Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Gulai Taucu Masak Ikan, lauk orang suka masin-masin skit.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Alhamdulillah rezeki hari ini dapat masak gulai taucu masak ikan. Nampak ada stok ikan goreng skit semalam & taucu baru beli di sudut dapur, so tetiba teringin nak masak gulai taucu ni. Lepas aje Pos parcel pagi tadi, singgah jap kedai berhampiran & beli cili hijau.

Jika diikutkan dahulu, gulai ni saya tak pandang langsung masa kecil atau belajar. Rasa pelik di tekak. Jika mama masak pun, dia sorang aje makan. Dan entah bagaimana, ada satu hari tu, sepupu datang rumah. Dia kata dia suka gulai ni sebab kat rumah mereka jika mamanya masak (arwah mak ngah), ramai yang makan.

Dan start dari situ, saya cuba makan. Its not bad at all. Atau mungkin deria rasa orang dah berumur boleh terima benda-benda macam ni. Hehehe...
So, boleh cuba nanti. Nak guna ikan apa, terpulang. Ada orang suka kembung, ada suka ikan sardin, pelaling atau tenggiri. Depends.

Bahan:
4-5 ekor ikan kembung goreng (nak guna ikan lain pun boleh aje)
6 tangkai cili hijau di belah tengah
2 sudu besar taucu / 1 paket taucu
1 cawan air
2 ulas bawang putih dihiris
2 inci halia dihiris
1 labu bawang besar dihiris bulat
Sedikit minyak untuk menggoreng
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Panaskan kuali & masukkan minyak. Bila minyak sedikit panas, masukkan bawang putih & halia. Goreng hingga naik bau.
2. Masukkan taucu dan air. Kacau sesekali hingga mendidih. Kemudian masukkan ikan goreng, cili hijau & bawang besar. Kacau perlahan-lahan agar ikan tak pecah. Masukkan garam secukup rasa & kacau. Setelah mendidih, siap untuk dihidang gulai taucu masak ikan kita untuk makan-makan keluarga. 

Happy cooking

Gulai Telur Itik Dengan Belimbing Buluh, menu lama yang sentiasa jadi kegemaran peminat gulai lemak


Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua. Gulai telur itik, menu lama yang sentiasa jadi peminat saya dan famili bila kami dah cuba makan dulu. Alhamdulillah, rezeki dapat beli telur itik semalam di #rumahhutan & jumpa belimbing buluh di pasar Nilai.
 
Rezeki hari ni kita makan kampung style Ada gulai lemak, sambal belacan, ulam raja, ikan goreng & ayam goreng.
Ini resipi untuk gulai telur itik.

Bahan:
7 biji telur
1 batang serai dititik
1 helai daun kunyit disiat
7 biji belimbing buluh
1 kotak santan (250ml)
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
1 biji bawang merah (saiz sederhana)
1 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
10 tangkai cili padi
Penyediaan:
1. Masakkan bahan kisar dengan serai sehingga mendidih menggunakan api yang kecil. Letakkan 2 sudu santan pekat. Kacau seketika.
2. Apabila mendidih, pecahkan telur satu persatu dalam mangkuk kecil dan masukkan perlahan-lahan ke dalam periuk. Jarakkan Sedikit satu telur dengan yang lain. Boleh masukkan sedikit cuka supaya telur tidak pecah.
3. Masak sambil kacau perlahan-lahan sehingga telur sedikit mengeras. Tuang santan pekat, masukkan belimbing buluh, daun kunyit dan garam secukup rasa. Kacau sehingga mendidih agar pati santan tidak pecah minyak. Siap gulai telur itik dengan belimbing buluh kita.

Happy cooking

Rumah Hutan Terapi Alam Rozita Ibrahim


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Alhamdulillah rezeki kami bertiga dapat juga ke Rumah Hutan Terapi Alam. Meskipun sesat dekat 15 minit, akhirnya jumpa juga. Memang GPS ni kekadang memang bengong. Last minute dah nak sampai, dia salah detect dan beri tempat lain. Memang menguji kesabaran lah time tu, Mana tak nya, kepala dah start pening + terasa nak buang air sebab cuaca sejuk. 

Saya tahu tentang Rumah Hutan Terapi Alam ni masa dengar radio IKIM FM. Tapi tak amik port sangat. Dan tak lama lepas tu, ternampak IG Rozita Ibrahim kat area search. Saje ajelah saya tengok isinya. Hati rasa terpaut untuk follow. dan, maka seterusnya saya terus follow untuk ikuti kisah beliau di IG, tentang JRM & Rumah Hutan.

Untuk rakan/kenalan/ahli keluarga yang ingin mendapatkan urutan tradisional sama ada urutan biasa/wanita mahupun slip disc, strok, masalah saraf dan lain-lain, boleh cuba hubungi staf #rumahhutan di 019-2212617 atau 013-2872133 untuk set appointment. Takut nanti jika anda walk in, ramai orang, terpaksa datang lain kali (ni nombor masa tahun 2017 tau).
Ada 2 pakej urutan ditawarkan buat lelaki mahupun perempuan. Pilih mana yang sesuai dengan penyakit/bajet.

Untuk ke @rumahutan_terapialam ni, boleh ikut jalan Ulu Yam (simpang berhampiran Batu Caves) jika dari Ampang atau boleh juga anda ikut highway nak ke Genting Highland (akan naik kawasan Genting sedikit sehingga jumpa roundabout & ambil jalan ke Batang Kali). Buat saya yang pernah beberapa kali berurut, saya tahu ada sedikit kelainan pada urutan yang diberikan. Sangat berbeza tapi Alhamdulillah berpuas hati. Encik suami yang juga berusaha untuk pulihkan kembali masalah slip disc nya juga pun kata macam ok. Mama tak banyak cerita sebab dia memang dah biasa bab-bab ni. Dia ok aje.

Oh ya, di sini juga anda boleh beli bahan kudapan (sambil menunggu pasangan selesai berurut), ikan susu (ikan terubuk yang lembut & boleh makan dengan tulangnya sekali), telur itik & produk jrm yang lain.

InsyaAllah will come again next time. Encik suami kata nak settlekan masalah slip disc nya. Katanya ok lah berurut di Rumah Hutan Terapi Alam ni sebab tukang urutnya nampak profesional berbanding tempat lain yang dia pergi. 




Tauhu Telur Daging Cincang


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Menu baru belajar hari ni dari cik @matgebu di blognya, tauhu telur daging cincang.

Saya memang suka tauhu telur ni. Entah bila mula rasa tauhu ni, tak ingat pula. Tapi teksturnya yang lembut dan mudah dimakan, memang enak. Specially time saya baru baik dari cabut gigi geraham ni.

So, this is the recipe that I follow from tiffinbiru web. Ada le menderhaka skit sebab nak cepat. .

Bahan:
3 batang tauhu telur
1 tin cendawan butang, toskan airnya & hiris 4
1 camca besar penuh tepung jagung
2 camca besar air
1 cawan daging cincang, letak dalam tapis dan cuci bawah air paip, toskan
3 ulas bawang putih dihiris
1 tangkai cili merah dihiris
1/2 cawan air

Bahan sos:
2 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap cair
1 camca besar kicap lemak manis
1/2 camca teh serbuk lada sulah

Penyediaan:
1. Tauhu telur di potong 6 setiap 1 tiub,letak dalam mangkuk. Satukan tepung jagung dan 2 camca besar air dan kacau. Tuang ke dalam mangkuk berisi tauhu telur. Gaul perlahan dan goreng satu persatu hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
2. Goreng cendawan butang hingga layu, angkat dan toskan.
3. Dalam kuali yang sama, tinggalkan minyak dalam 2 camca besar. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging cincang, kacau rata dan masak hingga airnya kering dan daging cincang berubah warna. 4. Masukkan bahan sos dan air. Kacau rata dan biarkan mendidih. Baki tepung jagung tadi, masukkan ke dalam kuah. Kacau dan masak hingga pekat.
5. Kemudian masukkan tauhu telur dan cendawan. Gaul perlahan-lahan hingga mesra. Tutup api & masukkan dalam mangkuk kemudian taburkan hirisan cili merah. Siap menu tauhu telur daging cincang.

Happy cooking

Kupang Masak Pedas


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.  Rezeki hari ni dapat makan kupang masak pedas. Sebenarnya nak masak lala tapi dek kerana kat pasar & pasaraya takde stok lala & hanya ada kupang, so, kita tukar skit menu untuk makan tengahari keluarga di Ampang. Kupang memang feveret saya, adik & adik ipar. So, memang mengadap le bila makan. nak bangun dari kerusi pun lambat aje.

Anda boleh cuba try nanti.


Bahan-bahan:
1. 3-4 tangkai daun kari
2. 2 biji bawang merah dihiris
3. 3 ulas bawang putih dihiris
4. 15 batang cili padi dipotong (nak podeh lagi, tambah ya...) 

Bahan pes (satukan semua dalam mangkuk):
5. 1 pek kecil rempah kari ikan
6. 2 sudu besar kicap pekat
7. 5 sudu besar kicap cair
8. 3 sudu besar sos tiram
9. 1 sudu kecil lada hitam yang ditumbuk
10. 1-2 cawan air
11. 1kg kupang
12. 2 sudu besar minyak masak
13. Garam & gula secukup rasa


Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih, cili padi dan daun kari. Goreng sehingga naik bau atau bawang sedikit garing.
2. Masukkan pes tadi dan kacau. Masak sehingga pecah minyak dan tambah air. Bila mendidih, gaul dan tambah sedikit garam secukup rasa.
3. Masukkan kupang dan gaul perlahan-lahan sehingga mesra. Kemudian tutup kupang di atas kuali dengan tutup periuk nasi atau apa aje yang sesuai bagi memastikan kupang masak sekata. Biarkan dalam 4-5 minit api sederhana.
4. Angkat penutup dan gaul perlahan-lahan tersebut & jika anda dah pasti kupang sudah masak semuanya, bolehlah tutup api (jika masih belum masak sebab kuantiti banyak, tutup sekali lagi dengan penutup periuk dalam 2-3 minit). Siap kupang masak pedas.

Happy cooking

Sambal Telur Rebus Goreng


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Alhamdulillah dapat saya masak sambal telur rebus goreng ni untuk keluarga. Exactly nak masak menu lain tapi dek kerana abang jual sayur yang selalu datang ke kawasan perumahan kami ni cancel datang, makanya kita masak le apa aje bahan yang ada di dapur. Nasib stok telur ada banyak dalam fridge.

Untuk dapatkan telur rebus yang cantik, jangan lupa letak sesudu garam masa merebus. InsyaAllah mudah dikopek. Tips dari isteri sepupu saya. InsyaAllah menjadi :)

Lepas dah kopek telur tu, anda goreng dalam minyak masak dalam 4-5 minit. Golek-golek skit telur tu dalam kuali tapi jangan selalu sangat. Kadang-kadang. Kang terpecah plak telur tu. 

Ini resipinya.
Sambal Tumis
Bahan:
25 tangkai cili kering digunting dua dan masak dalam air mendidih dalam masa 5-7 minit. Tapis.
3 biji bawang besar dipotong 4
1 liter air
1 1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air asam jawa
4-5 sudu gula (secukup rasa)
2-3 sudu kecil garam (secukup rasa)
9-10 biji telur rebus yang telah siap digoreng


Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali pada api sederhana.
2. Kisar halus cili kering, bawang besar dengan 300ml air dahulu. Masukkan bahan kisar ke dalam minyak panas. Kacau dan tambahkan baki 700ml air ke dalamnya. Biarkan cili masak dan kacau sekali sekala. 
3. Bila sambal kelihatan hampir masak atau gelap sedikit (jika masih merah, tambahkan air dalam 1-2 cawan dan biarkan cili betul-betul masak), masukkan air asam. Kacau dan masak dalam 3-5 minit.
4. Masukkan gula dan garam. Kacau seketika dan bila sambal kelihatan sedikit kering, masukkan pula telur rebus goreng tadi dan masak dalam 4-5 minit agar telur tersebut disadur dengan sambal seadanya. Siap sambal telur rebus goreng untuk makan tengahari kami.

Sedap dimakan dengan nasi panas, makan cicah dengan roti atau ratah macam tu aje. Makan dengan nasi lemak pun sedap...

Happy cooking

Bihun goreng confirm sedap, resipi anti gagal


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Alhamdulillah, rezeki pagi ni dapat buat bihun goreng yang cantik di mata saya dan sedap di tekak. Bertahun saya cari resipi bihun yang sedap dan mudah tapi bila masak aje, kekadang jadi kekadang tak jadi.

Alhamdulillah, kali ni bihun goreng warna merah saya menjadi. Kali ni saya guna resipi Chef Lin di YouTube.

So, sesiapa nak try, boleh le. Nak resipi lain, boleh ke YouTube Chef Lin.

Bahan:
2 keping bihun brand faiza (rendam dengan air suam dalam 20 minit. Brand lain pun blh aje)
1/2 bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
3 sudu besar cili giling
1/2 cawan air
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
2 keping fish cake dihiris (fish ball pun ok)
1 keping dada ayam dihiris (saya guna lebihan ayam goreng semalam)
2 biji telur
1/2 batang lobak merah diparut
Garam secukup rasa
3 tangkai cili putih dihiris (saya kutip kat #kebunkiutrinarudy )
6-8 helai daun selasih (basil)

Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak untuk menggoreng. Minyak sudah panas, masukkan bawang besar & bawang putih. Goreng hingga naik bau. Masukkan pula cili giling dan kacau. Bila sudah sedikit garing, masukkan air untuk masakkan seketika cilinya.
2. Setelah cili sudah naik minyak, masukkan ayam & fish cake. Kacau seketika. Masukkan pula sos cili & tiram. Gaul mesra. Masukkan telur yang dikocok ke tepi bahan dalam kuali. Biarkan ia sedikit masak baru digaul dengan bahan lain. Biarkan seketika.
3. Kemudian, masukkan bihun yang sudah lembut itu & ditoskan ke dalam kuali. Masukkan juga lobak merah. Gaul mesra. Jika kelihatan kering, letakkan sedikit air & gaul. Taburkan garam secukup rasa. Masak seketika & siap. Taburkan cili & daun selasih di atas bihun goreng yang sudah dipindah bekas. 

Happy cooking

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...