Sambal nugget, makanlah dengan cara apapun, tetaplah sedap


Assalammualaikum & salam sejahtera. Sambal nugget serius sedap. Bila makan dengan nasi, kapit dengan roti, makan dengan bubur nasi atau ratah begitu sahaja, memang buat kita ralit untuk menikmatinya. Selalunya kita hanya tahu nugget hanya dimakan bila digoreng atau maska guna air fryer. Tapi, anda cuba buat sambal. Memang puas hati. Nak lagi kaw, buat sambal tu pedas skit. Jangan kata air peluh keluar, air hidung pun join meleleh. 

Ini cara membuat sambal nugget versi mertua dan saya. Anda boleh cuba. InsyaAllah sedap.

Bahan:
1/2 paket nugget ayam 
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah dibuang biji
20-25 tangkai cili padi
1 sudu besar belacan bakar
2 keping asam keping
1 batang serai yang dititik
1 cawan air
Gula & garam secukup rasa
1/4 cawan minyak masak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali gunakan api sederhana. Goreng nugget lebih kurang separuh paket. Setelah masak, masukkan dalam bekas lain sebentar. 
2. Sementara menunggu nugget masak, masukkan bawang besar, bawang putih, cili merah, cili padi & belacan ke dalam blender. Kisar kasar bahan-bahan ini lebih kurang 90% lumat (jangan lumat sangat, nanti nampak macam nak buat gulai pula).
3. Panaskan minyak. Setelah panas, masukkan serai dan bahan kisar. Masak hingga sedikit kering. Jika nak lagi kaw, masukkan 1/2 cawan air lagi. Kacau dan biarkan ia masak seketika. Setelah masak, masukkan pula asam keping. Kacau sebentar dan masukkan garam & gula.
4. Setelah sedikit garing, masukkan nugget kita tadi. Kacau hingga sekata dan mesra. (Pastikan sambal tidak berair sangat, nanti jadi berair. Tak berapa 'kick'). Setelah siap masak sambal nugget kita, tutup api dan hidangkan dalam mangkuk dan boleh dinikmati dengan apa sahaja yang anda suka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan