Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Fries with bolognese sauce and cheese @ kentang goreng dengan sos bolognese dan keju


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Kisah di sebalik menu fries with bolognese sauce and cheese ni (every food have its own story, betul tak?), masa tu saya dan hubby baru nak balik dari kenduri kahwin sepupu. Tiba-tiba adik saya ajak, "long, abang rudy, jom kita lepak-lepak jap kat Gaffe Coffee kat sebelah MRR2." Encik hubby pun ok aje... So, anak-anak perempuan Hj. Molis bersuami suami masing-masing pun lepak lah kat sana.

Bila kat sana, mulalah tengok menu dan akhirnya just makan ayam dan fries goreng dengan sos bolognese dan minum air. Bukan tak nak makan berat tapi dek kerana dah bedal masa kenduri kahwin, so, itu ajelah yang mampu masuk dalam perut.

Ni lah Gaffe Coffee tu dari pandanga depan. Anda boleh search aje pic lain kat instagram.

Adik saya dan suaminya siap bersemangat waja nak buat kentang goreng dengan sos bolognese & keju ni malam nanti. Katanya cam sedap aje... Plus, nanti boleh makan depan tv. Udahnya, akak dia ni dulu jugak yang buat lepas 2 minggu.

Dan, untuk anda yang nak try buat menu ni, nak saya kongsikan resipinya. Bolehlah nak masak sendiri kan time ekonomi tak berapa nak cun ni (kat kodai ekau tak boleh nak memandai-mandai nak soh orang tu tambah fries lebih...)

Bahan-bahan (Nampak aje bahan-bahan ni banyak tapi semuanya ada dalam dapur):
1. Kentang goreng (tak kisahlah nak kentang kurus, gemuk, berketak, janji namanya kentang...)
2. 1 labu bawang besar dipotong dadu
3. 1 ulas bawang putih dicincang
4. Daging cincang (saya guna brand Ramlee dan ambil sekeping aje dan pecah2kannya)
5. 1/2 batang parutan lobak
6. 2 sudu besar puri tomato (jangan banyak sangat nanti masam tak sedap)
7. 1 sudu besar sos tomato
8. 2-3 sudu besar sos cili (ikut citarasa tekak anda)
9. 1/2 cawan air
10. Gula dan garam secukup rasa
11. 1 sudu kecil daun oregano atau rosemary (mana2 aje yang suka)
12. Sekeping keju cheddar (kalau nak guna yang keju parut, amat disarankan)
13. Minyak masak untuk menggoreng kentang

Penyediaan:
1. Goreng kentang sehingga masak dan toskan minyaknya. Ketepikan.
2. Dalam kuali lain, masukkan 2 sudu besar minyak masak dan gorengkan bawang bila minyak sudah panas. Api sederhana aje ya. Kang hangus pulak bawang tu pakai api besar.
3. Bila bawang dah sedikit garing dan naik bau, masukkan daging cincang tadi dan hancur-hancurkan dia dalam kuali tu (bila daging berketul tak cantik nanti rupa sos bolognese tu). Masak sehingga kelihatan tiada darah lagi keluar.
4. Masukkan puri tomato dan suku cawan air. Gaul sehingga sos mendidih.
5. Masukkan pula sos tomato dan sos cili dan lebihan air tadi. Gaul sehingga mendidih.
6. Masukkan pula parutan lobak merah. Gaul dan biarkan selamat 2-3 minit. Biar mesra.
7. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa serta daun oregano/rosemary. Kacau dalam 1-2 minit atau sos tidak terlalu cair (sedang2 gitu). Pastu tutup api dapur.
8. Letakkan kentang goreng tadi atas pinggan tahan panas atau yang boleh masuk microwave. Sendukkan 2 senduk sos bolognese tadi ke atas kentang dan kemudian letak kepingan keju cheddar tadi / parutan keju ke atas sos pula. Masukkan pinggan tadi ke dalam microwave dan ambil masa 2-3 minit untuk cairkan keju tersebut. Tadaaaaa... Dah siap fries with bolognese sauce and cheese... (oh ya, kalau masuk dalam oven, bakar pada suhu 140C sehingga keju cair dan sedikit perang.

Ini rupa menu kat Gaffe Coffee tu...

Happy Cooking...

Sunan Cinta Nan Sakti & Starry Night: Kisah cinta yang menarik


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Cinta. Satu perasaan halus yang hanya diri sendiri yang mengetahuinya.
Cinta. Satu nikmat pemberian Allah yang sungguh indah untuk dinikmati.
Cinta. Adakala manusia kecundang hanya kerana terlalu melampaui rasa cinta.
Cinta. Moga kita semua menikmati rasa cinta ini sesama manusia dan juga Pencipta.

Dua novel yang saya baca kali ini, Sunan Cinta Nan Sakti & Starry Night merupakan naskhah novel cinta yang menarik. Masing-masing punya kelebihan yang tersendiri. Masing-masing membawa masej bahawa cinta itu adakala perlukan kesabaran, pengorbanan serta sikap bertolak ansur. Bila manusia dilamun cinta, hati mula rasa ingin sentiasa dengan yang tersayang. Apapun berlaku, masing-masing cuba untuk memberikan yang terbaik serta mula belajar istilah 'give and take'.


Dua naskhah novel ini memang berbeza dari segi penyampaian, penghayatan dan kisah. Namun, mereka berkongsi kisah cinta yang mampu buat kita semua ingin merasai & memiliki.

Sunan Cinta Nan Sakti merupakan sambungan kisah pengembaraan Sunan@Saifudin ketika di alam remaja sehingga dewasa. Asal kisah cintanya bersama Ratna Sang Ratu mampu membuatkan kita terkesan. Biarpun Ratna sungguh kejam dan bersikap mahu membunuh Sunan namun kerana perasaan cinta luhur yang lahir sendirinya pada diri Sunan dan anugerah dari Ilahi, maka, Ratna perlahan-lahan mula mengakui bahawa dia sudah mula jatuh cinta dan jatuh kasih. Pergolakan dan konflik yang berlaku serta campur tangan syaitan membuatkan kisah cinta mereka terhalang dari pelbagai sudut. Namun, pemberian dari Ilahi, tiada siapa mampu menghalangnya. Sambungan kisah cinta mereka sudah tentunya anda ketahui dalam buku sebelum ini. Namun, apa yang dikisahkan pada kali ini bahawa CINTA mampu mengubah diri manusia itu sendiri. Jika baik pasangan kita mendidik kita maka kita juga mahu menjadi sebaiknya dan begitulah sebaliknya.

Starry Night pula mengisahkan tentang seorang wartawan yang mahu bertukar slot berita yang disampaikan kepada slot yang lebih mencabar dan disukai. Dan tugas yang diberikan oleh ketuanya jika mahu bertukar adalah cuba menemurah Finn Dalton, lelaki misteri yang tidak mahu dirinya diwawancara meskipun naskhah bukunya terjual banyaknya dan menjuari carta untuk beberapa bulan. Gigihnya si Carrie ni mencari telah berjaya membuatkan dia bertemu dengan Finn dan dalam jangkamasa hanya 2 hari, mereka sudah mula jatuh cinta. Cuma sukar untuk mengakui atas sebab-sebab tersendiri. Namun, rasa cinta itu terluah dengan sendirinya bilamana mereka sudah berjauhan dan telefon serta emel mula menjadi penghubung (rindunya saya dengan sms-sms encik hubby dulu. Plus, with his surat-surat cinta dan lagu... hahahaha...). Namun, setiap kisah cinta pasti ada dugaan. Dan dugaan mereka memang sedikit sukar tetapi seperti yang saya katakan sebelum ini, cinta membuatkan kita banyak belajar bersabar & 'give and take'. So, endingnya confirmlah happy kan...

Well guys, boleh try cari buku ni di kedai buku (buku Sunan tu boleh aje beli kan belidiskaun). Ataupun tunggu aje Big Bad wolf akan datang... Jimat sih beli buku-buku inggeris di Big Bad Wolf tu...

Happy reading everyone.

Kematian Husnul Khatimah

Innalillah hiwaina ilaihi roji'un...
Mati itu pasti, hidup insyaAllah...

