan laut tu kat Nilai, makanya, kita masak guna apa yang ada. Plus, letak sosej sebab Rudy tak makan seafood.

Bahan:
1 pek spaghetti direbus al dante
1 mangkuk lala
10 ekor udang
5 batang sosej dipotong serong
2 kiub ikan bilis
10 tangkai cili kering dipotong 3
1 biji bawang besar didadu
5 ulas bawang putih didadu
1/2 cili benggala didadu
4 tangkai sawi batang pendek dipotong
2 biji tomato dipotong wedges
1 1/2 cawan air rebusan spaghetti
1/2 biji lemon
3-4 sudu besar minyak zaitun
3 sudu besar kicap soya cair
2 sudu kecil cili kisar / chili flakes (nak pedas, letak le banyak mana suka)


Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dahulu & kemudian bawang putih. Selepas itu, masukkan cili kering. Masak seketika & masukkan pati ikan bilis. Kacau hingga patinya hancur.
2. Masukkan pula kicap soya cair & jus lemon. Kacau hingga mesra. Selepas itu, masukkan lala, udang & sedikit air rebusan. Kacau seketika & kemudian tutup dengan penutup periuk. Biarkan ia masak dalam 3-4 minit.
3. Angkat penutup & gaul. Masukkan spaghetti & gaul lagi. Kemudian, masukkan sawi, tomato & 1 sudu kecil chili flakes. Gaul hingga mesra. Tutup api & hidang dalam pinggan besar. Akhir sekali, taburkan baki chili flakes di atas spaghetti. Siap.



Ayam masak varuval. Tak pedas & sesuai untuk semua.


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Tak pernah pun rasa sebelum ni menu ayam ni. Tapi, bila dah terlayar kat depan mata di sosial media, saya pun try. Ini versi saya. Ada boleh cuba.

Bahan:
1 ekor ayam dibelah 14 cuci bersih
1 sudu besar lada hitam
2 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil garam masala
3 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar minyak zaitun (selalu orang guna minyak sapi)
2 batang kayu manis
5 bunga cengkih
5 biji buah pelaga
7 biji bawang kecil dihiris / 1 biji bawang besar dihiris
2 sudu kecil garam (secukup rasa)
1/2 cawan air
1 sudu kecil gula

Penyediaan:
1. Masukkan lada hitam, jintan manis, jintan putih, halia, bawang putih & sedikit air ke dalam pengisar. Kisar halus.
2. Kemudian, masukkan bahan kisar ke dalam bekas berisi ayam. Gaul. Masukkan pula serbuk ketumbar, serbuk cili & garam masala. Gaul sehingga mesra & perap selama 1 jam.


3. Selepas itu, masukkan minyak zaitun / minyak sapi ke dalam kuali panas. Tumis seketika kayu manis, buah pelaga & bunga cengkih & kemudian masukkan bawang kecil. Gaul hingga bawang lembut & naik bau.
4. Masukkan ayam yang diperap tadi ke dalam kuali. Masak seketika & masukkan garam. Gaul ayam hingga mesra lebih kurang dalam 6-8 minit.
5. Masukkan 1/2 cawan air & kacau sekali lagi ayamnya lebih kurang 1-2 minit. Kemudian, tutup ayam tersebut dengan penutup periuk bagi memastikan ayam masak sekata & berjus. Guna api kecil. Biarkan ia masak dalam 10 minit. Selepas itu, angkat tutup periuk & kacau ayam hingga mesra. Masukkan gula & kacau lagi beberapa ketika. Siap untuk dihidang.

Roti telur sardin yang mudah


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Menu mudah untuk sarapan, minum petang ataupun kudapan malam bila lapar. Resipi ni saya dapat dari youtube Sheila Rusly.

Anda boleh cuba nanti.

Bahan:
5-6 keping roti putih dibelah dua
1 tin kecil sardin
3 biji telur
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih didadu
1/2 biji jus limau nipis
1/2 sudu kecil garam
Sedikit minyak untuk memasak

Penyediaan:
1. Dalam satu mangkuk, masukkan sardin, telur, bawang putih, bawang besar, jus limau nipis & garam. Pecahkan ikan sardin & kocok campuran ini semua. Ketepikan.


2. Sediakan kuali leper. Panaskan sedikit minyak di atasnya. Kemudian, masukkan roti dalam adunan sardin & salutnya depan belakang. Letak perlahan-lahan atas kuali. Buat sekali lagi untuk 3 keping roti atau muat-muat saiz kuali. Setelah bawah roti garing, terbalikkan. Masak sebelah lagi. Setelah garing, angkat & letakkan atas piring. Susun roti dalam pinggan bila sedikit sejuk. Siap.


Maggi goreng sambal sardin & kerang yang sedap


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Sarapan maggi goreng sambal sardin dengan kerang.

Kome-kome makan apa pagi ni?
Harini saya try resipi baru dari Youtube @sheilarusly_jspictures . Tunggu punya tunggu Ali ikan datang bawak dagangan, sekali harini dia tak jadi datang. Makanya, pantas le dok fikir apa nak masak sarapan pagi ni. Terus teringat stok maggi yang ada & YouTube Sheila Rusly yang dok tengok 2-3 hari lepas.

Jadinya, inilah sarapan sedap kami. Ada add on sikit kerang sebab sis in law suka.

Bahan:
4 paket maggi sambal bilis direbus sebentar & toskan
4 paket perencah maggi
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dihiris
3 sudu besar cili giling
3-5 tangkai cili padi dihiris
1/2 tin ikan sardin dengan kuahnya
1/4 cawan air
1 biji limau nipis
1/2 cawan isi kerang
5-6 biji fishball dihiris
2 biji telur
Secekak sawi dipotong kasar
1/4 kobis dihiris
Minyak untuk menumis

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang besar & putih. Masak hingga naik bau. Masukkan pula cili giling. Tumis hingga sedikit garing. Masukkan perencah maggi & kacau. Masukkan air serta ikan sardin & kuahnya. Kacau & pecah-pecahkan ikan sardin tersebut.
2. Kemudian, masukkan, jus limau nipis, fish ball & kerang. Kacau & biarkan ia masak sebentar. Lepas tu, masukkan telur & dadarkan ia sekejap. Masukkan pula maggi, sawi & kobis. Kacau hingga semuanya mesra. Tutup api & siap untuk dihidang.

Sambal sotong nak cepat


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Sambal ni anda boleh aje terus guna cili kisar yang dalam pek tu tapi still boleh nampak pekat sambalnya.

Bahan:
500gm sotong
3/4 cawan cili kisar
1 biji bawang besar, hiris bulat & leraikan
1/4 cawan jus asam jawa
1 sudu besar gula
1/2 cawan minyak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa

Bahan tumbuk / kisar:
1 biji bawang besar potong
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan

Penyediaan:
1. Sotong diasingkan kepala, buang kotoran & cuci bersih. Badan sotong dikelar-kelas tapi tidak putus. Cuci & tos. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk/kisar hingga harum. Masukkan cili kisar, kacau & masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil & kacau sentiasa.
3. Masukkan jus asam jawa, garam secukup rasa & gula (selalunya jika sambal sotong, gula kena lebih sikit). Kacau & masukkan sotong, gaul rata & masukkan bawang besar. Kacau hingga bawang lembut & sotong bertukar warna. Rasa & jika ok matikan api. Siap untuk dihidang.

Siakap tiga rasa yang simple


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Siakap 3 rasa. Menu mudah untuk makan sehari. Sos 3 rasa pun boleh dapat di pasaraya.
Cuma add on bawang, sayur & cili aje.

Jika nak sedap sikit, lepas tumis bawang tu, boleh le letak cili giling dalam 3 sudu. Masak kejap & letak sos serta bahan lain.

Koyak rasanya hati


Heart breaking💔

Innalillah... Miko dah pergi selamanya... No more twins yang selalu buat kami keliru.

Lebih pedih lagi, 4 ekor anak kucing sakit dalam masa 4 hari & pergi satu demi satu. Rabu petang, Becky mati. Malamnya pula Jack menyusul Khamis pagi, Putih pula Allah ambil. Dan Maghrib semalam, Allah ambil juga Blacky yang tabah. Dua kali saya & hubby menatap kucing mati. Dua kali juga air mata laju aje turun menitis. 

Dan tadi bila nak masak soft cookies, hubby cakap, "Sedihnya tengok tempat barang tu. Kalau time-time begini, depa tidur aje kat situ ramai-ramai." Saya dah sebak. 


Maksu paksu pasti rindukan Blacky, Putih, Jack, Becky, Miko, Chemong, Mak Kucing, Chiki, Cummi, Mama Lang, Bambam, Hero & Panda sampai bila-bila. RIP.

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...