Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Resipi kacang berempah...


Assalammualaikum semua... Kali ni saya nak kongsi resipi baru yang di'ngetest'.
Resipi ni saya dapat dalam buku masakan "Great Taste: Fingerfood" yang saya dok beli kat pesta buku Big Bad Wolf. Macam-macam resipi simple ada dalam ni. Tu yang dok beli. Resipi simple ni penting bila kita sibuk, tak berapa sihat, tak berapa ada duit dan ada tetamu nak datang mengejut :)

Kali ni, saya cuba resipi kacang berempah yang ada dalam buku ni. 

Bahan-bahan:
1. 500gram campuran kacang. Boleh campur pelbagai kacang seperti badam, macadamia, walnut, almonds, cashew nuts etc.)
2. 1 biji putih telur
3. 2 sudu serbuk kari
4. 1 sudu serbuk jintan putih.
5. 1 sudu kecil garam halus

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada 150 celsius. Taburkan kacang dalam dulang dan panggang kacang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kacang tersebut dan sejukkan ia sebentar.
2. Pukul telur putih sehingga berfros. Kemudian campurkan kacang tadi, serbuk kari, serbuk jintan putih & garam. Gaulkan semua bahan hingga mesra dan panggang balik dalam oven selama 10-15 minit.
3. Selepas masak, sejukkan sebentar dan kemudian bolehlah dimakan... :)

Lempeng pisang berkelapa, old time favourite...


Sebenarnya dah lama saya masak lempeng pisang berkelapa ni cuma sekarang baru berkesempatan masuk dalam blog. Makcik busy busy nak oi...

Exactly, lempeng ni requested by my father in law. Saya nak buat kuih lepat pisang. Tiba-tiba ayah mertuaku cerita pulak akan kesedapan lempeng pisang taruk kelapa yang arwah ibunya buat dahulu. Dua kali pulak dia bercerita. Tu petanda tu soh buat. Hehehe...

Akhirnya, tercapai le rezeki dia dan saya nak makan lempeng dan lepat pisang.

Meh sini saya kongsikan resipi lempeng pisang berkelapa pada anda semua. Cuba anda masakkan untuk ibu bapa atau mertua, sure ada kenangan yang menggamit mereka... :)

Bahan-bahan:
1. 5-6 biji pisang emas. Dilenyek.
2. 3 sudu besar gula
3. 1/2 kecil garam
4. 1 1/2 cawan tepung gandum
5. 1 1/2 cawan kelapa parut. Yang putih tau.
6. 1/2 sudu besar minyak masak

Cara-caranya:
1. Lenyek pisang yang dah dibuang kulitnya tu dengan gula.
2. Rasa-rasa pisang yang dilenyek tu dah betul-betul benyek, campurkan kesemua bahan di atas. Minyak tu pun taruk sekali ya. Ala-ala masak pencake mat salih le gayanya ni gak.
3. Bila bahan dah mesra, panaskan kuali non stick atau apa aje kuali yang leper. Api kecil ya.
4. Sapukan minyak di atas kuali dan bila kuali panas, masukkan adunan tersebut sesenduk.
5. Bila lihat keliling adunan tadi dah masak, apa lagi, balikkan ya lempeng tu.
6. Bila belek-belek macam dah masak tu, memang confirm dah masak. So, apalagi masukkan dalam pinggan kosong dan masaklah adunan tepung lempeng tu sampai habis.
7. Lempeng pisang ni sedap dimakan begitu sahaja ataupun boleh le cicah dengan kuah kari or sambal bilis or sambal sardin.

Happy cooking everyone...

Jom buat Chocolate & Cheese Balls...

Alhamdulillah... hari minggu baru ni, saya cuba resipi baru. Chocolate Balls & juga Cheese Balls. Ni semua gara-gara gambar yang saya tengok di FB & cerita rakan saya yang pernah buat makanan ni. Dan Alhamdulillah, jadik jadik jadik.... :)

So, kali ni saya nak kongsikan resipinya. InsyaAllah senang (sebab saya pun beginner juga...)


Ni bahan-bahannya untuk chocolate balls (blh tgk gambar atas juga untuk rujukan):
1. 600 gram kek coklat biasa (blh dptkan kek2 coklat yg simple di kedai roti, giant. Kek yg bakar tau, tak nak yg kukus)
2. 300 gram cream cheese (nisbah kek dgn cream cheese 2:1)
3. 20 gram mentega
4. 2 sudu besar madu
5. Segenggam kekacang (Nak lebih pun takpe). Tak kisahlah sama ada badam, walnut, chestnut atau apa sahaja.
6. 1 bar coklat memasak (kalau ikutkan tak lah guna satu papan tu. Ikut pada keperluan).
7. Hiasan. Sama ada coklat sprinkle, walnut yang ditumbuk kasar2 atau apa sahaja.

Cara-cara Memasak:
1. Potong kek coklat besar-besar dan kemudian ramas-ramaskan (crumpled) ia agar berderai dalam mangkuk besar. Buat sehingga kesemua kek habis.
2. Kemudian campurkan cream cheese, mentega, madu & kekacang dalam bekas kek tadi. Ramas semua bahan hingga mesra dan kemudian kepal-kepalnya macam sebesar bola pingpong or golf (mcm dlm gambar di atas).
3. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 2-3 jam agar ianya keras.
4. Masak coklat bar yang dipotong kecil-kecil dengan menggunakan cara double boiling (letak satu periuk yang berisi air dan kuali memasak coklat di atasnya). Ini bagi memastikan tasktur coklat tak rosak. Kacau sehingga coklat cair dan panas.
5. Perlahankan api dan masukkan seketul-seketul coklat balls yang dikepal-kepal tadi. Nak lagi senang, guna lidi pendek untuk cucuknya dan letak dalam paper cup. Bukan apa, takut meleleh.
6. Bila dah sejuk sikit, terus roll coklat tadi di atas coklat sprinkle/coklat rice/walnut pecah. Kalau anda taruk chocolate balls tu dalam paper cup, just tabur aje atasnya atau decorate aje sesuka hati.
7. Masukkan kembali ke dalam peti sejuk dan biarkan dalam setengah atau 1 jam chocolate balls kita. Lepas tu, bolehlah dimakan...


 Bahan-bahan untuk Cheese Balls pula:
1. 1 papan coklat memasak coklat putih (lebih kurang panjang kotak tisu tu)
2. 250 gram cream cheese
3. 1 sudu gula icing
4. 1/2 cawan kacang walnut

Cara-caranya:
1. Masak coklat putih yang telah dipotong kecil-kecil dengan cara double boiling. Bila dah betul-betul cair, tutup api dan biarkan ia sejuk dalam 5 minit.
2. Kemudian masukkan cream cheese dan gula. Gaul sehingga semuanya mesra.
3. Masukkan dalam bekas biasa dan letak dalam peti ais (kat tempat simpan sayuran tau bukan tempat daging). Simpan dalam 1 jam. Campuran cheese tersebut akan sedikit membeku.
4. Potong atau tumbuk walnut separuh hancur.
5. Keluarkan campuran cheese tadi dan kepal-kepalkan ia seperti bola pingpong atau golf. Kemudian golek-golekkan ia di atas walnut yang telah ditumbuk/potong sehingga meliputi seluruh bola.
6. Bila dah siap, masukkan kembali dalam peti sejuk dan simpan lebih kurang 1 jam cheese balls kita. InsyaAllah lepas tu bolehlah dimakannnn... Sedapppp...

Happy cooking....

Hidup Tanpa Tangan...

Hidup tanpa tangan bukan sesuatu yang mudah. Hilang sahaja anggota penting ini, kita pasti akan menghadapi tekanan yang amat sangat. Seoalh menganggap Allah sengaja menduga sesuatu yang tak mungkin kita boleh hadapi. Tapi... bila saya terbaca 1 kisah ini dalam buku "Bila Allah Menduga Kita", saya akui pasti ada hikmah disebaliknya yang membuatkan Allah menduga manusia sebegitu rupa. Apa yang penting, sabar, berdoa moga Dia beri kekuatan & ilham kepada kita untuk terus hidup & berjuang demi mendapat redhaNya...

Jessica Cox, 1st pilot without arms

Saya baru aje kenal wanita hebat pada gambar di atas sebentar tadi (bila di google, keluar terus wajah dia). Dia dilahirkan tanpa kedua belah tangan. Namun, berjaya menjadi juruterbang pertama menerbangkan pesawat tanpa tangan. Kita yang dilahirkan sempurna ini rasanya belum punya keberanian seperti dia. Itupun asyik dok gayat-gayat aje bila di tempat tinggi. :)

Sewakti kecil, dia pernah iri hati pada rakan2nya yang memiliki tangan. Apa yang bagusnya, dia memiliki ibu bapa yang selalu memberikan kata-kata semangat & mendidiknya dgn baik dan melatihnya untuk hidup berdikari. Dan, berkat kesabaran dan semangat yang dikongsi bersama keluarga, akhirnya dia berjaya melakukan segala perkara hanya dengan menggunakan kedua belah kakinya. "I may not have arms but that does not determine who I am or who I can become." Maka, kita yang memiliki apa yang tidak dimiliki oleh Jessica Cox kenapa masih mahu mengeluh dan enggan berusaha???

Menanti Fajar Menyingsing, Bukan Sekadar Resipi, Gadisku, Wan Adnin & Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik

Kali ni saya nak kongsi 4 buku yg dapat bintang-bintang best dari saya. Yang kurang best, saya simpan sendirilah. Pada saya, best itu ikut perspektif saya. Jika tiada yang berkenan, "Tak dapek makcik nak nolongnya wehhh...".

5 Bintang utk buku-buku ini...
Saya suka baca buku berfakta seperti ini. Straight to the point. Menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku di Mesir dan mengapa rakyat Mesir tidak kira agama bangun memberontak dan meminta agar Husni Mubarak rejim Husni Mubarak dijatuh. Buku ini mengandungi:
1. Catatan harian peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang 18 hari Revolusi Mesir berlaku
2. Disusun berdasarkan laporan media cetak & elektronik Mesir
3. Membongkar rahsia-rahsia sebelum & selepas revolusi
4. Kupasan & huraian pengajaran di sebalik setiap peristiwa.



Antara catatan menarik yang ingin saya kongsikan dari buku ini:
Dr. Muhammad 'Imarah dlm artikelnya menggariskan faktor penyebab kepada kejatuhan Husni Mubarak oleh rakyat Mesir:
1. Kerajaan Mubarak merupakan pemimpin Arab utama yg mendesak Amerika & Barat supaya menyerang Iraq pada 2003.
2. Mubarak menyatakan sokongan terbuka mengenai serangan Amerika & Barat ke atas Afghanistan pada 2001, sekalipun Presiden Amerika, Goerge Bush ketika itu menyatakan perang tersebut adalah "Perang Salib".
3. Mubarak memberi sokongan penuh terhadap serangan kerajaan Kristian Ethopia ke atas negara umat Islam Somalia.
4. Selama 30 tahun, Mubarak bertidak sebagai 'pengawal keselamatan Isreal' apabila menyokong serangan Israel terhadap Lubnan pada 2006 & Gaza pada 2008 & 2009.
5. Mubarak bersekongkol dgn Zionis ketika kepungan ke atas 1.5 juta penduduk Gaza dgn tidak membenarkan pintu sempadan Rafah dibuka.
6. Undang-undang Darurat no. 162 menyebabkan sesiapa sahaja ditahan atau dipenjarakan tanpa pendakwaan atau bukti yg jelas sehingga tidak blh menggunakan khidmat peguam bela, penahanannya tidak blh dicabar oleh mahkamah & penangkapan tiada had tempoh.

Terdapat beberapa lagi sebab yang membuatkan rakyat memberontak. Kadar kemiskinan yang meningkat, penindasan ke atas rakyat, kes kematian Khalid Sa'id dan Sayid Bilal, pemerintahan diktator, percubaan mewariskan takhta, penyelewengan yang berleluasa, penipuan dalam pilihanraya, wujudnya ramai pengampu Mubarak dan banyak lagi sebab-sebab lain yang membuatkan rakyat tidak puas hati dan bangkit mempertahankan hak mereka.

