Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

5 bintang utk Sunan Musafir & Harry Potter

Rasanya memang dah bersawang dah blog ni. Payah benor nak update skang ni. Kalau ada masa pun rasa nak rehat-rehat, baring-baring, tidur-tidur, tgk cerita korea, dating, tapi... rezeki Allah siapa boleh tolak (sebab suka sangat dgn rezeki yg Allah beri ni). Dulu, masa lepas kahwin, berbulan juga saya jadi full time house wife. Hantarlah resume manapun, payah benar nak lekat. Dan Alhamdulillah, Allah tahu apa yang terbaik buat saya dan suami. Sedikit demi sedikit diberikan nikmat kerja yang kami suka (kalau diberi sedebuk karang, mau saya pengsan, hehehe...). Ish, apa yg saya melalut ni ek. Jauh benar tajuk entry dengan mukadimah ni. Hehehe...

Ok, oleh kerana saya lately agak sibuk, jadinya dalam banyak2 buku yg diborong kat Pesta Buku KL 2 minggu sudah, 2 aje baru settle baca. 1st, dah tentu 'Sunan Musafir' dan 2nd, 'Harry Potter and The Pholosopher's Stone' (buku lama gitu...).

Rezeki saya dan suami, dapat jumpa dan dapat autograf RAM untuk last buku kisah Laksamana Sunan ni. Dapat yg hard cover tuuu... :)

Pada mereka yang mengikuti perkembangan cerita trilogi Bagaikan Puteri dan sambungannya, sudah pasti setiap tahun tertunggu-tunggu ending Laksamana Sunan yang mengalahkan musuh dunia kejahatan. Dan untuk setiap buku Laksamana Sunan ni, we give 5 stars for it. Apa pun, happy ending buat Sunan, Sang Ratu dan his son. So, Haryani, kahwin ajelah dengan orang lain. Takyah ditunggu-tunggu lagi. Macam Maryam memperhambakan diri pada Allah sehingga akhir hayat. But, kesian kat abang bangsa polip tu, Saifullah, cinta tidak berbalas dan hidup keseorang sehingga akhir hayat (panjang umur dia tu..). Ya, untuk tahu lebih lanjut kenalah dapatkan buku 'Sunan Musafir' ni dalam seminggu lagi coz still dalam printing untuk soft cover. Nak lagi best, dapatkan 1 koleksi cerita Laksamana Sunan ni ya. Amat2 disarankan.

Tengok betul-betul cover buku dia. Senang nak carik kau kedai tau. Nak lagi best, boleh dapat kat Belidiskaun, http://belidiskaun.blogspot.com. Diskaun sepanjang tahunnn...


Ni lah buku kedua yang baru dihabiskan semalam. Walaupun dah bertahun filem dia, baru kali ni dapat beli. Beli yang murah. Ekekeke... 8 ringgit aje tu. Itu sebab saya beli. Cari gak yg buku keduanya, tapi dah takde.  Tinggal buku yg cover putih tu (tak nak bli even 30% discount. jimat geng jimat).

Bila baca buku Harry Potter ni dan compare dengan filem dia, rasanya dalam 1st ada yg ditambah dan ada yg dikurangkan (standard le tu kan...). But, bagi saya i love both. Berapa banyak dah agaknya makcik JK Rowling tu dapat royalti buku, filem dan barang2 Harry Potter. Huish, rezeki bedebuk debuk debuk tu...

Nampaknya, sampai sini aje celoteh saya, kita sambung lain kali ya... Love u all readers...

Pesta Buku A/bangsa 2012 & ngetest resipi...

Pesta Buku Antarabangsa KL (PBAKL) sedang rancak berlangsung sekarang ini di PWTC. Minggu yang ditunggu-tunggu oleh setiap penggemar buku & penerbit buku. Saya yang dari kecil memang sering dibawa keluarga ke pesta buku ini, rasa bagai happy sesangat bila berada di dalam lautan manusia penggemar buku ini (walaupun rasa nak pengsan bila dah terlampau bersesak2). Sharing the same interest.

Kali ini, atas jemputan pihak JS Adiwarna, saya menghadiri slot saya bersama pembaca pada hari Ahad lepas. Alhamdulillah, dapat juga saya berjumpa dengan pembaca cilik yang sudi membeli karya saya. Dan yang paling saya dan rakan penulis saya pada hari itu, Umiamira, agak terharu bilamana ada seorang dua pembeli yang membeli buku2 karya kami untuk dihadiahkan kepada adik2 mereka. Mereka sungguh prihatin dan hati mereka penuh dengan rasa kasih sayang.

Ini antara salah seorang pembaca cilik yang memilih buku 'Resipi Nenek' untuk dibaca nanti. 

Settle aje slot saya hari itu, saya, hubby dan anak sedara kami singgah jap ke booth NB Kara. Apa lagi, aktiviti mengambil stok buku baru Kak Yati dan beli buku resipi baru dia dan rakan2nyalah. 

Setahun sekali aje saya amik gambar dengan penulis pujaan hati saya ni. Bak kata kak NB, "Kau ni, selalu jumpa pun nak amik gambar gak?" Mesti.... sesekali le katakan... hehehe...

Selesai aktiviti mengambil stok buku2 dengan beberapa orang penerbit (masa slot saya tu, saya mintak tolong en. hubby ambilkan stok. Manalah tahu kot2 le terabis awal buku yg customer order, susah den nanti), kami pun tak duduk lama kat situ. Balik Nilai awal sebab malamnya ada aktiviti makan2 dengan keluarga. Saya dan hubby dah cadang2 nak ke PBAKL sekali lagi sebab buku2 kami tak sempat nak beli. Itu pun en. hubby hanya sempat belikan buku bini dia ni seketul aje.

Dan hari ni, saya dah ngetest salah satu resipi dalam buku resipi Kak Yati dan rakan2. Kuih Kaswi Abang oleh Kusyi Hirdan. Dah lama saya teringin nak buat kuih ni tapi ada aje halangan. Dan Alhamdulillah, rezeki saya hari ini Allah beri. Kuih kaswi yang pertama kali saya buat menjadi. Suka suka. Sedap pulak tu (ikut tekak saya, sedaplah). 

Inilah Kuih Kaswi Abang yang saya ngetest tu. Nampak cam comel kan. Hahahaha... 

Kalau pembaca semua nak resipi kuih ni dan macam2 lagi masakan lain, beli aje buku di bawah ni. InsyaAllah sama-samalah kita cuba resipi baru dan selera baru yang rasa2nya boleh masuk dek tekak kita. :)

Cuba jangan tak cuba ya....

Hadis Bimbingan Berkaitan Doa & Zikir oleh Ustaz Zahazan dan Ahmad Hasan


Hari ni saya nak kongsi beberapa potong hadis yang ada dalam buku 300 Hadis Bimbingan terbitan Telaga Biru. Ianya berkaitan doa. Dalam al-Quran banyak diperkatakan tentang perlunya kita berdoa kepada Allah swt.

1. Doa adalah ibadah.

  • Daripada al-Nu'man bin Bashir r.a., Nabi saw bersabda: "Doa adalah Ibadah". (Riwayat Abu Daud & Al-Tirmizi)
2. Kemuliaan doa.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: "Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sis Allah melainkan doa". (Riwayat al-Tirmizi & Ibn Majah)
3. Berbaik sangka dengan Allah
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: "Berfirman Allah 'Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (berzikir kepada-Ku).'" (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
4. Waktu mustajab doa
  • Daripada Abu Umamah al-Bihili r.a. , Nabi saw ditanya oleh seseorang: "Apakah yang doa yang lebih didengar (lebih makbul dan mustajab)?" Baginda bersabda: "Waktu terakhir pada hujung malam dan sesudah solat-solat fardu." (Riwayat al-Tirmizi)
Jadi semua pembaca... jom kita sentiasa berdoa dan berzikir kepadaNYA...

Tortilla sausage dengan sos campur


Kali ni saya nak kongsi resipi yang mudah dengan semua. Saya nampak resipi tortilla sausage ni di blog Kak Nannie. Tapi saya godek-godek sikit ikut bahan-bahan yang ada di dapur. Resipi ni simple dan ambil masa yang sikit untuk menyediakannya. Jom cubaaa...

Bahan-bahan:
  1. Beberapa keping tortilla
  2. Mayonis
  3. Sosej 10 batang dipotong kecil
  4. Sos tomato 3 sudu
  5. Sos cili 3 sudu
  6. Sos tiram 1 sudu
  7. Garam secukup rasa
  8. Italian herbs
  9. Lada hitam
  10. Serbuk cili satu sudu kecil

Cara-cara membuatnya:
  1. Goreng sosej yang telah dipotong kecil.
  2. Selepas sosej garing, masukkan ketiga-tiga sos tadi. Gaul sehingga mesra dan mendidih. Bila dah masak, tutup api.
  3. Panaskan kuali leper dan ratakan minyak di atasnya.
  4. Letak roti tortilla di atas kuali leper yang panas. Kemudian sapukan sos cili dan mayonis di atasnya.
  5. Letakkan inti sosej yang sudah dimasak tadi di atasnya. Susun/tabur kepingan keju di atasnya. Lepas tu, tutup dengan sekeping lagi roti tortilla.
  6. Gunakan dapur api perlahan agar roti tidak hangit. Tekan-tekan keliling roti agar roti melekat antara satu sama lain dan masak. 
  7. Terbalikkan roti tortilla perlahan-lahan agar tidak bertabur intinya. Masak sebelah lagi.
  8. Bila nampak dah masak, bolehlah angkat dan letakka di atas pinggan. Potong empat tortilla sausage tu dan sudah boleh dimakannn...
Selamat mencuba.... 

Jom layan gambar keindahan alam ciptaan Allah

Hari ni saya nak share gambar2 menarik yang saya, eh bukan saya, tapi hubby saya dapat dari Pusat Pungutan Zakat. Gambar di kelander untuk tahun 2012. Saya google lah dapat pick gambar2 yang lebih menarik di mata saya (gambar kat kalender ni pun amik dari pak google).
Jommm...

Pamukkale Denizli, Turki.
'Pamukkale' yang bermaksud 'benteng kepas' dalam bahasa Turki adalah sebuah laman di wilayah Denizli di Barat Daya Turki. Ianya merupakan kota teres berisi air panas dan juga mineral karbonat yang ditinggalkan oleh air yang mengalir.