Sudah seminggu kenalan saya ini merangkap anak jiran rumah mama di Ampang ini meninggalkan kami. Matinya mengejutkan kami semua.

Kami semua tahu yang dia ada menghidap penyakit kencing manis tetapi kelihatannya dia sedang berusaha untuk bangkit melawan penyakit tersebut. Dan, kali terakhir saya dan hubby berjumpa dengannya adalah pada ketika majlis tahnik & bercukur anak saudara saya akhir bulan 8 lalu. Adik perempuan saya siap bertanya, "Sham, kau nampak kurus lah..." Saya hanya tersenyum mendengarnya. Saya tak berapa nak berbual dengan dia sangat waktu itu kerana agak sibuk cuba ada dengar perbualan ringkasnya dengan tetamu yang lain.

Dan apabila kami mendengar berita kematiannya, saya dan hubby sungguh terkejut. Sangat tidak menduganya. Namun, bila mendengar cara meninggalkannya yang mudah dan baik, kami berdua tersenyum dan berharap segala urusannya dipermudahkan di alam sana.

Bak kata ibunya, "Dia anak yang baik." Dan kami mengakuinya. Bila balik ke Ampang, banyak kali kami terserempak dengannya yang baru balik dari solat jemaah di masjid. Dan adakala apabila suami bertanya, "Dari mana Sham?" Majoriti jawapannya. "dari masjid bang."

Dan kematiannya pada pagi Khamis minggu lalu, juga ketika dia sudah selesai menunaikan solat Subuh berjemaah dan sudah mengejutkan ibunya untuk bangkit solat Subuh. Urusan pengkebumiannya bak kata ibu arwah, segalanya berjalan dengan sungguh mudah dan lancar. Seolah-olah Allah sudah tidak sabar untuk bertemu dengannya di sana. Suhhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar. Sesungguhnya kami amat bersyukur kerana mengenali anak muda yang baik ini, ringan tulang, sentiasa tersenyum dan sentiasa bersabar dengan musibah yang menimpanya.

Moga Allah menempatkan rohnya di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan dirahmati. Al-Fatihah...

Memoir Tahanan Palestin, naskhah menggamit rasa hiba & sakit hati


Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Buku ini, saya beli ketika PBAKL bulan 4 yang lalu.
Buku yang mengkisahkan tentang segala catatan rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel tanpa sebab musabab yang jelas dan tanpa ada kesalahan langsung. Mereka ditahan, dipenjara, diseksa dianiaya dengan sesuka hati tanpa perikemanusiaan berpuluh-puluh tahun (bukan bulan ok).

Mereka yang bebas dari penjara akibat daripada penangkapan seorang tentera zionis telah berkongsi kisah duka dan perit mereka untuk tatapan dan bacaan umum. Dunia perlu tahu dan disedarkan betapa kejam, tiada perikemanusiaan dan pengecutnya zionis ini dengan orang Palestin.

Zionis Israel ini melakukan pelbagai penyeksaan dan penganiayaan yang diluar batas kemanusiaan. Mereka memukul sesuka hati, cuba merogol tahanan perempuan, membogelkan tahanan, pemberian makan yang basi dan teruk, menaikkan suhu bilik panas dan sejuk sesuka hati, membuka dan menutup lampu penjara sesuka hati, mengeluarkan kata-kata kesat dan banyak lagi yang disampaikan dan diceritakan oleh mereka yang ditahan di penjara zionis ini berpuluh tahun.

Kebanyakan mereka yang ditahan ini sebenarnya tidak mempunyai langsung alasan yang munasabah untuk dipenjarakan. Manusia jahat itu menganiaya mereka dengan mereka-reka cerita dan sebab akan penangkapan yang dibuat. Namun, ada satu kisah seorang wanita Palestin yang berani mati ada di dalam buku ini. Kisah yang hebat dari seorang wanita yang mampu bertahan dengan segala macam seksaan dan penganiayaan yang diterima dari zionis Israel laknatullah.

