Khamis, 13 April 2023

Cookie monster cookies yang peminat biskut harus cuba


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Cookie monster cookies ala hulk💚💚
Resipi ni jumpa kat TikTok. Bila omputih sambut Christmas, seronok tengok biskut depa buat 😄😋
Jadinya kita cuba. Masa ni, mood memasak tengah on.

Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu teh garam
1 cawan mentega
1 cawan gula perang
1 cawan gula kastor
1 biji telur (jika guna saiz c, guna 2 biji telur)
1 biji kuning telur
1 sudu besar ekstrak vanila
2 sudu besar pewarna biru / hijau
1 plastik oreo dipatah 4
1 plastik oren untuk inti
1 cawan cip coklat
1 cawan kiub coklat


Penyediaan:
1. Dalam mangkuk besar, pukul mentega, gula perang & kastor hingga gebu.
2. Masukkan telur, telur kuning, ekstrak vanila & pewarna biru/hijau. Pukul hingga kembang.
3. Kemudian, masukkan campuran tepung, garam & baking soda ke dalam adunan mentega. Pukul sehingga mesra.
4. Selepas itu, masukkan cip coklat & gaul.
5. Panaskan oven pada 170°c. Sediakan dulang yang disapukan sedikit mentega / tracing paper.
6. Kaup sedikit adunan biskut & bulatkan ia. Letak atas dulang & leperkan skit & kemudian letak sebiji oreo ditengahnya & kemudian ambil sedikit adunan & tutup oreo tersebut.


7. Masukkan dulang berisi biskut ke dalam oven & bakar 15-18 minit. Tengok pada saiz biskut & oven anda.
8. Setelah masak, biarkan seketika & boleh masukkan dalam bekas simpanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan