Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Kitchen kabinet untuk dapur baru

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, raya tahun ni kami dapat dapur baru. Exactly dah lama delay post tentang dapur ni. Saya tengah tunggu sedikit pembetulan pada 1-2 sudut pada kabinet dapur baru saya postkan. Bukan apa, jika saya share sesuatu yang best, saya mahu orang lain yang ingin gunakan perkhidmatan Encik Azmi Kitchen ini juga puas hati.

Harga yang diberikan agak berpatutan untuk 1-2 perkara yang saya minta customize kan. Yang lain tu macam kabinet biasa. Harga saya tak mahu dedahkan sangat sebab takut jadi macam kes sebelum ini. Ada kontraktor lain call kontraktor untuk plaster siling yang saya promo dulu dan kata harganya tak ikut pasaran. Pada saya, terpulanglah pada berapa ribu pun kontraktor buat rumah tu nak ambil untuk buat apa yang kita mahukan pada rumah kita as long ianya masih dalam bajet kita, buatannya kemas dan anda puas hati dengan harga yang dikeluarkan. Plus, anda perlu survey beberapa kontraktor untuk buat comparison harga & kualiti agar anda tak menyesal kemudian hari (duit yang keluar bukan le ratus ratus...)

Mungkin ada yang ingin dapatkan khidmat Encik Azmi ini kerana saya amat berpuas hati dengan cara pembuatannya & service after sales nya. Ini nombor whatsapp & callnya, 019-6646889.

Anda boleh scroll ke bawah untuk lihat hasil kerjanya & stafnya.




Untuk tambahan ruang letak barang, saya minta buat bahagian tepi sekali ni... Tak perlu lagi almari lain. 

Saya minta Encik Azmi buatkan saya tempat letak barang yang ala-ala macam dalam rancangan Food Network. Cuma saya punya versi kayu lah. Jika anda ingin mahu yang mahal skit, boleh request dengan dia jenis besi (nak raya dik non, duit perlu ke tempat lain lagi...)

Ada 3 tempat letak barang. Dua di bawah boleh letak apa sahaja barang kering yang ringan macam biskut, keropok, tupper letak minuman 3 in 1 anda, tepung & apa sahaja yang anda rasa sesuai letak kat dalam tu. Atas sekali boleh letak segala macam tupperware anda yang pelbagai saiz atau pinggan mangkuk plastik yang digunakan time open house/raya/kenduri.

 

Housing untuk fridge anda pun ok juga.  

Untuk plag, Encik Azmi boleh tolong buatkan 1 plag tersorok seperti ini... 

Yang ni 1 lagi yang saya minta customize kan... Boleh keluar masuk tempat letak pinggan tu ya :)

Udang masak lemak dengan belimbing buluh

Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Dah berbulan akak mengidam nak makan udang masak lemak belimbing buluh. Asyik cari belimbing tak jumpa. Asyik cari tak jumpa. Dan udahnya, sekarang baru ada rezekinya. Musim barangkali... :)

Jom try buat gulai udang masak lemak ni. As usual, saya selalu cari resipi kat web tiffinbiru atau rakan-rakan bloggernya. InsyaAllah, selalu jadi. Moga hidup Che Mat dirahmati Allah kerana berkongsi ilmu yang bermanfaat.

Bahan-bahan:
1. 1/2 kilo udang bersaiz sederhana besar
2. 10 biji belimbing buluh, belah 2 tapi tidak putus
3. 2 batang serai, dititik
4. 2 helai daun kunyit, disiat
5. 1 keping asam gelugor
6. 400ml pati santan (saya guna santan kotak kara tu)
7. Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar halus:
1. 3 biji cili merah
2. 10 biji cili padi
3. 2 biji bawang besar
4. 2 ulas bawang putih
5. 1/2 inci kunyit hidup
6. Secubit belacan

Penyediaan:
1. Udang dibersihkan (saya buang kepalanya terus), cuci dan toskan. Masukkan bahan kisar halus ke dalam periuk bersama udang dan serai titik & masak sehingga udang berubah warna. Guna api sederhana.
2. Tuang santan kacau dan biar mendidih. Tambah sedikit air.
3. Masukkan asam gelugor. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil dan kacau selalu. 
4. Tambah garam secukup rasa, secubit gula, belimbing buluh dan daun kunyit, masak sekejap. Rasa dan jika mulut rasa ok, ok le tu... Tutup api dah hidangkan gulai udang masak lemak dengan belimbing buluh dengan nasi putih, telur dadar, ulam dan sambal belacan. Pergh!! Tetamu kalau datang makan, ada potensi menambah.

Happy cooking

Lala masak cili padi pedas


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Oh lala lala...

Dah lama saya cari lala ni. Berbulan-bulan lepas isteri sepupu saya share di FB. Asyik takde stok atau habis aje bila cari.

Dan akhir, pergi ke Pasar Nilai 3 hari Ahad lepas untuk beli ikan, tiba-tiba, mata nama lala berbungkus besar berbanding ikan lain kat situ. Pantas saya tanya budak jual tu berapa ringgit. Tanpa fikir panjang terus beli.

Alhamdulillah, bila makan semalam, saya, suami, anak-anak sedara, mak ayah mertua dan kakak abang ipar saya suka. Yes... lain kali boleh masak lagi lala masak cili padi pedas ni (kalau jumpa lala ni lah...)

Bahan-bahan:
1. 3-4 tangkai daun kari
2. 2 biji bawang merah dihiris (dek kerana rumah saya jarang ada bawang merah, saya guna 1 biji bawang besar)
3. 3 ulas bawang putih dihiris
4. 15 batang cili padi dipotong (nak podeh lagi, pandai2 le tambah ya...)
5. 1 sudu besar udang kering (rendam dlm 1-2 minit)

Bahan pes (satukan semua bahan ini dalam mangkuk kecil):

6. 1 pek kecil rempah kari ikan
7. 5 sudu besar kicap pekat
8. 5 sudu besar kicap cair
9. 3 sudu besar sos tiram
10. 1 sudu kecil lada hitam yang ditumbuk
11. 1-2 cawan air
12. 1kg lala
13. 2 sudu besar minyak masak
14. Garam secukup rasa

Pes yang telah digaul semuanya...

Bahan tumis...

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih, cili padi, daun kari & udang kering. Goreng sehingga naik bau atau bawang sedikit garing.
2. Kemudian, masukkan pes tadi dan kacau. Masak sehingga pecah minyak dan tambah air. Bila mendidih, gaul dan tambah sedikit garam secukup rasa.
3. Masukkan lala dan gaul perlahan-lahan sehingga mesra. Kemudian tutup lala di atas kuali tu dengan tutup periuk nasi atau apa aje yang sesuai bagi memastikan lala masak sekata. Biarkan dalam 4-5 minit api sederhana.
4. Angkat penutup dan gaul perlahan-lahan lala tersebut & jika anda dah pasti lala sudah masak semuanya, bolehlah tutup api (jika masih belum masak sebab kuantiti lala banyak, tutup sekali lagi dengan penutup periuk dan masak dalam 2-3 minit). Bila dah masaklala masak cili padi ni, hidangkan dalam mangkuk besar sebab senang orang nak kaut isi dalamnya.

Happy cooking...

Kunafa, dessert dari Timur Tengah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

My 1st attempt in making kunafa. Alhamdulillah.

Resipi yang diambil dari buku 'Di Sebalik Niqab' oleh Puan Roza Roslan.
Masa mula2 tengok resipi ni dalam buku, saya tengok menarik tapi mana nak cari doh ni ya. Lepas tu bila adik saya balik dari umrah, dia & suami kata makanan ni depa dah cuba dan sedap. Dan last 2 weeks, nampak pula di FB Prof Kamil, anaknya masak special untuk ayahnya.

Itu yang tetiba angin nak cuba jugak datang. So, bila balik Ampang, kami ke kedai Berkat Madinah. Siap bawak buku ni masuk kedai lagi untuk cari bahannya. Selamba aje akak tanya customer kat situ bahan yang dimaksudkan. Itu belum lagi akak tanya kat staf situ dan juga chef dia. Nasib baik chefnya ramah dan betul-betul membantu. Punyalah banyak dia bagi tips jika bahan double cream tu takde. 

 Bahan-bahan membuat Kunafa. Doh Kunafa tu macam bihun sikit tapi bukan bihun tau sebab bila dilerai-leraikan sebelum taruk mentega cair, ianya memang mudah dicarik-carik. Tidak seperti bihun yang liat.


Alhamdulillah ada juga bahan yang jumpa & hopefully rezeki penulis buku juga sebab staf pekedai ambil gambar buku ni untuk rujukan. Untuk rujukan masakan dia atau rujukan nak promo ke bos dia, siapa tahu...

If ada kengkawan/ahli keluarga nak try buat, really suggested. Sedap & jika anda suka keju, memang anda patut cuba. Anak saudara saya yang 10 bulan pun sedap aje makan inti kunafa yang lembut tu.

p/s: untuk krim bahagian tengah tu, saya campurkan susu, cream cheese & mozzarella. Idea dari chef berkat madinah bila saya x jumpa double cream.


Mahar Cinta Cinderella best & 4 1/2 bintang

Assalammualaikum & Salam Sejahtera blogger.

Saya nak kongsikan 1 lagi novel menarik yang saya berikan 4 1/2 bintang.
Anda mesti ingat novel ini mesti ada kaitan kisah cinta ala-ala Cinderella. Nope. Tidak. Nehi.

Kisah dalam buku ini totally different. Kisah yang mana 'Cinderella' nya adalah lelaki. Pertemuan pertama antara Nur Sayang & Dr. Andrew berlangsung ketika doktor cina itu cuba menyelamatkan Nur Sayang daripada diragut. Dia menggunakan kedua2 belah kasutnya untuk 'menghantar balingan' kepada peragut & ianya berjaya.

Dari situ, bermulalah perkenalan antara jururawat pelatih & doktornya. Perhubungan mereka yang adakala baik dan adakala menyakitkan hati berlaku. Namun, bila mana Dr. Andrew mula mempermainkan Nur Sayang dengan menyatakannya 'Islam Celup' kerana insiden Nur Sayang tidak memahami bacaan di dalam solat dan tajwid yang betul secara tidak langsung mengingatkan saya pada diri saya juga pada satu waktu dulu (itu kelemahan yg mmg cuba diperbaiki sehingga sekarang untuk menjadi hambaNya yang tunduk patuh).

Dan cara bagaimana Nur Sayang mula belajar memperbaiki diri kerana tidak mahu dipandang rendah & aib menyebabkan secara tidak langsung menarik minat doktor tersebut untuk belajar bersama-sama. Perkongsian ilmu & kisah yang ada di dalam Al-Quran terjemahan yang dimiliki masing-masing membuatkan pembaca secara tidak langsung mengingati kembali ayat-ayat penting di dalam Al-Quran. Ya, Al-Quran bukan setakat dibaca tetapi ia perlu disusuli dengan memahami maksud ayat, kisah tersirat dan asbabun nuzul ayat tersebut yang diturunkan pada Baginda s.a.w sebagai peringatan dari Allah kepada semua manusia.

Namun, lamaran perkahwinan yang dibuat oleh Dr. Andrew tidak disambut oleh Nur Sayang atas beberapa faktor sebaik Dr. Andrew menjadi Dr. Ehsan. Maka bermulalah mereka berdua mencari sesuatu dalam memperbaiki kehidupan sehinggalah Dr. Andrew menjadi petugas perubatan di Palestin & Nur Sayang diberikan petunjuk oleh Allah selepas pemergian Dr. Andrew.

Di sini saya selitkan beberapa mukasurat di dalam novel ini untuk bacaan anda bahawa Kebanyakan pegangan Islam kita adalah lemah, betapa indahnya syurga & betapa ngerinya neraka. Buat anda wanita yang menyusukan anak & suka menyakiti hati suami, berhati-hatilah dengan apa yang diperlihatkan kepada Rasulullah s.a.w ketika diisrak mikrajkan.
Moga kita semua dilindungi Allah dalam pelbagai perkara...

Adakah kita benar-benar faham maksud di sebalik lafaz di dalam solat kita?

Bau Kasturi... Ia memang wangi...

Saya ingin masuk ke syurga Allah. Moga kita semua diberikan keizinan dan peluang olehNya...

Moga dijauhkan kita semua dari seksaan api neraka. Tidak termampu rasanya hendak menghadapi seksaan ini.

Happy reading

Tips ke Korea & kenali gaya mereka dalam naskhah Cerita Korea Kami


Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.
Alhamdulillah, saya baru saje selesai baca buku Cerita Korea Kami 2 hari lepas. Kisah yang sangat menarik.

Sebelum buku ini diterbitkan, saya ada membaca beberapa artikel yang dikongsikan oleh Prof Muhd Kamil di FB tentang 'kisah Korea' penulis Ummu Hani Abu Hassan. Kisah yang dikongsikan dari sudut pandang dan pengalaman sebagai seorang pelajar, isteri & ibu secara tidak langsung membuka satu penceritaan baru selain daripada kisah backpackers yang banyak dikongsikan sekarang.
Secara tidak langsung, kita mengenali 'Korea' sedikit dari jauh.

Sebaik buku ini diterbitkan, saya sudah ada cita-cita untuk memilikinya kerana ingin tahu kisah selanjutnya. Dan kisah dari 4 penulis ini memang tidak mengecewakan. Banyak ilmu, perkongsian, kisah, tip dan sejarah dipelajari secari tidak langsung.

Korea yang terkenal dengan negara gunung dan pulau ini pada sudut pandang penulis amat memandang tinggi pada bangsa sendiri melebihi bangsa lain. Maharaja pertama mereka menyerap tulisan Cina demi mencipta tulisan mereka tersendiri iaitu Hangeul. Mereka juga seperti Jepun, cukup bangga dengan bahasa mereka sendiri sehinggakan sesama mereka juga tidak akan bercakap bahasa lain kecuali Bahasa Korea. Namun mereka ada beberapa kelemahan tersendiri yang dilihat oleh para penulis secara tidak langsung. Jika anda datang dari negara Amerika ataupun berkulit putih layanan atau sudut pandang mereka pada anda akan berubah. Ini yang dikongsi oleh 2 orang penulis dalam buku ini. Ketaksuban mereka kepada Amerika anda dapat lihat jelas pada Kpop, drama hatta rancangan mereka yang lain di tv. Bukan itu sahaja, bahkan wujudnya pelbagai francais kedai kopi ala barat di Korea seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Ketaksuban mereka pada barat mampu membuat mereka cuba menjadi lebih tinggi, lebih galak matanya & lebih mulus kulitnya kebanyakannya dimonopoli oleh mereka yang muda tapi masih ditakuti oleh mereka yang berusia. Kerana ia secara tidak langsung menghilangkan identiti ataupun jatidiri yang ada pada mereka.

Ada satu kisah tentang lagu puisi Permata Untuk Isteri yang disalah anggap oleh para pelajar Bahasa Malaysia di Korea. Silalah baca sedikit artikel kisah di bawah...



Lain budaya, lain cara fikirnya. Saya yang juga suka lagu ini dan juga pernah dihadiahkan encik hubby bait-bait lagu ini masa kami bercinta dahulu menjadi tersenyum sendiri bila membaca kisah ini.

Kisah lain berkaitan berdakwah cara Islam mahupun Kristian membuatkan saya terfikir beberapa perkara. Saya pernah alami situasi yang ada di dalam buku ini satu ketika dahulu ketika menyambung pelajar ke peringkat sarjana. Sebagai seorang Muslim, pegangan agama itu penting. Ia bukan sahaja untuk keperluan diri kita tetapi juga bila sampai masanya bila ada bangsa lain yang berlainan agama bertanya tentangnya, kita mampu menjawabnya dengan cara berhemah. Hidayah itu milik Allah namun berusahalah kita untuk menyebarkan keindahan Islam itu dengan cara sebaik & semoleknya.

Ada beberapa tip yang dikongsikan oleh para penulis jika anda ingin melancong dan membuat sedikit pemerhatian ketika ke Korea.

  1. Duduk di kerusi khusus dalam kenderaan awam: Jika anda menaiki subway, jika ada kerusi kosong diruangan untuk orang tua, wanita mengandung, orang cacat & anak kecil, anda tidak boleh duduk di kerusi tersebut. Jika anda duduk, mata-mata akan memandang anda sebagai 'tidak bertanggungjawab' 
  2. Jangan biarkan nasi melekat pada penyepit: Dalam budaya Korea, jika anak-anak membiarkan nasi melekat, mereka akan ditegur atau dimarahi ahli keluarga yang lebih tua. Perbuatan ini  mirip prinsip Islam yang melarang pembaziran walau hanya sebutir nasi.
  3. Menulis nama dengan pen merah: Jangan memberi kad ucapan yang ditulis oleh anda menggunakan pen merah. Dalam budaya Korea, jika nama ditulis dengan pen merah bermaksud orang tersebut akan mati dalam masa terdekat atau kita mahu orang tersebut mati dan menjauhi kita.
  4. Menerima sesuatu dengan sebelah tangan: Di Korea, anda perlu menerima atau memberi hadiah atau berjabat salam menggunakan dua belah tangan. Ini kerana ia dianggap kurang ajar di sana.
  5. Makan tanpa menghiraukan orang yang lebih tua: Di Korea, jika diajak makan d restoran, anda perlulah mandahulukan rakan yang lebih tua untuk makan. Jika anda makan dahulu, anda dipandang kurang sopan. 
  6. Tidak membawa buah tangan: Jika anda dijemput ke rumah orang Korea, itu tandanya mereka amat menghargai anda. Maka, bawalah buah tangan sebagai menghormati mereka juga. 
Jika ingin ke Korea Selatan, tidak perlu bimbang dengan makanan. Kerana kebanyakan makanan mereka adalah dikukus & panggang. Banyak pilihan makanan yang halal. Ada yang harganya berpatutan seperti di pasar-pasar ikan. Syaratnya kenalah menyiasat sedikit apa yang ditawarkan di sana. 

Saya kongsikan sedikit beberapa kisah dalam buku ini untuk bacaan anda. Jika ada yang bercadang untuk ke Korea pada masa hadapan, atau belajar di sana atau bekerja di sana, diharap ilmu & perkongsian dalam buku ini dapat membantu...





Cuti-cuti Brunei part 3: Hari ketiga, last day


Alhamdulillah, kami dapat terus bercuti di Brunei hari ini.
Pada hari ke-3 ini, kami menyusuri sungai dan penempatan Kampung Ayer serta Muzium Kampung Air serta menikmati makanan special Brunei iaitu Ambuyat.

Kami check out awal hari ini. Jam 8.30 dah check out dan terus ke Bandar Seri Begawan. Nak ambil gambar di depan Istana Nurul Iman takde rezeki sebab kerabat ada fuction hari ni. Dalam tak sampai 20 minit, kami dah sampai ke BSB. Trafik walaupun ada kereta tapi macam tenang aje...

Tenangkan... ini sekitar jam 8.45 macam tu...

Jika anda ingin gunakan perkhidmatan bas, ini bas yang ada di Brunei. Nak naik bas di mana saya kurang pasti pula. 

Meskipun Islam adalah agama rasmi di Brunei dan mereka cuba mengamalkan undang-undang hudud namun, tempat ibadat agama lain masih dipelihara untuk penganutnya.

Last day ni, encik hubby saje bawa slow sikit. Menikmati suasana yang ada. Once dah sampai ke jeti, kami terus parking di tempat letak kereta yang ada (semalam, hari Ahad, parking full so sesiapa yang nak ke Kampung Ayer hari Ahad, datanglah awal pagi atau kena parking jauh sikit). Sedang kami ambil gambar sambil tercangak-cangak mencari mana halanya tempat nak naik bot, tiba-tiba kami disapa oleh seorang lelaki muda. Bertanyakan sama ada kami mahu mengelilingi Kampung Ayer jugakah. Encik hubby cepat agree dan bertanyakan bayarannya. Oleh kerana ada 3 lagi pelancong Inggeris dalam bot tu dan kami berdua, maka, pakejnya murah sikit. Untuk 2 orang, dikenakan BD25 dan masa perjalanan lawatan sekitar 1- 11/2 jam. So, jika anda nak melawat & menyusuri Kampung Ayer, paling kurang adalah 2-3 orang bersama. Hopefully dapat murah skit :)

Mulanya kita menyelusuri Sungai Brunei. 1st time ok akak naik bot comel ni. Risau gak... Tapi lama-lama ok bah. Sambil menyelusuri sungai, our tour guide yang fluent English bercerita tempat-tempat menarik yang dilalui. Kat gambar di atas, nampak tak kubah warna kuning tu? Itulah Istana Nurul Imam. Menurut tour guide kami, ada 1000 bilik di dalam istana tersebut dan bilik beradu Baginda terletak di bawah kubah emas itu... Tara... info baru saya dapat.

Rumah berwarna hijau di seberang sungai sana adalah istana lama Sultan Hassanal Bolkiah ketika kecil. Istana tersebut dijadikan muzium tapi buat sementara ini tidak dibuka kepada umum. Hanya orang tertentu sahaja.

Lepas lalu kat sungai yang besar, kami ke area yang kecil sikit. Dan tour guide tu kata, "di sini, kita boleh lihat buaya di pesisir sungai di tepi pokok-pokok." Rezeki kami, sedang bot kami menyusur perlahan bersama satu lagi bot, tiba-tiba kami nampak ekor buaya. Ada 2 lagi. Tengah 'dating' kot. Tapi dek kerana bunyi enjin bot, perlahan-lahan dia menyusup masuk ke dalam air. Nervous saya yang dok tepi bot. Kot lah tetiba 'huargh!', confirm panik. Tapi kata tour guide, buaya-buaya ini takkan berenang jauh dari pesisir sungai. Mereka lebih suka 'lepak' kat tepi-tepi. Plus, there is a legend Brunei yang menyatakan di dalam sungai tu ada seekor buaya putih. Sultan terdahulu ada buat perjanjian dengan buaya tersebut agar tidak mengganggu mereka yang tinggal di sungai atau pesisir sungai. Ada ada menyatakan buaya putih ini akan timbul di air selepas jam 6 petang... Wallahualam...

Lepas tu, kami sampai pula ke sebuah batu besar yang timbul di tengah sungai. Rupanya ia adalah batu lagenda mitos Jong Batu tentang Nahkoda Manis. Ianya versi anak derhaka macam si Tanggang & Malim Kundang. Jika diperhatikan batu tersebut adalah seperti muncung kapal karam. Rumah api dibina berhampiran dengan Jong Batu ini adalah untuk memberi amaran kepada bot pada waktu malam.

Kemudian, kami menyusur sampai ke pintu belakang Istana Nurul Iman. Menurut tour guide kami, adakala Sultan akan naik botnya di sini. Dapat ambil gambar pintu belakang pun orait gak kan... Ngeeeee....

Berhampiran dengan pintu belakang istana ni ada sepohon pokok. Tour guide kami kata cuba lihat burung-burung di sana. Ada pelbagai spesis. Ia adalah burung-burung hadiah yang diterima oleh Baginda Sultan dari rakan-rakannya di negara Asean. Kalau anda tilik gambar ni, anda akan nampak burung yang berwarna coklat, kelabu, putih duduk bertenggek. Burung-burung ini tak merayap ke tempat lain. Lepak situ aje...


Lepas tengok burung, kami ke tempat berpaya sedikit. Kata tour guide kami, pokok-pokok bakau di sini ada yang mencecah umurnya sekitar 100 tahun. Dan daun-daun pokok bakau ini ada peminatnya yang tersendiri. Cuba pandang atas pokok katanya...

Kami semua mendongak dan kelihatannya beberapa ekor monyet probosis bergayutan. Ada ibu yang membawa anak dan ada yang bergayut sekor dia aje. Monyet-monyet ini katanya hanya makan daun-daun pokok bakau dan mereka akan ber'tapuk' bila ada manusia lain berhampiran mereka (bertapuk maksudnya bersembunyi, nasib saya tanya kawan masa belajar di Labuan dulu). Monyet ini pemalu katanya.

Tour guide kami, pemandu bot kami serta seorang pelancong dari Sweden. Lepak kat hutan bakau ni buat seketika bagi mencuci mata mengintai monyet. Nasib le tak ketumbit mata.... Ngeeee...

Settle bab monyet probosis, kami menyusur lagi. Kali ini, kami tiba di area makam sultan-sultan Brunei dahulu, Sultan Bolkiah & Sultan Sharif Ali. Kelihatannya agak sunyi namun ada jambatan yang menyeberangi antara dua tempat.

Dan... sewaktu kami berpatah balik, kelihatannya ada latihan mendayung bot naga di tepi Sungai Brunei. Menurut tour guide kami, pertengahan bulan 5 nanti akan ada pesta air di sini. Ada pelbagai pertandingan dan aktiviti di jalankan. Bila tengok mereka mendayung, rasa macam tengok iklan Petronas yang lama.

Ingatkan dah habis lepas tu, rupa-rupanya pemandu bot bawa kami keliling Kampung Air. So dapatlah kami lihat balai bomba di atas air, sekolah rendah & menengah, surau, dewan & muzium di sini.

Deretan sekolah di atas air. 

Kalau diikutkan, dalam blog lain yang saya baca, ada stesen minyak juga di atas air ini. Stesen minyak untuk bot-bot penduduk. Kiranya takde rezeki kami nak tengok bagaimana rupanya stesen minyak atas air kali ni.

Antara rumah atas air yang kami lalui... Rumah-rumah di sini ada sambungan elektrik dan sistem pembentungan serta menerima saluran air bersih dari seberang.

Selepas melawat kampung & sekolah di Kampung Ayer, kami ditinggalkan dalam 20 minit oleh pemandu pelancong kami di Muzium Kampung Ayer. So, segala sejarah, penemuan barang antik di sungai, cara hidup, pekerjaan dan lain-lain ada terdapat di muzium ini.


 Disediakan juga tayangan video tentang sejarah Kampung Ayer serta segala yang berkaitan dengannya. Mat salih suami isteri tu memang khusyuk mendengar...

Alat tenunan songket Brunei. 

Jika nak beli cenderahati, boleh dapatkan juga di sini. Ada koleksi syiling lama juga dijual.

Selesai aje jelajah kami di Kampung Ayer, kami singga balik di Royal Regalia. Beli cenderahati untuk kawan encik hubby. Kat sini murah skit banding di muzium ayer tadi.

Dek kerana gambar semalam tak berapa jadi, kelam, saya ambil sekali lagi. Hikmah tu... hehehe...

Alhamdulillah, selesai aje segala aktiviti kat Bandar Seri Begawan, kami makan tengahari di Restoran Aminah Arif. Dan sudah pastinya kami tak nak ketinggalan merasai makanan tradisional Brunei iaitu Ambuyat. Untuk ambuyat ini, ia didatangkan dalam set. Anda nak set biasa atau special, bergantung pada tahap kemampuan anda nak habiskan. So, kami ambil yang biasa aje sebab tahu perut tua kami tak berapa sangat nak makan banyak-banyak. Untuk set ini, ianya dalam BD16. Saya boleh masuk 2 senduk aje ambuyat tu. Pastu, sesi meratah aje. Tapi... sambal tempoyak dan urat dagingnya memang superb. Sedap. Saya ada berkira-kira nak mintak resipi sambal tempoyak tu dengan rakan saya nanti.

Dek kerana takut tertinggal flight atau perkara yang tak diingini, lepas makan di Restoran Aminah Arif di Jerudong, kami terus ke airport. Selesailah sudah adventure pertama kami di luar negara. Banyak perkara baik & ilmu baru kami pelajari. Moga pada masa hadapan, kami lebih bersedia untuk ziarah lagi di negara lain. Lain padang lain belalangnya...

Selesai urusan check in, kami solat di masjid bersebelah airport. Subhanallah, Allah permudahkan banyak urusan kami di sini. Meskipun ada beberapa hiccup, namun bagi kami ia pelajaran yang mahu Allah tunjukkan pada kami. Tidak ada istilah tersesat. Ke mana sahaja kaki melangkah, ia dianggap lawatan bak kata Puan Roza. Dan gambar terakhir kami di bumi Brunei adalah di dalam masjid kecil tapi indah ini. Sungguh nyaman dan selesa bersolat di sini. Ada tenangnya.


Rezeki kami sewaktu perjalanan balik ke Malaysia. Terima kasih Royal Brunei & Brunei. Terima kasih atas segala kenangan.

"Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika kamu hanya menyembahNya semata-mata."
(Surah An-Nahl 17: 114)

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...