Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Patahkan Kesombongan

Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

Hari ni, ada satu kisah menarik yang saya baca dalam buku 47 Superstar Syurga.
Kisah ini diharap dapat menjadi panduan kita agar untuk TIDAK SOMBONG. InsyaAllah.

Abdullah bin Salam ialah seorang pendeta Yahudi di Madinah. Pada masa itu beliau terkenal sebagai tokoh Yahudi yang paling handal menguasai kitab Taurat.

Apabila Rasulullah tiba di Madinah, Abdullah yang telah mendengar berita tentang Baginda tertarik untuk melihat Baginda. Seketika melihat wajah Baginda, beliau terus beriman. Beliau mendapati sifat-sifat Baginda seperti yang dijanjikan dalam Taurat.

Suatu hari, Abdullah bin Salam sedang berjalan di pasar. Beliau sedang memikul selonggok kayu bakar bagi keluarganya. Pemandangan itu tentu sahaja menghairankan orang ramai yang melihatnya kerana beliau tokoh terhormat. Jika mahu, beliau boleh meyuruh sesiapa sahaja untuk melakukan pekerjaan kasar ini.

Gambar hiasan

Seseorang lalu berkata, " Mengapa tuan melakukan pekerjaan seperti ini? Bukankan Allah telah mencukupkan tuan sehingga tidak perlu melakukannya?"

Beliau menjawab, "Ya. Namun aku ingin mematahkan kesombongan dalam hatiku kerana aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak akan masuk syurga seseorang yang memiliki sifat sombong dalam hati walaupun sebesar biji sawi."
(Riwayat Muslim)

Rujukan: Umar Muhammad Noor. 2015. 47 Superstar Syurga. Telaga Biru Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Sotong Goreng Kunyit dengan Kacang Panjang


Assalammulaikum & Salam Sejahtera. Sotong goreng kunyit dengan kacang panjang, menu tengahari kami. 

Alhamdulillah, dapat ilmu baru nak masak apa bila tengok sotong ada berbaki dalam fridge tinggalan mak mertua saya sebelum pergi haji. So, kali ni kita cuba masak ini pula.
Alhamdulillah, semua orang suka rasanya. So, lain kali boleh cuba masak lagi :)
TQ Che Mat untuk resipi.

Bahan-bahan:
400 gram sotong saiz kecil/sederhana
8 tangkai kacang panjang dipotong sederhana panjang
1 sudu teh serbuk kunyit*
1 sudu teh tepung jagung*
Sedikit garam*(*gaul rata dan perap 10 minit)
1 biji bawang besar, dihiris atau potong bulat.
2 ulas bawang putih, dihiris
2 biji cili merah, hiris (saya guna cili padi merah sbb yg besar dh habis)
1 camca teh sos tiram
Sos ikan secukup rasa

Penyediaan:
1. Panaskan 3 camca besar minyak masak. Tumis bawang putih hingga harum dan kekuningan. Masukkan sotong yang diperap tadi. Tambah sos tiram dan kacau rata. Masak hingga sotong berubah warna.
2. Masukkan kacang panjang, cili merah dan sos ikan secukup rasa. Kacau rata dan masak hingga kacang lembut. Boleh aje nak tutup seminit dua dengan tudung periuk nasi (stimkan dia kejap). Siap menu sotong goreng kunyit dengan kacang panjang.

Butter Prawn @ Udang Masak Mentega 'Menderhaka'


Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Exactly, masa buat menu butter prawn ni, tak terlintas pun nak masak. Ingatkan nak masak kari lala. Udahnya bila sampai ke kedai runcit, punyalah ramai para ibu dan wanita di sana sedang seronok 'bershopping' barang nak masak untuk keluarga hari minggu ni.

Tinjau punya tinjau, lala tak jumpa. Sama ada pekedai tak jual atau dah selamat habis dibeli. So, dengan pantas otak dok berfikir nak masak apa. Dan inilah hasilnya hari ini, butter prawn menderhaka + jantung pisang rebus + air asam. Jalan... Sedap... Kenyang... :)

Bahan-bahan:

  • 500gram udang. Dibuang kepala dan dibelah belakang (tempat najisnya). Cuci bersih.
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3 sudu besar mentega pada suhu bilik
  • 3 biji kuning telur. Dikocak
  • 2 biji putih telur (untuk cuci & buang hanyir udang skit) 
  • 3 ulas bawang putih. Dicincang 
  • 15 tangkai cili padi. Dihiris 
  • 3 tangkai daun kari. Dibasuh & dilurut
  • 5 sudu besar susu cair. (Yg ni saya menderhaka. Dek kerana xde susu cair, saya guna susu pekat skit & tambah air. Hehe..)
  • Garam secukup rasa
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan 2 sudu mentega di dalam kuali. Guna api sederhana. Masukkan telur kuning perlahan-lahan & sedikit demi sedikit sambil mengacau telur yang digoreng. Kacau seperti membuat bulatan. Telur perlahan-lahan akan masak dan mula terbentuk floss (korang abaikan rupa floss akan yg tak lawa tu... Bertahun tak buat dek non...)
2. Bila sudah masak, kecilkan api dan mula angkat telur tersebut dan letak di atas tapis halus. Untuk menyejat minyak. Anda penyek-penyek skit telur tersebut supaya cepat tersejat. Ketepikan.
3. Besarkan kembali api dapur tadi dan masukkan sesudu mentega. Bila minyak sudah panas, masukkan cili padi, bawang putih & daun kari. Masak sehingga naik bau.
4. Udang yg diletakkan dengan telur putih tadi, cuci bersih dan masukkan dalam kuali. Masak sehingga udang memerah. Masukkan susu dan juga garam. Kacau hingga mesra dan tutup api.
5. Letakkan udang yang dimasak ke dalam mangkuk / piring & taburkan floss telur tadi. Siap menu butter prawn.

Happy cooking

Perkahwinan & Panggilan Haji

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar...
Semalam, Sabtu, 29/7/17, 2 peristiwa penting berlaku pada saya dan suami.
Pertama, waktu pagi hingga tengahari, majlis perkahwinan menyambut menantu diadakan oleh keluarga kakak ipar saya. Dan malamnya, selepas isyak pula, kami sekeluarga bersiap-siap menghantar hubby, mak ayah mertua serta kakak ipar ke Kelana Jaya bagi menyahut panggilan haji.

Ia satu hari yang sedikit memenatkan dan juga bererti bagi kami sekeluarga.

Saya tumpang gembira kerana ahli keluarga semakin bertambah dan ikatan kekeluargaan dibesarkan.
Saya juga tumpang gembira kerana hubby, mak ayah mertua dan kakak ipar pergi menunaikan perintah Allah.
Pada masa yang sama, ada rasa sedih + syahdu, kerana saya tinggal seorang sahaja di dalam rumah ini (plus 3 cats). Bangun pagi tadi, hanya Allah yang tahu rasa hati. Rumah rasa sangat sunyi. Dari pagi hingga ke petang, tiada sesiapa yang ada untuk diajak berbual. Untuk kurangkan rasa sunyi, saya tengok movie harry potter yang sedang ditayangkan di astro. Itupun mood saya pergi entah ke mana. Hajat untuk mengemas rumah hari ini, terbantut.
Allahu Akbar...

Saya cuba ingatkan diri bahawa apa yang Allah uji ini saya mampu hadapi. Itu janji Allah dalam 2 surah akhir Al-Baqarah dan juga surah al-Mukminun ayat 62.

Allah sayang kita.

"Kami tidak membebani satu jiwa (yang telah Kami ciptakan) melainkan mereka mampu menghadapinya, dan pada Kami ada suatu catatan yang mengatakan mereka sebenarnya tidak dizalimi (dirugikan)."
(Surah Al-Mu'minun 23: 62)

Moga Allah beri saya kekuatan & keyakinan sepanjang 50 hari bila ahli rumah tiada di rumah (walaupun ada ketika tinggal di Ampang, rumah mama, tapi rasanya berbeza jika tiada belahan jiwa di sisi). :)

Moga semuanya berjalan lancar. Moga anak saudara yang berkahwin, berbahagia hingga ke jannah dan ahli keluarga yang menunaikan panggilan haji, kembali dengan haji yang mabrur. InsyaAllah...

Big happy family of Haji Nazar & Allahyarham Encik Jamil. When all family members get together, it's a wonderful feeling...

Us. Kami pun nak bergambar juga seperti pengantin :)

Suasana malam semalam ketika bersiap untuk meninggalkan rumah. Jiran tetangga juga menanti untuk mengucapkan selamat tinggal dan mendoakan mereka. Alhamdulillah...

Abah bersama dengan ahli keluarga baru cucunya dan jiran tetangga.

Suasana ketika berada di Tabung Haji Kelana Jaya. Setelah dapat beg kecil dan rantai tangan, masing-masing membantu mereka yang disayang.

Kami yang berusaha menggagahkan diri bergambar juga sebelum pulang meninggalkan mereka di Kelana Jaya. Jam 1.15 pagi masih berusaha tersenyum. Moga perolehi haji yang mabrur ya semua...

Saya akan rindu pada belahan jiwa yang ditakdirkan Allah ini. Moga dia beransur sihat ketika berada di sana. Moga Allah kabulkan doa-doanya. Moga dia mendapat haji yang mabrur. Sayang ayang selalu...


Potato Chips / Kentang Goreng Rangup


Assalammualaikum & Salam sejahtera. Kerepek kentang / chips / potato chips semua orang suka.
Selalunya kalau beli chips Mr Potato. alahai isi dalam peknya, boleh menguji iman.
Dan, ditakdirkan sedang saya tengok rancangan Chef Guy Fieri, dia tengah buat kudapan chips (banyak pahala Chef Guy ni tang kongsi ilmu jika dia...). Bila saya tengok hanya perlu 4 bahan penting dan beberapa rempah ikut suka hati, soh, saya trylah. Memang BEST rasanya. Kerangupan kentang ni bertahan hampir 2 jam tanpa perlu letak dalam balang (akak letak dalam pinggan tu aje sambil tunggu adik & suaminya datang beraya).

ILMU paling penting buat chips ni, rendam kentang dalam air bercuka untuk buang sedikit kanjinya.

Jom kita cuba buat kentang ni sendiri. Anda jimat dan boleh letak apa aje perisa yang nak dicuba. Make your own chips & you won't regret it.

Bahan-bahan:
1. 1 penyakat nipis untuk sagat kentang
2. 3 biji kentang. Basuh bersih atau buat kulit. Terpulang.
3. 1 mangkuk air
4. 2 sudu cuka (saya guna cuka apple sbb itu yg ada kat rumah)
5. Minyak untuk menggoreng

Bahan rempah saduran (guna aje apa pilihan hati):
1. 1/2 sudu kecil garam
2. 1 sudu kecil lada hitam
3. 1 sudu kecil chili flakes
4. 1 sudu kecil paprika

Penyediaan:
1. Satukan semua bahan rempah dlm pinggan. Ketepikan.
2. Campurkan air dan cuka dlm satu bekas. Kacau & ketepikan
3. Hiris/sagat kentang nipis-nipis dan masukkan dalam air cuka tadi. Rendam dalam 5 minit.


4. Panaskan minyak pada api sederhana. Guna sudip spider dan letakkan kentang berendam tadi ke atas sudip (air akan tertos sendiri). Perlahan-lahan masukkan kentang ke dalam minyak panas. Goreng kentang sehingga kelihatan rangup/keemasan angkat & toskan. Sadurkan bahan rempah (mcm french fries kat KFC tu) dan siaplah potato chips home-made kita.

Bubur Chacha Keledek


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Alhamdulillah, dapat juga saya buat bubur chacha keledek ni sebelum 4 orang ahli keluarga saya bakal terbang ke Tanah Suci Mekah. Ingatkan nak buat masa bulan puasa aritu, tapi macam pack sangat jadual kehidupan.

Dan, rezekinya hari ini. Anak saudara saya yang kecik, siap request nak bawak bekal ke sekolah esok. Nasib buat banyak :)

Jom masak bubur chacha. Hopefully yang takde selera tu, boleh le bangkit selera skit.

Bahan-bahan:
1 pek bubur chacha kering (200gm)
1 kotak santan pekat (250ml)
1 biji keledek dipotong dadu.
2 sudu besar sagu
1100ml air
1 helai daun pandan
1 cawan gula pasir

Penyediaan:
1. Rebus separuh masak keledek. Toskan
2. Masukkan air, daun pandan dan 2 sudu besar santan kotak. Kacau dan masak hingga mendidih.
3. Masukkan pula bubur chacha dan masak sehingga separuh masak. Masukkan sagu dan gula dan masak hingga 5 minit pada api sederhana.
4. Kemudian, masukkan pula keledek dan lebihan santan kotak tadi. Kacau sehingga adunan masak sepenuhnya. Siap bubur chacha keledek untuk dinikmati.

Happy cooking

Keledek Goreng Berempah Pedas


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Dah lama tak buat keledek goreng.
Dek kerana ada lebihan keledek yang ayah mertua beli, saya pun dapat idea untuk menggoreng. Kot le tunggu kalau rajin masak, alamatnya memang tak goreng lah. Gagahkanlah diri ini :)

Anyway, saya guna teknik yang dikongsikan Chef Guy dalam food network untuk saduran rempah spicy tu pada keledek goreng ni.

Bahan-bahan:
3-4 ketul keledek merah
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu kecil paprika
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Potong keledek memanjang. Basuh, tos & goreng. Bila dah masak, angkat dan toskan minyak di atas kitchen tissue.
2. Bahan-bahan rempah tadi dicampur dalam satu pinggan dan gaul mesra. Masukkan keledek ke dalam bahan rempah dan gaulnya sehingga mesra. Siap keledek goreng ala Food Network.

Happy Cooking

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...