Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Masak Air Petola, terasa hari ni macam kurus aje.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Tetiba nampak menu masak air petola ni di IG, terus teringat suami pun nak ke pasar beli ikan kucing. Makanya, saya pesan terus beli bahan-bahan untuk memasak. 

Menu masak air petola ni, kalau ditelek-telek, memang rasa macam boleh kurus aje. Mana taknya, sayur dengan sup. Adalah udang beberapa aje letak dalam tu. 

Bahan:
1 biji petola dibuang kulit & dipotong sedikit serong
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
7 biji fish ball
1/2 cekak soo hoon direndam
5-7 ekor udang dibuang kulit
2 cawan air
Garam secukup rasa
3 sudu minyak zaitun untuk menumis

Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis hirisan bawang merah dan putih hingga wangi. Kemudian, masukkan isi udang & masak hingga udang berubah warna. Masukkan pula air. Kacau dan biar mendidih
2. Masukkan petola, fish ball dan so hoon (toskan), tambah garam secukup rasa. Setelah masak, tuang masak air petola ini dalam mangkuk bersih. Siap untuk dihidang.

Sayur Campur, menu ringkas untuk lauk sayur atas meja makan.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Menu sayur campur, letak aje sayur apa kita ada dalam fridge atau suka, campak-campak, dah jadi.   

Ini resipi saya kot ada nak cuba.

Bahan:
3 biji fish ball hiris 3
1/2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 sudu besar sos tiram
1 batang lobak merah dipotong serong & potong separuh
3 tangkai kacang panjang dipotong pendek
1/4 kubis putih dipotong panjang
1/2 capsicum merah dipotong dadu
1/2 capsicum hijau dipotong dadu
1/2 sudu kecil lada putih/sulah
Garam secukup rasa
1 cawan air untuk lembutkan lobak
Sedikit minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian, masukkan bawang besar & putih. Masak hingga naik bau. Masukkan pula fish ball. Masak hingga fish ball bertukar warna.
2. Masukkan pula sos tiram. Kacau seketika & kemudian masukkan lobak merah serta air. Masak hingga lobak sedikit lembut. Selepas itu, masukkan kacang panjang. Masak dalam seminit.
3. Masukkan pula kubis putih, capsicum merah & hijau. Gaul mesra & masukkan pula lada sulah & garam secukup rasa. Kacau sebentar & siap sayur campur.

Sambal Ikan Goreng


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Menusambal ikan goreng ni memang simple tapi tetap sedap dihati penggemar ikan & pedas. Ikan tu pula, boleh pilih ikan apa yang anda suka. Kembung, pelaling, sardin, selar kuning atau apa sahaja yang suka atau dijual di pasar. Jika ikannya besar, kerat dua. Jika kecil, goreng aje sekor terus. 

Bahan:
5 ekor ikan kembung dikerat dua
Garam & kunyit
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih
3 sudu besar cili giling
1 cawan air
1/4 cawan air asam
Gula & Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak masak untuk menggoreng sambal

Penyediaan:
1. Salut ikan kembung yang dibersihkan dengan garam & kunyit. Goreng hingga garing. Angkat & toskan.
2. Tinggalkan sedikit minyak menggoreng tadi untuk memasak sambal. Masukkan bawang besar & bawang putih. Goreng hingga sedikit garing.
3. Masukkan pula cili giling & 1 cawan air. Masak hingga mendidih & sedikit garing. Kemudian, masukkan air asam & kacau. Masak hingga mendidih.
4. Selepas itu, masukkan gula & garam secukup rasa. Masak sambal hingga sedikit kering & kemudian masukkan ikan goreng. Kacau & salut ikan perlahan-lahan dengan sambal. Bila sudah mesra, boleh tutup apinya. Siap sambal ikan goreng.

Cowboy Cheese Bites


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Ternampak resipi cowboy cheese bites ni kat IG @foodnetwork . Dan bila teringat ada baki puff pastry yang tinggal satu dalam fridge, itu yg buat. Cuma barang yang dibeli hanya cili jalapeno jeruk.
 
Rasa pastry ni sedikit pedas & masam (sbb cili jeruk kan...). Inipun ada beberapa cara & bahan di'derhaka'kan. Bolehlah anda cuba buat cowboy cheese bites ni untuk tukar selera.

