Rabu, 26 Ogos 2020

Resipi Senang Kueh Tiaw Sup Bebola Daging


Sarapan paling pantas dibuat, kueh tiaw sup bebola daging.
Sedap, mudah, kenyang. Sesuai untuk yang kejar masa 🏃‍♀️🕐

Bahan:
1 pek kueh tiaw
12-15 biji bebola daging
5-7 biji fishball
3 batang saderi dihiris
4-5 biji telur rebus
1 biji tomato dipotong 6
1 genggam taugeh
1.5 liter air
1 kiub maggi daging
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 sudu besar minyak untuk menumis
20 tangkai cili padi
Kicap
Garam & gula secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Kemudian tumis bawang besar & bawang putih. Setelah naik bau, masukkan air. Biarkan air sehingga mendidih.
2. Sementara tunggu air mendidih, celur kueh tiaw & taugeh dengan air panas seketika & toskan. Dan untuk cili kicap, masukkan dalam pengisar, cili padi, kicap & sesudu besar gula. Kisar & masukkan dalam mangkuk. Selepas itu, rebus telur di dapur sebelah.
3. Setelah air mendidih, masukkan bebola daging. Masak seketika & kemudian masukkan fish ball, batang saderi & kiub daging. Kacau & biarkan seketika.
4. Masukkan garam secukup rasa. Jika dah ok, tutup api & masukkan tomato. Kacau sebentar & siap dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan