Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Perkahwinan & Panggilan Haji

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar...
Semalam, Sabtu, 29/7/17, 2 peristiwa penting berlaku pada saya dan suami.
Pertama, waktu pagi hingga tengahari, majlis perkahwinan menyambut menantu diadakan oleh keluarga kakak ipar saya. Dan malamnya, selepas isyak pula, kami sekeluarga bersiap-siap menghantar hubby, mak ayah mertua serta kakak ipar ke Kelana Jaya bagi menyahut panggilan haji.

Ia satu hari yang sedikit memenatkan dan juga bererti bagi kami sekeluarga.

Saya tumpang gembira kerana ahli keluarga semakin bertambah dan ikatan kekeluargaan dibesarkan.
Saya juga tumpang gembira kerana hubby, mak ayah mertua dan kakak ipar pergi menunaikan perintah Allah.
Pada masa yang sama, ada rasa sedih + syahdu, kerana saya tinggal seorang sahaja di dalam rumah ini (plus 3 cats). Bangun pagi tadi, hanya Allah yang tahu rasa hati. Rumah rasa sangat sunyi. Dari pagi hingga ke petang, tiada sesiapa yang ada untuk diajak berbual. Untuk kurangkan rasa sunyi, saya tengok movie harry potter yang sedang ditayangkan di astro. Itupun mood saya pergi entah ke mana. Hajat untuk mengemas rumah hari ini, terbantut.
Allahu Akbar...

Saya cuba ingatkan diri bahawa apa yang Allah uji ini saya mampu hadapi. Itu janji Allah dalam 2 surah akhir Al-Baqarah dan juga surah al-Mukminun ayat 62.

Allah sayang kita.

"Kami tidak membebani satu jiwa (yang telah Kami ciptakan) melainkan mereka mampu menghadapinya, dan pada Kami ada suatu catatan yang mengatakan mereka sebenarnya tidak dizalimi (dirugikan)."
(Surah Al-Mu'minun 23: 62)

Moga Allah beri saya kekuatan & keyakinan sepanjang 50 hari bila ahli rumah tiada di rumah (walaupun ada ketika tinggal di Ampang, rumah mama, tapi rasanya berbeza jika tiada belahan jiwa di sisi). :)

Moga semuanya berjalan lancar. Moga anak saudara yang berkahwin, berbahagia hingga ke jannah dan ahli keluarga yang menunaikan panggilan haji, kembali dengan haji yang mabrur. InsyaAllah...

Big happy family of Haji Nazar & Allahyarham Encik Jamil. When all family members get together, it's a wonderful feeling...

Us. Kami pun nak bergambar juga seperti pengantin :)

Suasana malam semalam ketika bersiap untuk meninggalkan rumah. Jiran tetangga juga menanti untuk mengucapkan selamat tinggal dan mendoakan mereka. Alhamdulillah...

Abah bersama dengan ahli keluarga baru cucunya dan jiran tetangga.

Suasana ketika berada di Tabung Haji Kelana Jaya. Setelah dapat beg kecil dan rantai tangan, masing-masing membantu mereka yang disayang.

Kami yang berusaha menggagahkan diri bergambar juga sebelum pulang meninggalkan mereka di Kelana Jaya. Jam 1.15 pagi masih berusaha tersenyum. Moga perolehi haji yang mabrur ya semua...

Saya akan rindu pada belahan jiwa yang ditakdirkan Allah ini. Moga dia beransur sihat ketika berada di sana. Moga Allah kabulkan doa-doanya. Moga dia mendapat haji yang mabrur. Sayang ayang selalu...


Potato Chips / Kentang Goreng Rangup


Assalammualaikum & Salam sejahtera. Kerepek kentang / chips / potato chips semua orang suka.
Selalunya kalau beli chips Mr Potato. alahai isi dalam peknya, boleh menguji iman.
Dan, ditakdirkan sedang saya tengok rancangan Chef Guy Fieri, dia tengah buat kudapan chips (banyak pahala Chef Guy ni tang kongsi ilmu jika dia...). Bila saya tengok hanya perlu 4 bahan penting dan beberapa rempah ikut suka hati, soh, saya trylah. Memang BEST rasanya. Kerangupan kentang ni bertahan hampir 2 jam tanpa perlu letak dalam balang (akak letak dalam pinggan tu aje sambil tunggu adik & suaminya datang beraya).

ILMU paling penting buat chips ni, rendam kentang dalam air bercuka untuk buang sedikit kanjinya.

Jom kita cuba buat kentang ni sendiri. Anda jimat dan boleh letak apa aje perisa yang nak dicuba. Make your own chips & you won't regret it.

Bahan-bahan:
1. 1 penyakat nipis untuk sagat kentang
2. 3 biji kentang. Basuh bersih atau buat kulit. Terpulang.
3. 1 mangkuk air
4. 2 sudu cuka (saya guna cuka apple sbb itu yg ada kat rumah)
5. Minyak untuk menggoreng

Bahan rempah saduran (guna aje apa pilihan hati):
1. 1/2 sudu kecil garam
2. 1 sudu kecil lada hitam
3. 1 sudu kecil chili flakes
4. 1 sudu kecil paprika

Penyediaan:
1. Satukan semua bahan rempah dlm pinggan. Ketepikan.
2. Campurkan air dan cuka dlm satu bekas. Kacau & ketepikan
3. Hiris/sagat kentang nipis-nipis dan masukkan dalam air cuka tadi. Rendam dalam 5 minit.


4. Panaskan minyak pada api sederhana. Guna sudip spider dan letakkan kentang berendam tadi ke atas sudip (air akan tertos sendiri). Perlahan-lahan masukkan kentang ke dalam minyak panas. Goreng kentang sehingga kelihatan rangup/keemasan angkat & toskan. Sadurkan bahan rempah (mcm french fries kat KFC tu) dan siaplah potato chips home-made kita.

Bubur Chacha Keledek


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Alhamdulillah, dapat juga saya buat bubur chacha keledek ni sebelum 4 orang ahli keluarga saya bakal terbang ke Tanah Suci Mekah. Ingatkan nak buat masa bulan puasa aritu, tapi macam pack sangat jadual kehidupan.

Dan, rezekinya hari ini. Anak saudara saya yang kecik, siap request nak bawak bekal ke sekolah esok. Nasib buat banyak :)

Jom masak bubur chacha. Hopefully yang takde selera tu, boleh le bangkit selera skit.

Bahan-bahan:
1 pek bubur chacha kering (200gm)
1 kotak santan pekat (250ml)
1 biji keledek dipotong dadu.
2 sudu besar sagu
1100ml air
1 helai daun pandan
1 cawan gula pasir

Penyediaan:
1. Rebus separuh masak keledek. Toskan
2. Masukkan air, daun pandan dan 2 sudu besar santan kotak. Kacau dan masak hingga mendidih.
3. Masukkan pula bubur chacha dan masak sehingga separuh masak. Masukkan sagu dan gula dan masak hingga 5 minit pada api sederhana.
4. Kemudian, masukkan pula keledek dan lebihan santan kotak tadi. Kacau sehingga adunan masak sepenuhnya. Siap bubur chacha keledek untuk dinikmati.

Happy cooking

Keledek Goreng Berempah Pedas


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Dah lama tak buat keledek goreng.
Dek kerana ada lebihan keledek yang ayah mertua beli, saya pun dapat idea untuk menggoreng. Kot le tunggu kalau rajin masak, alamatnya memang tak goreng lah. Gagahkanlah diri ini :)

Anyway, saya guna teknik yang dikongsikan Chef Guy dalam food network untuk saduran rempah spicy tu pada keledek goreng ni.

Bahan-bahan:
3-4 ketul keledek merah
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu kecil paprika
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Potong keledek memanjang. Basuh, tos & goreng. Bila dah masak, angkat dan toskan minyak di atas kitchen tissue.
2. Bahan-bahan rempah tadi dicampur dalam satu pinggan dan gaul mesra. Masukkan keledek ke dalam bahan rempah dan gaulnya sehingga mesra. Siap keledek goreng ala Food Network.

Happy Cooking

My 1st nephew married, Alhamdulillah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, bertemu jodoh juga anak buah suami dengan gadis pujaan hatinya.
Jika Allah sudah mentakdirkan perkahwinannya di awal umur 20-an, siapa kita untuk tidak menidakkannya. Itu qada & qadar ketentuan terbaik dariNya.

"... boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu sedangkan ia buruk bagi kamu. Dan hanya Allah yang mengetahui (semuanya itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya."
(Surah Al-Baqarah 2: 216)

Moga jodoh kekal hingga ke syurga buat kalian berdua.

Pengantin dok kena make-up dek makcik-makciknya. Nasib ada compact powder maksu... 

Selamat terima menantu baru sis... 

Debaran itu pasti ada buat pengantin & bapa pengantin. Tanggungjawab akan bertukar tangan...

Lepas kenduri, petangnya kita 'kenduri' durian pula. Terima kasih kakak ipar... 

Kita kenduri lagi... Semua pakat-pakat nyot-nyot durian... :)


Ayam Panggang & Sandwich Ayam Panggang ala Food Netwoork


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Ayam panggang ala food network.

Ahad lalu, sambil sarapan saya dok le tengok channel Food Network. Tengok le rancangan Chef Guy dengan anak dia. Mereka nak buat burger daging ayam belanda panggang.
 
Bila ralit tengok, terus dapat idea untuk diet encik hubby. Ialah, doktor fisionya dah cakap dengan saya direct, "Puan, jangan masak sedap-sedap. Pastikan dia makan suku separu separuh." Maksudnya jika makan nasi, mesti nasinya suku, sayurnya separuh, daging/ayam kurang minyak separuh. Makanya, malam tersebut, dia dapat makan sandwich ayam panggang sedap resipi food network.

Oh ya. Jika anak anda bukan seorang penggemar sayur, boleh cuba resipi ini untuk buat sandwich. Gunakan jagung (sama ada dari tongkol atau tin) & parutan lobak merah (sagat aje senang) dan campurkan dengan mayonis & sedikit garam/lada sulah. InsyaAllah mereka suka coz my 2 little nieces yang tak berapa makan sayur sanggup makan sandwich ini 2 keping sorang dengan ayat, "Sedapnya, maksu... Nak bawak bekal boleh?" Heh!

Resipi ayam panggang.
Bahan-bahan:
1. 1/2 ekor ayam / bahagian dada ayam. Cuci bersih & lap dengan tisu.
2. 2 sudu besar minyak zaitun
3. 1 sudu kecil garam
4. 1 sudu kecil lada hitam dikisar
5. 1 sudu kecil lada putih dikisar
6. 1 sudu kecil paprika
7. 1 sudu kecil chili flakes
8. 1 sudu kecil serbuk bawang putih
9. 1/2 sudu kecil parutan kulit lemon / daun oregano kering

Selepas basuh bersih, lap ayam ini dengan kitchen tissue. Ini bagi memastikan apabila minyak zaitun disalut pada ayam, ianya dapat disalut dan dimasak dengan suhu dan cara yang betul dan rempah dapat disalut dengan sekata.

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 180°c
2. Letakkan ayam ke dalam tray dan salut ayam dengan minyak zaitun.
3. Campurkan semua bahan rempah & parutan ke dalam satu mangkuk kecil. Gaul hingga mesra. Kemudian salutkan semua bahan tersebut pada ayam dan masukkan dalam oven.
4. Masak dalam 45 minit - 50 minit. Siap

Potong menggunakan pisau yang tajam. Buang tulang lembut ayam jika ingin buat sandwich

Sandwich ayam panggang:
1. 1 buku roti gardenia (apa-apa brand pun ok)
2. Mayonis
3. Sos Cili
4. Sayur salad hijau / ungu (ikut suka)
5. 1-2 biji tomato, dihiris
6. 1 tongkol jagung dihiris dan dicampurkan dengan 2 sudu kecil mayonis & secubit garam
7. 1 biji lobak merah disagat dan dicampurkan dengan 2 sudu kecil mayonis & secubit garam
8. Hirisan daging ayam panggang
9. 2 biji telur rebus dihiris
10. 6-7 keping keju / separuh mangkuk parutan keju mozarella


Penyediaan:
1. Sapukan sebelah roti dengan mayonis & sebelah lagi dengan sos cili.
2. Di bahagian roti bersos cili, susun sayur, ayam dan telur ikut kesukaan anda. Taburkan keju di atas sekali dan kemudian tangkupkan dengan salad dan kemudiannya roti. Siap sandwich ayam panggang untuk dinikmati.

Ini untuk sandwich kali pertama saya buat. 

Ini pula sandwich kali kedua. Anak-anak sedara & paksunya suka so kita add-on telur rebus pula. 

Happy cooking

Methi Egg Bhurji, Masakan Daun Halba / Fenugreek


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Daun halba atau dalam bahasa Inggerisnya, fenugreek ada banyak khasiat. Pada mulanya, saya membeli benih pokok halba ni atas sebab tertentu dan saya pun tak pasti bagaimana hendak menggunanya sangat jika ia membesar. Mungkin boleh dikatakan sebagai eksperimen juga.

Dan Alhamdulillah, pokok halba ini rupanya sangat mudah membiak dan membesar. Pantas sekali ia menjalar di tanah. So, pagi tadi, saya dan ayah mertua godek sikit pokok ni agar ianya nampak kemas. Mana taknya, bila ia nampak subur, orang mula bertanya, pokok apakah ini. Makanya hari ini, saya dapat ilmu baru dalam masakan.


Rupanya, daun halba banyak digunakan dalam masakan masyarakat India di India. Jenuh saya lihat gambar resipi menarik di IG orang dari negara India. So, bila digoogle jumpa resipi methi egg bhurji  dan cara membuatnya. Bila tengok senarai bahan, Alhamdulillah rupanya ada bahannya di rumah. Dan, kita cubalah resipi daun halba ni. Ambil masa dalam 15 minit aje untuk masak. methi egg bhurji ni sedap dimakan dengan roti, nasi putih mahupun nasi goreng. Orang vegeterian pun boleh makan. Plus, jika lidah anda nak pedas, boleh le potong setangkai dua cili padi dan letak dalam masakan.


Bahan-bahan:
4 biji telur
1 cawan daun halba dipotong (dibasuh bersih dan rendam seketika dalam 10 minit)
1 biji bawang besar didadu
1 inci halia dihiris & didadu
1 sudu kecil bawang putih dihiris & didadu
1 cili hijau dihiris
1 biji tomato didadu (saya guna baby tomato untuk habiskan stok)
1/2 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk cili
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu minyak untuk memasak
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali pada api sederhana.
2. Masukkan jintan. Goreng seketika. Kemudian masukkan bawang besar & goreng sehingga keperangan.
3. Masukkan pula bawang putih, halia & cili hijau. Gaul lebih kurang seminit.
4. Kemudian masukkan pula daun halba, tomato, serbuk cili & serbuk kunyit. Gaul mesra dalam seminit. Masukkan sedikit garam.
5. Masukkan telur dan kacau perlahan-lahan dan berterusan sehingga masak (macam buat scrambled egg tu). Siap methi egg bhurji untuk dinikmati semasa sarapan.


Happy cooking

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...