Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Gulai Cendawan & Udang Masak Lemak Cili Padi


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Ni semua gara2 kenduri rumah mak mertua @ainihusnamolis .
Udahnya, menu gulai cendawan dan udang masak lemak cili padi jadi rebutan di meja makan. Tinggal secoet aje malam tadi. Takpelah, rezeki juga dapat merasa skit.

Bila dah cuti hujung minggu, apo laei, carilah bahan-bahannya di pasar dan masak sendiri. Ya, dapat makan dengan puas hatinya. 

Bahan:
500gm cendawan tiram
Sedikit serbuk kunyit
1 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit
12-15 ekor udang dibuang kepala & ekor
Garam dan gula secukup rasa

Bahan tumbuk:
9 biji cili padi (atau ikut cita rasa)
1 biji bawang merah
Sedikit kunyit hidup

Penyediaan:
1. Masak santan bersama bahan tumbuk hingga mendidih.
2. Kemudian masukkan cendawan, serbuk dan daun kunyit. Kacau hingga kembali mendidih.
3. Masukkan garam dan gula dengan secukup rasa. Masukkan udang. Masak seketika hingga udang bertukar warna. Siap gulai cendawan dan udang masak lemak cili padi.


Mi Kari kuah pekat, confirm puas hati.


Assalammualaikum & Salam Sajahtera. Bila ternampak ig @wanakamal_79 masak mi kari kuah pekat, tetiba angin kus-kus nak masak sampai. Suami saya jenis peminat mi kari, jadi isterinya kenalah cari mi kari jenis yang sesuai kat tekak dia. 

Pernah sekali dia makan mi kari kat Vietnam, dua kali dia repeat kedai makan tu dan order mi kari. Katanya sedap giler dan kuahnya pekat. Kakak pelancong yang lalu tepi meja dia pun kata, "Nampak sedap mi kari tu."

Ini resipi mi kari kuah pekat yang anda boleh cuba.

Bahan:
2 pek mi kuning dibasuh & rebus seketika. Toskan
3 tangkai daun kari dilurut
4 bahagian ayam dipotong kecil
10 biji bebola ikan dihiris 2-3
3 keping fish cakes dihiris
1 pek tauhu kering (topok) potong 4
4 camca besar rempah kari daging (mama guna faiza)
2 sudu besar cili kisar
450 ml pati santan (2 kotak kecil santan)
1/2 cawan air asam
4-5 tangkai kacang panjang dipotong
1.5 liter air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Hirisan cili merah
4 biji telur rebus
Hirisan daun bawang & sup
Bawang goreng

Bahan tumbuk:
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Penyediaan:
1. Panaskan minyak. Setelah panas, masukkan bahan bancuh tumbuk. Masak hingga seketika & masukkan pula daun kari. Masak hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan cili kisar. Masak sebentar & kemudian masukkan rempah kari yang ditambah secawan air. Kacau hingga adunan mesra & masak sebentar
3. Masukkan pula ayam. Madak hingga air berubah warna atau kecut. Tuang air 1.5 liter, kacau seketika & masak hingga mendidih.
4. Masukkan santan & kacau hingga mesra. Setelah sedikit mendidih, masukkan pula air asam. Kemudian masukkan fish ball & fish cake. Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan pula tauhu kering & kacang panjang. Perasakan dengan garam secukupnya. Masak hingga mendidih sambil mengacau. Setelah masak, boleh hidangkan mi kari kuah pekat ni dengan hirisan cilk, daun bawang, daun sup, telur & bawang goreng.

Salad Buah / Fruits Salad


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Salad buah termudah. Letakkan aje potongan buah yang anda suka/ada dan kemudian letakkan 2 sudu besar madu lebah & 1 sudu besar perahan jus lemon.
Letakkan dalam bekas besar semua bahan & gaul mesra perlahan-lahan. Siap salad buah suka-suka kita.


Sambal Udang kegemaran peminat sambal dan udang


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Amat jarang saya makan makanan berasaskan udang kerana suami tak makan langsung udang (seafood pun tengok jenis apa yang blh masuk). Dan, dek kerana semalam ke pasar Nilai 3 & 1/2kg udang dalam RM14 (tgk saiz), murah le skit, makanya akak belilah. Makanya, terjadilah sambal udang pada hari ini. Hehehe... .

Bahan:
1/2kg udang dibuang kepala & ekor. Cuci bersih.
25 tangkai cili kering digunting dua dan masak dalam air mendidih dalam masa 5-7 minit. Tapis.
3 bawang besar dipotong 4
1 liter air
1 1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air asam jawa
4-5 sudu gula (secukup rasa)
2-3 sudu kecil garam (secukup rasa)
1 cawan ikan bilis (direndam 2 minit dan toskan)
1 biji bawang besar dihiris bulat (masuk ketika sambal hampir masak)

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali pada api sederhana.
2. Kisar halus cili kering & bawang besar dengan 300ml air dahulu. Masukkan bahan kisar ke dalam minyak panas. Kacau dan tambahkan baki 700ml air ke dalamnya. Biarkan cili masak dan kacau sekali sekala.
3. Bila sambal kelihatan hampir masak atau gelap sedikit (jika masih merah, tambahkan air dalam 1-2 cawan dan biarkan cili betul-betul masak), masukkan air asam. Kacau dan masak dalam 3-5 minit.
4. Masukkan gula dan garam. Kacau seketika dan bila sambal kelihatan sedikit kering, masukkan pula udang & bawang besar. Gaul mesra seketika & rasa. Jika tak cukup rasa masin atau sedikit manis, tambahkan gula dan garam. Jangan lama sangat masak udang dalam kuali, nanti bila terlebih masak, kulit udang akan melekat pada isi. So, susah skit nak kopek. Setelah selesai masak, masukkan dalam mangkuk hidangan sambal udang kita ini.

Sirap Betik Dengan Cincau & Buah Kabung, resipi dari Acheh Darussalam


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Sirap betik dengan cincau & buah kabung. Minuman dan resipi ni saya dapat bila ke Acheh beberapa bulan lepas. Minuman yang menyegarkan & enak dinikmati dengan buahnya sambil menunggu makanan sampai atau selepas selesai makan.

Bahan:
1/2 cawan kordial sirap
500ml air
1/4 biji isi betik dipotong memanjang
1/2 paket isi cincau dipotong dadu
1/2 cawan buah kabung
Kiub Ais

Penyediaan:
1. Bancuh kordial sirap dengan air dalam jug (jika kurang manis, buat air gula skit).
2. Masukkan betik, cincau & buah kabung ke dalam jug. Kacau hingga mesra & letakkan kuih ais. Jika suka, tuang dalam gelas dahulu baru letak ais. Siap air sirap betik dengan cincau dan buah kabung resipi Acheh ini.


Kueh Tiaw Goreng


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Tetiba teringin nak masak, ngetest & makan. Kali ni saya cuba masak kueh tiaw goreng. Dan Alhamdulillah, sepeket dibeli, selamat dibedal oleh anak-anak sedara saya, sis in law yang puasa & mak ayah mertua. Nasib ada backup buat cekodok jagung & fries. Kalau tidak, akak dapat sesudu aje kueh tiaw ni. Tak sangka pula ramai yang suka.

Bahan:
500 gram kue teow
1 cekak kucai, potong pendek
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
5 ekor udang dibuang kulit & hiris kasar
1 keping fish cake dihiris kasar
5 ketul fish ball dipotong 3
3 sudu besar kicap
1 1/2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 biji telur, dipukul sedikit
2 sudu besar cili kisar
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Limau kasturi untuk hiasan

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar & bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar & goreng seketika. Masukkan pula sos tiram & sedikit air, kacau dan tumis hingga cili garing.
2. Masukkan pula udang, fishball & fish cake. Masak sebentar & kemudian ketepi bahan di tepi kuali, masukkan telur dan biar telur sedikit masak & kemudian hancurkan.
3. Masukkan pula kicap pekat & kicap serta sedikit air. Kacau rata & masak hingga sedikit pekat. Letakkan kue teow & daun kucai, gaul rata. Rasa dan jika kurang masin, masukkan sedikit garam. Gaul rata & siap. Hidang kueh tiaw goreng dengan belahan limau kasturi atau taburkan dengan hirisan cili atau bawang goreng.

Tauhu Terbalik, khas buat peminat makanan kudapan


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Menu tauhu terbalik ni saya ternampak dalam IG @sheilarusly_jspictures . Dah berbulan baru dapat realisasikan bila ternampak tauhu kering tergantung kat pasar Nilai. 

Menyediakan bahan takde masalah tapi masalah start timbul bila nak gunting tauhu & terbalikkan. Punah beberapa keping tauhu kering yang digunting tak berapa jadi & diterbalikkan. Siap anak sedara kata, "kenapa tauhu ni maksu. Cam pelik aje rupanya..." Akak jelingkan aje sambil kata, "Makan ajelah. Rupa aje tak berapa nak lawa. Rasa sama."

Ini resipinya. Anda boleh cuba... .

Bahan:
15 keping tauhu kering
2 keping isi dada ayam dicincang
1 batang lobak merah diparut
2 tangkai daun bawang & sup dihiris
2 biji telur
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
7 tangkai cili padi
1/2 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng

Isi bahan tauhu terbalik. Jika nak jimat masa, boleh aje guna daging cincang yang dah siap kat pasaraya.

Penyediaan:
1. Gunting tauhu kering, buat kelopak & terbalikkan. Keluarkan isi tauhu kering untuk dicampurkan dengan bahan lain.

Tauhu yang sudah diterbalikkan.

2. Tumbuk lumat bawang putih, bawang besar & cili padi.
3. Dalam satu bekas besar, satukan isi tauhu, ayam, lobak merah, daun bawang, daun sup, telur, bahan tumbuk & garam. Gaul mesra.
4. Sumbat isi bahan campuran tadi dalam lubang tauhu & tekan agar ia sedikit mampat. Siapkan semuanya.


4. Sumbat isi bahan campuran tadi dalam lubang tauhu & tekan agar ia sedikit mampat. Siapkan semuanya.
5. Panaskan minyak dengan api sederhana. Setelah panas, goreng tauhu mampat tadi mulakan dengan bahagian kelopak tauhu. Tekan sedikit dengan jari atau sudip agar isinya tidak keluar & kelopaknya cantik terkembang. Setelah agak masak, goreng bahagian belakangnya pula. Angkat & toskan. Tauhu terbalik ini enak dimakan dengan sos, sambal, cili kicap atau begitu sahaja. Surrr...

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...