Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Resipi Ayam Goreng Berempah Ala Nasi Kandar


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Ayam goreng berempah ala nasi kandar.
Sedap. Itu yang saya rasa bila Rudy berjaya masak ayam goreng ni. Resipinya kami ambil dari FB Mamak Haji Penang. Itupun tepung beras kami tak letak sebab dah habis stok.

Sesiapa yang suka ayam goreng, boleh cuba. Warna merah yang naik dari saduran ayam tu, rempahnya dibeli di kedai rempah area jalan Masjid India. Setin RM5.50 aje.

Bahan:
1 ekor ayam dipotong 12
4 Sudu besar tepung ubi kayu
2 Sudu besar tepung beras.
1 Sudu besar tepung jagung.
1 Sudu kecil serbuk lada putih.
1 Sudu kecil serbuk kunyit.
2 Sudu besar serbuk Kari Daging.
1/2 sudu kecil serbuk pewarna merah
1 Sudu besar cili kering yang dikisar halus.
3 Sudu besar kisaran halus bawang besar 1 biji + bawang putih 4 ulas + Halia 2 inci
3 tangkai daun kari dihiris
Garam secukup untuk dirasa.
Minyak untuk menggoreng


Penyediaan:
1. Bersihkan ayam & garam kunyitkan ia seketika. Masukkan serbuk kari, kisaran bawang besar, putih & halia. Gaul mesra.
2. Kemudian masukkan tepung ubi, tepung beras & tepung jagung bersama serbuk lada putih & daun kari.Gaulkan rata & dapatkan kelikatan tepung yang sesuai. Sekiranya tepung terlalu likat boleh ditambah telur sebiji atau sedikit air.
3. Perap ayam dalam 1-2 jam di dalam fridge. Ini bagi memastikan rempah mesra dengan ayam.
4. Panaskan minyak dalam kuali.
Gunakan api sederhana. Untuk gorengan yang cantik ketulan ayam perlu dimasukan jangan terlalu banyak. Dalam 4-5 ketul sekali goreng. Gorengan biasanya mengambil masa 20- 25 minit. Untuk pastikan ketulan ayam telah masak biasanya ketulan itu mula terapung. Jangan masak terlalu lama kerana jus ayam akan kering sewaktu menggoreng. Angkat & toskan. Siap.

Nasi Briyani Johor, takdelah susah mana nak membuatnya


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. My 1st attempt untuk cuba masak nasi briyani Johor. Alhamdulillah jadi. Kejadiannya catik, rasanya sedap dan wangi satu rumah dengan aroma nasi ni. 

Harini janji dengan Rudy sama-sama nak buat menu nasi kandar. Jadinya, saya ambil part masak nasi & lauk pauk manakala dia goreng ayam & goreng popodam + food tester lauk. Plus, kali ni saya masak letak kas kas. Pergh!! Kesedapan dia next level. 

Thanks @aziekitchen untuk resipi saya ambil di web. Ini resipinya. Saya ada tambah tolak skit ikut bahan yang ada.

Bahan:
7 pot beras Basmathi
2 biji buah tomato - direbus
1 helai daun pandan
7 sudu besar minyak sapi
Rempah 4 sekawan – kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih
1 sudu kecil garam
1/4 cawan susu cair
Sedikit pewarna kuning

Bahan kisar basah:
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan kisar kering:
2 sudu besar rempah ketumbar
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
1 sudu kecil kas kas


Penyediaan:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumis rempah 4 sekawan, daun pandan.
2. Masukkan bahan kisar basah & kacau seketika sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar kering & tomato yang direbus tadi.


3. Masukkan pila beras & goreng seketika. Tuang air secukupnya & garam.
4. Masak nasi seperti biasa sehingga air hampir kering. Bila telah kering, tuangkan susu cair. Kacau rata & tutup periuk.
5. Bila air telah kering, titis pewarna kuning & tutup periuk. Jangan dikacau. Setelah nasi benar benar masak, baru kacau rata. Siap dihidang nasi briyani Johor kita untuk keluarga.


Bihun Sup Utara yang mampu buat buat peminatnya bertambah 2-3 mangkuk.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. First time buat bihun sup utara ni. Ayah mertua yang first time tengok pun takut-takut nak makan. Katanya tak pernah lihat bihun orang warnakan kuning 😁
Dah kabor ke dia, orang Kedah & Perlis selalu buat bihun cenggini.

Alhamdulillah, sedap.
Jika ikutkan makan dengan sambal merah tapi dek kerana rumah ni suka cili kicap, Kita layankan aje. Jika suka bergedil, boleh add-on sekali.

Bahan sup:
4-5 ketul bahagian ayam (dipotong sederhana besar)
1 batang serai diketuk
1 1/2 inci halia ditumbuk
5 biji bawang merah ditumbuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
6 kuntum bunga cengkih
1 sudu besar lada hitam ditumbuk
1 sup bunjut
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 pokok daun sup dikerat kasar
1 batang lobak merah
Garam secukup rasa
1-2 liter air

Resipi Spaghetti Aglio Olio Makanan Laut


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Spaghetti aglio olio makanan laut, meriah bila kita masak sendiri dan letak apa kita mahu. Alhamdulillah dapat rezeki kupang besar pelbagai saiz dari tokeh seafood Faizal Baharom, kawan lama masa sekolah rendah dan menengah dulu.

Menu spaghetti aglio olia ni saya buat masa berbuka puasa haritu. Ini resipinya jika ingin cuba.

Bahan:
1/2 pek spaghetti yang siap direbus
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih didadu
1/2 cawan air
400gm udang siap dicuci
1kg kupang siap direbus
1/4 biji cili benggala dihiris
1 sudu kecil oregano
1 sudu besar chilli flakes / paprika
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
Minyak zaitun untuk menumis

Penyediaan:
1. Panaskan kuali & masukkan minyak zaitun. Setelah panas, masukkan bawang besar dahulu. Goreng sebentar & kemudian masukkan bawang putih. Goreng hingga sedikit garing & kemudian masukkan air. Gaul sebentar hingga air mendidih.
2. Masukkan spaghetti. Gaul sebentar & masukkan cili benggala, udang & kupang. Gaul.
3. Masukkan pula oregano, lada hitam, chilli flakes/paprika & garam. Gaul hingga mesra. Jika kelihatan kering, tambahkan sedikit air. Kacau sebentar & tutup api. Siap untuk dihidang spaghetti aglio olio makanan laut kita.

Resipi Ayam Gulai Darat


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Resipi ni tak perlukan minyak. Siapa yang suka pedas, boleh tambah cili kering & cili merahnya. Sangat sesuai makan dengan nasi putih mahupun pulut.
Resipi ni dari buku masakan Chef @hanieliza

Bahan A:
1kg ayam dipotong 18
3 cawan santan (1 biji kelapa)
3 sudu besar rempah kari ayam
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 batang kecil kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 sudu besar kerisik
3 keping asam gelugur
Garam & gula secukup rasa

Bahan B (kisar):
15 tangkai cili kering
5-6 batang cili merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci kunyit / 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
2 cawan air

Penyediaan:
1. Campurkan ayam dengan bahan B dalam kuali. Masak sehingga ayam separuh masak.
2. Kemudian, masukkan rempah kari, serbuk ketumbar, kulit kayu manis & bunga lawang. Kacau sekali sekala.
3. Apabila ayam lembut, masukkan santan, kerisik, gula, garam & asam gelugur. Kacau & masak hingga pecah minyak. Tutup api & siap untuk dihidang.

Resipi Udang Masak Berempah yang mewangikan rumah dengan halba campur


Assalammulaikum & Salam Sejahtera.

Resipi udang masak berempah ni saya dapat dari buku Resipi Daun Kari dari PTS. Dan yang bestnya, wangi rumah dengan bau halba campur bila ditumis.

Pertama kali menumis halba campur & bau rumah wangi dengan rempah hingga ke petang. Dan menu ni mudah & sedap. Jika tak suka udang, boleh cuba dengan ketam, lala, kupang mahupun ikan.
Dan jika berminat nak dapatkan makanan laut segar pada harga berpatutan, boleh try contact Encik Faizal di 012-2233597. Penghantaran di buat di area Ampang, KL (certain area), Klang & Port Klang.

Thanks to Chef @hanieliza untuk resipi.

Bahan A:
500 gram udang besar (boleh ganti dengan seafood lain)
3 sudu besar rempah kari ikan
1/2 cawan air asam
1 labu bawang besar potong 4
2 biji tomato potong 4
1/2 tangkai cili merah belah 2
5 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa


Bahan B (tumis):
4 biji bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 sudu besar halba campur
3 tangkai daun kari

Penyediaan:
1. Panaskan minyak masak dalam kuali & tumis bahan B hingga wangi.
2. Bancuh rempah kari dengan air asam. Kacau & masukkan dalam kuali. Kacau hingga mesra & pecah minyak & pekat.
3. Masukkan udang, tomato, bawang besar, cili merah & garam. Kacau hingga mesra & pecah minyak (jika masak makanan bercengkerang, tutup dengan penutup periuk/kuali sebentar agar isi dalam cengkerang betul-betul masak. Dalam 3-4 minit). Bila nampak dah masak & pekat, tutup api. Sedia untuk dihidang.

Ayam Goreng Pedas & Berempah, peminat ayam mesti suka.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Resipi ayam goreng pedas dan berempah ni saya dapat dari buku Chef @hanieliza .

PTS ada promosi pek buku-buku masakan, buku agama, buku motivasi di showroom depa. 6 hari sebelum raya, sambil ambil last stok buku singgah sat tengok promosi yang ada. Dapatlah set buku masakan 10 naskhah pelbagai tajuk hanya RM20 aje. Dan buku resipi daun kari ni best. Macam-macam menu boleh cuba + you can't deny harumnya bau daun kari bila ditumis.

Dan resipi ni saya cuba dulu. Alhamdulillah sedap. Jika nak extra pedas, boleh letak cili padi banyak skit atau jenis cili yg kecil tu & letak juga lada hitam.

Bahan:
1kg ayam
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
5-7 tangkai cili padi
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar tepung goreng berempah (jika xde guna 1 sudu tepung gandum + 1 sudu kecil tepung beras)
1 biji telur
5 tangkai daun kari dihiris kasar
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


Penyediaan:
1. Bersihkan ayam & toskan. Kisar bawang putih, bawang merah, halia, cili padi & sedikit air.
2. Dalam satu mangkuk, masukkan bahan kisar, cili kisar, rempah kari, serbuk kunyit, tepung, daun kari & garam. Gaul mesra.
3. Masukkan ayam dalam bahan campuran & perap ayam selama 30 minit ke 1 jam (nak lagi kaw, perap le lama lagi).
4. Panaskan minyak dalam kuali atau deep fryer & goreng ayam sehingga masak & sedikit garing. Angkat & toskan. Siap dinikmati ayam goreng pedas dan berempah kita.


Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...