Bahan:
1 puff pastry sheet
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar mentega (boleh guna yang cair atau pada suhu bilik)
1 cawan keju cheddar
1 cawan keju mozzarella (nak guna parmesan, amat dialukan)
1/2 botol cili jeruk jalapeno
1 helai baking sheet

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 200°c. Lampirkan baking sheet pada dulang. Ketepikan.
2. Taburkan tepung pada meja & pencanai. Letakkan pastry sheet atas tepung & leperkan pastry sheet sedikit. Kemudian cucuk pastri sheet dengan garfu untuk pengudaraan.

Cucuk dengan garfu lepas leperkan. 

Sapukan mentega cair atau minyak di atas pastri.

3. Kemudian sapukan mentega atasnya. Selepas itu, taburkan keju cheddar & mozarrella. Canai keju di atas pastry sheet. Leperkan.
4. Potong bulatan atas pastry sheet & kemudian letakkn cili jeruk ditengahnya. Alihkan atas tray & taburkan keju cheddar. Masukkan dalam oven dan masak sekitar 10-13 minit hingga pastry menguning. Keluarkan dari oven dan biarkan ia sejuk seketika sebelum menikmati cowboy  cheese bites ni.

Taburkan keju  

Leperkan keju di atas pastri. 

Cili Jalapeno jeruk. Saya jumpa kat Jaya Grocer. 

Tekap bulatan & letakkan cili jeruk di atasnya. 

Letakkan atas baking tray dan tabur keju di atas cili jeruk.

Sambal Kentang, Tempe dan Bilis


Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua. Menu feveret kami sekeluarga, sambal kentang, tempe dan bilis. Menu ni selalunya akan dimasak 1-2 minggu sekali. Menu mudah, sedap & boleh dimakan dengan nasi, roti & ratah begitu sahaja. Orang yang suka sambal mestilah suka resipi ni juga. 

Bahan:
5 biji ketang dihiris kasar
2 keping tempe dipotong kecil
1 genggam ikan bilis, rendan seketika & toskan
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah dibuang biji
20-25 tangkai cili padi
1 sudu besar belacan bakar
2 keping asam keping
Gula & garam secukup rasa
3 sudu besar minyak masak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Goreng kentang, tempe & ikan bilis (goreng berasingan tau bukan sekali semua). Toskan.
2.Kisar kasar bawang besar, bawang putih, cili merah, cili padi & belacan.
3. Panaskan minyak. Setelah panas, masukkan bahan kisar. Masak hingga sedikit kering. Masukkan pula asam keping, garam & gula.
4. Setelah sedikit garing, masukkan kentang, tempe & ikan bilis yang digoreng. Kacau hingga sekata. (Pastikan sambal tidak berair sangat, nanti jadi berair. Tak berapa 'kick'). Siap sambal kentang, tempe dan bilis yang sedap ni. 

Cuti-cuti / Ziarah Ho Chi Minh hari ke -4


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Kali ni kami ke Chu Chi Tunnel yang tempatnya dalam 1 jam perjalanan menaiki bas dari HCM. Dapatlah kiranya kami lihat suasana HCM lagi. Chu Chi Tunnel ni antara hot spot untuk tourists ziarah. Ia memiliki sejarah berdarah untuk warganegara Vietnam.

Cu Chi Tunnel, terowong bawah tanah yang menempatkan jaringan persembunyian & penempatan penduduk Vietnam ketika Perang US-Vietnam dahulu.

Terowong yang dibina pada awal 1940an ketika perang melawan pendudukan Perancis digunakan & digali lagi hingga mampu mencecah panjangnya terowong sehingga 121km. Dari Saigon sehingga ke utara Vietnam demi melawan tentera Amerika yang menjajah secara kasar (seolah seperti penjajahan negara Iraq, Afghanistan, Palestine). Terowong ini memang sangat kecil. Kiranya orang yang bertubuh kecil & kurus sahaja yang lepas masuk. Namun demi pengunjung & pengajaran, saiz terowong tertentu dibesarkan mengikut saiz orang Eropah/Amerika.

Rahsia terowong ini hanya 1% didedahkan pada umum dan selebihnya hanya diketahui oleh pihak tentera. Di kawasan Cu Chi Tunnel ini, pengunjung dapat melihat sisa tinggalan perang seperti senapang pelbagai jenis, bom tangan, bom yang dilepaskan dari kapal terbang & kereta kebal, senjata yang digunakan Tentera Vietcong & Tentera Vietnam Utara, jenis perangkap yang digunakan tentera Vietnam dalam mempertahankan negara, rupa bentuk keadaan setiap terowong ketika zaman perang (ruang menjahit, ruang memasak, ruang mesyuarat, ruang pembuatan senjata, ruang kediaman, logistik). Serius, kami yang datang sebentar sahaja sudah rasa tidak selesa inikan mereka yang hidup bertahun di bawah tanah. Namun kami tabik dengan semangat mereka mempertahankan negara menggunakan apa sahaja senjata & cara untuk melawan (ngeri tengok buluh runcing dalam jerangkap samar mereka).

Penerangan tentang keadaan Chu Chi Tunnel disampaikan oleh tourist guide kem ini. Kurusnya orang Vietnam ini hingga dapat lolos masuk ke lubang yang kecil dan membina penempatan di bawah tanah. Very unpredictable. Itu yang membuatkan salah satu faktir orang Amerika kalah dalam peperangan ini.

Antara jenis jerangkap samar yang dibuat oleh tentera Vietcong untuk membunuh dan mencederakan askar Amerika.

Bayangkan, kurusnya orang zaman perang dulu. Rasanya budak umur 5-6 tahun muat masuk ke dalam tu. 

Contoh askar Vietcong yang diluar penempatan bawah tanah. 

Jerangkap samar yang dibina pada pintu masuk. Kiranya jika ada askar musuh buka pintu, dan kesudahannya mereka akan terkena jerangkap berpaku ini. Ngeri.... Memang tiada malam pertama bagimulah jika terkena ;)

Ini contoh ruang bawah tanah untuk menghasilkan bom baru dari bom lama yang sudah tak boleh digunakan. Mereka fully utilised apa yang ada. 

Pihak Chu Chi Tunnel buat 2 terowong yang sudah dibesarkan saiznya. Satu sepanjang 20 meter & satu lagi 60 meter. Dan encik hubby akhirnya cuba torowong yang 20 meter. Keluar aje dia, berpeluh sakan. Dan bila dilihat, semua pengunjung yang cuba, keluar-keluar aje terus rasa lega sebab dah tak perlu berpanas, lemas, sakit peha (sehari lepas tu Rudy kena) & berpeluh sakan. Bayangkan penduduk Vietnam yang bertahun dok dalam tu.

Di kem ini juga anda boleh cuba untuk menembak. Pilih aje nak guna senapang yang jenis apa & anda bayar ikut jenis jumlah peluru yang dibeli. Ada juga dijual barangan cenderahati semasa perang seperti peluru, bom tangan dan lain-lain. Tapi, saya sarankan jika nak beli, beli aje yang peluru kecil kerana jika anda beli yang besar, alamatnya kena buang kat kastam di airport. Kami dah terkena. Nasib baik staf airport kata itu cuma souvenir, makanya lepas. Kami ternampak satu bekas kaca yang penuh dengan barang larangan yang kena buang kat situ. Kebanyakannya belian cenderahati Chu Chi Tunnel.

Ini souvenir yang membuatkan encik hubby kena tahan. Peluru ni harganya dalam RM10 rasanya (akak tak ingat). Coke Kopi tu pula hanya ada di Vietnam. Makanya, silalah beli untuk cuba. 

Jika anda ke sini, saya sarankan bawa topi dan air mineral. Cuaca agak panas. Namun, dihujung lawatan, kita dihidangkan dengan ubi kayu rebus cicah asam & gula serta teh o tawar. Menu zaman perang. Nanti jangan lupa berikan sedikit tips selepas makan ya :)

Selesai lawatan di sini, kami & rombongan lain dibawa ke kedai makan halal berhampiran. Alhamdulillah, menu dah tersedia. Di sini anda boleh melepas hajat & juga bersolat.

Settle urusan di kedai makan sini, kami balik semula ke HCM. Dah sampai bandar, kami split. Kami berdua Rashid bawakan ke masjid di bandar HCM manakala grup tadi dibawa ke kedai kain yang mula-mula kami sampai dulu.

Masjid di tengah bandar HCM ini tak ramai jemaahnya. Sementelah penduduk Islam di sini tak ramai. Jadinya bila bersolat asar berjemaah, hanya sebaris sahaja. Mungkin yang lain tak dapat nak join sebab waktu kerja belum habis.

Usai solat jemaah, kami naiki kereta sewa yang disewa Rashid untuk ke airport. Alhamdulillah, selesai sudah urusan ziarah kami di HCM. Ada rezeki lagi, mungkin kami ke sini.

Cuti-cuti / Ziarah Ho Chi Minh Hari-3


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Kali ni, trip kami agak touching skit. Serius, saya pun tak sangka kali ni, emosi saya jadi sangat tidak stabil melihat kesan akibat perang US-Vietnam. Sepertimana kita sedih dengan peperangan yang berlaku di Syria, Afghanistan, Myanmar & tempat-tempat lain, itulah yang saya rasa. All the emotion mix-up just in one place, War Remments Museum.

Perang US-Vietnam yang bermula tahun 1954 itu telah menyebabkan banyak kerosakan kedua-dua buah negara. US yang beranggapan bahawa mereka polis dunia mahu menyekat perkembangan komunis yang berada di Vietnam. Dan kesudahannya, US kalah teruk dan sehingga sekarang mereka masih malu untuk menceritakannya. Even Presiden US yang mengarahkan peperangan ini hanya sebentar sahaja menyandanga jawatan Presiden. Mungkin akibat tekanan antarabangsa & juga dalaman membuatkan dia jatuh.

Berbalik pada lawatan tadi, mula-mula masuk muzium ni, ok lagi. Tambahlah ilmu serba sedikit tentang sejarah Vietnam, Ho Chi Minh, askar US yang tak mahu join perang dan lain-lain. Tapi bila sampai aje kat tingkat atas, saya dah terdiam bila lihat tinggalan bom tangan, bom, senapang, machine gun, peluru & macam-macam lagi. Hati mula terusik bila melihat gambar-gambar kekejaman askar US pada orang tempatan. Itu belum lagi apa yang dilakukan pada kanak-kanak, wanita & orang tua. Ada satu lubang perigi batu diletakkan di dalam muzium. Dan bila dibaca sejarahnya, rupanya dalam lubang perigi tersebut telah dibunuh berbelas orang rakyat Vietnam terdiri daripada wanita & kanak-kanak.

Senjata yang digunakan semasa peperangan. Barangkali ada yang sudah membunuh manusia di muncungnya.  

Antara gambar-gambar perang yang diambil semasa peperangan. Manusia adakala sangat kejam. Teringat akan pertanyaan Jibrail pada Allah tentang awal kewujudan manusia. Tapi... Allah sudah berikan jawapanNya.

Dan dalam ketika saya seorang membaca bait-bait ayat di setiap gambar, emosi mula terganggu. Entah kenapa, air mata perlahan-lahan terbit. Ya, ia bukan paksaan tapi dari hati yang benci akan peperangan dan rasa kasihan pada mereka yang terkesan pada peperangan ini.

Selalu jenis-jenis bom ini hanya dilihat dalam wayang US tapi kali ini depan mata saya melihatnya. Tak terbayang bagaimana perasaannya bila bom yang dipegang, dilontar & ada yang membunuh.

Ini antara kesan fizikal yang terpaksa dihadapi oleh rakyat Vietnam akibat gas Agen Orange yang berisi herbicide & defoliant. Time ni, air mata dah tak boleh kawal-kawal. Puaslah akak kesat-kesat dek non.

Sedih, sebak, nak marah, benci, sayu, semua ada dalam hati ini. I hate war. Tak ada yang membawa kebaikan langsung...

Yang paling nak buat saya bercucuran air mata, bila masuk dalam satu galeri kecil yang menjual hasil kraftangan orang OKU perang Vietnam. Sedang saya tengok-tengok dan belek-belek, tiba-tiba terpandang wajah lelaki yang sedang bermain electronic piano keyboard. Ya Allah! Time ni saya rasa macam nak pengsan dan nak meraung. Wajah lelaki tersebut RATA. Hanya ada lubang hidung & mulut. Terus saya teringat ayat Allah yang mampu meratakan wajah kita pada hari akhirat nanti di dalam al-quran. Saya cuba control diri. Mengiakan encik hubby memilih barangan yang sesuai dan lekas-lekas nak keluar dari situ. Cuba elakkan dari menangis teresak-esak. Dan bila keluar sahaja, tears burst out. Lutut rasa longgar.

