Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Seminar Stormreaders Network


Semalam, saya dan suami ke Hotel Vistana. Join seminar Stormreaders bersama Irfan Khairi (IK). Kami berdua dalam perancangan untuk melibatkan diri pula dalam bidang MLM secara islamik. Dan Alhamdulillah, dengan rahmatNya dia telah tunjukkan jalan. Ini kerana aktiviti MLM ini dipantau oleh dua orang penasihat syariah iaitu Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman dan juga Ustaz Zahazan Mohamed.

Stormreaders Network ni exactly sebuah anak syarikat Telaga Biru Sdn Bhd yang mana banyak menerbitkan buku-buku, CD dan VCD berteraskan agama (terutamanya majalah Solusi yang saya minat). Antara ikon-ikon yang menulis untuk Telaga Biru ni adalah seperti Ustaz Ismail Kamus, Dr. Fadzilah Kamsah, Ustazah Siti Norbayah, Dr. Irfan Khairi dan Ustaz Zahazan. Apa yang menariknya lagi kata untuk kami terlibat dalam Stormreaders ini ialah seruan Nabi Muhammad S.A.W. iaitu "Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat" diriwayatkan oleh al-Bukhari.

Saya kalau nak cerita panjang pasal Stormreaders ni memang tak cukup blog. Kalau nak lebih info, pi ke web stormreaders.com. Nak lagi best, mai ler jadi downline saya. Ada banyak tips boleh dikongsikan bersama (lagi2 kami berdua bawah downline Irfan Khairi. Hehehe... Sempat lagi promote tuh...). Tapi apa yang paling penting sekali ialah perkongsian dan penyebaran ilmu itu yang mahu diketengahkan serta melahirkan generasi yang berpengetahuan dan berpegang pada prinsip-prinsip yang digariskan oleh Islam.

Apa-apa pun, jom jap layan gambar-gambar di bawah...

Ni pulak gambar saya dengan IK. Okey gak bila dah diubah jadi seperti lukisan bila guna Photoscape.

Pada mulanya kami takdelah ingat nak amik gambar dengan IK. Tapi, oleh kerana ramai benar orang excited bergambar dengannya, alih-alih kami pun berjangkit. Kihkihkih... Ni gambar hubby saya dengan dia.
Yang ni pulak gambar suasana selepas setengah jam seminar habis. Kat depan tu, crowd yang dok nak amik gambar dengan IK. Ni pun dah kira separuh beransur.

p/s: Jika inginkan buku-buku, cd, vcd dan cenderahati terbitan telaga biru sdn bhd, bolehlah lawati e-store saya dan suami di http://www.stormreaders.net/Rudyazmir. (Hehehe... Promote lagi ni...)

Tawakal

Di sini, saya ingin kongsikan satu artikel di dalam majalah Solusi Isu ke-16, m/s 13. Artikel ini Alhamdulillah, dapat membantu saya bila saya di dalam kerisauan dan kegusaran (Moga-moga Allah sentiasa melindungi dan membantu saya dan juga anda semua).

Apa itu tawakal? Tawakal bererti menyerah diri kepada Allah s.w.t. dalam melaksanakan sesuatu perancangan bersandarkan kepada kekuatanNya dalam menjayakan suatu pekerjaan atau berserah diri di bawah lindungan Allah pada saat menghadapi kesusahan.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan (ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)." (Surah al-Thalaq 64:3)

Jangan keliru dengan memisahkan antara usaha dan tawakal. Telah datang kepda Rasulullah s.a.w. seorang lelaki yang hendak meninggalkan untanya begitu sahaja di pintu masjid tanpa ditambat terlebih dahulu. Lelaki tersebut bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: Ya Rasulullah, adakah unta itu perlu saya tambat dahulu kemudian bertawakal atau saya lepaskan sahaja kemudian saya bertawakal?" Rasulullah s.a.w. menjawab, maksudnya: "Tambatlah terlebih dahulu dan kemudian bertawakallah." (Riwayat al-Tirmizi).

Menurut hadis riwayat daripada Imam al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w. juga turut digelar al-Mutawakkil (orang yang bertawakal) selain gelaran Ahmad dan al-Amin.
Tawakal membuahkan kesan yang positif seperti berikut:
1. Tawakal membebaskan manusia daripada apa yang ia takutkan seperti kegagalan atau kefakiran.

2. Mendorong manusia menunaikan segala suruhan agama dan meninggalkan segala laranganNya.

3. Sumber kekuatan, antaranya diriwayatkan dalam sesetengah athar bahawa malaikat mampu menanggung Arasy dengan membaca lafaz: Lahaulawalakuwataillahbillah.

4. Membentuk sikap optimis tentang segala-galanya.

5. Membentuk satu perasaan izzah dalam diri terhadap Allah s.w.t.

6. Melahirkan sifat redha dengan segala ketentuan Allah.

Selsema, sakit tekak n demam

Sekarang ni saya dan family sedang mengalami musim tidak sihat. Saya selsema dan deman, hubby pula sakit tekak, batuk-batuk dan demam, ayah mertua saya selsema, anak saudara dan kakak ipar saya demam dan paling kronik anak-anak saudara di asrama sedang bermasalah penyakit kulit gatal-gatal (kena kudis).

So sekarang ni, nak menulis pun dok pegang tisu aje. Mood pun kadang-kadang takde. Harap-harap selepas ini banyak idea yang baik Allah kurniakan pada saya. Amin...

Putrajaya Challenge Park yang sunyi

Sabtu lepas, sebelum saya dan hubby balik ke rumah keluarga saya di Ampang, kami singgah sebentar di Putrajaya Challenge Park. Ada sedikit bahan perlu dicari sempena buku dewasa yang sedang saya tulis (doakan buka saya ini terhasil & berjaya ya).

Nak mencarinya punyalah payah. Terpaksa melilau-lilau di kawasan PICC tu berkali-kali baru jumpa. Papan tanda yang menunjukkan Taman Cabaran ni kalau tidak silap saya hanya ada dua sahaja. Itu pun rasanya baru letak pasal sebelum ni saya dan hubby try cari tak jumpa.

Alhamdulillah, kami jumpa juga. Tapi, kawasan nak menuju ke sana memang sunyi. Rasanya kalau malam, mesti saya tak mahu lalu kat sana (kena lalu kawasan perkuburan orang Islam, mesti mata toleh kiri kanan). Seram you...

First building yang saya jumpa kat Presint 5 @ Taman Cabaran ni dah tentunya apartment yang still under construction dan kemudiannya barulah bouldering building. Tapi, kami teruskan perjalanan mencari Skateboarding park. Bila lalu aje kat depan bangunan Challenge park untuk skateboard, basikal dan mountain bike ni saya dah start musykil.

Jejak aje kaki ke tempat untuk melihat aksi-aksi peminat skateboard beraksi, hati saya terus frust. Apesal sunyi aje tempat ni? Takde budak-budak nak practice ke? Toleh kanan, kawasan kedai dan kononnya pejabat totally empty. Toleh kiri pulak, adalah dua orang tukang sapu dan mop di situ dan juga tiga orang lelaki yang saya agak adalah 'pak guard' kawasan tu. Aik? Di manakah peminat-peminat fanatik sukan xtream ni?





Tengoklah, lot ofis dan kedai memang kosong. Takde langsung flyers atau maklumat tentang kawasan ni. Mana perginya orang yang sepatutnya me'marketing'kan tempat ni? Jangan jadi projek gajah putih udah ler...



Dalam hati, saya kata takpelah, amik gambar aje dulu. Takde rezeki nak nengok budak-budak ni beraksi. Tengah amik gambar kawasan slop dan benda-benda alah yang ada, barulah ada sorang dua budak yang main skateboard mereka. Rupa-rupanya mereka dok kat kawasan bawah. So apa lagi, saya pun dok intai mereka dari jalan untuk aktiviti denai basikal lasak. Adalahlah dalam 10-13 orang aje kat bawah tu. Ish! Sikit sangat. Nampak sangat orang memang tak berapa tahu pasal tempat ni pasal time saya pergi ni hari Sabtu, hari cuti, jadinya, cuba bayangkan kalau hari biasa. Sure takde orang ataupun hanya 3-4 orang je.

Bila dah ambil gambar apa yang patut, saya pi le pulak building untuk wall climbing dan boouldering. Dan apa yang saya lihat, sama jugalah dengan tempat skateboard tadi. Tak meriah langsung suasananya dan are really not welcoming. No flyers, no information about that place and only a few people sahaja di sana. Di pintu masuk kata kena bayar rm6 tapi bila saya dan suami masuk, takde sorang pun yang halang ataupun kaunter tempat bayaran. Sekali lagi saya aik? Free of charge kot ari ni.

Di dalam bangunan tu pun saya lihat hanya ada empat orang aje yang dok belajar ber'wall climbing'. Aduih, sedih benar bila saya tengok suasana di dua tempat yang sepatutnya boleh menarik ramai pengunjung ni.

Saya bukanlah seorang penggemar sukan xtream tapi bila saya lihat sesuatu tempat itu punya prospek yang bagus untuk maju kenapa berlaku sebaliknya? Mana perginya mereka yang sepatut-patutnya menarik pengunjung untuk ke sini? Kenapa tempat ini tidak dipopularkan dengan sewajarnya? Well, i'm not the only one yang akan tertanya-tanya pasal ni tapi juga orang lain yang ke sana. Harap-haap dalam tiga ke empat bulan lagi, tempat ini akan mulai dikunjungi oleh pengunjung dan peminat-peminat sukan xtream.

I'M WAITING FOR IT...

kerja kerja kerja solat kerja kerja tidur...

Rindunya nak berblog. Tapi masa betul-betul tak banyak. Kalau ada masa terluang pun, dok tidur, makan dan rehat jap. Kadang-kadang tidur pun boleh termimpi-mimpi apa nak buat. Aduih... Betul-betul terasa bila Allah uji waktu lapang saya.

Buat ini tak kena, buat itu tak kena, bila dah siap yang ni nak kena buat yang tu pulak. Huish, memang terduga betullah saya sebulan dua ni. Minta-minta Allah sentiasa bantu saya menjalani hidup ini dengan bantuan, rahmat dan kasih sayangnya.

Alvin & The Chipmunks 2: The Squeakqual

Jumaat baru ni saya nonton cerita Alvin & the chipmunks 2. Puas hati dan kelakar, itu yang ada dalam hati dan minda saya. Ceritanya yang sentiasa ceria, lawak yang bersahaja dan watak-watak chipmunks yang comel especially Theodore memang buat saya dan seisi pawagam ketawa mengekeh.

Dalam pada cerita yang menarik ini, terselit juga pengajaran buat kita. Antaranya, kita jangan suka hanya mendengar cerita sebelah pihak sahaja tetapi cari maklumat dan masa untuk mendengar cerita daripada pihak yang satu lagi. Orang sekarang memang suka memanupulasikan pelbagai maklumat dan kebenaran asalkan apa yang dikatakan itu mengikut citarasanya. Dan akhirnya, kita sendiri yang akan menyesal kerana tidak periksa pada awalnya cerita yang kita dengar.

Well, untuk cerita kelakar dengan watak-watak comel ni saya bagi 5 bintang. Memang puas hati dan pastinya tiada kanak-kanak dan orang dewasa (yang minat movie ya) yang akan berganjak dari kerusi selagi cerita ini tidak habis.

Saba Middle Eastern Cuisine Restaurant @ Cyberjaya

Malam minggu semalam, pada mulanya saya dan hubby nak nengok movie. Tapi oleh kerana GSC tak dapat nak booking online ticket terpaksalah kami tukar plan. Lepas solat isyak, kami ke Cyberjaya. Ya, nak try makanan arab yang sedap.

Alhamdulillah, plan yang abang ipar saya beri memang menudahkan kami mencarinya. Restoran ni berdekatan dengan HSBC dan MMU. Nak lagi senang cari aje jalan ke ofis CBD Perdana. For sure jumpa.

Masa sampai tu, saya nengok bukan main ramai lagi orang kat situ. Dalam hati dok pikir, mesti lama baru dapat makanan. Tapi Alhamdulillah, tak sampai 15 minit, nasi yang saya order pun muncul di depan mata.


Ni dia restoran n buku menunya, yang gambarnya saya cilok dari blog mereka2 yang pernah makan di sini. Nak buat canmer, rupa-rupanya kamera saya baterinya kong, putus harapan nak ambil gambar tu untuk blog sendiri.

Ni dia menu yang saya memang nak makan buat kali kedua. Lamb Hanith. Pergh! Memang sedap. Nasinya bukan sahaja lembut tapi daging kambing yang dimasak dalam kertas aluminium ni sedap, tiada bau hamis dan lembut yang teramat. Saya ambil regular saiz aje. Itu pun tak abis coz banyaknya... Bayangkan kalau ambil large, mau terbaring saya kihkihkih...

Ni pulak kebab yang diorder oleh hubby saya. Daging ayam yang ala-ala macam sausage tu dilipas ke dalam roti pita yang ada. Taruk le sekali mayonis di dalamnya. Tapi mungkin kerana ramai sangat orang semalam, hubby saya nak mintak sos pun dah malas. Tapi makan dengan mayonisnya pun sedap gak.

Air banana milkshake yang kami berdua order tu dapat lambat sikit. Tapi memang sedap air tu cuma saya sarankan kalau makan nasi tu orderlah air jus atau barbican yang didatangkan dengan perisa rasberry, apple, lemon dan peach. Kira macam air gas ler. Oleh kerana saya tak tahu, makanya cepatlah saya kekenyangan malam tu...

Anyway, saya bagi 5 bintang ler kat restoran ni. Bukan sahaja sedap malahan makanan yang diorder pun cepat sampai walaupun ramai orang beratur nak makan di situ (pilihlah sama ada nak makan dalam restoran atau di luar sahaja). So, cuba jangan tak cuba...

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...