Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Hari ni puding jagung pula untuk keluarga

Ya! Hari ni angin rajin saya datang. Untuk berbuka puasa hari ni, dessertnya saya buat puding jagung. Tapi bukan untuk family saya aje, tapi untuk family abang ipar dan kakak ipar saya. As usual, mari saya kongsikan cara2 membuatnya... Tapi, bahan-bahan di bawah untuk satu setengah bekas ya manakala gambar bahan-bahan yang saya ambil pula untuk empat bekas.

Bahan-bahan:

1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair
Gambar atas: Bahan-bahan untuk puding jagung (double ya sebab ada 3 family); Gambar tengah: anak saudara saya dok menyibuk nak bergambar gak masa saya tengah snap gambar bahan-bahan; Gambar bawah: bahan-bahan yang sudah dicampurkan semuanya...

Cara-cara:
1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihiaskan.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya membuat puding jagung untuk keluarga. Moga-moga mereka suka...

Tengah ketagih Farm Town

Hari Isnin lalu saya approve friend request daripada kawan di facebook. Dia request ajak saya main satu permainan online. Saya ni bukannya tak minat nak men'try' tapi oleh kerana internet line saya kat Nilai ni 'hebat' sangat, jadi saya tangguhkanlah dahulu.

Bila dah balik ke Ampang, saya pun approve lah permainan tu (member2 saya dah berkali2 suruh approve). Bila dah nampak aje ladang yang terbentang depan mata, saya dok terkelip-kelip kejap. 'Nak main macam mana ni?' tanya saya dalam hati.

Saya pun apa lagi, godek ler butang-butang yang ada kat situ. Lepas satu-satu, saya tekan. Bila musykil aje, cepat-cepat saya chat dengan member yang sememangnya online semedang. Diajarnyalah saya main benda tu. Dan last sekali sekarang ni, saya dah naik syok main permainan berladang tu. Pantang ada masa dan internet okey, terus aje saya menjengah ladang saya untuk lihat sama ada hasil tanaman sudah boleh dituai atau belum. Sekarang ni tak sabar-sabar nak masuk ke peringkat yang lebih tinggi agar dapat beli rumah ladang yang cantik serta aksesori-aksesori tambahan yang lain.

Bagi mereka yang nak merelease tension, boleh ler try main benda ni kat facebook. Selain daripada Farm Town, ada satu lagi permainan lebih kurang sama iaitu Farm Ville. Yang tu pun saya tengah dok usha-usha. Hehehehe...

Telur dadar daging bersos a.k.a. telur bistik daaa...

Hari ni saya nak kongsi satu masakan yang simple dan okey juga. Resepinya saya dapat kat myresipi.com. Cuma asalnya daging tu tuan punya resepi guna daging burger tapi saya tukar sikit guna daging cincang. Try jangan tak try...

Bahan-bahan ( 4 orang makan ):
=== Telur ===
3 biji telur ayam
1 keping daging burger( dicincang) atau guna sahaja daging cincang yang sedia ada
1 biji tomato ( Dipotong Dadu)

=== Sos ==
1 ulas bawang putih - Dihiris halus
3 ulas bawang merah- Dihiris halus
50 gm sayuran campuran
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
gula
garam

Penyediaan:
1. Telur dipukul sehingga sebati. Masukkan Daging Burger @ daging cincang dan tomato. Kacau
hingga sebati.
2. Goreng telur sampai masak. Toskan dan letak diatas pinggan.
3. Cara Memasak Sos:- Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi
4. Masukkan sayuran campuran. Kacau hingga sebati.
5. Masukkan semua sos. Kacau hingga sebati.
6. Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
7. Kacau hingga mendidih. Jika rasa macam pekat sangat, tambahkan sedikit air dalam suku atau setengah cawan.
8. Angkat dan tuangkan sos ke atas telur tadi. Tadaa... siaplah telur bistik kita.

Hah! Inilah dia hasilnya. Sedap dan mudah. Makan dengan maggi pun okey gak.

Bookfest 2009 di KLCC

Hari ni saya balik ke rumah ibubapa saya di Ampang. Selepas meletak beg pakaian dan laptop di rumah (coz laptop hubby saya pernah kena curi dlm kereta), kami berdua menuju ke KLCC. Alhamdulillah, jalanraya tak begitu sesak hari ni.

Sampai di sana terus sahaja kami ke KL Convention Centre. Bila naik tangga untuk ke pintu masuk, kami lihat sudah ada orang beratur. Nasib baik saya buka laman web RAM FC pagi tadi so tahulah kenapanya kena beratur.

Pemeriksaan Influenza H1N1 di pintu masuk. Siapa yang ok dan tak demam, dia letak sticker warna putih kat lengan baju kita.

Sebelum masuk kena bayar 2 ringgitlah dulu untuk tiket. Lepas dah beli tiket, kami berdua terus ke Hall 4 & 5 yang menempatkan buku-buku dari Malaysia dan Inggeris. Kalau Hall 1, 2 dan 3 tu untuk buku-buku dari negara China, Taiwan dan Hongkong jadi dah surenya saya tak pergi sebab memang tak tau baca tulisan cina pun. Orang tak berapa ramailah macam Pesta Buku PWTC. Kira mudah lagilah mencelah-celah.

Kalau diikutkan semua buku, stationaries, CD dan macam-macam lagi barangan ada diskaun. Minimum diskaun 15% dan maksimum 50%. Ada banyak betul buku-buku cerita yang menarik boleh didapati. Namun, untuk beli banyak tak dapatlah coz tak lama lagi bulan Ramadhan, dah tentunya banyak duit diperlukan untuk beraya. Window shopping ajelah yang banyak. Ronda punya ronda, akhirnya saya dah nampak apa yang saya nak beli. Laju aje tangan mencapai buku Satu Janji dan Aku Bukan Billy Milligan. Hubby saya ajelah terkilan sikit sebab dia ingat nak beli buku ADAM (Aku Darah Anak Melayu) tapi takde stok.

Jalan-jalan kat sini kejap aje. Ruang pun tak besar macam PWTC jadi 1 jam aje kami kat sana. Lepas habis berjalan, terus ke KLCC untuk bersolat dan kemudian ke Cold Storage untuk beli bahan masakan untuk esok. Kiranya kalau saya nak bagi rating, pesta buku ni dapat 3 bintang ajelah.

Ini ajelah yang saya dan hubby beli masa kat sana. Pen dalam kotak tu hadiah harijadi untuk ayah saya.

Sembahyang Sunat Tarawih: Sejarah dan kelebihannya

Malam ni bermulalah sembahyang sunat terawih bagi kita yang akan berpuasa pada keesokan harinya. Oleh itu, ingin saya kongsikan sejarah solat ini dan kelebihannya.

Sembahyang ini dinamakan Tarawih kerana pada awalnya kaum muslimin berkumpul untuk melakukan sembahyang ini, mereka beristirehat setiap kali selesai dua salam atau setiap empat rakaat yang dalam bahasa Arab istirehat itu disebut dengan 'tarwih' dan jamaknya ialah 'al-tarawih.'

Pada zaman Rasullullah s.a.w. masih hidup, para sahabat melakukan sembahyang Tarawih ini secara sendiri-sendiri dan dilakukan di rumah masing-masing sebagaimana melakukan sembahyang malam (sembahyang Tahajjud).

Pada zaman Rasullullah s.a.w., baginda hanya mengerjakan sembahyang Tarawih ini sebanyak 8 rakaat, ada kalanya 10 rakaat kemudian mencukupkannya sehingga 11 rakaat dengan sembahyang Witir sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. yang berbunyi:

"Sesungguhnya Rasullullah s.a.w. tidak pernah melebihi sembahyang pada bulan Ramadhan dan tidak pula pada bulan lainnya dari sebelas rakaat."

Kemudian dikatakan pula bahawa pad masa Umar ibn al-Khattab, sembahyang Tarawih ini dikerjakan sebanyak 20 rakaat. Justeru ini, kita boleh memilih untuk melakukan sembahyang Tarawih sebanyak 8 atau 20 rakaat.

Kelebihan sembahyang sunat Tarawih

Di antara keutamaan yang terkenal dari sembahyang sunat Tarawih ini ialah sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasullullah s.a.w. melalui sabdanya yang masyhur yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dan Abu Hurairah, maksudnya:

"Barangsiapa yang berdiri mengerjakan sembahyang malam - pada bulan Ramadhan kerana iman dan kerana mengharapkan akan keredhaan Allah, diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu."


Rujukan: Mohd Yusoff Haji Ismail; Panduan Lengkap Sembahyang Sunat dengan Bacaan Serta Doa Dalam Tulisan Rumi; 2008; Perniagaan Jahabersa.

Entahlah...

Kadang-kadang saya tak tahu kenapa saya berasa begini. Mungkin dugaan dari Dia untuk menguji kesabaran, ketabahan dan kematangan saya. Adakala saya rasa bengang, kecil hari, sakit hati, kesal dan entah apa-apa lagi perasaan. Saya cuba bersikap selamba tapi adakalanya kecundang juga. Namun saya tahu, pada sujud terakhirlah tempat saya untuk melepaskan segalanya dan meminta bantuanNya untuk diri ini dan suami.

Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk diri ini. Hanya pada kau sahaja tempat aku berpaut dan berlindung.

Selamat menyambut bulan Ramadhan

Dua hari sahaja lagi (Insya-Allah), kita semua akan menyambut bulan Ramadhan. Bulan keberkatan buat semua umat Islam dan bulan untuk kita merebut pahala yang diberikan oleh Allah kepada seluruh hambanya.

Oleh itu, saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua yang melayari blog ini. Semoga puasa kita pada tahun ini diberkati oleh dia yang Esa. Amin...

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...