Dan sepanjang keluar dari situ, mood saya dah hilang. Asyik terfikir-fikir tentang kesan buruk perang, tentang lelaki yang rata wajahnya dan mereka yang cacat akibat agen orange. Usai lawatan dalam kompleks muzium, kami dibawa oleh Rashid ke satu bangunan kecil di belakang muzium. Rupanya di situ ada diletak gilotin/guillotine untuk memenggal kepala penjenayah perang, ada sangkar kecil yang menempatkan banduan, penjara dan lain-lain. Subhanallah, tak terbayang akan minda akan azab yang terpaksa ditanggung. Saya tak sanggup nak mendaki naik ke penjara atas. Takut kaki tak cukup kuat bila melihat suasana kelam di dalamnya. Ngeri pun ada.

Selesai urusan lawatan kami di muzium ini, Rashid bawa kami ke Pejabat Pos era pemerintahan Perancis yang masih beroperasi hingga kini. Ia bukan pejabat pos biasa-biasa, ia sangat 'luar biasa'.

  •  Daya tarikan pelancongan yang tersendiri untuk pelancong tempatan & luar negara
  • Masih beroperasi seperti biasa dalam menghantar bungkusan, surat, poskad & bil
  • Bangunan lama yang masih terpelihara
  • Kanak2 sekolah rendah & tadika dibawa ke sini & diajar cara untuk mengepos surat & poskad
  • Dijual pelbagai jenis cenderahati tempatan seperti poskad, duit syiling & kertas lama, duit syiling & kertas baru, fridge magnet, keychain, setem lama & baru dll
  • Tempat menarik untuk ambil gambar konvo
Jika ke sini, anda boleh cuba hantar poskad ke Malaysia untuk tersayang. Harga poskad dalam VND5000 & caj pos dalam VND21000.

Meriah sangat suasana kat luar pejabat pos ni. Orang tempatan & pelancong suka ambil gambar belatar belakangkan bangunan lama terpelihara ni.

Kaunter penjualan poskad, cenderahati, setem, wang lama dan lain-lain. Just pilih mana berkenan di hati.

Jom kita try hantar poskad pada orang tersayang di Malaysia... :)

Haruslah cuba ilmu baru :)

Poskad ni, kami terima selepas dalam sebulan dari tarikh penghantarannya. Ok lah... 

Lepas dah merayap kat Pejabat Pos HCM ni, kita ke sebelah kanan bangunan. Ada Bookstreet. Ini yang saya dok tanya dengan Rashid. Alhamdulillah... suka dapat ke sini.

Di Malaysia patut ada 1 jalan yang menempatkan buku-buku tempatan agar menggalakkan semua lapisan rakyat, umur & warganegara membaca. Boleh dijadikan juga salah satu daya tarikan pelancong selain menjana ekonomi, sama seperti di Ho Chi Minh. Di sini, 80% buku-buku & cenderahati yang dijual adalah hasil tempatan & selebihnya berbahasa Inggeris.
Hidupkan kembali budaya membaca.

Pemandangan yang sangat best bila tengok deretan buku-buku, majalaha & cenderahati kat sini.  

Sambil baca buku atau meeting, boleh lepak kat kedai kopi di sini. Mimpi indah untuk ulat buku ;)



Sempatlah kami beli kopi vietnam yang sedap kat sini sambil lepak-lepak. Ada budak-budak muda yang satu grup dengan kami pun sakan amik gambar.

Settle aje merayap kat sini, kami balik bilik. Rehat kejapa sebab encik hubby pening. Petangnya kami merayap lagi pasar Ben Thanh dan beli beg besar. Nasib dapat harga murah. Heheheh...

Malam pula, lepas Isyak, kami berdua request dengan Rashid untuk makan malam dengan menaiki cruise. Nak lihat pemandangan HCM pada waktu malam. So, kami ditemani oleh seorang rakan Rashid yang juga boleh berbahasa melayu. Alhamdulillah, kami dihidangkan dengan buah-buahan segar sementelah restorang tersebut ada menyediakan menu tidak halal. Kiranya meja kami diasingkan sedikit dari orang lain. Pemandangan malam HCM memang cantik.

Kami tak sangka yang suasana malam cukup meriah dengan lampu-lampu neon dari bangunan-bangunan tinggi dan jambatan. Angin sejuk dari hujan petang tadi memang nyaman.

Cruise ini ambil masa dalam 45 minit begitu untuk buat pusingan. Pueh hatilah kami cuci mata.

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...