Isnin, 18 Oktober 2021

Masak lomak cili api daging salai yang mampu tambah nasi dua pinggan 😋🥵


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Daging salai ori kita beli dari Kuala Pilah. Memang terangkat rasa & bau salai dia bila masak lomak. Ini resipinya ekau buleh cubo. Mana tau, akan jadi menu feveret suami 😘

Bahan:
600 gram daging salai
1 keping asam gelugor
2 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
10-12 biji belimbing buluh

Bahan kisar halus
1/2 cawan cili padi kampung
2 batang cili merah
2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia

Penyediaan:
1. Cuci daging salai yang siap dihiris, toskan & masukkan ke dalam periuk. Masukkan asam gelugor, serai & bahan kisar halus. Gaul rata & masak hingga mendidih.
2. Tuang santan cair, kacau & masak dengan api sederhana hingga daging lembut (lebih kurang 25-30 minit). Tambah pati santan & daun kunyit. Kacau perlahan & kerap sehingga mendidih. Masukkan belimbing buluh. Masak hingga belimbing lembut. Perasakan dengan garam secukupnya & secubit gula. Rasa & jika rasa sedap, dah boleh tutup api. Kacau & siap untuk dihidang dengan nasi putih, sambal belacan & telur masin 😋

Tiada ulasan:

Catat Ulasan