Home-made steamboat kuah tomyam yang super mudah.


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Siapa yang suka makan steamboat atau oden? Resipi ni sesuai sangat untuk anda cuba. Mudah, sedap dan boleh tambah berkali-kali. Anda nak letak isi apapun boleh. Ada waktu, kita memang malas nak keluar rumah dan rasa nak berjimat sikit. Dan ini antara resipi mudah yang sesuai.

Oh ya, untuk barang-barang frozen macam-macam jenis ni, anda boleh dapat di supermarket atau kedai barangan frozen. Kalau nak choice banyak, makanya pergilah kedai barangan frozen. Saiz paket pun berbaloi dengan harga. 

Bahan kuah tomyam steamboat:
1.5 liter air
3 sudu besar pes tomyam
1 kiub pati tomyam
2 batang serai
5 helai daun limau purut dibuang tulangnya
1 biji bawang besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 batang lobak merah dikerat kasar
garam dan gula secukup rasa

Bahan isi:
5-6 jenis makanan frozen yang disukai
1 ikat kangkung atau apa aje sayuran yang diingini seperti cendawan, kubis atau apa sahaja.
3 keping mi segera kering

Penyediaan:
1. Didihkan air di dalam periuk bersama serai, daun limau purut, bawang besar, dan bawang putih. 
2. Masukkan pes tomyam dan kiub tomyam. Kacau sehingga larut dan biar kuah mendidih sebentar.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Cara masa steamboat: Masukkan bahan yang lambat masak dahulu barulah masukkan bahan yang cepat masak. Masak bahan beberapa minit dan kemudiannya bolehlah disenduk masuk ke dalam mangkuk. Jika ingin pedas lagi, boleh standby chilli oil ditepi. Siap dinikmati home-made steamboat kuah tomyam kita.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan