Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Chocolate Ganache / Sos Coklat


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Semalam saya buat kek coklat. Saje je buat. Teringin nak makan. Adunan untuk kek tu, saya beli yang instant aje di kedai bakeri. RM10 untuk 1 pek 1 kg.

Dan kali ni, saya nak kongsikan cara-cara membuat chocolate ganache atau sos coklat yang kita buat untuk topping atas kek tu. InsyaAllah, sos coklat ini bukan sahaja boleh letak atas kek coklat tapi boleh drizzle atas donat atau kek cawan, buat air coklat ais atau panas dan lain-lain yang anda rasa nak letakkannya.

Bahan-bahan:

1. 180gm cokelat bar atau chocolate chip (mana-mana yang ada dalam stok anda)
2. 150gm Whipping krim atau heavy cream atau buttermilk (mana-mana yang ada jual kat kedai/pasaraya berhampiran anda).

Penyediaan.
1. Sediakan 1 periuk yang berisi 1/2 isi air kosong dalam periuk tersebut dan sediakan 1 periuk kecil atau bekas kecil yang boleh letak di atas periuk tersebut. Contohnya macam dalam di bawah. Ini dinamakan kaedah double boiling. Kaedah double boiling ini digunakan untuk memastikan coklat yang dicairkan masak dengan senang, tidak hangit dan tekstur coklat tak rosak.


2. Jika anda guna coklat bar, pecahkan/potong kecil-kecil. Ia bagi mempercepatkan coklat cair. Bila air sudah mendidih, letakkan coklat yang dipotong tadi atau coklat chip ke atas bekas di bahagian atas periuk. Kacau sehingga coklat cair.
3. Kemudian masukkan whipping krim/heavy krim/buttermilk ke dalam coklat tadi. Kacau sehingga sekata. Jika anda rasa coklat cair itu kurang sosnya, boleh tambah whipping krim itu lagi (kot lah kek anda besar & tinggi).
4. Tutup api dapur dan biarkan dalam seminit untuk sos coklat sejuk dan kemudian tuang sedikit demi sedikit dan ratakan ke atas kek. Untuk topping extra yang menarik, boleh taruk cip coklat, chocolate rice, buah-buahan atau kekacang.

Happy cooking

Padah berkata tanpa menilai perasaan orang

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Adakala. Bukan adakala tetapi selalu kita dengar orang berkata-kata sewenang-wenangnya tanpa terfikir atau terlintas di hati mereka yang kata-kata itu boleh membuatkan orang sakit hati atau kecil hati. Dahulu, saya ada perangai ini tetapi bukan melalui percakapan tetapi lebih kepada kata-kata di dalam hati. I under estimate certain people. Saya selalu buat andaian bila terpandang rakan ini keadaanya begini, mesti dia biasa-biasa aje. Bila orang ini pula saya assume yang dia macam ni pula perangainya atau keadaanya pada masa akan datang.

Dan... apa yang saya assume itu, akhirnya Allah tunjukkan buktinya satu persatu. Saya bukam. Saya diam. Saya mula belajar menilai kembali akan apa yang saya fikirkan dan andaikan dahulu. Ya, kita tidak tahu keadaan future kita bagaimana dan keadaan. Allah itu Maha Besar dan Maha Penyanyang. Dia ajar saya dengan caraNya yang tersendiri. Dan saya belajar untuk menilai kembali  banyak perkara yang berlaku di sekeliling saya.

Saya pernah berkecil hati dengan seorang hamba Allah ini. Dia menyatakan depan saya & ibu mertua saya yang wanita bila berusia 35 tahun sudah tidak boleh beranak lagi. Ya Allah, hanya Dia yang tahu rasa hati saya saat itu sehingga kini. Setiap kali saya teringatkan kata-katanya yang sesedap rasa menuturkan kata itu, hati saya pedih & sedih. Dan, sekali lagi Allah menunjukkan pada saya agar berhati-hati dengan kata-kata yang dituturkan. Allah perlihatkan kepada saya yang hamba Allah itu mengandung pada usia melebihi 39 tahun. Bila terjadi depan mata saya keadaan ini, saya terfikir kembali, buktikah yang Allah mahu tunjukkan pada saya ini? Dia mahu saya tahukah yang Dia berkuasa memberikan zuriat pada bila-bila masa atau pada siapa sahaja? Dan satu lagi bukti Allah tunjukkan pada saya, seorang jiran saya yang tidak memperolehi zuriat selepas 13 tahun berkahwin akhirnya melahirkan zuriat pertamanya semalam. Subhanallah, Allahu Akbar. Moga Allah memberi kesihatan yang baik kepada mereka berdua.

Satu lagi perkara yang buatkan saya terdiam bila mendengar bicara hamba Allah ini ketika memandang rendah akan orang lain. Dia kata budak ini tak pandai. Takkan pandai. Saya menyanggah kata-katanya itu dengan memaklumkan beberapa rakan-rakan saya yang kurang berjaya sebelum ini telah berjaya dalam hidupnya dan ada juga yang pada awalnya nampak bijak dan cerdik tetapi akhirnya membuat tindakan yang tidak terfikir di fikiran kita.

Allah akhirnya menunjukkan saya sekali lagi kesan pada kata-kata ini. Alhamdulillah, kanak-kanak yang dipandang rendah dahulu & diperlekehkan akan kekurangan kebijaksanaannya akhirnya berjaya sedikit demi sedikit. Hanya Allah yang tahu betapa saya gembira. Saya gembira dia berjaya dalam pelajarannya yang tersendiri dan saya gembira kerana hubungan kekeluargaan yang ditunjukkan di hadapan mata saya.


Bagi saya, pada zaman yang mencabar dan akhir zaman ini, apa yang penting bagi manusia adalah berusaha untuk mendapatkan redha Allah dan mencari rezeki yang halal & diberkati. Banyak orang berjaya tetapi lihatlah apa yang terjadi padanya dan keluarga. Perjalanan di dunia ini tidaklah panjang mana, so, cubalah kita berusaha untuk berbuat kebaikan dan pahala untuk saham akhirat kita.

Ada satu kata-kata dari ulama terdahulu yang saya baca dalam buku Dalam Hati Ada Syurga, "Jika aku lihat isteri dan anak-anakku berkelakuan tidak baik pada hari itu, akan akan mula berfikir apakah kesalahan atau dosa yang aku telah lakukan sehingga mereka bertindak begitu." Wahai ibu dan ayah mahupun ketua keluarga di luar sana, berusahalah mendapatkan rezeki yang baik buat keluarga dan berhati-hatilah dalam perbuatan dan tindakan kita. Takut nanti ia memakan diri kita satu hari nanti...

Terima kasih Lepat & terima kasih si babi hutan

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Kali ni saya nak kongsikan 1 naskhah buku yang dibeli masa Pesta Buku KL baru-baru ni. Masa hari pertama pesta buku, saya dan rakan ada ternampak buku ni tapi tak berapa nak ambil port sangat. Ingatkan cerita apalah sebab tajuknya nampak pelik. Dan... entah bagaimana (saya pun dah terlupa), saya barangkali terbaca tentang review buku ni sama ada di FB atau Instagram. Dan pada hari minggunya, saya berkesempatan tengok youtube Lepat yang menerangkan tentang kisahnya dan juga youtube anak-anaknya.

Subhanallah... baru saya ingat tentang dia bila dah diterangkan di internet dan youtube. Saya pernah dahulu baca tentang kes perebutan hak jagaan anaknya dengan bekas isterinya. Kes yang agak sensasi juga kerana keluar di suratkhabar dan majalah. Dan last saya terbaca ialah yang anaknya dah dibawa lari keluar negara dan thats it. Sampai situ. Lepas tu, saya dah lost tentang kisahnya.

Dan bila buku ini keluar dan dah tengok luahannya di youtube, I'm so excited to know apa yang terjadi lepas tu. Subhanallah, Allahu Akbar... perit rasanya bila kita berada di tempatnya. Kehilangan anak itu satu hal, kehilangan rasa kepercayaan pada institusi yang sepatutnya menjaga agama dan akidah umat Islam satu hal, rasa sedih, marah, malu, sakit hati dan lain-lain lagi satu hal. Jika kebanyakan kita ditempatnya, rasanya memang tak tertanggung. Tapi at least saya salute, dia berusaha sebanyak 2 kali untuk menyelamatkan akidah anaknya itu.

Bila baca buku ini juga, saya seperti terasa yang kata-kata hikmah & kisah-kisah pengajaran yang disampaikan oleh arwah ayah Lepat itu sungguh dekat di hati. Ialah... ayah mana yang tak terasa bilamana anak sendiri dan cucu sendiri dibiarkan dan dianiaya dengan sebegitu rupa. Moga arwah ayah Lepat, ibunya dan juga sahabat baiknya, Maliki ditempatkan di kalangan hambaNya yang dirahmati.

Untuk buku ini, saya takkan beri sebarang bintang. Takdir dan perjalanan hidup manusia itu ketentuan Allah. Jadi rasanya amat tidak enak memandang rendah tragedi menyayat hati ini berlaku pada hamba Allah yg berusaha mempertahankan akidah anaknya. Namun saya amat menyarankan anda membacanya. Saya berharap dan berdoa agar anak Lepat dapat kembali pada bapanya dan Allah mengurniakan hidayah dan kasih sayangNya kepadanya...

Ini saya selitkan beberapa muka surat yang terdapat dalam buku ini.





Moga Allah membantu mempermudahkan urusan baik Lepat & keluarga

Nasihat Memang Pahit...


Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

Saya ada baca satu bab kecil di dalam buku 'Dalam Hati Ada Syurga' terbitan Telaga Biru. Ia berkenaan dengan nasihat. Nasihat adakala dapat diterima dengan baik dan adakala sebaliknya. Bergantung pada bagaimana disampaikan dan diterima.

Jom saya kongsikan kisah dalam buku ini. Moga ia membantu saya dan anda untuk belajar bersabar dan cara menasihat yang betul.

Tersebutlah kisah seorang pelajar berasal dari Andalus bernama al-Ghazi bin Qais. Beliau datang ke Madinah untuk menimba ilmu daripada para ulama di kota ini. Selama di negerinya, beliau sering mendengar kebesaran nama-nama ulama Madinah, namun belum pernah berjumpa dengan mereka.

Suatu hari, apabila sedang duduk di Masjid Nabawi di Madinah, al-Ghazi melihat seorang lelaki masuk ke dalam masjid. Orang itu terus sahaja duduk tanpa melakukan solat tahiyatul masjid terlebih dahulu. Al-Ghazi segera menegur orang itu. Beliau berkata, "Wahai lelaki, bangkit dan solatlah dua rakaat. Dudukmu di dalam masjid tanpa melakukan solat tahiyatul masjid petanda bahawa engkau orang yang jahil hukum agama."

Cukup kasar nasihat ini. Namun begitu, orang yang dinasihatinya tidak berkata apa-apa. Beliau hanya bangkit lalu melakukan solat seperti yang disuruh. Selesai solat, beliau lalu duduk bersandar pada sebuah tiang masjid. Tidak lama kemudiam, al-Ghazi melihat para pelajar mula memasuki masjid. Anehnya, seorang demi seorang duduk mengelilingi lelaki yang ditegurnya tadi sehingga membentuk satu kumpulan yang cukup besar.

Al-Ghazi menjadi tertanya-tanya, siapa sebenarnya lelaki ini? Beliau lalu mendekati seorang murid dan bertanya kepadanya, "Siapakah orang ini?" Pelajar itu menjawab, "Beliau ialah Ibnu Abi Zi'b. Beliau seorang imam pakar fiqah dan tokoh ulama terhormat di Madinah."

Al-Ghazi bagai disambar petir. Beliau berasa sangat malu sebab baru sahaja mencela seorang ulama besar Madinah. Justeru, beliau segera mendatangi Ibnu Abu Zi'b dan meminta maaf kepadanya. Namun, apakah respon ulama besar ini? Beliau hanya berkata, "Wahai saudaraku, engkau tidak salah. Engkau hanya menyuruhku melakukan kebaikan lalu aku mematuhi perintahmu."

Demikian kisah ini diceritakan oleh al-Hafiz Ibnu Abdil Barr dalam kitab at-Tamhid lima fi al-Muwaththa' min al-Ma'ani wa al-Asanid.

Apabila kali pertama membaca kisah ini, kekaguman penulis kepada Ibnu Abi Zi'b semakin bertambah. Beliau sangat pandai menundukkan nafsu sehingga emosinya menuruti perintah akalnya. Hal ini demikian kerana nasihat sangat berat di telinga dan di hati. Apalagi jika nasihat tersebut dibungkus dengan kata-kata yang kasar dan kesat. Kebanyakan orang pasti enggan menerima nasihat yang disampaikan dengan cara seperti itu.

Namun, Ibnu Abi Zi'b boleh menerimanya. Mengapa? Hal ini demikian kerana beliau melihat kepada kandungan nasihat, bukan kepada siapa yang memberi nasihat atau bagaimana nasihat itu disampaikan.

Para ulama berkata, "Orang yang paling mencintaimu ialah orang yang selalu menasihatimu."

Pada masa yang sama, sesiapa yang hendak membari nasihat mestilah berhemah. Ia mesti sedar bahawa nasihat adalah sesuatu yang sangat berat untuk diterima dengan mudah. Oleh itu, sebaiknya jangan diberatkan dengan kata-kata-kata yang kasar & sikap yang biadap. Hindarilah sikap kasar al-Ghazi kerana tidak semua orang memiliki kejernihan hati seperti Ibnu Abi Zi'b.

Rujukan:
Umar Muhammad Noor. 2014. Dalam Hati Ada Syurga. Telaga Biru Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Breakfast Blues yang buatkan saya tersenyum, ketawa & berfikir

Assalammualaikum & Salam Sejahtera everyone...
Lama betul rasanya tak update. Sedikit busy hidupku ini... But, still need to write something agar tak terlupa terus. Iya dah? ;)

Kali ni saya nak kongsikan 1 naskhah buku tulisan Azzam Supardi yang bertajuk 'Breakfast Blues'. Exactly a few books tulisan penulis ni saya ada nampak dalam FBnya. Dan entah bagaimana (sudah ketentuan Ilahi sebenarnya), saya ter'jumpa' buku ini ada rupanya terjual kat Pesta Buku Bookerville MPH last week. Apa lagi, I'm super duper excited. Pantas capai naskhahnya dan unjuk pada encik hubby. "Ayang, dah jumpa. Best." Hubby saya sengih ajelah sebab dia tahu ada artikel kontot encik Azzam ni mampu buat dia ketawa.

3  buku yang saya beli masa pesta buku Bookerville. Tak banyak dapat dicapai sebab nak kena berjimat gak ni beb. Nak GST le katakan. Banyak benda yang dah naik... rasa nak meroyan aje kalau cerita bab GST ni...

Kita sambung bab buku ni (abaikan aje bab GST tu, sebab saya rasa ramai orang dah mengadu pada Allah, so, mereka pandailah beri reason kukuh pada si Pencipta Manusia itu). Bila saya balik Ampang dan tunjukkan pada my sis yang dah baca buku Pilo Toq juga, dia pun senyum. Dan sudahnya, dia jadi pembaca pertama buku ni sebab encik suaminya nak kena check darah coz demam dah dekat seminggu (takut kena denggi). Dek kerana takut lama kat hospital tu, buku sayalah mangsa penemannya. Confirm dia ketawa sorang-sorang kat kerusi menunggu di hospital...

Akhirnya... dapat juga saya baca buku ni petangnya. Sudahnya saya mula tersengih sorang-sorang. Buku ini seolah-olah menjadi ubat penenang sekejap pada saya untuk tersenyum di kala stress (sometimes its quit hard to smile if you need to face problems).

Barangkali ada orang di luar sana yang merasakan buku ini bukannya bahan menarik sangat untuk dibaca but for me, its like a smile medicine to every person. Give you positive energy to feel happy. Dan... at the end of the book, ada terselit kisah-kisah sedikit serius yang membuatkan saya mengiakan terutama sekali bab "Mengalah bukan kalah". Ia sebenarnya ujian buat kita sama ada kita mampu bersabar atau masih mahu menegakkan sesuatu yang adakalanya tak perlu ambil serius sangat. Penyelesaiannya adalah mudah. Just be patient. InsyaAllah, ada ganjaran untuk kita, dari sudut apa, hanya Allah yang tahu. So, buatlah baik selagi mana anda rasa anda mampu melakukannya...

Untuk anda yang inginkan bacaan santai yang menghiburkan, buku ini amat saya sarankan. Untuk buku ini, saya, personally, berikan 4 bintang untuknya. :)

Ini saya kongsikan ubat senyum untuk anda... (bagi saya, ia ubat senyum)




Happy reading & have a happy life everyone...

Resipi Corn Dog yang sedap & mudah

New version 2017

Old version 2015 (mula-mula masak dulu)

Assalammualaikum & Salam Sejahtera... Kali ni saya kongsikan resipi corn dog yang dah bertahun nak buat tapi masa mula-mula belajar masak sendiri dulu, memang tak jadi sebab saya confius dengan corn meal dan corn flour. Budak baru belajarlah katakan...

Alhamdulillah, after a few years belajar, mencuba dan menilik blog serta youtube masakan, akhirnya tahulah saya kelemahan saya masa buat corn dog dulu. Gigih sungguh saya mencari corn meal kat Malaysia ni. Semua pasaraya dan kedai jual bahan bakeri saya cari, tak jumpa-jumpa juga. Udahnya, ada sahabat saya yang duduk di Australia balik ke Malaysia kejap. Apalagi, saya minta tolong dia belikan saya corn meal dan juga tepung 'OO' yang confirm memang takde kat Malaysia jugak (saya dah cari di kedai bakeri dan pasaraya, pun takde juga). Alhamdulillah, saya dapat juga kedua-dua barang tu last year. Nasiblah expired date dia lama itu yang lambat sikit baru cuba.

Dan baru-baru ini, tengah saya merayap dengan hubby kat Jaya Grocer Bangi, saya dah jumpa kedua-dua barang yang saya cari last year. Excited giler. Terus saya tunjukkan pada encik hubby dan kongsikan dengan cousins saya yang sama-sama dok sibuk cari tepung double O tu.

Harga tepung double O ini memang sedikit mahal berbanding tepung roti atau gandum biasa tapi, tepung ini amat berkualiti kerana kebanyakan bakeri di Australia atau negara Eropah, tepung ini digunakan untuk menghasilkan roti yang bermutu seperti ciabata, focacia dan lain-lain.

Untuk yang cari corn meal untuk buat corn dog, cari aje yang namanya Polenta yang di pakej ingredientnya corn meal. Macam dalam gambar ni (nampak seketul 4 segi sebab pakej tu dan betul2 vakum isinya bagi padat).

Jom cuba buat corn dog ni. InsyaAllah ahli keluarga anda sukakannya.

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum (tinggalkan sedikit untuk salut hotdog sebelum celup)
3/4 cup cornmeal
1/2 cup gula kastor
2 tsp garam
1 tsp baking soda
1-1/2 cawan susu
2 telur
1 pek hotdog

Penyediaan:
1. Dalam mangkuk besar, Campurkan tepung, cornmeal, gula, garam dan baking soda. Gaulkan untuk mesrakan ia.

2. Kemudian masukkan susu dan telur. Kacau sehingga adunan sebati dan tidak berketul.


3. Potong sebatang hotdog menjadi separuh. Salut hotdog dengan tepung agar mudah dicelup nanti. Cucuk hotdog dengan lidi atau pencungkil gigi. 


4. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Celup hotdog tadi ke dalam adunan tepung yang dimasukkan ke dalam gelas yang sederhana tinggi. Ia bagi memudahkan anda agar tidak menggoleknya di dalam mangkuk. Goreng sehingga warnanya keemasan. 

5. Setelah masak, letakkan ia diatas tisu dapur atau wire rack. Lepas tu, dah sejuk, apa lagi, kita ngap ngap lah corn dog tu :)

Happy cooking

Kejohanan Memanah Kebangsaan Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua...

Ini saya nak war-warkan. Jika anda dan keluarga atau orang tersayang mempunya kelapangan waktu, jom kita tengok pertandingan memanah antara sekolah-sekolah berasrama penuh ini di SMAP Kajang.
Jika ada antara anda yang juga ingin mencuba & mengalami sendiri bagaimana perasaannya memanah, jom datang ke sini pada 5-8 Mac ini. Ada aktiviti untuk orang awam merasai pengalaman memanah itu.

Manalah tahu, kot-kot anda tersangkut nak mencuba, akhirnya ter'suka' terus dengan sukan memanah sunnah Nabi s.a.w. ini.

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...