Khamis, 18 Mac 2021

Kueh Tiaw Mi Goreng, 15 minit dah siap


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Ini antara menu yang mudah masak & cepat penyediaannya. Kat rumah ni, Alhamdulillah suka menu begini. Two In One. Kueh tiaw ada, mi pun ada. Kueh tiaw mi goreng, 15 minit siap masak 😋

Menu mudah untuk sarapan, minum petang atau makan malam. Easy peasy 😊

Bahan:
500gm kueh teow
250gm mi kuning
1 cekak kucai, potong pendek
1 genggam taugeh
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih dihiris
7 ketul fish ball dipotong 3
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 biji telur, dipukul sedikit
2 sudu besar cili kisar
1/2 cawan air
1 ketul tauhu putih
Garam secukup rasa
Cili merah & hijau untuk hiasan

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar & bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar & goreng seketika. Masukkan pula sos tiram & sedikit air, kacau dan tumis hingga cili garing.
2. Masukkan pula fishball. Masak sebentar & kemudian ketepi bahan di tepi kuali, masukkan telur & biar telur sedikit masak & hancurkan.
3. Masukkan kicap manis, kicap pekat & kicap cair serta sedikit air. Kacau rata & masak hingga sedikit pekat. Letakkan kueh teow, mi kuning, taugeh & daun kucai, gaul rata. Rasa & jika kurang masin, masukkan sedikit garam. Gaul rata & siap. Hidang dengan hirisan cili atau bawang goreng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan