Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Sloppy Joes Hotdogs yang ringkas tapi marbeles rasanya


Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

Semua suka sloppy joes hotdogs. Menu barat yang sedap untuk minum petang atau makan malam.
Siapa yang pernah tonton filem 'It Takes Two' oleh kembar Olsen, korang akan perasan menu sloppy joes ni menjadi feveret kat summer camp filem ni. Cuma versi saya buat, saya guna roti hotdog & hotdog & kuahnya tak melimpah sangat. Ini resipinya.

Bahan:
10 roti hotdog dibelah dua tapi tak putus. Sapukan mayo dalamnya & bakar atas kuali leper.
10 hotdog disapu mayo & dibakar atas kuali leper.
1 keping daging kisar
1 tangkai cili merah dihiris
1/2 biji bawang besar didadu
3 ulas bawang putih didadu
1/2 cawan air
1 1/2 cawan sos tomato atau tomato puri
2 sudu besar sos Worcestershire
2 sudu besar gula perang
2 sudu besar sos cili
2 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil pepper flakes
1 sudu kecil lada hitam
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Masak daging kisar dalam kuali tanpa minyak. Guna api sederhana. Masak hingga air daging sedikit mengering & daging tidak berketul.
2. Kemudian, masukkan cili merah & bawang besar serta putih. Masak seketika. Selepas itu, masukkan air & sos tomato/tomato puri. Masak hingga mendidih.
3. Setelah itu, masukkan gula perang, serbuk cili, pepper flakes, sos cili, sos Worcestershire, garam & lada hitam. Kacau hingga mesra. Masak guna api perlahan selama 15-20 minit. Kacau sekali sekala. Setelah mendidih, tutup api & boleh masukkan isi sloppy joes ini ke dalam roti hotdog & kemudian letakkan hotdogs atasnya. Nak lebih sedap, paipkan mayonis & mustard diatasnya.
p/s: jika nak kuah sloppy joes banjir, letakkan air secawan & tambah sos.

Laksa Johor yang enak


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera guys...


Laksa johor, pertama kali saya masaknya & hubby kata sedap 😊😘

Meskipun nampak cair sikit tapi oklah saya rasa utk beginner yang masak. Resipi ni saya dapat di web @matgebu . Kita ambil purely dari orang johor 😁
Ini resipinya. Anda boleh cuba.

Bahan:
300gm ikan tenggiri
400gm ikan kembong
150gm isi udang
Isi ikan kurau masin sebesar 3 inci x 3 inci, rendam
4 sudu besar udang kering, rendam hingga lembut.
2 sudu besar kerisik
1/2 inci lengkuas dititik
3 keping asam gelugor
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar ketumbar serbuk
1 sudu besar jintan manis serbuk
1 1/2 liter santan kelapa / 500ml santan kotak (tambah air sampai dapat 1.5 liter)
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap satu
Garam & gula secukup rasa

Ulaman:
Kacang panjang, dihiris halus
Limau kasturi dibelah dua
Timun, ambil bahagian luar dan buang empulurnya, hiris halus
Bawang besar, hiris halus
5 biji telur rebus

Bahan lain:
Sambal belacan

Masakan kampung yang sedap, gulai lemak pucuk paku dengan udang


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera gais...

Gulai kampung yang simple ini memang mampu bangkitkan selera. Dapat makan dengan ikan goreng regunya serta sambal belacan, perghh!! Memang rasa nak tambah nasi dua kali. 🍚🍚
Untuk rencah dalam gulai, boleh letak udang, ikan bilis ataupun ayam. Ikut apa yang ada stok 😊

Bahan:
2 ikat sayur pucuk paku
1 kotak santan (250ml)
2-3 ekor udang besar kerat dua (buang sedikit bahagian depannya)
4 ulas bawang merah
7 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Bersihkan pucuk paku & potong bahagian daun & batang yang lembut sahaja.
2. Kisar halus bawang merah , cili api & kunyit dengan sedikit air. Ketepikan.
3. Masukkan santan, bahan kisar halus ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan & kacau sehingga kuah mendidih.
4. Masukkan pucuk paku & udang & masak sehingga pucuk paku lembut & udang masak sepenuhnya. Lebih kurang 2-3 minit. Perasakan dengan garam. Kacau sebentar & tutup api. Siap.

Sambal Daging & Kentang yang menyelerakan


 
Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua...

Lama betul tak ke sini. Ada hal sedikit beberapa waktu ni. Banyak perkara perlu diselesaikan. 
Alhamdulillah, hari ni dapatlah update skit blog yang bersawang skit ni 😁

Suami saya memang penggemar daging yang berjaya. Makanya, sesekali kena fikir menu daging untuk dia. Dan menu sambal daging ini memang sedap dimakan dengan bubur nasi atau dengan nasi panas. Kita buat 2 in 1 punya menu. Jimat 😊

Bahan:
1/2 kg daging lembu dihiris kecil & rebus sehingga empuk (dalam 1/2 jam)
1/2 cawan air rebusan daging
25 tangkai cili kering digunting dua, dicuci bersih & direbus dalam masa 5-7 minit. Tapis. *Kisar*
3 bawang besar dipotong 4 *kisar*
3 cawan air *kisar*
1 cawan minyak masak
1 liter air
1/2 cawan air asam jawa
1 batangbserai diketuk
Gula secukup rasa)
Garam secukup rasa
1 cawan ikan bilis (direndam 2 minit dan toskan)
1 biji bawang besar dihiris bulat (masuk ketika sambal hampir masak)
2 biji kentang dipotong wedges 6

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali pada api sederhana. Goreng kentang hingga masak. Angkat & ketepikan.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam minyak panas. Kacau & tambahkan air ke dalamnya. Biarkan cili betul-betul masak & kacau sekali sekala.
3. Bila sambal kelihatan hampir masak atau gelap sedikit, masukkan air asam. Kacau & masak dalam 3-5 minit.
4. Masukkan serai, gula & garam. Kacau seketika & bila sambal kelihatan sedikit kering, masukkan daging, air rebusan daging. Kacau sebentar. Masukkan hirisan bawang besar & kentang. Kacau seketika hingga semuanya mesra. Rasa sambalnya & jika ada kurang masin manisnya, tambahkan ikut rasa. Kacau sebentar & tutup api. Siap untuk dihidang.

Tauhu, Taugeh & Kucai Masak Kicap


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Menu mudah bila masak hujung minggu. Ini resipinya.

Bahan:
1 keping tauhu
2 genggam taugeh, cuci & toskan
1/2 cekak kucai, kerat pendek
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 biji cili merah dihiris
1 biji cili hijau dihiris
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1/4 cawan air
2 sudu besar minyak untuk menumis
1/2 sudu kecil minyak bijan

Penyediaan:
1. Tauhu dipotong separuh, kemudian digoreng hingga keemasan, angkat & ketepikan. Setelah sejuk sikit, potong 5 setiap bahagian. Taugeh dibersihkan, cuci & tos. Kucai dicuci & dikerat pendek. Kemudian cuci bersih & toskan bersama taugeh.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Setelah panas, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah & cili hijau hingga harum. Kemudian, masukkan sos tiram, kacau rata & tambah kicap manis. Gaul rata.
3. Masukkan tauhu, kacau sebentar & masukkan taugeh serta kucai, kacau hingga semua mesra. Masukkan minyak bijan, gaul & masak sekejap. Rasa & jika cukup semua, boleh matikan api. Siap untuk dihidang.

Kueh Tiaw Hailam, makan sekali nak lagi


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Menu feveret saya lepas pekena kueh tiaw hailam yang sedap dulu. Gigih cari & cuba resipi yang kena dengan tekak. Ini resipinya. Mudah sangat.

Bahan:
3 sudu besar minyak masak/zaitun
1.5 liter air stok ayam (guna kiub pati ayam je)
2 ketul ayam goreng dikerat kasar
2 keping fish cake, dihiris
4 batang cili besar merah & hijau, dipotong kasar
1 batang lobak merah dihiris
2 biji tomato belah 6
3 ulas bawang putih, dihiris
1 biji bawang besar dihiris
1 ikat sawi batang pendek, dipotong kasar
4 sudu besar sos tiram
2 sudu teh kicap pekat
3/4 camca teh serbuk lada hitam
4 sudu sos cili
1 sudu besar tepung jagung*
1/4 cawan air*(*dibancuh hingga mesra)
4 biji telur
Garam secukup rasa

Bahan lain:
500 g kuey teow
1/2 camca teh minyak bijan
1 liter air untuk rebus kuey teow

Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar & putih hingga wangi, masukkan lobak merah, kacau sebentar. Masukkan air 1 cawan. Masak hingga air mendidih.
2. Kemudian, campurkan sos tiram, sos cili, kicap pekat & serbuk lada hitam, gaul dan tuang stok air rebusan tulang. Kacau sesekali & biar mendidih.
3. Masukkan ayam goreng, fish cake & cili. Biar sekejap & tuang bancuhan tepung jagung, kacau hingga mesra.
4. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam kuah. Kacau perlahan-lahan agar telur pecah. Masukkan garam secukup rasa. Kacau seketika & bila nampak kuah sedikit memekat, dah boleh tutup api.
5. Untuk kueh tiaw, panaskan kuali berisi air & sesudu kecil minyak bijan. Bila air mendidih, masukkan kueh tiaw. Kacau seketika. Matikan api & toskan kuey teow. Siap untuk dihidang.

Susu Kocak Nanas a.k.a Pineapples Milkshake


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Haritu, masa morning walk kat kawasan rumah, ternampak ada orang jual nanas banyak dari Johor. Selonggok dapat 4 biji. Apalagi, kita belilah. 
Sedap sangat gais. Bila buat sendiri susu kocak nanas ni, confirm kita totally guna 100% susu. Ini resipinya.

Bahan:
1/2 biji nanas dibuang kulit & durinya.
1 1/2 cawan susu sejuk
4 kiub ais
3 sudu besar madu
1 sudu besar yogurt (optional)

Penyediaan:
1. Potong nanas 5 bahagian & kemudian potong dua. Potong empulur tengah yang keras. Masukkan potongan nanas ke dalam blender.
2. Masukkan susu, madu, yogurt & ais. Kisar hingga semuanya menjadi halus. Tuang ke dalam gelas. Siap untuk diminum.

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...