Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

'Rustic' Pastri. Janji Sedap...


Assalammualaikum & salam sejahtera. Rustic pastri, selalu lalu kat rancangan Food Network bila tonton. Dan kali ni, lepas dah bertahun tak usik doh pastri ni sebab suami tak suka rotinya yang berlapis tu, hari ni wifenya ajak beli doh pastri jenama Kawan kat Jaya Grocer.

Sangat mudah membuat pastri ni sebab dohnya yang dah siap. Kiranya kurang 1 jam dah settle dan boleh makan. Yang bestnya juga, kita boleh buat berbagai corak, cara & isian untuk inti pastri. Nak buah, coklat, kaya, inti daging or ayam or sambal, jadi aje... .

Jika pastri tak berapa cantik kejadiannya, takpe. Bak kata Chef Anna Olson & Chef Ezani, kita panggil kejadian tu sebagai 'Rustic'. Gitu...

Nampak tak pelbagai rupa pastri dan dicuba buat. Janji sedap bila masuk mulut ;)

Beli pastry sheet jenama Kawan. Bila nak masak, pindahkan dari bahagian freezer ke bahagian sejuk biasa. Agak2 lagi 15 minit nak guna, baru keluarkan.
Doh pastri sangat sensitif. Bila lembik sangat & kena panas, kejadian puff pastry tu memang tak menjadi & doh akan rosak (tu yang Laura in the kitchen cakap). Untuk resipi ni, saya cuba guna cara Laura in the kitchen dan bentuk pastri ni saya buat ikut suka (asal boleh ngap, ok le tu... Rustic le katakan...)

Bahan-bahanya membuat puff pastri anda.

Bahan-bahan:
1. 2 keping doh pastri jenama Kawan
2. 100gm cream cheese
3. 1/2 cawan gula
4. 1/2 sudu kecil ekstrak vanila
5. 1/2 sudu kecil parutan kulit lemon
6. 2 sudu kecil jus lemon
7. 1 kuning telur
8. 1/2 cawan blueberry
9. 3 biji strawberi
10. 2 sudu kecil tepung jagung
11. 1 biji bancuhan telur + sedikit air
12. Gula icing (jika suka)

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 185°c & sediakan loyang berisi parchment paper (saya guna loyang pizza aje)
2. Dalam mangkuk, masukkan cream cheese, parutan lemon, 2/4 gula, vanila & kuning telur. Gaul hingga mesra. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk lain, masukkan blueberry, lebihan gula, tepung jagung & jus lemon. Gaul mesra & ketepikan.
4. Taburkan sedikit tepung gandum atas meja/work surface & kemudian ambil sekeping doh & gelek dengan pencanai (rolling pin) sehingga doh separuh nipis dari asal. Kemudian guna pemotong bulat saiz 4 inci (saya guna penutup botol besar aje) & potong 4 bulatan & letak di atas parchment paper.

Doh yang sudah ditekap.

5. Kaut sesudu besar campuran cream cheese & letakkan di tengah bulatan. Kemudian letak sesudu besar campuran Blueberry.
6. Sapukan keliling bulatan dengan bancuhan telur & lipat dua doh tadi & tekan kelilingnya. Sapu bancuhan telur lagi di atas doh berlipat & potong sedikit atas doh dengan hujung pisau bagi mengeluarkan udara ketika membakar.


7. Bakar pastri dalam 15-20 minit sehingga kuning keemasan. Putar kedudukan selepas separuh minit pertama dibakar untuk dapatkan bakaran sekata.
8. Selepas masak, biarkan sejuk seketika & kemudian debukan atas pastri dengan gula icing. Siap rustic pastri saya.


Happy cooking

Blueberry Strawberry Milkshake


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Sambil menyedut air buah blueberry strawberry milkshare yang sejuk ni, sambil tu kita dengar & baca komen tentang tarikh #pilihanraya kat media sosial.

Akak tengah belajar bertenang ni sebab tarikh keramat tu lah akak bakal terhegeh-hegeh bawak beg nak balik Malaysia dari oversea. Tengah fikir, need to change flight schedule or not. Hmmm...

Bahan:
3 biji strawberi
12 biji blueberry
1 sudu besar madu
2 skop aiskrim vanila
1 1/2 cawan susu
1/2 cawan ais

Penyediaan:
Kisar semua bahan hingga lumat. Tuang dalam gelas. Siap blueberry strawberry milkshake untuk minum dua orang.

Telur Rebus Bersadur dengan Inti Ketam


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Saya nampak menu telur rebus bersadur dengan inti ketam ni kat IG @through_helenaeyes buat golden balls dia. Nampak cam sedap & mudah. So, hari minggu ni saya ngetest. Alhamdulillah sedap.

Anda pun blh cuba...


Bahan:
3 biji telur rebus
1 biji telur dikocok
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan breadcrumbs
3 crab stick yang direbus
2 sudu besar mayonis
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil lada sulah
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali atau pan kecil. Api sederhana.
2. Sadur telur rebus dengan tepung dahulu kemudian salut dengan telur dan kemudian breadcrumbs. Selepas itu goreng sehingga telur berwarna keemasan. Setelah masak, letakkan di atas relai / kertas tisu. Biarkan sejuk.
3. Belah crabstick memanjang atau boleh aje potong kecil-kecil dan letaknya dalam satu mangkuk. Kemudian, masukkan pula mayonis, lada sulah & garam. Gaul hingga mesra.
4. Setelah telur sejuk, belah 2 & letakkannya dalam mangkuk kecil. Letakkan di atas telur campuran ketam & mayonis. Siap telur rebus bersadur dengan inti ketam.

Happy cooking

Chicken Popcorn / Popcorn Chicken, 'meletup-letup' dalam mulut bila mengunyah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Chicken popcorn atau popcorn chicken atau ayam popcorn ini sesuai dimakan dengan pelbagai cara menu masakan. Enak dikudap-kudap depan TV, letak dalam spaghetti ataupun buat sandwich yang paling best. Sekali dah makan, tangan tu akan capai seketul demi seketul bila 'meletup' dalam mulut time kunyah.

Ini resipinya untuk anda cuba.

Bahan:
2 ketul daging ayam tanpa tulang dihiris dadu
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng


Penyediaan:
1. Dalam satu mangkuk campurkan tepung dengan lada sulah, lada hitam & garam. Gaul mesra.
2.Panaskan minyak dalam kuali guna api sederhana.
3. Masukkan 3-5 ketul hirisan ayam dalam tepung & kemudian masukkan dalam telur & kemudian sadurkan kembali dengan tepung. Selepas goreng hingga keemasan. Selepas masak, toskan & siap chicken popcorn kita.

Happy cooking

Spaghetti kuah putih dengan ayam popcorn / Spaghetti white sauce with chicken popcorn


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Resipi spaghetti kuah putih ni saya ngetest ikut penyediaan yang dikongsi oleh rakan instagram saya, Daddyisthechef. Tapi ada menderhaka skit ikut bahan apa yang ada.

Jika ada yang nak cuba, ini resipinya. Rasanya kena alter/ubah ikut jenis keju yang digunakan. Jika guna parmesan, garam kurangkan skit kerana keju ni jenis masin skit. Tapi jika guna mozzarella, garam lebihkan.

Bahan:
1/3 spaghetti yang direbus
1 mangkuk chicken popcorn
2 sudu besar mentega (untuk menggoreng)
1 biji bawang besar dihiris
2 tangkai daun kari
1 tin susu cair
1 sudu kecil paprika (nak pedas tambah lagi)
1 sudu kecil mix herbs
1/2 cawan air
1/2 cawan mozzarella/parmesan
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Cairkan mentega dalam kuali.
2. Sebaik panas, masukkan bawang. Kacau seketika & kemudian masukkan daun kari. Masak sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan susu cair, air, paprika & mix herbs. Kacau kuah sehingga mendidih. Selepas itu, masukkan keju. Kacau seketika.
4. Masukkan pula chicken popcorn & spaghetti. Gaul spaghetti & perisakan sedikit garam. Gaul hingga mesra & siap spaghetti kuah putih kita dengan ayam popcorn.

Siakap Masam Manis / Sweetsour


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Kali ni saya kongsikan resipi ikan siakap sweetsour @ masam manis.

Jika anda nak guna ikan spesis lain pun boleh aje. Ikut mana yang mahu. Yang samanya adalah jenis kuahnya.

Bahan:
1 ekor ikan siakap
Serbuk kunyit
Garam
Serbuk lada sulah
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2 sudu besar pes cili
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 biji tomato potong dadu
1/2 cili hijau/kuning/merah benggala
1 batang timun dibuang tengahnya & didadu
1 cawan air
1/2 sudu besar gula
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Basuh ikan bersih & salutkan ikan dengan sedikit garam, serbuk kunyit & lada sulah. Goreng hingga masak (Jangan Garing sangat). Ketepikan dalam pinggan besar.
2. Panaskan 3 sudu besar minyak masak. Goreng bawang besar & bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes cili. Masak hingga naik minyak dan kemudian masukkan air. Biarkan ia masak hingga mendidih.
3. Masukkan sos tomato & sos cili. Kacau seketika. Kemudian masukkan buah tomato, cili benggala (capsicum) & timun. Masak dalam 3-4 minit. Perasakan dengan sedikit garam & gula. If rasa dah ok, boleh tutup api dan tuangkan sos tadi ke atas ikan. Jika rajin, boleh taburkan juga sedikit hirisan daun bawang/sup. Siap menu siakap masam manis.

Resipi Sayur Campur Termudah.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Sayur campur, enak dimakan dengan nasi atau dengan makaroni rebus. Sedap lagi jika tambah dengan sambal cili kicap.
Untuk yang diet atau nak sihat, masak guna minyak zaitun. Tak perlu banyak. Sikit aje.

Bahan:
2 sudu besar minyak zaitun
1/2 besar bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1/2 cawan isi ayam didadu
2 cawan air
1 batang lobak merah dipotong ikut suka
3 batang sayur saderi dihiris serong
10 batang sawi pendek dihiris
1 cili merah dihiris
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang besar & bawang putih. Goreng hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam. Kacau sebentar dan masukkan air serta lobak merah. Masak hingga air mendidih & lobak sedikit lembut.
2. Kemudian masukkan pula batang saderi. Masak dalam 2-3 minit. Selepas itu masukkan pula sawi & cili merah. Perasakan dengan sedikit garam. Masak seketika & siap sayur campur untuk dihidang.

Jika anda nak masak untuk makan dengan makaroni, just add on air & garam. Sayur tu pun boleh tambah jika mahu.

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...