Jumaat, 13 Ogos 2021
Home-made sos mayo yang sedap untuk burger, hotdog atau roti john.
Assalammualaikum & Salam Sejahtera,Resipi ni saya dapat dari sorang chef di Turki. Bila dicuba & letak pada burger, memang sedap. Anda cuba & anda mesti suka juga lepas tu 😊
Bila Rudy masak burger, maka, saya yang kena standby itu sayur & sos.
Bahan:
2 sudu besar mayo
1 sudu kecil mustard
3 ulas bawang putih disagat / ditumbuk
1 sudu kecil paprika / chilli flakes
1/4 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil serbuk bawang putih
3 sudu besar jus jeruk (pickle juice). Jika tiada jus jeruk, letak sedikit cuka makanan.
Penyediaan:
Masukkan kesemuanya dalam satu mangkuk. Kacau hingga mesra. Jika ada rasa kurang mengancam skit, letak sedikit jus jeruk lagi.
p/s: jangan guna jus jeruk yang manis. Guna yang biasa aje.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan