Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Paprik Ayam buat peminat satu lauk dan sayur dalam satu mangkuk.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Paprik ayam, makanan yang ada satu lauk dan ada macam-macam sayur dalamnya.

Dek kerana takde idea nak masak sayur, tetiba menu ni menjelma kat minda. Apalagi, kita carilah resipinya kat web @matgebu . Ini pun menderhaka bahan apa yang ada aje.
Alhamdulillah sedap. Cuma jika anda nakpaprik ayam versi pedas, boleh tambah sikit cili kisar atau cili padi.

Bahan:
2 keping dada ayam, dihiris
1 batang serai, diketuk
1 biji bawang besar hiris
3 helai daun limau purut
5 cili padi merah dihiris dua
5 cili padi hijau dihiris dua
1 cili merah besar dihiris kasar
2 ulas bawang putih dicincang
3 tangkai kacang panjang, kerat pendek
1 batang lobak merah dipotong serong
1/4 kubis bunga dipotong kasar
2 camca besar cili kisar
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
1 camca besar sos tiram
1 camca besar gula
1 biji limau kasturi
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis hirisan bawang besar, bawang putih & serai hingga harum. Masukkan cili kisar & masak hingga cili garing. Tambah sos tiram dan masukkan ayam. Gaul rata & masak hingga ayam berubah warna. 2. Masukkan pula sos cili & sos tomato, kacau seketika & masukkan cili padi, cili besar & lobak merah. Masak hingga lobak sedikit lembut. 3. Tambah kacang panjang & kubis bunga. Gaul hingga mesra. Masukkan daun limau purut & tambah gula Kacau dan masak sekejap.
4. Akhir sekali letak jus limau kasturi, kacau dan rasa. Tambah garam jika perlu. Siap paprik ayam untuk seisi keluarga.

Kari Sotong, dah rasa macam kedai mamak pula.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Tetiba teringin bila nampak menu kari sotong ni melintas kat IG. Teringat jugak yang anak-anak sedara suka sotong. So, its time to try new menu & Alhamdulillah, mereka semua sukakannya. Bertambah nasi.

Tq @matgebu untuk resipi di web. Itupun menderhaka ikut bahan apa yang ada kat dapur. 

Bahan:
6 ekor sotong
1 biji tomato belah 8
1 1/2 sudu besar cili giling
2 sudu besar penuh rempah kari ikan
1/3 cawan air*(*disatukan dan kacau rata)
1 cawan santan
1/3 air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Bahan tumis:
1 tangkai daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar dihiris
2 biji bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih hiris
1 inci halia, hiris halus

Penyediaan:
1. Sotong dipotong 4-5 bahagian. Cuci & toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan bawang merah, bawang putih, halia & daun kari, masak sekejap. Tambah cili giling/kisar & tumis hingga cili garing.
3. Masuk pula bancuhan rempah kari. Masak dengan hingga rempah garing & kemudian masukkan air asam jawa. Kacau rata. Tuang air secukupnya dalam 1 1/2 cawan, kacau dan biar mendidih.
4. Selepas itu, masuk pula sotong & santan. Kacau perlahan. Bila mendidih, perasakan dengan garam & sedikit gula. Masak seketika. Tambah tomato. Kacau sebentar & rasa. Jika ok, tutup api. Siap kari sotong untuk dinikmati semua.

Jangan buang kulit lemon, limau nipis


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Ilmu baru dari rancangan The Kitchen kat Food Network.

Untuk tidak membazirkan kulit lemon bila kita hanya nak guna jusnya, sagat kulit tersebut & campurkan dengan gula. Gaul mesra.

Guna gula lemon ini bila nak buat lemonade, teh o ais limau, manisan dalam pastri mahupun kek & biskut.

Milkshake Durian, rasanya memang wow


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Ada berani nak minum milkshake durian ni? Bila suami & anak saudara buat experiment, inilah hasilnya. 

Buat penggemar durian, mungkin suka, tapi yang tak suka durian seperti adik bongsu saya, confirm dia tak heran langsung. Marah lagi ada sebab dia bukan setakat alergik durian, tapi bau durian pun dia terus rasa nak muntah. Dan perancangan Allah itu cantik. Yang kita tak suka selalunya dapat. Dan, Allah takdirkan dia kahwin dengan lelaki yang suka makan durian :)

Bahan:
3-5 ulas isi durian
2 cawan susu
2 skop aiskrim vanilla
Whipped cream
Sedikit isi durian untuk hiasan

Penyediaan:
1. Masukkan isi durian, susu & aiskrim dalam blender. Kisar semua bahan hingga mesra.
2. Tuang minuman dalam gelas. Letakkan whipped cream & isi durian atasnya. Siap milkshake durian versi Rudy.

Potato Salad, menu ringkas untuk sihat


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Hari ni kita makan menu diet.Potato salad. 
Tetiba teringin bila tengok rancangan Food Network. 

Menu ni mudah dan paling penting boleh dijadikan kudap-kudapan depan TV bila tak nak makan nasi. Kentangkan mengenyangkan. 

Bahan:
5 biji kentang dibuang kulit & direbus
2 batang saderi dihiris serong
1 cawan mayonis
1 1/2 sudu besar Dijon mustard
1/2 jus lemon / limau kasturi
1/2 sudu kecil lada hitam
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang

Penyediaan:
1. Potong kiub kentang. Masukkan dalam mangkuk sekali dengan hirisan batang saderi.
2. Dalam mangkuk sederhana besar, masukkan pula mayonis, Dijon mustard, jus lemon, lada hitam & garam. Gaul mesra.
3. Masukkan kentang & batang saderi ke dalam mangkuk kuah mayonis tadi & gaul perlahan-lahan hingga mesra. Kemudian, pindahkan salad kentang tadi ke dalam mangkuk bersih & taburkan hirisan daun bawang sebagai hiasan. Siap potato saladnya.

Home-Made Crispy Spicy Chicken Burger, bila buat sendiri kita rasa happy


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Home-made crispy spicy chicken burger, bila buat sendiri, saya puas hati. Bukan apa, boleh letak macam-macam ikut rasa tekak sendiri.

Asalnya saje beli daging ayam tanpa tulang (boneless chicken) untuk masak-masak. Sekali suami cakap nak buat burger ala2 macam Texas Chicken. Makanya belilah 3 pek. Oleh kerana isinya tebal, kita potong dua & ketuk (smash) ala2 macam ayam penyet tu.

Dan hasilnya Alhamdulillah menjadi & sedap. Member yang datang ziarah pun seronok menghadapnya. Plus, bila buat sendiri, kita boleh letak inti sayur, sos, mayo atau apa sahaja banyak mana kita mahu.

Bahan untuk buat patty burger ayam:
Bahan perapan:

4 isi ayam dibelah 2 (jika tebal)
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil paprika
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk bawang putih

Penyediaan:
1. Isi ayam yang dibelah 2 dibersihkan & kemudian anda masukkan/lapik ayam tersebut dengan plastik. Ketuk ayam tersebut dengan pengetuk besi/lesung untuk meleperkannya sedikit. Ia bagi melembutkan daging ayam & menjadikan ia rangup bila menggoreng.
2. Masukkan semua bahan rempah dalam satu bekas & gaul mesra. Kemudian masukkan ayam & sadur ia dengan campuran rempah tadi. Perap ayam sekurangnya 2-3 jam (lagi lama lagi bagus).

Ayam yang diperap. At least 2 jam. Nak lagi best, sehari semalam. :)

Bahan saduran tepung:
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/2 cawan air
Minyak untuk menggoreng

Bila home-made, rupa daging ayam yang siap digoreng tu tak berapalah lawa. Macam-macam saiz. As long sedap di makan, Alhamdulillah...

Penyediaan:
1. Dalam satu mangkuk, masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk cili, serbuk bawang putih & garam. Gaul hingga mesra.
2. Dalam mangkuk sedikit kecil, masukkan telur, air & 1/2 cawan campuran tepung tadi. Kacau hingga sekata.
3. Panaskan minyak guna api sederhana. Setelah panas, ambil sekeping ayam diperap & sadurkan dengan adunan tepung, kemudian adunan telur & akhirnya sadurkan kembali dengan adunan tepung. Goreng hingga warna keemasan & masak. Toskan daging yang dimasak atas kertas tisu atau jaring besi.

Bila dah siap... Tada... Dah macam burger fast food pun ada :)

4. Untuk penyediaan burger, potong dua roti burger, sapukan mentega di bahagia tengah & bakar seketika atas kuali leper tanpa minyak.
5. Selepas itu, untuk jadikan burger idaman, letak aje apa yang suka. Siap home-made crispy spicy chicken burger idaman kami.


Ayam Masak Kicap Lada Hitam Bermadu


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Resipi ayam masak kicap lada hitam bermadu ni memang femes kat ITM Melaka19 tahun lalu (sampai bila menu ni ada tak tau lah). 

Saya jenis jarang makan di kafe sebab selalu ke dining. Tapi, entah macam mana, satu hari tu saya beli lauk di kafe. Nampak ayam ni menarik & ramai yang ambil. So, bila dah makan, baru tahu rasanya sedap. Kiranya menu ayam ni jika ada, sekejapan sold out.

Ini resipinya saya jumpa di Facebook. Ada orang kongsikan. Saya dah cuba. Alhamdulillah menjadi meskipun tak sesedap orang yang masak di kafe dulu (hanya dia tau sukatan sebenar). .

Bahan untuk ayam:
4 ketul ayam
1 Telur
1 sudu kecil tepung jagung
4 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk & kacau ia. Dalam pinggan lain, satukan tepung jagung, tepung gandum & garam. Gaul hingga mesra.
2. Panaskan kuali & sebaik minyak panas, celupkan ayam ke dalam telur & kemudian sadurkan dengan tepung. Goreng hingga keemasan.

Bahan kuah:
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar dihiris
1 inci halia
1 batang serai
1 sudu besar lada hitam biji
2 sudu besar kicap pekat
Garam & gula secukup rasa
1 sudu kecil tepung jagung
4 sudu besar madu (jika madu jenis manis, kurangkan sukatan)

Penyediaan:
1. Kisar bawang putih, bawang merah, halia, serai & lada hitam.
2. Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali & tumis bawang besar yg dihiris.
3. Kemudian, tumis bahan yg dikisar tadi hingga naik bau.
4. Selepas itu, letak kicap pekat, madu & sedikit garam & gula.
5. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air & masukkan dlm kuali. Masak hingga kuah sedikit memekat. Jika nak banyak kuah, tambahkan 1/2 cawan air & tambah juga sedikit gula & garam.
6. Matikan api. Gaul ayam yang telah digoreng tadi hingga mesra. Siap ayam masak kicap lada hitam bermadu.

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...