Gua Batu Marmar, Chile.
Ianya terletak di sebuah pekan kecil di Tasik General Carrera, Chile. Gua marmar ini menjadi tarikan utama bagi pekan ini yang mempunyai jumlah penduduk seramai 3000 orang. Menjadi bahan kajian arkeologi sehingga kini.
Wulingyuan, Hunan, China.
Wulingyuan adalah sebahagian daripada Banjaran Wuling. Terletak 270 km daripada Changsha, ibu kota Hunan. Terkenal dengan ketinggian batu pasir kuartzit yang berbentuk seperti tiang. Telah dinobatkan sebagai tapak warisan UNESCO.
Washoe County, Nevada, Amerika.
Dikenali sebagai "Fly Ranch Geyser". Ianya terbentuk pada tahun 1916. Mineral yang terlarut di dalam semburan air panas ini meningkat dan bercampur, menciptakan sebuah gunung yang berwarna-warni yang berkembang dan membesar sehingga ke hari ini.
Taman Bunga Keukenhof, Lisse, Belanda.
Merupakan taman bunga yang terbesar di dunia. Terdapat 7 juta kuntum bunga yang ditanam pada setiap tahun. Ciri-ciri alam semulajadi dan pelbagai spesis bunga yang terdapat di dalam taman ini, telah menjadikan taman ini terkenal di serata dunia.
Gunung Roraima, Amerika Selatan.
Merupakan antara gunung tercantik di dunia. Ia terdiri daripada batuan besar yang amat unik seperti meja yang tergantung di tengah awan. Terletak di antara sempadan Venezuela, Brazil dan Guyana.
Air Terjun Niagara, Canada dan USA.
Merupakan satu kelompok air terjun yang besar di Sungai Niagara yang terbentang di antara sempadan antarabangsa yang memisahkan wilayah Ontario, Kanada dan Amerika. Merupakan air terjun tercantik di dunia.
Gua Batu Kapur Guangxi, China.
Merupakan sebuah gua batu kapur semulajadi dan telah wujud lebih dari 180 juta tahun dahulu. Dipenuhi dengan stalaktit, stalagmit dan juga pembentukan batu dalam bentuk yang pelik dan menarik. Di dalamnya terdapat lebih 70 inskrpsi yang ditulis merata di dinding.
Terumbu Sawar Besar, Queensland, Australia.
Dikenali dengan nama Great Barrier Reef. Merupakan terumbu karang yang terbesar di dunia yang mengandungi lebih 2900 batu karang dan sekitar 900 pulau yang luas terbentang sepanjang 2600km dengan luas permukaan sekitar 344 400km2. Merupakan salah satu tapak warisan UNESCO.
Salar De Uyuni, Oruro, Bolivia.
Merupakan dataran garam terluas di dunia. Terletak di bahagian tenggara berhampiran banjaran Andes. Pada setiap bulan November, dataran garam ini menjadi tempat pembiakan bagi 3 spesis burung Falmingo iaitu Flamingo Chile, Andean dan James.
Sungai Kristal, Serrania De La Macarena, Colombia.
Merupakan sungai yang tercantik di dunia pada hari ini. Dikenali dengan nama 'Sungai Lima Warna'. Terletak jauh di kawasan pendalaman sehingga terpaksa menunggang kuda untuk sampai ke lokasi sungai ini. Dipenuhi dengan alga sehingga sungai ini nampak berwarna-warni.
Gunung Everest, Nepal, Tibet, China.
Merupakan gunung yang tertinggi di dunia dengan ketinggian 8850 meter. Gunung ini terletak di banjaran gunung Himalaya. Rabung kemuncak pada gunung ini menandakan sempadan di antara Nepal dan Tibet.

Membangkang Nafsu

Petikan untuk cerita di blog pada kali ini diambil dari buku "Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia" berkaitan dengan keinginan atau keperluan?

Umar Al-Khattab digelar Al-Faruq iaitu orang yang sangat pandai memisahkan antara kebenaran dengan kebatilan secara teliti. Ucapan beliau kali ini sangat tepat untuk dijadikan sebagai panduan hidup Muslim moden.

'Beliau mengajar kita untuk tidak menjadikan keinginan sebagai asas konsumsi, akan tetapi ia mestilah berlandaskan keperluan.'

Keinginan pada hakikatnya adalah nafsu serakah yang tidak mengenal batasan. Setiap kali diberi, ia akan meminta yang lain. Begitulah seterusnya sehingga jika dituruti, ia akan terus menjerumuskan manusia ke dalam pembaziran.


Adapun asas keperluan, maka ia menjadikan akal sebagai pembuat keputusan. Dengan kecerdasan akal, ia akan memilih benda-benda yang penting dan yang kurang (atau sama sekali tidak) penting. Akibatnya, sesiapa yang berpegang pada asas ini, dapat mengawal perbelanjaannya dengan baik & terselamat daripada sebarang kegawatan kewangan.

Prinsip ini memperlihatkan ketinggian fiqah Umar. Sesungguhnya tidak terhitung anjuran Islam agar kita membangkang keinginan nafsu. Malah, al-Quran ada menyebut bahawa sikap mengikut hawa nafsu merupakan gaya hidup kafir yang tidak selari dengan prinsip keislaman.

Jadi, membangkang keinginan nafsu merupakan pembuktian tauhid yang sangat tinggi. Kita seolah-olah menegaskan di hadapan Allah dan seluruh makhluk bahawa tidak ada yang layak dituruti kehendaknya melainkan Allah swt.

Sungguh tepat ucapan Sahl Bin Abdillah at-Tustari (w.283H), "Allah tidak disembah dengan suatu amalan yang lebih baik daripada membangkang keinginan nafsu."


Rujukan: Umar Muhammad Noor, Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia. 2011. Telaga Biru Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Sticky candy dan binokular 10x50 dah dapat

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya kedua-dua benda ni. Sticky candy n binokular semalam. Suka sangat...


Sticky candy ni saya tahu dah ada kat Malaysia bila baca entry kak Norhayati Berahim. Bila tengok aje gambar kat blog dia tu, terus saya teringat kawan saya yang pernah tunjukkan saya gula-gula ni masa dia belajar di Australia dulu. Comel sungguhlah masa member saya tu tunjuk. Tapi masa tu cuma dapat tengok ajelah, tak dapat merasa. Dan... rezeki kita siapa tahu. After 6 years, baru saya dapat merasa. Hehehe... suka suka.. Ops! Alhamdulillah... terus saya ajak hubby pi Pavilion untuk beli sticky candy ni...

Ada macam2 perisa dan corak sticky candy ni. Kalau mix rock (campur2 candynya), 1 botol tu RM19.90. Macam gambar kat bawah ni. 

Kalau 1 perisa aje, RM14.50. Dan kalau ada tulis perkataan kat tengahnya, RM16.90. Macam tulis I Love You kat bawah ni. Siapa yang bercadang nak request untuk perkahwinan pun boleh. Contohnya letak nama Linda & Hafiz. Tapi, bab harga makcik tak tau. Tapi sendiri mau agak ler... :)
Lepas dah beli sticky candy ni, kami terus ke PS @ Petaling Street. Rasanya last sekali saya ke PS dengan hubby masa kami bertunang. Fuh! Lama giler tu. Kami pun memanjangkan leher mencari binokular yang dikhabarkan oleh kawan kami dan budak astromas (pergi ke uptown Cheras, binokularnya saiz kecil aje). 
Jenguk punya jenguk, jumpa gak akhirnya. 

First kedai yang kami pergi, tak mahu langsung turunkan harga. Pujuk le macam mana pun, bos dia keras hati. Last skali saya buat decision untuk tengok kedai lain dulu. Nasib baik... kedai no. 2 yg kami pergi dapat gak bagi harga murah RM105 (murah 15 ringgit aje tapi murah le sebab dapat kurang dari kedai 1st). Pekerja dia pun layan aje kerenah kami sebab dia agak kami memang akan beli sebab harga dah dibagi murah. Setelah mencari dan mengetest, akhirnya kami capai binokular 10x50mm. Yes... sronok...

Aktiviti mengintai langit malam hanya dapat kami buat hari ni. Semalam hujan dari petang sampai ke malam. Memang dah sah nampak awan aje. Teruja betul saya, hubby, my sis n friend dan mama. Semua pakat-pakat ngetest. Mula-mula tak nampak, dah fokus demi fokus, baru nampak bintang tu berkedip-kedip. My mama aje tak dapat tengok. Puas ditilik, dipandang, ditukar arah, tanggal spek, pun tak nampak jugak. Last skali, dia masuk rumah, sambung tengok cerita Ustaz Don. Hehehe... takpe, lain kali mesti boleh nampak...

Dan kali kedua saya dan hubby mengintai langit jam 11.15. Dan rezeki kami juga, ada kawan di FB maklumkan boleh guna google sky map untuk tahu bintang dan segala macam kordinat isi langit kat web tu. Pantas hubby download ke Gnote dia. Dan dia makin excited meneropong ke dada langit. Saya lagi le excited bila dapat skodeng planet Marikh. Merah. Berbanding bintang lain yang berwarna putih dan biru.


InsyaAllah, saya dan hubby akan super rajin dalam masa seminggu dua ini untuk mengintai langit. Yihuuuu... seronok dapat lihat kecantikan alam ciptaan Allah...

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...