Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Breakfast Blues yang buatkan saya tersenyum, ketawa & berfikir

Assalammualaikum & Salam Sejahtera everyone...
Lama betul rasanya tak update. Sedikit busy hidupku ini... But, still need to write something agar tak terlupa terus. Iya dah? ;)

Kali ni saya nak kongsikan 1 naskhah buku tulisan Azzam Supardi yang bertajuk 'Breakfast Blues'. Exactly a few books tulisan penulis ni saya ada nampak dalam FBnya. Dan entah bagaimana (sudah ketentuan Ilahi sebenarnya), saya ter'jumpa' buku ini ada rupanya terjual kat Pesta Buku Bookerville MPH last week. Apa lagi, I'm super duper excited. Pantas capai naskhahnya dan unjuk pada encik hubby. "Ayang, dah jumpa. Best." Hubby saya sengih ajelah sebab dia tahu ada artikel kontot encik Azzam ni mampu buat dia ketawa.

3  buku yang saya beli masa pesta buku Bookerville. Tak banyak dapat dicapai sebab nak kena berjimat gak ni beb. Nak GST le katakan. Banyak benda yang dah naik... rasa nak meroyan aje kalau cerita bab GST ni...

Kita sambung bab buku ni (abaikan aje bab GST tu, sebab saya rasa ramai orang dah mengadu pada Allah, so, mereka pandailah beri reason kukuh pada si Pencipta Manusia itu). Bila saya balik Ampang dan tunjukkan pada my sis yang dah baca buku Pilo Toq juga, dia pun senyum. Dan sudahnya, dia jadi pembaca pertama buku ni sebab encik suaminya nak kena check darah coz demam dah dekat seminggu (takut kena denggi). Dek kerana takut lama kat hospital tu, buku sayalah mangsa penemannya. Confirm dia ketawa sorang-sorang kat kerusi menunggu di hospital...

Akhirnya... dapat juga saya baca buku ni petangnya. Sudahnya saya mula tersengih sorang-sorang. Buku ini seolah-olah menjadi ubat penenang sekejap pada saya untuk tersenyum di kala stress (sometimes its quit hard to smile if you need to face problems).

Barangkali ada orang di luar sana yang merasakan buku ini bukannya bahan menarik sangat untuk dibaca but for me, its like a smile medicine to every person. Give you positive energy to feel happy. Dan... at the end of the book, ada terselit kisah-kisah sedikit serius yang membuatkan saya mengiakan terutama sekali bab "Mengalah bukan kalah". Ia sebenarnya ujian buat kita sama ada kita mampu bersabar atau masih mahu menegakkan sesuatu yang adakalanya tak perlu ambil serius sangat. Penyelesaiannya adalah mudah. Just be patient. InsyaAllah, ada ganjaran untuk kita, dari sudut apa, hanya Allah yang tahu. So, buatlah baik selagi mana anda rasa anda mampu melakukannya...

Untuk anda yang inginkan bacaan santai yang menghiburkan, buku ini amat saya sarankan. Untuk buku ini, saya, personally, berikan 4 bintang untuknya. :)

Ini saya kongsikan ubat senyum untuk anda... (bagi saya, ia ubat senyum)




Happy reading & have a happy life everyone...

Resipi Corn Dog yang sedap & mudah

New version 2017

Old version 2015 (mula-mula masak dulu)

Assalammualaikum & Salam Sejahtera... Kali ni saya kongsikan resipi corn dog yang dah bertahun nak buat tapi masa mula-mula belajar masak sendiri dulu, memang tak jadi sebab saya confius dengan corn meal dan corn flour. Budak baru belajarlah katakan...

Alhamdulillah, after a few years belajar, mencuba dan menilik blog serta youtube masakan, akhirnya tahulah saya kelemahan saya masa buat corn dog dulu. Gigih sungguh saya mencari corn meal kat Malaysia ni. Semua pasaraya dan kedai jual bahan bakeri saya cari, tak jumpa-jumpa juga. Udahnya, ada sahabat saya yang duduk di Australia balik ke Malaysia kejap. Apalagi, saya minta tolong dia belikan saya corn meal dan juga tepung 'OO' yang confirm memang takde kat Malaysia jugak (saya dah cari di kedai bakeri dan pasaraya, pun takde juga). Alhamdulillah, saya dapat juga kedua-dua barang tu last year. Nasiblah expired date dia lama itu yang lambat sikit baru cuba.

Dan baru-baru ini, tengah saya merayap dengan hubby kat Jaya Grocer Bangi, saya dah jumpa kedua-dua barang yang saya cari last year. Excited giler. Terus saya tunjukkan pada encik hubby dan kongsikan dengan cousins saya yang sama-sama dok sibuk cari tepung double O tu.

Harga tepung double O ini memang sedikit mahal berbanding tepung roti atau gandum biasa tapi, tepung ini amat berkualiti kerana kebanyakan bakeri di Australia atau negara Eropah, tepung ini digunakan untuk menghasilkan roti yang bermutu seperti ciabata, focacia dan lain-lain.

Untuk yang cari corn meal untuk buat corn dog, cari aje yang namanya Polenta yang di pakej ingredientnya corn meal. Macam dalam gambar ni (nampak seketul 4 segi sebab pakej tu dan betul2 vakum isinya bagi padat).

Jom cuba buat corn dog ni. InsyaAllah ahli keluarga anda sukakannya.

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum (tinggalkan sedikit untuk salut hotdog sebelum celup)
3/4 cup cornmeal
1/2 cup gula kastor
2 tsp garam
1 tsp baking soda
1-1/2 cawan susu
2 telur
1 pek hotdog

Penyediaan:
1. Dalam mangkuk besar, Campurkan tepung, cornmeal, gula, garam dan baking soda. Gaulkan untuk mesrakan ia.

2. Kemudian masukkan susu dan telur. Kacau sehingga adunan sebati dan tidak berketul.


3. Potong sebatang hotdog menjadi separuh. Salut hotdog dengan tepung agar mudah dicelup nanti. Cucuk hotdog dengan lidi atau pencungkil gigi. 


4. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Celup hotdog tadi ke dalam adunan tepung yang dimasukkan ke dalam gelas yang sederhana tinggi. Ia bagi memudahkan anda agar tidak menggoleknya di dalam mangkuk. Goreng sehingga warnanya keemasan. 

5. Setelah masak, letakkan ia diatas tisu dapur atau wire rack. Lepas tu, dah sejuk, apa lagi, kita ngap ngap lah corn dog tu :)

Happy cooking

Kejohanan Memanah Kebangsaan Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua...

Ini saya nak war-warkan. Jika anda dan keluarga atau orang tersayang mempunya kelapangan waktu, jom kita tengok pertandingan memanah antara sekolah-sekolah berasrama penuh ini di SMAP Kajang.
Jika ada antara anda yang juga ingin mencuba & mengalami sendiri bagaimana perasaannya memanah, jom datang ke sini pada 5-8 Mac ini. Ada aktiviti untuk orang awam merasai pengalaman memanah itu.

Manalah tahu, kot-kot anda tersangkut nak mencuba, akhirnya ter'suka' terus dengan sukan memanah sunnah Nabi s.a.w. ini.

Moga TGNA ditempatkan di kalangan hambaNYA yang dikasihi


Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua...
Innalillah hiwaina ilaihiroji'un, dari Allah kita datang dan pada Allah kita kembali.

Sebak, sedih, pilu, terkesan. Tiada kata yang mampu diucapkan pada rasa yang ada dalam hati dan apa yang ada dalam fikiran. Pemergian LELAKI HEBAT pada pandangan mata saya ini membuatkan saya dan hubby bersedih dan menitiskan air mata. Meskipun kami berdua tidak pernah bersua, berjumpa hatta berkenalan dengan beliau dan hanya melihat & membaca kisahnya di buku, suratkhabar, internet dan billboard, namun, auranya sebagai seorang pemimpin, ilmuwan, agamawan, ulama dan hamba Allah yang 'humble' mampu menarik kami untuk sentiasa menyokong perjuangan dan tindakannya.

Dia seorang yang sangat ringkas pada zahirnya namun sungguh teliti dalam setiap tindakannya. Pernah ada satu kisah dari sahabat saya yang pernah menjadi anak muridnya. Menurut beliau, beliau pernah kena rotan dan marah oleh TGNA gara-gara lambat bangun untuk bersolat subuh. Namun, segala tindakan TGNA padanya tidak pernah didendami tapi sentiasa diingati sebagai satu proses pembelajaran untuk taat pada Allah melalui solat 5 waktu. Lelaki hebat dan baik ini meskipun banyak fitnah dan kisah tidak benar dilontarkan kepadanya dan pastinya ada kisah yang mengguris perasaannya tetapi pendekatan yang diberikan amat mudah. Belajar untuk memaafkan kerana pada pandangan beliau orang yang menyampaikan berita tersebut tidak mengetahui perkara sebenar dan beliau juga mahukan mempermudahkan urusan hisabnya untuk masuk ke syurga Allah tanpa perlu menunggu orang yang menganiaya atau menfitnahnya tercari-carinya di alam sana.

Moga Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ini ditempatkan di kalangan hambaNYA yang soleh, dirahmati, disayangi dan kami dapat berjumpanya di syurga Allah nanti. Al-Fatihah...









Senangnya masak popcorn


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Popcorn atau bertih jagung. Semua orang sukanya. Dari kecil sehingga dewasa dan orang tua.
Alhamdulillah, semalam saya dan hubby cuba masak popcorn. Entah kenapa, tiba-tiba Allah ilhamkan pada kami untuk cuba memasaknya. Apalagi, saya dan hubby pun lepas ambil stok pergilah ke kedai mencari biji jagung kering dan mentega (bahan yang lain dah ada).

Selepas asar, kami pun berharap agar popcorn tu jadi sebab masak dah jumpa biji jagung kering tu, kami tak berapa confident ia ke tidak jagung ni yang nak digunakan. Dan hubby sempat menyakat, "kalau dia tak bunyi pop-pop meriah dalam periuk tu dan hanya bunyi pek pek aje, confirm bukan biji jagung ni." Kena cari yang lain. Heh.

Alhamdulillah, bila dengar aje bunyi pop pop pop meriah dalam periuk yang bertutup tu, kami berdua dah senyum-senyum. Hubby kata, "Confirm ni biji jagung yang betul." Hehehe... Dan bila bukak aje penutup periuk lepas dia dah masak, wahh... gebunya popcorn saya tu (macam dalam gambar kat atas ya).
So, apa lagi, jom cuba. Jimat duit anda & ahli keluarga pun suka.

Bahan:
1. 1 genggam biji jagung yang kering
2. 2 sudu besar minyak sayuran / minyak zaitun
3. 3 sudu besar mentega yang dicairkan
4. 1 sudu besar garam
5. 2 sudu besar parutan keju (mozarella or cheddar)

Penyediaan:
1. Masukkan minyak ke dalam periuk yang sedikit tinggi. Buka api sederhana besar.
2. Masukkan biji jagung dan tutup terus periuk. Biarkan ia masak sehingga jagung di dalam periuk itu berbunyi meletup-letup. JANGAN buka penutup sehingga bunyi meletup itu reda atau senyap.
3. Bila sudah berhenti berbunyi, tutup api & buka penutup periuk.
4. Taburkan mentega cair, garam & keju dan kacau hingga rata. Siap untuk dihidang...

Jika anda ingin dapatkan rasa yang lain, boleh aje curahkan sedikit sos coklat atau sos strawberi jenama hershey's tu dan gaul masa popcorn panas-panas berserta dengan sedikit garam dan keju (kalau tak suka keju pun takpe).

Happy Cooking

5 Bintang untuk buku Pilo Toq


Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Buku yang anda lihat covernya di atas tu, saya beri 5 bintang tau. Buku yang mampu buat saya tersenyum kecil pada awalnya sehinggalah tahap ketawa dan mengimbau kembali kenangan sepanjang perkahwinan saya.

Pada awalnya, saya memang dah nampak cover buku ni di web penerbit untuk buku-buku baru. Seminggu kemudiannya, barulah saya tepek kat blog bisnes saya. Dan entah macam mana, saya baca sinopsisnya, saya sudah mula meleret senyum. Teringat yang cinta orang tua atau sudah lama berumahtangga tidak sama dengan cinta muda mudi atau yang baru mengenal alam perkahwinan. Ada perbezaannya. Dan, entah bagaimana, sewaktu saya ambil stok buku-buku belian pelanggan, mulut saya ringan bertanya staf yang ada, "Dik, buku Pilo Toq tu dah ada ke?" Pantas staf tu menjawab, "Ada. Tu kat rak sana kak." Segera saya ke rak yang ditunjuk. Saya capai dan belek-belek buku Pilo Toq tu. Dalam kepala dok berkira-kira nak beli ke idak sebab ada a few koleksi buku lagi kat rumah yang tak habis baca. Tapi dek kerana sudah 'ditakdirkan', saya pun belilah buku ni.

