Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Puding Laici mama yang sedappp...

Salam semua. Kali ni saya nak kongsi resepi puding laici yang memang sedap. Lagi sedap kalau mama saya yang tersayang buat. Pergh, marvelous...

Bahan2nya:
1. 2 paket agar-agar
2. 1 tin laici
3. 1 tin susu cair
4. gula pasir 3/4 cawan
5. gula batu (membantu untuk pekatkan agar2)
6. air 140 ml. Kalau agar2 2 paket, kena doublekan air atau kurang sedikit. Jangan lebih sangat nanti puding lembik.


Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan air ke dalam periuk bersama dengan agar2. Kacau agar2 sehingga cair.



2. Bila dah cair, masukkan gula pasir, gula batu, susu cair dan separuh air dalam tin laici. Jangan tuang habis air laici ke dalam periuk tau. Kacau hingga mendidih dan gula batu sudah mencair.



3. Bila dah mendidih, perlahankan api dan kemudian tutupnya. Jangan lupa kacau sehingga tidak terlalu panas. Kemudian masukkan puding ke dalam tupperware dan biarkan ia sejuk sendiri di atas meja.

4. Bila puding dah sejuk, taburkan buah laici yang dicarik-carik ke atas puding. Baki air laici yang separuh lagi di dalam tin, tuangkan ke atas puding juga.



5. Dan kemudiannya, simpan puding tersebut ke dalam peti ais untuk sejukkan dia. Dalam 1 jam, semua orang boleh nikmati puding laici yang sedap, sejuk dan nyaman tu... :)


Tadaaa... Dah siap utk di'nyum nyum'kan... hehehe...

Anak saudara sorang ni memang pantang nampak saya amik gambar. Dia pun apa lagi, keluarlah ayat, "Mak su, amik gambar Nurin, mak su." So, layankan ajelah... :)

Selamat mencuba...

Pesta Buku Antarabangsa 2011 & "Sejam RM2.50"

Alhamdulillah, saya n hubby n my sisters selamat ke Pesta Buku KL Sabtu lepas. Itupun saya n hubby ronda2 dulu dekat sejam sebab my sisters n cousin lambat sampai. So, sempatlah kami mencuci mata dan melawat booth2 yang ada.

First booth yang masuk, semestinya Karangkraf coz itu dewan pertama yang kami lalui. Masa masuk tu, kami sesaja tinjau2 dulu. Dalam pada tinjau2 tu, saya nak kelompok buku2 baru Alaf dan Buku Prima. Saya cakap ngan hubby, "Ada ke idak buku Ramlee Awg Murshid yg baru ni? Takut keluar next week." Jalan2 punya tiba2 mata kami terpandang satu longgok buku atas meja. Laju aje saya ke sana. Hubby yang mengekori tak perasan lagi. Bila saya capai aje satu buku yg terlonggok tu n tunjuk kat hubby, terus dia tersengih. Mana taknya, itu buku yang paling dihajatinya untuk pesta buku kali ni. "Sutera Bidadari". Ending untuk kisah Laksamana Sunan.

Lepas bayar, kami berdua meronda pulak ke dewan sebelah. Nak masuk aje ke sana terus nampak perkataan Jemari Seni kat situ. Ok, dah jumpa akhirnya booth JS. Sempat jugalah menegur Kak Su n Kak Yah. Then, 'pengembaraan' ke dalam dewan pun kami mulakan kembali. Hehehe...

Macam2 booth terus kami jumpa. Popular, PTS, Ana Muslim dll. Lepas tu terus kita orang naik ke tingkat 1. Dan aktiviti memborong buku kembali bermula. Beli buku2 di gerai Creative. Novel Norhayati Berahim yang lama n komik2 lama dari Creative. Lepas tu jalan2 ke dalam Dewan Tun Razak 3 tu. Jumpalah booth FP, NB Kara, Al-Hidayah & KD.

Dah abis round kat situ ala kadar, kami turun balik ke bawah. Nak mencari booth Telaga Biru pulak. Ada buku nak di beli untuk pelanggan. Dan Alhamdulillah, dapat gak jumpa gerai tu with his boss. hik hik hik... dan lebih kurang dalam 15 minit kemudian terus saya perkenalkan adik saya yang baru sampai pada bosnya. Sebab adik saya teringin nak amik buku bagi kedai di kampung.

Suasana booth Telaga Biru. Punyalah ramai orang sampai tak menang tangan budak2 yang jaga gerai tu. Plus, tambah lak saya yang menyibuk kat situ. hehehe...

Lepas aje settle kat gerai Telaga Biru, terus saya bawak my sister naik atas semula. Pergi beli buku2 yang dia nak. Buku2 di gerai NB Kara dan KD. Dan untuk hadiah pada diri sendiri yang dah settle 1 manuskrip, saya beli novel NB yang terkini "Sejam RM2.50". My sister pulak selain beli buku, sempat gak request amik gambar dgn NB. Punyalah suka mak cik tu. hehehe...

Selesai aje kita orang memborong apa yang patut kat Pesta Buku, kami pi makan2 tengah hari nasi arab pulak kat area kem askar kat Keramat. Tapi gambar tak sempat amik sebab saya dah kelaparan di tahap 'lapar giler'. hahaha....

Ni lah antara beg-beg plastik yang berisi buku yang dibeli di Pesta Buku. Ini pun ada yang tertinggal dalam kereta. Lenguh jari-jemari saya mengangkutnya.

Petang, lepas hantar sisters balik ke rumah, saya dan hubby apa lagi, mulalah marathon membaca novel. Dia dengan Sutera Bidadari dan saya dengan Sejam RM2.50.

Dan syukur, novel RM2.50 tu selamat saya khatamkan petang tadi. Amik masa nak khatam jugak tu pasal tebal sangat. Dan yang paling saya tak lupa, bila saya basuh tangan maghrib tadi, saya terasa jari saya macam pedih. Tilik punya tilik, rupa-rupanya melecet. Hambik kau. First time baca buku sampai melecet jari ni. Apa-apa pun saya memang suka buku RM2.50 ni. Bukan setakat enjoy membacanya tapi ilmu yang dikongsikan Kak Yati pada pembaca yang paling mahal. Bukan setakat novel kosong yang hanya seronok berangan (dah tua2 ni, citarasa memang dah berubah). So, sape2 yang belum baca buku ni, cepat2 le beli atau pinjam untuk membacanya. Memang berbaloiii...

Buku best yang membuatkan jari saya melecet sebab tak sabar nak abiskan bacaan. Hehehe...

p/s: Dari dalam buku ni baru saya tahu sejarah kenapa anjing dan kucing memang tidak boleh bertemu.

Pesta Buku Antarabangsa 2011 bakal tiba

Seminggu lagi Pesta Buku A/Bangsa Kuala Lumpur 2011 bakal berlangsung. Bahangnya sudah semakin terasa. Dari penerbit, peminat buku dan orang awam, semuanya sudah teruja untuk ke sana. Kebanyakan pelanggan saya juga sudah beria-ia menyimpan duit untuk 'dilaburkan' di pesta buku nanti. Terutama sekali mereka yang tak sabar-sabar nak dapatkan buku2 baru seperti daripada Hlovate, Ramli Awang Murshid, Anis Ayuni, Syud, dan ramai lagi.

Apalagi, jom kita ke sana. Pestanya dari 22/4/2011 hinggalah 1/5/2011.



dah settle baca TINTA

Alhamdulillah, dah settle baca novel TINTA ni ahad lepas. Dan saya suka buku ni sebab:
1. saya suka gaya tulisan Nasron Sira Rahim. Pertama kali baca Nama Atas Kertas, terus jatuh cinta dgn ceritanya.
2. Karya Syud dan Pingu Toha mmg sweet dlm cerita ni... Love it so much.

First time baca dah suka

Selalunya bila saya ke kedai buku gerai menjual buku, saya pandang aje buku2 terbitan PTS yang ditulis oleh Abdul Talip Latip. Niat di hati memang ingin sekali membaca buku2 sejarah Islam yang ditulisnya. Dan Alhamdulillah, akhirnya niat saya itu menjadi kenyataan. Buku pertama yang saya baca ialah Bilal Bin Rabah.

Dan saya beri 5 bintang untuk buku ni. Walaupun baru baca beberapa bab, hati saya tak sabar2 nak tahu kisah selanjutnya. Kadang2 terbayang2 saya Bilal ni macam Bilal dalam cerita Qamar Bani Hashim.

Jika kesempatan, saya akan cuba habiskan buku ini dengan cepat. Buku agama yang buat saya teruja untuk membaca. Terima kasih atas ilmu yang dikongsikan oleh penulis...

Surah An-Nur ayat 26

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempaun-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An-Nur: 26)

Surah ini saya baca pagi tadi terjemahannya. Bila terbaca, saya teringat yg selalunya saya dengar statement ni daripada kata-kata orang. Dan pada hari ini, sebenarnya ia bukan sebarang kata tapi ianya daripada KATA-KATA ALLAH DI DALAM AL-QURAN. Janji ALLAH pada hamba-hambanya... Allahuakbar...

cuti2 jap di Perak


Sabtu lepas saya n famly hubby ke Taiping Perak. Amik anak sedara yg dah start cuti sekolah. Kali ni oleh kerana Hotel Seri Malaysia dan fully booked, kakak ipar saya booking Flemington Hotel. Betul-betul facing Taman Tasik Taiping yang menghijau... Pergh! Memang syok betul pemandangan kami. Hijau aje....

Petangnya ingat nak ronda2, alih hujan lebat lak. So, sebaik aje abis aktiviti merehatkan diri, saya dan hubby pi naik ke rooftop hotel. Dan pemandangannya cukup menarik + kolam dia dok kat atas rooftop. Best sungguh layan anugerah ciptaan Allah ni...

Suasana indah dan tenteram selepas hari hujan

Malam pulak, aktiviti makan pun bermula. Yeh, makan di bomba. Hehehe... bukan di balai bomba tapi di kawasan kedai makan berhampiran balai bomba Taiping. Bila ke sini, yg paling sedap sekali tentulah sotong kangkungnya, Yong tau fu, nasi goreng dan paling marvelous ABC nya. Memang puashati...

ABC idaman hubby. Puas hati betulll...

Esoknya, Ahad, kami breakfast di kaki Bukit Maxwell. Ni semua gara2 nasi lemak sedap kawan hubby saya. Alih2, rupanya kedai kawan hubby tak bukak. So, kami makan ajelah kat gerai lain yg ada di sana. Layan jap pemandangan Bukit Maxwell + monyet2 yg bergayutan.

Gerai makan di kaki Bukit Maxwell. Entah kenapa si nurin tu dok nengok saya, saya pun tak tau...

Lepas makan, kami pi ke kandang kuda pulak. Dah lama nak ke sana tapi tak berkesempatan. Dan akhirnya Alhamdulillah kami ke sana juga. Apalagi, semua teringin nak naik kuda. 2 round RM10. Ok le tu kot. Ialah, nak naik kuda kat KL mesti lagi mahal kot. Inipun kira ok ajelah. Nak merasa naik binatang yang Rasulullah saranankan. Dan bila turn saya, wahhh... rasa macam nak terjatuh aje. Kiri kanan takde benda nak halang. Hambik kau, pegang aje pelana kuda tu takut jatuh. Heheheh...

Kontrol sungguh time naik kuda ni. But, it was a wonderful experince...

Petang pulak, on the way kami nak balik Nilai, kakak ipar saya ajak pi nengok Syamille Agro Farm yg keluar kat majalah 3 dulu. Alhamdulillah, kami jumpa. Dan apa yg kami lihat memang best. Rumah tuan punya ladang memang diperbuat daripada kayu landasan keretapi. Begitu juga dengan dewan dan beberapa lagi bangunan.

Ni lah dia Syamille Agro Farm yg keluar kat Majalah 3 dalam sebulan lepas. Memang cantik dan kemas... Ada juga beberapa orang yg dok riki2 tempat ni masa kami datang...

Deretan kandang binatang ternakan di agro farm ini. Harap2 masa kami datang nanti bolehlah kami menjengah.

Chalet2 kecil turut ada untuk mereka yg ingin menginap di situ atau ingin mengadakan kursus di sana. Di situ juga kami dapat lihat di kawasan belakang ada banyak kandang2 kambing dan binatang2 lain. Budak2 mesti suka juga di sini sebabnya ada kandang rusa dan ayam yg boleh kita jengah, beri makan ikan, mandi sungai, lawat ladang dan yang paling best dapat makan daging2 segar.
Kandang rusa untuk dijengah...

Sebahagian anak2 sedara. ceria aje... :)

InsyaAllah, ada rezeki kami akan ke sana pada cuti sekolah bulan 6 nanti.

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...