Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Agar-agar sirap laici.
Manisan yang mudah & sedap di makan time musim panas lit-lit ni 😁
Bahan:30gm agar-agar tali
1.5 liter air
1 1/4 cawan gula
1 cawan sirap
1 tin besar laici + airnya
Penyediaan:1. Masukkan dalam periuk air, agar-agar & gula. Masak dengan api sederhana & sekali sekala kacau. Masak hingga agar-agar mencair.
2. Kemudian, masukkan sirap & kacau. Selepas itu, masukkan laici & airnya. Kacau seketika & tuang ke dalam loyang. Sejukkan sebentar di luar & kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. Sejukkan sekitar 2 jam. Siap untuk dipotong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan