Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jemput-jemput Lobak Merah & Ketumbar


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Untuk resipi jemput-jemput lobak merah dan ketumbar kali ni, saya add on sedikit bahan cara membuat bakwan. Experiment. Alhamdulillah sedap. Anda boleh cuba jika suka bau makanan berempah sikit.
Enak dimakan begitu sahaja atau cicah dengan sos atau sambal bilis.

Bahan:
2 cawan tepung gandum
1/2 parutan lobak merah
1/2 cawan ikan bilis yang direndam sekejap
1 sudu besar hirisan daun bawang
1 biji telur
1 sudu kecil garam halus
1 cawan air
Minyak untuk menggoreng

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (saiz sederhana)
1 sudu besar ketumbar

Penyediaan:
1. Tumbuk bahan hingga lumat. Masukkan dalam bekas sederhana besar. Masukkan semua bahan lain yang tadi & gaul mesra. Jika adunan keras tambah air sikit, jika adunan lembik tambah tepung sikit.
2. Panaskan minyak pada api sederhana & apabila panas, masukkan sesudu demi sesudu. Goreng hingga warna keemasan atau masak. Jemput-jemput lobak merah dan ketumbar ni gelap sedikit sebab warna ketumbar & bawang besar yang kita tumbuk tu.

Happy cooking

Bakwan Jagung


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Bakwan Jagung. Masa saya tonton beberapa video atau lihat gambar, saya tengok kenapa kuih jemput-jemput mereka banyak sayur atau jagung yang timbul berbanding yang selalu saya buat (lebih tepung & isinya biasa-biasa sahaja). Rupa-rupanya ada jemput-jemput yang dinamakan bakwan & bila di'google', ia resipi dari Indonesia.
So, jom kita cuba resipi ni tapi ia sedikit berminyak ya.

Plus, jika anda tak suka jagung, boleh letak parutan lobak merah atau kentang (tangan akak terkena sikit minyak dari letupan isi jagung, hati-hati ya...) .

Ini resipi penyediaan bakwan jagung.

Bahan-bahan:
1. 2 tongkol isi jagung (boleh juga guna jagung tin)
2. 1 biji bawang besar dihiris
3. 2 tangkai cili merah dihiris
4. 1/3 cawan ikan bilis (rendam sebentar dalam 3 minit agar ia lembut)
5. 1/4 cawan daun bawang
6. sebiji telur
7. 4 sudu besar tepung gandum
8. 2 sudu besar tepung beras
9. 1/2 cawan air
10. Minyak untuk menggoreng

Bahan tumbuk:
1. 2 biji bawang merah (saya cuma guna 1/4 bawang besar)
2. 3 ulas bawang putih
3. 1 sudu besar ketumbar
4. 1 sudu besar gula
5. 1 sudu kecil garam


Penyediaan:
1. Tumbuk lumat semua bahan tumbuk. Ketepikan.
2. Masukkan kesemua bahan tadi (kecuali minyak) & gaul mesra. Kemudian masukkan pula bahan tumbuk. Gaul mesra.
3. Panaskan minyak dalam kuali atau pan (jangan letak minyak banyak sangat). Guna api sederhana. Setelah panas, masukkan sesudu demi sesudu adunan bakwan tadi. Terbalikkan bakwan tersebut bila sudah garing bawahnya. BERHATI-HATI jika masak bakwan jagung ini kerana ada ketika, jagung akan meletup (ala-ala macam pop corn). Saya sarankan guna sudip panjang skit. Bukan apa, dah nak habis saya menggoreng, tetiba seketul jagung meletup dan terus minyak panas kena tapak tangan. 
4. Apabila sudah siap digoreng, boleh makan cicah sos ataupun sambal bilis. Siap.

Happy cooking

Pineapple & coconut milkshake @ susu kocak nenas & kelapa


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Pineapple and coconut milkshake. Dek kerana ada sebiji nenas kecil, saya 'kerja'kan dia semalam. Saya kurang gemar nanas jika makan begitu sahaja, so kita buat air.

Boleh cuba resipi ni untuk rasa sedikit kelainan pada buah.
Jika nak lebih refreshing, anda boleh cuba letak 2-3 helai daun pudina@mint. 
Dan jika tak mahu rasa nanas mendominasi sangat, letak sebiji pisang. Rasanya juga sedap (semalam saya buat 2 gelas berbeza untuk experiment). 

Ini resipinya.
Bahan:
1 cawan nanas yang dipotong kecil
1 cawan susu minum
1/2 cawan santan kotak
2 skop aiskrim vanila
1 sudu besar madu
2 biji limau kasturi diambil jusnya
3 ketul ais kiub
(Jika suka, boleh letak daun mint atau pisang ya)

Penyediaan:

Kisar semua bahan serentak sehingga halus. Tuang ke dalam gelas. Siap.

Happy cooking

Blueberry Milkshake @ Susu Kocak Buah Beri Biru


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Blueberry milkshake @ susu kocak buah beri biru.

Untuk anda yang nak lari dari chocolate or vanilla milkshake, boleh cuba buah-buahan pula. Buah beri ni encik suami terbeli masa merayap ke Jaya Grocer. Harganya sedikit murah dengan jumlah isi dalam peknya. Bila dia dah beli, saya sengih ajelah...

Ni resipi dari suami.

Bahan:
12-15 biji buah blueberry
1 cawan susu fullcream/anchor sejuk
2 skop aiskrim vanila
1 sudu besar madu
Whip cream

Penyediaan:
1. Kisar semua bahan dalam mesin pengisar (blender) kecuali whip cream.
2. Setelah bahan kisar halus, masukkan dalam gelas & picit whip cream (yg botol tu) & tabur beberapa lebihan blueberry. Siap blueberry milkshake.

p/s: Ada orang kata, buah warna biru/ungu baik untuk mereka yang ada sakit tairoid.

Happy cooking

Ayam Masak Merah versi tak berapa nak pedas untuk bebudak makan


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Ayam masak merah, rasanya semua orang pernah makan dan majoritinya suka lauk mudah ni. InsyaAllah kali ni saya kongsikan versi tak berapa nak pedas. Sesuai untuk bebudak makan (anak-anak saudara sejenis tak berapa makan pedas).

Dah lama budak-budak ni tak makan ayam masak merah ni. Selalunya mak mertua masak menu ni dulu tapi sesejak tak berapa sihat ni, dia pun dah lupa agaknya nak masak. Lagipun cucu2 dok request ikan keli sambal, ayam masak kicap, laksa. Bila maksunya masak, depa on aje makan. 

Ini resipinya, boleh cuba. Enak dimakan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi lemak atau nasi hujan panas.

Bahan:
1/2 ekor ayam dipotong 8-9 bahagian
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 batang serai diketuk
3 sudu besar cili giling
1 keping asam keping
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 cawan air
Gula & garam secukup rasa
1 biji bawang besar dihiris bulat
3 sudu besar minyak masak

Bahan kisar/blend:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia

Penyediaan:

1. Goreng ayam yang disalut kunyit & garam. Jangan garing sangat. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak (blh aje guna sedikit minyak goreng ayam td). Setelah panas masukkan serai, bunga lawang & kayu manis. Masak hingga naik bau. Kemudian, masukkan bahan kisar. Kacau sekali sekala dan biarkan ia garing seketika.
2. Masukkan cili giling. Kacau & masak hingga pecah minyak. Masukkan air. Kacau & biarkan ia mendidih dalam 4-5 minit (bagi cili masak sekejap).
3. Kemudian, masukkan asam keping, sos cili & sos tomato. Kacau hingga mesra. Selepas itu masukkan garam & gula. Setelah larut & mendidih, masukkan ayam goreng tadi & hirisan bulat bawang besar. Gaul hingga semua ayam diselaputi sambal. Masak dalam 1-2 minit & kemudian boleh angkat. Siap untuk dihidang ayam masak merah buat keluarga.

Happy cooking

Kari ayam pekat likat. Roti pun boleh cicah sekali kalau suka.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Kari ayam. Gulai kari ni sedap dimakan dengan nasi, roti, capati, roti canai mahupun roti jala. Satu lauk yang boleh makan dengan pelbagai makanan. Selalunya saya masak begini bila mood masak ke laut. Kari ayam ni antara lauk yang tak amik masa lama untuk memasak. Kurang dari setengah jam dah siap. 

Selamat bercuti hujung minggu...

Bahan:
1/2 ekor ayam dipotong bahagiannya
1 bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
3 tangkai daun kari dilurut
1 pek kecil rempah kari ayam / 3 sudu besar rempah kari
2 sudu besar cili giling
700ml air
2 biji kentang dipotong 6 setiap biji
200ml santan pekat
2 biji tomato
4 sudu minyak masak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa

Penyediaan:

1. Panaskan minyak dalam periuk/kuali besar. Masukkan bawang besar & putih dan masak hingga naik bau/sedikit garing. Masukkan cili giling. Kacau dan masakkan seketika.
2. Kemudian, masukkan rempah kari yang ditambah sedikit air & daun kari ke dalam periuk/kuali. Masak hingga pecah minyak atau garing.
3. Masukkan pula ayam dan goreng seketika, dalam 5-7 minit. Bagi mematikan darah dan menghilangkan sedikit hanyir ayam (ada sesetengah orang particular bab bau ni). Kacau seketika, jika kering, tambahkan setengah cawan air sahaja.
4. Setelah darah ayam kering, masukkan air, sedikit santan dan kentang. Kacau seketika dan biarkan ayam & kentang menjadi lembut & empuk.
5. Selepas itu, masukkan pati santan. Kacau hingga mesra. Kemudian masukkan garam & gula secukup rasa serta buah tomato. Masak seketika & siap kari ayam pekat likat kita.

Happy cooking

Mango Thai juice


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Tertengok mango thai juice yang sedap dalam Instagram. Sedap & enak nampaknya. Tunjuk le gambarnya kat encik hubby malam Sabtu haritu, dan rezeki dari Allah, tetiba encik hubby ajak cari buah mangga lepas beli barang dapur. Rezeki juga dapat mangga di Taman Semarak. 

Dan Alhamdulillah, encik suami buatkan malam tadi. Time cuaca sejuk-sejuk ni, nasib tekak boleh terima lagi. So, sebelum dia blend & buat topping bagai, wife dia tolong potong mangga aje.

Untuk yang suka mangga atau air mangga, boleh cuba minuman ini. Ada kelainan skit sebab letak santan. Jika anda jenis diet, boleh gantikan dengan susu minum.

Bahan:
1-2 biji mangga (jika besar, 1 pun dah ok)
2 sudu besar madu
200ml santan
1 cawan ais
Secubit garam
Whipping cream

Penyediaan:
1. Kisar semua bahan kecuali whipping cream. Kisar hingga halus.
2. Masukkan dalam gelas jus mangga kisar tadi, spray whipping cream & taburkan belahan mangga.
Siap mango Thai juice yang sekali hadap buat kita rasa happy.

Happy cooking

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...