Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Sup Ikan Merah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Ikan merah, enak dibuat kari kelapa ikan. Tapi kali ni, entah kenapa, perasaan nak try buat sup ikan, menggebu-gebu. 

Bila dah siap, buat cili kicap. Menyengat rasanya bila makan.

Ini resipi sup ikan merah yang saya jumpa di internet. Rasanya semua orang boleh buat. 

Bahan:
1 ekor ikan merah saiz sederhana. Kerat 5 bahagian
1 biji kentang dibelah 4
1 batang lobak merah dikerat 5 & dipotong 4
1 kiub pati ikan bilis
1 ikat daun sup dikerat kasar
1 pek sup bunjut masak sup ikan (dalam pek tu dh ada kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, daun bay)
1 liter air
1 sudu kecil lada hitam dikisar/tumbuk
Garam secukup rasa
Sambal kicap
Bahan tumbuk/kisar:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan tumis:
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam periuk, anggaran 4-5 sudu besar. masukkan bahan2 tumis & bay leaf, kacau sebentar & masak hingga bawang keperangan. Tuang air & kacau. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan kiub pati ikan bilis, daun sup yang dikerat. Kacau sebentar & kemudian masukkan lobak merah & kentang & masak hingga lembut.
3. Masukkan kepala ikan, kacau perlahan. Masukkan pula lada hitam & perasakan dengan garam secukup rasa. Masak sebentar hingga kuah mendidih & isi ikan masak. Tutup api. Jika suka, buatkan sambal kicap. Enak dimakan panas-panas sup ikan merah ni. 

Pisang Goreng dengan Habbatus Sauda Cicah Sambal Kicap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Pisang Goreng dengan Sambal Kicap. Pergh!! Sedap sangat.

Tetiba semalam entah kenapa teringin nak makan menu ni. Makanya, gigih mencari pisang. Alhamdulillah dapat. Sesisir pisang dalam RM3.50 aje di kedai buah. Bayangkan berketul2 boleh makan. Ini resipi pisang goreng dengan habbatuss sauda saya. Boleh le buat untuk minum petang anda.

Bahan:
Sesisir pisang nipah / abu / awak & kemudian dibelah dua
1 cawan tepung beras
1/3 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur
Beberapa titik pewarna kuning
1 sudu kecil garam
Air secukupnya lebih kurang dalam1 cawan (agak2)

BAHAN SAMBAL KICAP:
25 tangaki cili padi
2 ulas bawang putih
2 sudu besar gula
Kicap lemak manis secukupnya

Penyediaan:
SAMBAL KICAP

1. JIKA RAJIN, tumbuk cili, bawang putih & gula serentak. Kemudian masukkan dalam mangkuk & letakkan kicap. Gaul mesra. Siap. JIKA KEJAR MASA, korang blend aje semua 😁

PISANG GORENG:
1. Dalam satu mangkuk, satukan tepung beras, tepung gandum, soda bikarbonat, garam dan telur, kacau rata.
2. Tuang air sediki demi sedikit hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu pekat atau cair. Agak2. Letak setitik dua pewarna kuning.
3. Rehatkan dalam 10 minit. Kemudian boleh goreng pisang seperti biasa, hingga kuning keemasan. Kemudian angkat & toskan. Siap menu pisang goreng dengan habbatus sauda untuk minum petang sekeluarga.

Agar-agar Lapis Teh Hijau Boh dengan Cream-O


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Agar-agar lapis teh hijau boh dengan cream-o ni memang sedap. Bila makan time cuaca panas campur pula dapat minum teh hijau, lagilah marbeles.

Saya cuba resipi baru ni sebab stok air feveret kami berdua ada. Teh hijau Boh. Alhamdulillah menjadi. Puas hati dengan hasilnya. Anda pun boleh cuba buat agar-agar lapis teh hijau ni.

Bahan:
1 paket agar-agar (serbuk/bertali) (Saya guna bertali 30gm)
1.1 liter air
180g Sugar
1 tin susu cair
3 paket green tea latte Boh
1 pek biskut Cream-O

Penyediaan:
1. Masak agar-agar & air sehingga agar-agar mencair. Kemudian masukkan gula & masakkan ia hingga cair. Kacau sekali sekala. Masukkan pula susu & kacau sebentar. Setelah mendidih, tutup apinya.
2. Asingkan 3 cawan adunan tadi ke dalam periuk kecil yang dibuka api perlahan. Kemudian, masukkan serbuk teh hijau latte Boh. Kacau hingga mencair.
3. Sediakan 1 atau 2 bekas untuk meletak agar-agar.
4. Pertama, tuang 4-5 senduk adunan putih (jika bekas besar tambah sukatan) ke dalam bekas. Biarkan ia sejuk sebentar dalam 3-4 minit / lapisan agar-agar licin tidak melekat. Kemudian, tuang adunan teh hijau latte di atasnya. Selepas itu, taburkan pecahan Cream-O di atasnya. Biarkan seketika dalam 5-6 minit & kemudian tuang lebihan lapisan putih tadi.
5. Biarkan ia sejuk sebentar & masukkan ia ke dalam peti sejuk. Biarkan ia sejuk sekurangnya 2 jam. Siap agar-agar lapis teh hijau boh dan cream-o.

Maggi Goreng Ayam Pedas dengan Telur Mata Kerbau


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Maggi Goreng Ayam Pedas dengan Telur Mata Kerbau. Menu simple time lapar-lapar. Tak caya, try buat. Resipi ni saya letak bahan macam nak buat nasi goreng. Dan rasanya, sedap.

Bahan:
2 paket maggi ayam direbus
2 perencah maggi ayam
1/2 bawang besar*
3 ulas bawang putih*
10 tangkai cili padi*
1/4 cawan air
7 biji fish ball dihiris
1 batang saderi dihiris
1/2 batang lobak merah diparut
3 sudu besar minyak masak untuk menumis
1 biji telur
1 batang cili merah (untuk hiasan)

Penyediaan:
1. Kisar / tumbuk bawang besar, bawang putih & cili padi (jika kisar, tambah sedikit air untuk blend).
2. Panaskan minyak dalam kuali & kemudian goreng telur. Angkat selepas masak. Ketepikan.
3. Tambah sedikit minyak jika kurang & setelah minyak panas, tumis bahan kisar/tumbuk tadi. Masak hingga sedikit garing. Masukkan pula, perencah maggi aya. Kacau sebentar & letakkan air.
4. Bila dah mendidih, masukkan fish ball. Kacau sebentar & masukkan batang saderi. Masak dalam 1-2 minit.
5. Kemudian, masukkan maggi yang direbus serta lobak merah. Kacau hingga mesra. Setelah masak, angkat & hidangkan. Tabur dengan hirisan cili merah. Siap maggi goreng ayam pedas kita.

Sandwich Telur Yang Mudah & Berkhasiat


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Dah lama tak buat sandwich & semalam masa godek2 Pinterest, jumpa resipi sandwich telur ni. Plus, semua bahan ada. Makanya, kita sarapan sandwich pagi ni.Kat kedai, berapalah agaknya harga sandwich begini. Mungkin dalam RM3-4 (ni tahun 2019 tau).

Bahan:
8 keping roti
4 biji telur rebus didadu*
2 batang saderi dihiris*
1/4 bawang besar didadu*
1 sudu besar daun kucai*
1 sudu besar Dijon mustard*
1/3 cawan mayonis*
1 sudu besar jus lemon*
1 sudu kecil garam*
1 sudu kecil lada hitam*
1 biji tomato dihiris


Penyediaan:
1. Gaulkan mesra semua bahan bertanda * dalam satu mangkuk.


2. Letak sekeping roti atas piring & letakkan 2 hirisan tomato. Kemudian, letakkan dalam 2-3 sudu bahan inti yang digaul mesra. Tangkup sekeping roti lagi. Siap sandwich telur itu kita makan di rumah atau bawa bekal untuk ke ofis.


Ayam Goreng Berempah Daun Kari, Sedap dan semerbak baunya


Assalammulaikum & Salam Sejahtera. Ayam Goreng Berempah Daun Kari bila dah masak, menusuk-nusuk bau rempah dan daun karinya kat rongga hidung.

Kali ni try letak daun kari sebab bau wanginya yang menggoda & khasiatnya yang pelbagai. Ditambah lagi dengan bau rempah & halia, memang menggoda untuk menambah nasi pula lepas tu. 

Bahan:
1 ekor ayam dipotong 12
Bahan kisar
Minyak untuk menggoreng

Bahan kisar:
2 inci halia
2 batang serai dihiris
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit (saya guna serbuk aje sbb stok habis)
2 sudu besar ketumbar biji
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil garam

Penyediaan:
1. Ayam dibuang kulit & bersihkan. Masukkan ke dalam mangkuk. Tuang bahan kisar halus dan gaul rata. Letak dalam bekas bertutup atau plastik dan perap semalam dalam peti sejuk (atau sekurangnya 2 jam).
2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Kemudian goreng separuh ayam hingga keemasan. Angkat dan toskan. Buat kaedah sama untuk baki ayam tadi. Siap masakan ayam goreng berempah daun kari.

Sayur Campur yang Mudah, tak sampai 15 minit siap.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Sayur Campur yang mudah masaknya. 
Bila dah semakin berusia, secara tak langsung, Allah kurnia tekak mahu makan sayur demi kesihatan diri katakan. 

Untuk sayur campur ni, just letakkan bawang, sedikit potongan ayam, lobak merak, batang saderi, sawi & cili benggala kuning & merah. Nak letak udang, daging, fish ball atau fish cake, boleh aje.
Nak sihat lagi, letak minyak zaitun

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...