Satu syair yang ada di muka hadapan buku ini membuatkan saya mengiakan apa yang disampaikan. 
"Jangan kamu melakukan kezaliman jika berkuasa kerana kezaliman akan membawa kesudahan penyesalan. Kamu boleh tidur dan orang yang dizalimi berjaga, mendoakan kebinasaanmu dan (ingatlah) Allah tidak pernah tidur."

Senaskhah lagi buku yang saya berikan 5 bintang. Buku resipi yang diselitkan sekali dengan motivasi, mengingatkan kita tentang pelbagai nikmat Allah meskipun hanya dengan menggunakan sekecil-kecil bahan. Kenangan penulis sepanjang memperolehi resipi yang dikongsikan membuatkan saya terkenang juga zaman kanak2 dan remaja sehinggalah sekarang. Melalui masakan, kita dapat memperolehi pelbagai kenangan, belajar tentang sesuatu dan berkongsi akan pelbagai perkara dengan sesiapa sahaja.

Antara resipi2 yg saya dah cuba dalam buku ini seperti lasagna, kek coklat hebat dan quiche cendawan. Sos spaghetti pun meski saya tahu buat, saya ikut skit cara Puan Roza ni untuk dijadikan sos bagi lasagna. Bila dah masak tu, sedapnya... Dapat dikongsikan masakan tersebut dengan hubby dan keluarga saya. InsyaAllah, saya akan cuba lagi beberapa resipi yang ada dalam buku ini. 

Buku 4 bintang setengah...

Novel dari Noor Suraya ini memang best. Rasa macam belajar balik bahasa-bahasa lama dan Istana. kih kih kih... kembali ke zaman silam you... Cerita tentang gadis bernama Wan Adnin yang dibesarkan oleh neneknya yang amatlah menitikberatkan tentang tatasusila penampilan seorang gadis yang selayaknya perlu ada plus, mengawal ketat cucunya. Aduhaiii.... kalau saya lah yang jadi cucu nenek Wan Adnin ni, rasanya mau pengsan. Tiap-tiap hari memang kena belajar bersabar... But, at the end, Alhamdulillah neneknya ni sedar juga akan kesilapannya yang memandang darjat dan memperlekehkan pendapat orang lain. 
Saya akan beri buku ini 5 bintang jika ianya ditambahkan lagi muka suratnya. Rasa tak puas pula baca buku Kak Su kali ni... But still, I love Jaja & Din the most. :)

Buku 4 bintang

Dah lama saya tak baca buku2 cinta remaja sangat. Betullah kata kawan saya, 'orang jual nasik lemak belum tentu sempat makan nasik lemak yang dijualnya. Orang jual buku, belum tentu sempat dia baca buku yang dijualnya.' Memang tepat sekalilah kata-kata tu kat saya. Dah macam2 buku dijual tapi bacanya tak le banyak mana (mana sempat dek non nak baca, Sapa nak balas emel, saya nak balut buku, sapa nak buat akaun, sapa nak pi amik stok kalau tak akakkk jugakkk... hehehe...)

Buku ni agak menarik juga. Tak boring sangat dan tak meleret sangat penceritaannya. Suka juga gaya hero heroin yang sorang ala2 ganas tapi dalam hati ada taman manakala sorang pula terpaksa menahan rasa cinta hanya kerana peristiwa lama. Wehhh... yang lepas tu memang sakit hati dikenang, tapi kalau dok ingat benda tu aje, boleh sewel tau. Apa yang penting, setiap apa yang Allah beri pasti ada hikmahnya. Kalau tak percaya pi cari terjemahan surat al-Insyirah. Allah dan maklumkan kita tentang itu. Apa yang penting, kena belajar bersabar dan redha dengan apa yang diberikan (macam makcik nilah gak... sabarrrr....) :)

Anyway, jika ada yang berminat nak dapatkan buku2 berbintang-bintang saranan makcik ni, bolehlah dapatkannya di blog Belidiskaun atau Bukuislamikdiskaun... Memang diskaun sepanjang tahunlah kat blog ni...

Maggi Goreng Mamak permintaan pak mertuaku...


3 hari sebelum Hari Raya Aidil Fitri baru ni, saya masak le maggi goreng mamak. Amik resipi kat curlybabesatisfaction & tiffinbiru. Saya godek2 sikit ikut bahan apa yang ada di peti ais dan yang simple (makcik ni kan amatur...). Sebelum masak tu, tanya hubby nak masak berapa paket. Dia kata masak semualah sebab family kakaknya dan anak2nya yang baru balik asrama berbuka sekali. Saya rasa macam membazir pulak kalau masak semua, kotlah kalau tak abiskan. Lagipun depa katanya tapau nasik goreng kat restoran. Lastnya saya masak 4 paket aje.

Dan bila tiba waktu buka puasa, hamik kau, 2 orang anak sedara lelaki saya senduk maggi goreng tu penuh sepinggan. Amik pulak sosej roll yg baru digoreng. Bila tengok abang2nya buat cenggitu, wah, pompuan pun tak mau ngalah. Semua amik sesenduk. Abang ipar saya pun join the club gak. Eh... ini kalau dibiarkan mau habis tak merasa saya n hubby. Nasib baik sempat selamatkan sepinggan untuk kami berdua kongsi. Lepas tu, gaban 2 orang tu datang balik kat meja makan dan senduk lagi maggi goreng yang ada. Ah sudah. Last skali yang saya perasan mak mertua saya just dapat 2 sudu aje. Yang lain dan selamat 'dibelasah' cucu2nya.

Dan keesokan petangnya, bukak aje pintu bilik nak siapkan masakan buka puasa, ayah mertua saya bersuara, "Fisyah, ari ni masak maggi goreng semalam lagi. Abah tak sempat makan, dah abis." Looo... tu dia kata-kata ayah mertuaku. Satu penghargaan tu beb. Tersengih2 jap makcik mendengarnya. Hehehe...

Dan jawapan pada permintaan ayah mertuaku itu, "Errr... maggi dah abis. Yang ada pun sayur dan fish cake aje."
"Takpe, abah pi beli. Kali ni masak 6 paket," ayah mertuaku berkata dengan semangatnya.
"Cukup ke 6 paket tu? Kot depa makan macam semalam. Ni anak2 abang pun ada."
Ibu mertuaku pula menyampuk, "masak ajelah semua 10 paket."
Hamik kau. 10 paket tu. Jangan tak caya. Dan dengan jayanya serta kudrat yang diberi Allah, akhirnya berjaya juga maksu depa ni masak maggi 10 paket dalam 1 kuali. Nasib tak terbalik kuali tu aku kerjakan. kih kih kih...

Dan, ni resipinya maksu depa kongsikan utk semua. Manalah tau ahli keluarga anda semua pun sukakannya bila dah boring makan benda lain... :)

Maggi Goreng Mamak:
Bahan2 untuk memasak 2 paket Maggi Goreng:
1. Maggi 2 paket
2. Bawang besar dicincang
3. Minyak masak untuk menumis
4. Cili giling / cili kering yang dah siap di blend dalam 2-3 sudu. Jika nak pedas, boleh le banyak ek.
5. Daging / Ayam cincang (ikut suka nak banyak mana)
6. Fish cake, fish ball, sosej atau apa sahaja yang ada dalam peti ais yang boleh dimasukkan dalam kuali.
7. 1 biji kentang yang dipotong dadu
8. Sos tomato 2 sudu
9. Sos tiram 1 sudu
10. 2 biji telur
11. Sayur sawi / kubis / cendawan butang yg putih tu (saya guna ni aritu sebab nak abiskan stok sblm busuk)
12. Gula & garam

Cara-cara memasak:
1. Rebus kentang yang sudah dibuang kulit dan dipotong dadu sehingga sedikit empuk. Sudah empuk, keluarkan dari kuali dan rebus pulak maggi sehingga agak lembut. Kemudian toskan.
2. Dalam kuali lain, tumis bawang besar yang dicincang sehingga naik bau dan sedikit garing. Kemudian masukkan cili giling. Masak sehingga agak garing. Tambah air sedikit jika kering.
3. Masukkan kentang dadu yang sudah empuk tadi. Goreng bersama cili tersebut. Setelah sambal kelihatan sudah masak, masukkan bancuhan serbuk kari maggi dengan sedikit air. Jika kelihatan kering, tambah aje sedikit air. Jangan malu-malu...
4. Masukkan pula segala macam fish cake, fish ball, sosej atau apa sahaja ke dalam kuali. Kacau sehingga ia kelihatan sudah masak. Masukkan pula sos tomata dan sos tiram serta sedikit gula dan garam. Kacau sehingga sebati.
5. Ketepikan sedikit bahan-bahan yang digoreng tadi dan pecahkan 2 biji telur. Goreng telur tersebut macam scrabble egg. Bila telur dah 3/4 masak, masukkan maggi yang telah ditoskan berserta dengan sayur sawi atau apa sahaja sayur yang anda ada. Gaul maggi tersebut sehingga mesra dengan semua bahan. Jika kering, tambah sedikit air dan sedikit kicap. Rasa-rasa macam dah masak, kiranya bolehlah diangkat dan dimasukkan ke dalam pinggan besar anda. Siap untuk dinikmati maggi goreng mamak ini dengan ahli keluarga.

Happy cooking...

Lasagna dan quiche cendawan sempena raya


Selamat Hari Raya semua... Kali ni saya nak kongsi resipi masak-masak masakan barat. Selalunya saya n my sis akan try menu baru time hari raya. Sebabnya kalau hari lain, dia sibuk dengan kerjanya dan saya dengan kerja saya. Plus, kami pun dok jauh-jauh. Cuti-cuti tertentu aje dapat jumpa.

Kali ni kami try masak lasagna dan quiche cendawan. Kalau ikutkan memang dah lama teringin nak masak and try resipi lasagna ni dan akhirnya selepas beli buku "Bukan Sekadar Resipi" dan ada masa terluang hari raya ni, kami pun ngetest le. Alhamdulillah... jadiiiii.... :) suka suka suka....

Resipi masak-masak kali ni, selain resipi daripada buku Puan Roza, buku masakan adik saya time belajar ERT dulu & ikut instinct sendiri. :)

Lasagna meatball dengan quiche cendawan

Resipi & Cara Memasak LASAGNA:
Bahan-bahan untuk sos putih (the balsamella sauce):
1. 6 sudu besar mentega atau 6 sudu besar minyak sayuran / jagung
2. 5 sudu besar sudu gandum
3. 60gm parutan keju parmesan
4. 3 1/4 cawan susu penuh krim atau UHT
5. 1 biji bawang besar dicincang
6. Garam secubit
7. Oregano sedikit

Cara membuat sos putih:
1. Panaskan periuk untuk cairkan mentega atau minyak masak & tumis bawang sehingga layu.
2. Masuk tepung gandum & susu sedikit demi sedikit. Kacau dengan pantas agar sisi tidak berketul.
3. Masukkan garam, oregano & parutan keju parmesan ke dalam sos. Kacau hingga sebati (tak perlu mendidih) dan angkat.

Bahan-bahan untuk sos bolognese (sos spaghetti tu):
1. 500gm daging cincang atau sekeping daging cincang Ramly Burger tu.
2. 1 tin tomato puri
3. Jus lemon atau jus limau kasturi sebiji
4. 3 sudu minyak sayuran
5. Sebiji bawang besar dicincang halus
6. Seulas bawang kecil dicincang halus
7. Sebatang lobak merah dicincang kasar
8. 3 batang saleri dicincang kasar (sayur ni takde pun takpe)
9. Daun parsli sedikit (saya guna jenama Mccormick aje)
10. 1/2 sudu oregano (guna Mccormick jugak sbb daun oregano yg ditanam kat luar dh dimakan tikus)
11. Sos cili biasa dalam 3-4 sudu (kita kan org Malaysia suka makan pedas...)
12. Garam, gula dan lada sulah secukup rasa
13. 6 sudu keju parmesan yang diparut.
14.  Meatball (beli yg dah siap ataupun jika rajin boleh buat sendiri guna daging cincang)

Cara buat sos bolognese :
1. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar, putih, lobal merah dan daun saleri. Goreng sehingga bawang lembut atau layu.
2. Masukkan daging cincang dan goreng rata agar daging tidak berketul.
3. Kemudian, masukkan tomato puri, sos cili, jus lemon or limau kasturi, oregano dan daun parsli. Masukkan garam, lada sulah dan gula secukup rasa.
4. Biarkan mendidih. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat. Taburkan keju parmesan dan gaulnya sehingga sebati. Dan mendidih kira dan settle.

Bahan-bahan untuk lasagna:
1. Kepingan pasta lasagna (jenis tanpa perlu direbus dahulu)
2. 1 sudu kecil minyak sayuran / zaitun
3. 150gm parutan keju mozarella
4. 120gm parutan keju parmesan

Cara memasak lasagna: 
1. Panaskan ketuhar pada suhu 230 Celcius / 350 Farenheit
2. Sapukan sedikit minyak sayuran / zaitun pada bekar pembakar. Masukkan sesenduk sos bolognese & atur kepingan pasta lasagna di atasnya.
3. Ambil 2-3 senduk sos bolognese lagi & ratakan atas kepingan pasta yg diatur tadi.
4. Kemudian curahkan pula sos putih 2-3 senduk di atas sos bolognese. Taburkan parutan keju parmesan di atasnya. Ulangi proses sehingga lapisan terakhir.
5. Di lapisan atas sekali, taburkan sos putih dan parutan mozarella.
6. Bakar di dalam ketuhar selama 30-45 minit atau bahagian atas keperangan. Cucuk bahagian tengah, jika pasta lembut maknanya sudah masak. Sedap dimakan time panas2 atau paling penting laparrr...

Resipi & Cara Memasak QUICHE CENDAWAN:
Bahan:
1 doh pastri. Boleh buat sendiri atau beli aje kat kedai jual bahan2 kek or pasaraya.

Bahan inti:
1. 1 tin cendawan butang dlm tin / 1 paket cendawan butang yg segar warna putih tu.
2. 2 sudu minyak zaitun / minyak sayuran
3. 1/2 biji cendawan besar dicincang
4. 1/2 batang daun saleri dicincang
5. 1/2 lobak merah dicincang
6. Garam, lada sulah dan lada hitam secukup rasa

Bahan kastard:
1. 1/2 cawan susu penuh krim / susu UHT
2. 3 biji telur
3. 1 1/2 cawan keju ceddar diparut kasar or koyak2kan aje jika sekeping2.
4. Secubit oregano

Cara memasak Quiche Cendawan:
1. Canai doh pastri dan masukkan dlm bekas pembakar bentuk bulat. Cucuk doh pastri dengan garpu (agar bahan masakan dan doh masak sekata) & masukkan dlm ketuhar dengan suhu 230 Celcius selama 5-10 minit. Keluarkan kembali dan biar sejuk seketika.
2. Sementara itu, panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang sehingga layu. Masukkan cendawan, daun saleri, lobak merah, garam dan lada sulah secukup rasa. Masak dalam 8-10 minit.
3. Taburkan parutan keju di bawah lapisan pastri kemudian tabur campuran cendawan sayur & parutan keju di lapisan akhir.
4. Di dalam mangkuk lain, kacau campuran susu UHT / susu penuh krim, telur, garam, lada sulah dan oregano. Kemudian, curah ke atas cempuran cendawan dan keju.
5. Bakar selam 30-35 minit sehingga quiche cendawan masak...

Ni lah dia buku Puan Roza @ wife Prof Kamil yang tulis buku "Bersyukur Saat Diuji" tu. Macam2 resipi best ada dalam ni. Dan yang menarik juga, kata-kata motivasi dan peringatan oleh Allah buat kita turut diselitkan...

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...