 Sinopsis buku yang mampu buat saya mencapainya dan tersenyum...

Dan, pada hari Khamis lepas (29/1/15), saya koyak plastiknya untuk dijadikan bahan bacaan di dalam tren (koyak awal2 di rumah. Senang. Confirm tak buang merata-rata plastiknya). Namun, sebelum keluar rumah dan sedang menunggu hubby saya bersiap, saya bacalah beberapa muka surat awal. Entah bagaimana, barangkali cara penyampaian penulis yang santai serta cara dia bercerita itu, membuatkan saya tersenyum meleret dan ketawa kecil. Hubby saya dah start musykil. Buku apalah yang dibaca dek isterinya ni sampai sengih-sengih mengadapnya (agaknya lah..).

Dan, bila kami berdua tunggu tren untuk ke KL bersama, saya sambung balik bacaan. Makin saya baca, makin saya rasa seronok. Bila saya seronok dengan buku tu, mulalah saya tersengih-sengih, tersenyum-senyum, ketawa kecil & ketawa sederhana besar. Encik hubby apalagi, terus tanya, "Apa yang kelakar sangat tu? Yang, rasanya baik awak baca buku ni kat rumah aje. Asyik senyum dan ketawa sorang2 aje dah ni."

Tapi.... sudahnya bila saya unjukkan buku dan suruh encik hubby baca apa yang buat saya ketawa, dia juga turut ketawa dan mengiakan. Maksudnya ada kisah di dalam buku ini mampu membuatkan kami mengimbau kenangan lama yang lucu dan mengiakan akan persamaan yang wujud. Pasangan yang Allah ciptakan memang untuk saling lengkap melengkapi. Jika isteri terlupa sesuatu perkara, suami akan mengingatkannya. Jika suami kurang pakar dalam sesuatu bidang, pasti si isteri pula sebaliknya. Suami isteri juga dikurniakan Allah ada persamaannya. Sama ada melalui hobi, makanan, tabiat, cara berhubungan dengan orang sekeliling dan lain-lain. Pasti ada 'link'nya yang hanya boleh dirasai oleh pasangan tersebut ataupun orang yang rapat.

Untuk saya komen lebih-lebih, rasanya lebih afdal anda mendapatkan buku ini dan baca sendiri. Cerita di dalamnya memang berkisar tentang senario perbualan yang sweet sweet alam perkahwinan, namun, tidak semestinya anda yang tidak berkahwin tidak boleh membacanya. Bayangkan saje situasi yang diceritakan itu berdasarkan pengalaman anda melihat interaksi ayah dan ibu. Pasti ada yang anda akan iakan (sebab ada beberapa kisah dalam ini mengingatkan saya pada abah dan mama serta abah dan mak).

Ini, saya kongsikan beberapa kisah di dalamnya untuk anda baca, tersenyum dan mengiakannya. To husband & wife, you will agree what I said about what written in this book. Kita amat memahami pasangan kita dalam banyak perkara kerana wujudnya rasa kasih, sayang, cinta dan tanggungjawab itu... Moga hubungan kurniaan Allah ini kekal hingga ke syurga.

Silalah tersenyum...



Happy reading...

Red Velvet Soft Cookies @ Biskut Lembut Red Velvet


Assalammualaikum & Selamat Sejahtera semua... Siapa tak suka biskut kan... Cuma kali ni, saya try buat biskut baru. Red Velvet Soft Cookies. Selalunya orang kita makan kek or cupcakes RV tapi kali ni saya nak tukar sikit. Buat biskut. Dan, dek kerana orang kat dalam rumah ni suka soft cookies berbanding yang yang rangup, makanya kuturutkan kehendak mereka.

Dan, rupanya, biskut ni ada penggemar setianya pulak lepas dibuat. My nephew sorang ni rupanya suka. Semalam masa dia dok lepak rumah saya dengan maknya, tetiba nampak dia bukak tupperware biskut dan ngap biskut RV ni. Saya tanya, "sedap ke mi? Paksu kau kureng skit sebab dia suka oatmeal tu lagi." Jawapnya, "Ok aje." Dan mak dia sampuk, "Dia tolong habiskan biskut yang kau beri aritu fisyah. Sambil hadap komputer or tv, itu yang dimakannya sampai habis."
Dengar aje komen tersebut, saya soh dia bawak balik beberapa keping lagi biskut RV tu.

Jom saya kongsikan resipinya dengan anda. Ingat! Ini soft cookies tau dan rasanya memang lembut ala-ala macam lemau gitu. Cuma orang yang tak tahu akan ingat biskut ni lemau padahal tidak. Biskut ni kalau lemau, dia akan jadi sedikit rangup (terbalikkan dengan konsep biskut biasa).

Bahan-bahan:
1. 230gm cream cheese, suhu bilik
2. 1/2 cawan mentega, suhu bilik
3. 2 sudu kecil ekstrak vanila
4. 11/2 cawan tepung gandum @ all purpose flour
5. 1 sudu kecil soda bikarbonat
6. 150gm gula perang
7. 50gm gula kastor
8. 1/4 sudu kecil garam
9. 1 biji telur
10. 1 sudu besar susu biasa (susu minum uht tu aje)
11. 11/2 sudu besar pewarna warna merah
12. 1 cawan cip coklat
13. 1 cawan gula kastor (untuk saduran)

Penyediaan:
1. Campurkan tepung, garam dan soda bikarbonat dalam 1 bekas. Dalam bekas lain, guna hand mixer untuk pukul mentega hingga gebu dalam 1 minit. Guna kelajuan tinggi sama ada 3 atau 4. Selepas itu, tukar pada kelajuan sederhana (no. 2 pada hand mixer tu) dan masukkan kedua-dua gula kastor dan gula perang tadi. Pukul sehingga sedikit gebu (dalam 3-4 minit).
2. Kemudian, masukkan telur, susu dan ekstrak vanila dan pukul hingga mesra. Bila sudah mesra, masukkan pewarna warna merah dan pukul hingga mesra.
3. Selepas itu, masukkan campuran tepung tadi ke dalam adunan sedikit demi sedikit sehingga habis dan menjadi doh yang lembut. Jika mahukan biskut tersebut berwarna merah lagi, boleh aje tambah pewarnanya dan jangan lupa pukul dohnya sehingga warna doh sekata.
4. Kemudian, masukkan cip coklat dan gunakan hand-mixer pada kelajuan rendah (1 aje sebab kita tak mahu cip coklat tu pecah). Kalau nak selamat, guna aje sudip dan gaul mesra.


5. Rehatkan doh dalam peti ais lebih kurang 1 jam setengah. Tutup dengan kertas aluminium atau plastik agar bau peti ais tak ganggu dia.
6. Panaskan oven pada suhu 170 Celsius. Untuk dulang pembakar, anda boleh sapukan mentega pada dulang tersebut atau letakkan kertas surih yang dipotong ikut saiz dulang.
7. Keluarkan doh dari peti ais dan ceduk (scoop) doh tadi saiz sebesar 1 sudu besar (saiz guna aje skup aiskrim tu) dan sadurkannya pada gula kastor (1 cawan tadi) sebelum diletakkan di atas dulang pembakar. Tak payah nak benyekkan doh yang bulat tu. Biarkannya kerana ia akan cair dengan sendirinya bila dibakar nanti. Cuma anda jarakkan sedikit satu doh dengan doh yang lain agar ia tidak bercantum.
8. Bakar doh biskut tadi dalam 10-12 minit. Jika oven kecil, selalunya saya letakkan suhu pada 160 Celsius sebab tak mahu dia hangus cepat dan kadar pembakarannya dalam 14-15 minit.
9. Setelah masak, anda keluarkannya dan jika anda ingin biskut anda kelihatan kedut atau renyuk (crinkle), tekan sedikit biskut tersebut masa panas dan ia akan crinkle (kau jangan terlebih tekan pulak, tak pasal-pasal pecah biskut, hehehe...). Bila red velvet soft cookies dah sejuk, masukkannya ke dalam tupperware atau bekas kedap udara. Biskut ni insyaAllah tahan 2-3 minggu. 

Happy cooking...

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...