Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Hari mendebarkan dunia. Flotilla dipintas dan aktivis Sumud ditahan


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Semalam, 2 Oktober 2025 adalah antara hari yang mendebarkan dunia. Seolah seluruh tumpuan penduduk dunia tertumpu pada misi Global Sumud Flotilla memecahkan kepungan rejim yang zalim. Mereka ingin melihat dan pada masa yang sama berharap agar ada kapal yang dapat terlepas dari kepungan dan berjaya menghantar barang bantuan kepada penduduk Gaza. 

Sebaik sahaja 6 flotilla diserang oleh tentera laut rejim, mereka yang berada di darat terutamanya di Itali dan UK mula memulakan demostrasi meluahkan rasa marah. Mereka sakit hati dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan mereka dalam masa 2 tahun ini. Para pekerja pelabuhan di Itali seperti yang pernah ZRA maklumkan dalam awal pelayaran dulu, mula menunjukkan protes tanda ketidakpuasan hati mereka pada kerajaan dan mula menghalang sebarang penghantaran dan penurunan barang yang melibatkan negara haram penjajah terutama sekali berkaitan senjata. Perdana Menteri mereka secara terang-terangan menyatakan tiada faedahnya membantu dan menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza. Namun, atas desakan yang terlalu tinggi dari rakyatnya, hendak tak hendak, dia terpaksa membenarkan penghantaran 1 kapal perang Itali untuk menjaga keselamatan rakyatnya di perairan antarabangsa sehingga border zon kuning. 

Dan semalam, selepas malam pertama para aktivis dan pelayar memasuki zon merah pertama, mereka diganggu dengan hanya 1 kapal tentera laut penjajah. Masa ni, walaupun flotilla berada dalam perairan antarabangsa, mereka sudah mula menunjukkan belangnya. Dan malam kedua, memasuki jam 3 pagi, beberapa flotilla dipintas dan aktivis ditahan. Waktu ini, semua mata tak kita di mana berada mula melihat kepada apa yang dirakamkan oleh kamera flotilla yang ada. Semua orang dapat melihat serangan 'tembakan air' yang dibuat oleh kapal penjajah. Rakyat dunia juga melihat betapa tentera penjajah menghalakan senapang kepada orang awam dan mengeluarkan komen menyatakan 'see you in jail' (ucapan dicakap ketika radio flotilla dipintas). 

Grup kawan-kawan sekolah saya yang mulanya diam tapi lepas saya sharekan Red Alert tentang GSF, masing-masing sahut-menyahut bercerita. Dan seorang kawan menyatakan, "tak pernah aku seistiqomah

macam harini menghadap handphone. Nak tahu sangat berita mereka. Ini pun tak tidur lagi dari malam tadi." Kami masing-masing risaukan nyawa para aktivis dan juga pada masa yang sama risaukan akan kemelaratan yang berlaku di Gaza. Masing-masing berdoa agar ada beberapa kapal dapat lepas dan menghantar barang bantuan yang berisi air bersih, susu formula, makanan dalam tin dan lain-lain. 

Red Alert terakhir yang kami dapat malam tadi adalah menyatakan penahanan ZRA, Ustaz Mad kecik dan Razali Awang (wartawan Astro Awani). Harapan seolah jatuh ke bawah. Kapal Ardell yang dilihat paling hampir untuk sampai ke pantai Gaza rupanya dipintas juga. Mereka semua ditahan. Masing-masing tahu itulah risiko yang perlu dihadapi bila berhadapan dengan negara penjajah yang zalim ini. Dan selepas solat isyak, saya tengok phone, nampak ada ahli keluarga yang kongsikan video bas-bas yang bakal membawa para aktivis sumud ke pusat tahanan. Allah... Kasihan mereka. 


Hari ini, sebenarnya telah bermula pun petang semalam, orang awam berarak di hadapan kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak menyatakan tidak puas hati kepada sekutu kuat si rejim. Dan hari ini, pagi tadi, telegram turut berkongsikan beberapa poster tempat perhimpunan menyatakan solidariti kepada Gaza, Palestine dan aktivis sumud yang ditahan. Ini menunjukkan bahawa kita dan rakyat negara lain tidak suka melihat kekejaman yang dilakukan rejim penjajah terutama sekali kepada kanak-kanak, orang awam dan sekatan makanan dan perubatan yang disengajakan. Bandar-bandar besar di luar negara seperti di Itali, Sepanyol, Colombia, Turki, Australia, UK, Jerman, Ireland, Greece, Pakistan dan Perancis sudah ramai rakyat mereka berarak dan berhimpun hingga terpaksa dikawal ketat oleh polis or FRU mereka. 

Dan dalam pada mata semua terarah pada Gelombang Global Sumud  Flotilla ini, rupanya gelombang kedua sedang belayar cuba menghampiri Gaza untuk memberi bantuan. Kali ini, lebih ramai mereka yang profesional dalam 9 kapal sumud yang besar kali ini. Kebanyakan aktivis sumud kali ini terdiri daripada doktor, pensyarah, pakar undang-undang, wartawan dan ahli profesional yang lain. Mereka bergabung tenaga dan pakar demi memecahkan kepungan dan membantu dengan segera penduduk Gaza. 


Dan sehingga artikel ini ditulis, jam 3.39 petang tadi, kapal terakhir yang membawa bekalan bantuan kepada rakyat Gaza akhirnya dipintas juga. Kapal Marrinette yang ada masalah enjin terpaksa belayar perlahan semalam dan berada sangat jauh dengan kapal-kapal lain yang di hadapan di mana telah dipintas awal. Bila semua tumpuan mata dunia melihat secara live di youtube dan media sosial lain, semuanya berharap agar para pelayar selamat dalam pelayarannya. Meskipun ada sangkaan bahawa mereka akan dipintas, tadi tetap ada sekelumit rasa berharap agar kapal ini berjaya sampai. 

Apapun, kita berharap, dalam masa terdekat ini, suasana perubahan iklim politik di negara-negara barat berubah. Mereka berusaha untuk melakukan kebaikan bukan setakat untuk rakyat mereka tapi juga kepada rakyat negara lain yang tertindas. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...