Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Taco Ayam @ Chicken Taco Resipi termudah buat orang diet.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Taco ayam khas untuk yang tak makan udang atau seafood (highlight kat encik suami)
Resipi Amerika Latin ni insyaAllah semua orang boleh buat. Letak aje nak isi apa, nak buah apa, nak salsa apa, semuanya boleh. Jika anda nak cicah dengan sos masa makan pun boleh. Orang kitakan suka makan dengan sos cili. 

Thanks @foodnetwork for the ideas.

Bahan:
1 cili hijau dibelah dua & dihiris
1/2 biji kubis hijau dihiris sederhana nipis
1/2 biji kubis ungu dihiris sederhana nipis
1/2 cawan susu
1/2 cawan mayonis
1 sudu kecil cuka
1/4 sudu kecil smoke paprika
1/4 sudu kecil garam
3-4 helai daun bawang dihiris kasar (boleh guna daun ketumbar jika suka)

Untuk ayam:
2 sudu besar minyak sayuran
3 bahagian dada ayam yang diperap dengan rempah anda suka

Penyediaan:
1. Untuk salad/slaw: Dalam satu mangkuk besar, campurkan cili hijau, kubis hijau & ungu. Gaul. Dalam mangkuk kecil, masukkan susu, mayonis, cuka, paprika, daun bawang & garan. Gaul mesra & kemudian tuang bahan basah ke dalam sayuran. Gaul mesra lagi & kemudian letak dalam peti ais sehingga nak makan.
2. Untuk ayam: Panaskan minyak dalam kuali kecil. Setelah panas, masukkan ayam & masak ia dalam 3-4 minit setiap bahagian. Terbalik-balikkan ayam bagi masak sepenuhnya. Ketepikan.
3. Untuk tortilla: Panaskan kuali leper tanpa minyak. Setelah kuali panas, letak sekeping roti tortilla/wrap & panaskan ia depan belakang dalam 1 minit. Ia bagi melembutkannya. Panaskan satu persatu roti tortilla & ketepikan.
Selepas itu, dalam pinggan lain, letakkan sekeping roti tortilla & ditengah roti, letakkan sesudu dua salad sayur/slaw, pico de gallo, ayam & parutan keju mozarella. Kemudian, perah sedikit jus limau nipis di atas semua bahan & gulung roti tortilla. Siap taco ayam versi home-made.

Taco Udang @ Shrimp Taco Resipi


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Resipi taco udang ni sangat mudah, sedap & boleh makan time sarapan, minum petang atau dinner.

Kali ni, kita masak ala2 Mexico atau Amerika Latin pulak. InsyaAllah sedap buat penggemar tacos & udang. Very healthy food. Rasa salad & pico de gallo & perahan limau nipis, memang membuatkan kita rasa fresh bila makan.

Thanks for the recipe @foodnetwork & @thepioneerwoman

Bahan:
1 cili hijau dibelah dua & dihiris
1/2 biji kubis hijau dihiris sederhana nipis
1/2 biji kubis ungu dihiris sederhana nipis
1/2 cawan susu
1/2 cawan mayonis
1 sudu kecil cuka
1/4 sudu kecil smoke paprika
1/4 sudu kecil garam
3-4 helai daun bawang dihiris kasar (boleh guna daun ketumbar jika suka)

Untuk udang:
2 sudu besar minyak sayuran
12 ekor udang saiz sederhana besar dibuang kulit & ekor
3 sudu besar sos tomato
1/2 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar mentega

Penyediaan:
1. Untuk salad/slaw: Dalam satu mangkuk besar, campurkan cili hijau, kubis hijau & ungu. Gaul. Dalam mangkuk kecil, masukkan susu, mayonis, cuka, paprika, daun bawang & garan. Gaul mesra & kemudian tuang bahan basah ke dalam sayuran. Gaul mesra lagi & kemudian letak dalam peti ais sehingga nak makan.
2. Untuk udang: Panaskan minyak dalam kuali kecil. Setelah panas, masukkan udang & masak ia dalam 2-3 minit. Terbalik-balikkan udang bagi masak sepenuhnya. Kemudian, kecilkan api & tuang sos tomato & gaul mesra. Masukkan pula jintan putih & masak ia dalam seminit & masukkan mentega. Gaul seketika & angkat.
3. Untuk tortilla: Panaskan kuali leper tanpa minyak. Setelah kuali panas, letak sekeping roti tortilla/wrap & panaskan ia depan belakang dalam 1 minit. Ia bagi melembutkannya. Panaskan satu persatu roti tortilla & ketepikan.
Selepas itu, dalam pinggan lain, letakkan sekeping roti tortilla & ditengah roti, letakkan sesudu dua salad sayur/slaw, pico de gallo, udang & parutan keju mozarella. Kemudian, perah sedikit jus limau nipis di atas semua bahan & gulung roti tortilla. Siap taco udang yang dibuat sendiri.

Resipi Pico De Gallo


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Pico de gallo also known as fresh salsa/raw salsa/lazy salsa.
Memang rasa fresh sangat bila letak pico de gallo ni dalam tortilla, tacos atau sandwich.
Sangat cepat & mudah membuatnya.

Bahan (utk 5 keping tortilla):
2 biji tomato merah didadu
1 biji bawang besar didadu
3-5 helai daun bawang dihiris (lebih sedap guna daun ketumbar tapi saya x suka)
1 batang cili hijau dibuang biji & didadu
2 sudu besar jus limau nipis
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Campurkan semua bahan tadi dalam satu mangkuk & tambahkan perasa dengan jus limau nipis & garam. Siap.

p/s: enak dimakan dalam 12 jam selepas penyediaan. Simpan dalam fridge.

Home-made chicken & beef patty & burgers , menu next level yang kami cuba dan puas hati


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Kali ni kami buat home-made chicken and beef patty burger sendiri. Burger buatan sendiri membuatkan kita boleh tentukan saiz patty yang diinginkan & cara masak bagaimana yang kita mahu. Resipi ni kami cuba bila lihat rancangan Food Network bab restoran yang masak burger dan makanan bakar serta salai. 


Untuk patty daging:
1. Anda boleh guna daging cincang dalam 1 pek (boleh dapat 3 patty) & campurkan dengan 1/2 sudu kecil garam & lada hitam. Gaul mesra & biarkan ia rehat dalam 1/2 jam sebelum dipanggang atas kuali pan kecil.
2. Guna 1 sudu minyak zaitun sudah cukup kerana daging itu akan mengeluarkan minyak & lemaknya yang tersendiri. Masak ikut tahap kegaringan yang bagaimana anda suka. 


Untuk patty ayam panggang:
1. Guna ayam tanpa tulang (boneless chicken) & perap ayam dengan bahan2 yang anda suka seperti madu, garam, lada hitam, paprika, garlic powder, lada sulah atau apa sahaja rempah anda suka. Perap sekurangnya 2 jam (paling best, semalaman).
2. Guna kuali pan/skillet & panaskan atas dapur guna api sederhana. Masukkan 2-3 sudu minyak zaitun & letakkan ayam sebaik minyak panas. Masak kedua-dua belah bahagian ayam dalam 4-5 minit setiap bahagian (jika isi ayam tebal, lamakan sedikit). Setelah masak, angkat & biarkan ia sejuk seketika & boleh letak atas roti burger.

Untuk isi burger, anda boleh guna sayur, sos, keju, caramalizes mushroom & onion atau apa sahaja yang anda suka. Dah namanya home-made chicken and beef patty burger, jadinya letak ajelah apa yang disukai. 

Caramalized Onion & Mashroom, Rasa Burger Jadi Berbeza


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Caramalized onion & mashroom.
It will bring another level of taste in burger. Sedap. Nanti anda cuba.

Bahan:
Minyak zaitun
2 biji bawang besar dihiris
2 sudu cuku balsamic
5-6 kuntum cendawan butang putih (blh aje guna cendawan lain)
Garam & lada hitam secukup rasa

Penyediaan:
Caramalized onion:
1. Panaskan pan kecil. Masukkan minyak zaitun dalam 2-3 sudu besar. Setelah panas, masukkan bawang besar. Masak hingga 8-10 minit & ia bertukar warna. Masukkan 1/4 sudu kecil garam & lada hitam. Masak seketika & kemudian masukkan cuka balsamic. Masak dalam 1 minit & angkat.
2. Panaskan pan kecil. Masukkan minyak zaitun dalam 2 sudu besar. Setelah panas, masukkan cendawan. Masak hingga cendawan bertukar warna coklat/sedikit gelap. Masukkan garam & lada hitam secukup rasa. Masak sebentar & angkat. Siap caramalized onion & mashroom dan boleh diletak dalam burger kita. 

Cheese fries @ jejari kentang berkeju.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Menu ringkas cheese fries untuk kudap-kudapan atau sambil tonton tv. Boleh makan begitu sahaja atau cicah dengan sos pilihan.

Nak guna kentang original, sangat disarankan. Tapi kalau nak cepat, boleh aje guna instant. Janji kau masik dik. Kalau tak nak masak juga, order aje kat kedai makan :)

Bahan:
3 biji kentang russet, potong segi empat memanjang.
1 cawan keju pilihan (Mozzarella, cheddar, Monterey Jack dll)
1/4 cawan daun bawang dihiris
Secubit garam

Penyediaan:
1. Rendam kentang dipotong dalam 2 jam. Untuk buang kanjinya.
2. Toskan kentang & keringkan ia seketika (nak cepat, lap dgn paper tissue ala kadar). Panaskan minyak dalam periuk/kuali guna api sederhana. Setelah panas, masak kentang dalam 5-6 minit (bagi is bertukar warna sedikit), kemudian angkat & toskan.
3. Biarkan seketika dalam 5 minit & kemudian goreng lagi sekali sehingga kuning keemasan (pastikan minyak betul2 panas).
4. Toskan & taburkan dengan sedikit garam. Sadurkan ia. Letak kentang goreng di atas piring/mangkuk tahan panas. Sagat keju atau letak kepingan keju (pilih mana suka) di atasnya & kemudian masukkan dalam microwave. Panaskan dalam 1-2 minit sahaja (nak lagi best, panaskan dalam oven, bagi keju tu mencair).
5. Keluarkan kentang tersebut & taburkan dengan daun bawang. Nak pedas, boleh tabur cili flakes atau paprika atas cheese fries tu. 

Agar-agar Lumut, agar-agar lama yang buat anak kecil suka.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Agar-agar lumut, antara agar-agar yang saya suka makan sejak kecil. Cuma masa kecil, mama jarang buat agar-agar ni. So, bila nak makan, selalunya saya bila pi ziarah sedara-mara, barulah dapat makan. 

Bahan:
30gm agar-agar
250gm gula pasir
2 biji telur ayam pada suhu bilik dikocok
1500ml air
1 kotak santan (dalam 250ml)
1 sudu kecil pewarna hijau pandan

Penyediaan:
1. Satukan semua bahan dalam periuk dan masak di atas dapur guna api sederhana.
2. Gaul perlahan-lahan hingga nampak sedikit mendidih.
3. Berhenti kacau dan biarkan dalam 30 saat dan matikan api. Masukkan adunan tadi dalam loyang atau bekas yang tahan panas.
4. Biarkan seketika di luar (hingga kurang panasnya) dan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. Potong agar-agar lumut selepas 2 jam. Biarkan ia betul-betul sejuk dan memejal.

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...