Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Menyambut pengantin plus cuti-cuti Malaysia

Dua minggu stenagh saya tak dapat meng'update' blog. Betul-betul sibuk (walaupun ada masa tapi time tu ler nak berehat kejap). So, entry kali ni tentang kenduri kahwin di Kelantan + cuti-cuti Malaysia di sana.

Sepupu suami saya baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 12 Disember yang lalu. Kenduri belah perempuan, biasalah, sudah pasti busynya ngalahkan kenduri belah lelaki. Namun, alhamdulillah, ramai juga saudara mara terutama dari belah Gombak menolong. Selesai sahaja kenduri di Ulu Kelang, kami pula ke Kelantan pada hari Khamisnya untuk menghadiri majlis menyambut menantu bagi belah pihak lelakinya + cuti-cuti Malaysia bagi saya dan keluarga.

Sewaktu melalui jalan Gua Musang dan Kuala Krai, saya dapati tidak banyak bezanya sewaktu saya belajar lapan tahun yang lalu dengan sekarang. Namun, apabila kami semakin menghampiri Kota Bharu, pembangunan negeri Kelantan sudah semakin saya nampak. Dan yang paling saya tersengih sekali ialah kawasan tempat tinggal saya dulu, Banggol Judah, sudah ada signboardnya di tepi jalan. Bukan satu, tapi 3. Kalau cerita dengan member-member rumah dulu, sure depa pun tersengih-sengih.

Tetapi, bukan itu sahaja perubahan yang dapat saya lihat. Yang paling ketara sekali ialah kesesakan lalulintas yang memang saya sungguh tak sangka. Dari Ketereh sampailah ke bandar Kota Bharu, mak ai, sesaknya jangan nak cerita. Lampu isyarat dah le banyak, bila masuk KB saje, kami tersangkut hampir setengah jam di hadapan bangunan LHDN KB. Memang teruji betul kesabarannya.

Nasib baik suami saya ada out-station di KB tiga tahun lalu, so, tahulah dia nak menyelit kat mana. Sampai aje hotel, lepas maghrib, kami terus makan malam. Dan Alhamdulillah, nasi goreng ikan masinnya dan chicken chopnya memang sodap.

Esok paginya, sebelum kami ke homestay yang disewa pakcik suami untuk keluarganya dan ahli keluarga yang lain, kami ke Pasar Siti Khadijah dulu. Ni semua idea saya ler. Tak sabar nak cuci mata le katakan. Lepas mak mentua saya dan saya membeli apa yang patut, kami ke Pantai Cahaya Bulan a.k.a. Pantai Cinta Berahi pulak. Huh, memang syok betul bila bukak aje pintu kereta. Angin Laut China Selatan bertiup sungguh nyaman. Rasanya kalau ada bangku untuk berbaring, sure suami saya, anak saudara saya yang berdua tu dan ayah mertua saya landing baik punya.

Lepak sana dalam lima belas minit, kami pun pulang semula ke hotel bersiap untuk aktiviti majlis kahwin pula. Sampai aje di Tumpat, kami lepak di sana sampai jam dua suku. Lepas solat Jumaat, barulah adik pengantin lelaki tiba untuk menjemput kami ke rumahnya. Rupa-rupanya di Kelantan ni, majlis perkhawinan berlangsung selepas solat zohor ataupun Jumaat sehinggalah jam sepuluh malam. Oooo... Akhirnya kemusykilan saya dan keluarga terjawab pasal kenapa mereka buat lambat. Hehehe...

Rombongan keluarga kami. Adalah dalam sepuluh buah kereta keluarga jugalah yang mengiringinya.

Settle aje kenduri kahwin, zoom kami ke Pengkalan Kubor. Apa lagi, shopping dan jalan-jalan. Hehehe... Dekat nak maghrib, baru kami balik ke hotel. Malam pulak saya dan suami ada dating dengan member belajar saya sewaktu di UMS. Dah 3 tahun lebih saya tak jumpa dia. Dan keesokan harinya dan hari Ahad, apa lagi aktiviti yang menarik kalau tak bershopping, makan-makan dan melawat tempat-tempat menarik.


Gambar atas: Kedai di Pasar Siti Khadijah yang saya dah borong baju kaftannya. Gambar tengah: 3 orang hero saya dok syok ngadap Laut China Selatan di PCB. Gambar bawah: Saya dan PD n adiknya. Dia skarang business ambil gambar orang kahwin n macam2 function. Murah jugaklah rezeki dia.

Kalau tengok gambar kanak nampak macam cawan biasa tapi sebenarnya, air milo panas dalam tu diisi dalam cawan yang 3 kali ganda besarnya. Mengah gak suami saya nak mengabihkannya. Saya plak try teh 'o' ais laicinyam pun sedap gak. Kiranya restoran Biker's dekat depan sungai Kelantan ni okey2 jugalah rasa makanannya.

Ni pula gambar masa on the way nak balik Nilai. Kami ikut Grik kerana Kuala Krai masa tu banjir. Walau apapun, pemandangannya memang tak menghampakan. Yang paling bestnya dapat merasa udara segar Banjaran Titiwangsa dan berehat di Tasik Belum. Memang indah betullah pemandangannya.

Sampai aje di bandar Kuala Kangsar, kami terus ke kedai makan di tepi Sungai Perak. Pemandangan bukan sahaja cantik tetapi juga cendol, pasembor dan maggi goreng mamaknya meang sodap. Di sini ada banyak gerai makan dan gerai menjual barangan rotan buatan orang kampung. Kiranyan kalau nak beli bakul, beg anyaman dan cenderahati, sini ada pelbagai pilihan untuk semua.

Hikmah kejadian gempa di Padang

Sebenarnya hari ni saya berada di Muar (guna komputer dan internet di muar traders ni free, hehehe). Temankan suami yang berkursus ni sini. So, pendapat saya yang pertama kali datang ke sini is bandar muar memang okey (promote Muar kejap).

Sedang saya selak majalah solusi isu ke 14, ada sesuatu yang menarik untuk saya kongsikan. Iaitu tentang gempa bumi yang berlaku di Padang, Indonesia 30 September 2009 baru-baru ini. Mari saya kongsikan.

Solusi isu no. 14, Artikel oleh Hj. Muhammad Zakaria yang bertajuk Tiga Kampung Tenggelam Ditelan Bumi.

Ada pemerhati dan pengkaji kontemporari al-Quran mengaitkan tarikh dan waktu berlaku gempa di Padang ini dengan ayat al-Quran seperti di bawah:

Tarikh gempa: 30 Semptember 2009
(Surah al-Rum 30:9) - Allah berfirman yang bermaksud: "Tidakkah mereka berjalan di muka bumi? Lalu mereka memerhatikan bagaimana akibat (yang dideritai) orang sebelum mereka? Mereka itu terlebih kuat daripada penduduk ini dan mereka itu menggarap tanah (bertani) dan memakmurkan lebih banyak daripada apa yang mereka (ini) memakmurkannya. Dan telah datang kepada mereka rasulnya, dengan membawa keterangan. Maka Allah tiada hendak menganiaya mereka, tetapi mereka menganiaya diri mereka sendiri."

Waktu berlaku gempa: 17.16 (WIB)
(Surah al-Isra' 17:16) - Allah berfirman mafhumnya: "Apabila Kami kehendaki akan membinasakan suatu negeri, (lebih dahulu) kami suruh orang yang mewah (supaya taat kepada Allah) tetapi mereka fasik (durhaka) sebab itu berhaklah mereka ditimpa seksaan, lalu Kami binasakan negeri mereka sebinasa-binasanya."

Waktu berlaku gempa susulan: 17.58 (WIB)
(Surah al-Isra' 17:58) - "Tak ada antara penduduk suatu negeri melainkan Kami membinasakannya, sebelum hari kiamat atau menyeksanya dengan seksaan yang keras. Yang demikian itu telah termaktub di dalam kitab."

Apakah susuna surah ini dan ayat-ayat ini berlaku secara kebetulan? Atau memang telah menjadi rahsia Allah sejal azali lagi yang baru ditemui manusia melalui permerhatian dan kecintaan kepada al-Quran?
Yang penting, kita harus mengambil pengajaran bahawa setiap perkara walau sekecil manapun dijadikan Allah menunjukkan kebesaran dan kehebatan Allah s.w.t. Ada hikmah yang tersembunyi yang harus dijadikan pengajaran untuk umat manusia.

Dah baca Aku Bukan Billy Milligan


Dah habis baca buku Aku Bukan Billy Milligan (ABBM) ni Jumaat lepas (balik dr kursus). Tapi sampai ke hari ni saya dok ulang baca bab-bab yang menarik dalam buku. Especially bila nak ending. Cute sangat2 walaupun heronya pada awal hingga setengah buku takde perasaan langsung (geram gak dengan watak di Adam tu). Saya cukup suka bab bila si Laura dok tunggu Pak Sohot depan rumah Adam. Hahaha... comel comel comel sangat situasi tu. Pastu situasi masa Laura tunggu Julie kat lobi dan Adam bagi kredit kad kat dia. Rasa macam sweet aje.


Anyway, saya suka novel ni. Suka bangat. Macam saya suka Setiap Jumaat. Well kak yati, moga2 dapat tulis buku2 yang menarik lagi dan penuh informasi.

Kursus PROSPER SISWAZAH

Alhamdulillah, kursus Prosper Siswazah oleh PUNB telah selamat dihadiri. Tak sangka betul, banyak idea-idea baru dan networking baru muncul. Kiranya lepas ni harap-harap, kesemua 23 peserta kursus berjaya dengan impian dan cita-cita masing-masing (walaupun ada 8 dan 9 orang tlh ada perniagaan sendiri & ingin mengembangkan perniagaan mereka). Mengenali mereka semua dan juga para fasilitator, telah membuka mata saya bahawa terlalu banyak peluang yang boleh kita capai asalkan kita mahu keluar dari zon selesa kita ke zon kejayaan. Dengan izin Allah, harapnya selepas ini saya dan hubby dapat merealisasikan impian kami. Amin...



Hari terakhir berkursus so, sesi bergambar pun makin banyak ler...


Aktiviti berdiskusi...

Projek kumpulan saya. Nampak macam mudah sahaja di atas kertas tapi realitinya...

p/s: Thanks hafizi n rizal for the pictures yg dicilok dari facebook.

Keistimewaan susu kambing

Kita sejak dari kecil sudah disogokkan dengan pelbagai jenis perisa susu lembu. Dari yang perisa biasa, coklat sehinggalah ke strawberi. Tapi kenapa ya dahulu tidak ada susu kambing sebagai alternatif. Alhamdulillah, sekarang pelbagai jenis susu kambing buatan Malaysia sudah berada di pasaran. IGC, Hiraq Aky Hanif dan juga HPA. Pilih sahaja sama ada mahu yang original mahupun yang serbuk.

Namun begitu, ada sesetengah produk susu kambing ini agak mahal berbanding susu lembu. Apabila harganya memang tidak mampu dibeli oleh sesetengah golongan, maka permintaan pada susu kambing ini agak berkurangan. Kenapa ya, golongan penternak kambing kurang mengkomersialkan susu binatang peliharaan mereka? Adakah kos penyimpanannya yang terlalu tinggi ataupun memang permintaan susu kambing ini kurang dipasaran? Bukankah susu kambing ini salah satu daripada sunnah Rasullullah, kenapa tidak kita perkenalkannya seperti mana habbatus sauda, kurma, za'faran dan daging kambing itu sendiri. Walaupun apapun, saya ingin berkongsi akan khasiat susu kambing yang saya perolehi daripada laman web lain pada semua. Insya-Allah, pasti ada kebaikan apabila kita mengikut apa yang disarankan oleh Rasulullah.

Keistemewaan susu kambing:

1. Tinggi dengan kalsium. Sangat baik untuk pembentukan tulang dan menguatkan gigi.

2. Kaya dengan protein, enzim-enzim dan vitamin A yang penting untuk kesihatan.

3. Mencantikkan kulit dan merawat sakit kulit.

4. Menguatkan sistem imunisasi paru-paru dan bersifat anti athritis serta mengimbangkan kandungan gula dalam darah.

5. Mudah dihadamkan kerana zarah lemaknya lebih kecil

6. Susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan mengubah kualitinya.

7. Bantu memulihkan ulser, gastrik, penyakit kuning dan lelah.

8. Merawat mereka yang menghidap insomnia, gout, hipetitis A, migraine, buah pinggang dan kencing manis.

9. Membantu mencegah kanser.

Antara produk-produk susu kambing tempatan. Tidak salah rasanya kita mencuba selagi ianya disarankan oleh Rasul kita.

Amik tempahan buku Puteri Elina dan Budak Salji

Tengahari tadi pergi ke Karnadya. Amik stok-stok buku HPE1, HPE2 dan Budak Salji + agreement juga. Stok ni saya ambik banyak-banyak bukannya apa, ada member-member dok order.

Saya publish ler kat status di facebook (saje2 buat promosi) tentang buku baru ni dan Alhamdulillah hasilnya amatlah menggalakkan. Ramai yang meng'order' buku Budak Salji dan ada juga memilih utk gabungan ketiga-tiganya. Bila dah ada orang dok memesan, saya pun bagi ler harga diskaun. Dan, lagilah ramai yang memesan (tetiba aje jd usahawan internet jap, hehehe...). Walau apapun saya memang ucapkan terima kasih banyak-banyak kat member-member yang menyokong. Moga-moga mereka suka dengan buku saya (dan jika ada kritikan, harap2 saya dpt memperbaikinya lagi pada masa hadapan). Bukan itu sahaja, saya betul-betul bersyukur padaNya kerana buku Hadiah Puteri Elina 1 sudah memasuki cetakan kedua (terima kasih ya Allah).


Ni lah dia tempahan yang diambil untuk kawan-kawan. HPE2 yang sikit sekali pasal stok lama masih ada. Yang buku Dol Leman tu saya beli untuk bacaan diri sendiri ler (okey bangat cerita pokcik Mersik ni, hehehe...)

Gambar Fatin ni saya amik masa dia syok aje baca bila dah dapat copy untuk dia dan adik-beradik. Alhamdulillah, nak jugak dia membaca kalau tak asyik main lai lai li tam plum aje...; Gambar bawah pula, saya terpaksa rela kena snap gambar ni pasal si Nurin dah nampak saya amik gambar kakak dia, dia pun nak sekali... Memang pantang nampak kamera betul si kenit nih...



Sama tapi tak serupa. Entah macam mana cover Budak Salji ni tersama pula dengan pakaian anak adik saya masa hari raya baru ni. Dua-dua berbaju kuning dan bersongkok.

Pengantin dan wanita dalam haid memasuki masjid

Dah seminggu rupanya saya tak add entry baru. So, kali ni saya nak kongsi satu ilmu yang saya perolehi dalam majalah solusi yang baru (this magazine was full of knowledge. love it so much).

Tak lama lagi musin cuti sekolah akan tiba. Maka, ramailah saudara mara or adik beradik or kawan-kawan yang akan bernikah. Tapi, ada satu perkara yang sering diringankan atau tidak diendahkan sangat oleh wanita ketika memasuki masjid untuk menghadiri upacara nikah iaitu haid atau period. Di sini saya ingin kongsikan hukum perempuan yang sedang dalam haid masuk ke masjid untuk upacara akad nikah.

Menurut Ustaz Syed Mohd Fadzli al-Yamani, hukum perempuan haid memasuki masjid bermula dengan perbezaan pandangan dalam memahami maksud firman Allah di dalam surah al-Nisa' ayat 43, "Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu menghampiri solat dalam keadaan mabuk sehinggalah kamu mengetahui apa yang kamu ucapkan dan janganlah dalam keadaan berhadas (besar) melainkan sekadar melintasi jalan sehinggalah kamu bersuci."

Imam al-Syafi'i dalam mentafsirkan ayat ini menyebut: "Sebahagian ahli ilmu telah menyatakan bahawa , 'Janganlah dalam keadaan berhadas (besar) melainkan sekadar melintasi jalan,' bermaksud janganlah menghampiri tempat mengerjakan solat dalam keadaan berhadas kerana perkataan melintasi hanyalah untuk tempat solat sedangkan tiada (melintas) di dalam solat."

Hukum wanita yang didatangi haid adalah haram untuk masuk ke dalam masjid walaupun untuk urusan perkahwinan. Jumhur fuqaha menegah wanita haid masuk dan menetap di dalam masjid. Ini berdasarkan beberapa hadis yang jelas mengisyaratkan bahawa Rasulullah s.a.w. menegah wanita yang dalam keadaan haid menetap di dalam masjid. Antara sabda Baginda yang bermaksud, "Hendaklah wanita-wanita haid menjauh dari musalla." (Riwayat al-Bukhari, no. 324).

Al-Hassan dan al-Syafi'i memberi kelonggaran untuk sekadar melintasi masjid dan bukan untuk menetap di dalamnya. Maka, para wanita perlu mengambil perhatian agar tidak meringankan larangan di atas.

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...