Untuk anda yang ingin tahu kisah sebenar yang terjadi pada tahanan Palestin ini, dapatkanlah naskhah ini. Naskhah yang mampu membuat anda rasa perlunya ada semangat jatidiri dalam mempertahankan negara, agama, manusia dan maruah diri serta keluarga. Berhati-hatilah dengan permainan dunia yang sedang berlaku sekarang ini. Permainan orang yang gilakan kuasa, tamakkan harta serta fitnah Dajjal.

Moga kita, hamba Allah yang satu, berusaha mempertahankan akidah diri, keluarga dan mukmin lain amnya.

The Unsung Hero not bad

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Buku ni The Unsung Hero, naskhah dari Melur Jelita ini lain dari kebanyakan novel lain. Naskhah yang agak sedikit kisah cinta 2 insan yang dikongsi tetapi lebih kepada kisah cinta pada keluarga dan negara.

Saya terpanggil untuk baca novel ini (setelah ramai customer saya beli dan release sequelnya The Hero) bilamana customer dan raka niaga lain mula memperkatakan tentang sambungan kisah ini. Makanya, untuk tidak mahu ketinggalan, saya pun rembat satu untuk pembacaan personal.

Permulaan yang menarik tetapi agak slow. Tapi bila hampir tiba sampai pada kematian yang terjadi pada keluarga Irvan, ianya sedikit menarik. Perasaan ingin mengetahui bagaimana pasangan ini dan keluarga sekeliling menerima pemergian yang tanpa diduga agak membuatkan saya ralit untuk beberapa waktu.

Saat Maryam mula didatangi cinta dari Riyaz, saya ada rasa, this is thrill. Baru ada persaingan untuk menunjukkan siapa yang berusaha untuk mendapatkan cinta. Saat ikatan ingin dimeterai, ujian yang datang mampu membuatkan Maryam hilang tumpuan dan semangat. Cinta itu memang kuat.

Dan jodoh itu punya rahsianya yang tersendiri. Perkahwinan Maryam dan Irvan memang menarik. Perkongsian info dan isi novel tentang VAT69 oleh penulis membuatkan saya mampu meng'google' tentang kelompok ini (before this I just heard tapi tak berapa nak amik port. Yang minat aksi-aksi perang dan lawan-lawan ni lebih kepada my husband). Lelaki perlu ada aura, semangat kejantanan serta sifat mempertahankan negaranya yang tersendiri. Man should have their own target to fullfill their destiny for their country. Bagaimana dan macammana, terpulang kepada tuan punya diri.

Untuk anda lebih mengetahui tentang kisah Maryam, Irvan, Riyaz dan Haziq ni, anda perlulah dapatkan naskhah ini. Tapi, ada beberapa isi di dalam buku ini yang tidak terjawab oleh penulis meskipun novel ini tebal pada segi fizikalnya. Bila sampai ending, minda saya dah start proses, kenapa takde cerita pasal mak Maryam, what exactly happen tu Riyaz, kenapa Maryam yang hilang ingatan lepas demam teruk tu cannot recall her memory dan ada a few lagi persoalan. Tapi... saya rasa persoalan ini mungkin ada jawapannya dalam sambungan buku Melur Jelita yang baru, The One: Yang Terunggul.

Untuk naskhah ini, saya berikan 4 bintang atas segala kisah dan fakta yang disampaikan penulis kepada kita semua.

Rasa cinta yang tertinggal...

Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

Entry kali ini buat anda:
Suami
Isteri
Workaholic
Manusia punya cita-cita tinggi

Walau sesibuk mana anda dengan kerja atau mengejar cita-cita, jangan lupa pada orang tersayang yang sentiasa menyokong kita. Bagi suami, isteri tulang belakangnya. Bagi isteri, suami adalah pendokongnya. Bagi workaholic & manusia punya cita-cita tinggi, ahli keluarga dan sahabat rapat adalah orang yang sama-sama naik & turun dengan kita.

Ada satu kisah yang disampaikan oleh mama saya buat panduan kita.

Pada satu majlis perkahwinan yang dihadiri, bapa pengantin perempuan secara tidak langsung telah menceritakan sedikit kisah hidupnya kepada tetamu. Katanya, "walaupun sesibuk mana kamu bekerja atau mengatur hidup, dan walau sesibuk mana kamu mengejar citi-cita dan impian, jangan lupa pada isteri atau pasangan di rumah. Jangan sampai satu tahap nanti, kita tidak mampu untuk putarkan kembali saat indah bersama. Kerana saat indah itu telah diambil oleh Allah selama-lamanya..."

Ya... atuk saudara saya telah cuba mengingatkan anak perempuannya dan juga barangkali hadirin tentang apa yang berlaku pada dirinya. Dia tidak mahu perkara yang sama berulang kembali. Hanya kerana kita bersemangat & bercita-cita dalam kerjaya & ingin mencapai sesuatu dalam hidup, kita lupa akan orang tersayang yang sentiasa sabar menanti kita pulang dan bertanya khabar walaupun sekadar hanya soalan, "awak sihat hari ini?"

Arwah nenek saudara saya itu meninggal dunia akibat penyakit kanser. Dia tidak menceritakan pada suaminya tentang penyakit yang dideritai sehinggalah kanser sudah merebak pada peringkat 4. Barangkali dia tidak mahu si suami terganggu dengan kerjanya, tidak terganggu kehidupannya dan tidak terganggu dalam memberikan yang terbaik kepada negara. Dan bila sudah sampai peringkat 4, segalanya sudah terlambat. Masa yang berbaki hanya tinggal sedikit. Cinta yang disemai dari sekolah mula diuji kesetiaan dan keprihatinannya. Dan akhirnya, arwah nenek saudara saya itu pergi jua meninggalkan suami & anak-anak yang diharap dapat menyerikan hidup suami ketika dia tiada.

Bila mendengar kisah ini, saya terbayangkan wajah atuk saudara saya itu yang pasti pedih hatinya ketika meluah rasa. Rasa yang selama ini dibendung sejak bertahun lama.

Cinta, adakala ia menjadi sumber kekuatan kita. Cinta adakala menjadi penyuntik semangat kita. Cinta adakala mengajar kita untuk tidak berputus asa. Dan Cinta, mampu membuatkan diri kita menderita jika tidak tahu mengawalnya.

Moga kita semua dikurniakan Allah cinta sejati padaNYA dan memiliki pasangan yang saling cinta-mencintai walau apa pun keadaan jatuh bangun kita. Al-fatihah buat arwah nenek...


5 Bintang untuk Masuk Syurga Laju-laju


Assalammualaikum & Salam sejahtera semua.

Pada awal saya baca sinopsis buku ni di web Mustread. Bila lihat dan cover depan dan baca belakangnya, saya dah terus terasa nak dapatkan naskhah ni nanti bila sudah dicetak. Dan, bila baca aje buku ni aje, untuk 1-5 mukasurat awal, saya dah tersenyum, mengiakan dan memahami apa yang disampaikan.

Secara ringkas tapi santai, Ahmad Damha berkongsi rasa, cara dan kisah disebalik ringkasan kisah-kisah di dalam buku ini. Adakala kita perlu ditegur dengan cara lawak, adakala kita perlu ditegur dengan kiasan dan adakala kita perlu ditegur agar 'tersentap' minda untuk berubah & berfikir kembali.

Kita sanggup bersusah payah untuk mencapai apa sahaja hajat di dunia itu atau mendapat bentuk badan yang ideal tetapi sanggupkah kita bersusah payah hanya dengan solat 2 rakaat dan ia menyamai nikmat seluruh dunia? Bila kita bersedekah, kita rasakan RM5 itu sungguh besar nilainya, tapi apabila kita membeli gadjet baru, pakaian baru atau membayar yuran kelab yang tertentu, RM50 untuk amat kecil nilainya.

Kisah-kisah di dalam ini & peringatan santai yang disampaikan saya rasa mampu membuatkan semua lapisan umur pembaca faham akan maksud tersurat & tersirat yang disampaikan. Moga kita semua diberikan hidayah oleh Allah sebelum terlambat dan masih sempat membantu orang lain meskipun hanya nampak kecil di mata orang lain tetapi besar ganjarannya oleh Allah.

Ini, saya kongsikan antaran isi-isi kandungan yang menarik dalam buku ini.





Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...