Sabtu, 13 April 2019

Resipi English Breakfast


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

English Breakfast.
Nasib xde tomato panggang aje.
Menu mudah untuk anda yang tetiba angin kus-kus datang nak jadi omputih @ bahan tu semua ada dalam rumah.

InsyaAllah masa yang diambil kejap aje. Nak lagi cepat, guna dua2 tungku dapur.

Bahan yang perlu untuk buat EnglishBreakfast:
4 biji telur
4 batang sosej
1 tin baked beans
Roti putih & 2 biji telur
Garam & lada hitam 
Minyak Zaitun

Jumaat, 12 April 2019

Kailan ikan masin


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Kalilan Ikan Masin. Sedap bila order kat luar bila malas masak, hehehe...
Bila encik rudy teringin nak makan, silalah beli sayurnya. Isterinya insyaAllah masakkan.

Bahan:
2 ikan sayur kailan saiz besar dipotong kasar
1/2 cawan air
5-7 ekor ikan masin tenggiri / ikan masin bulu ayam digoreng
1/2 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 tangkai cili merah dihiris serong
Garam secukup rasa
2-3 sudu minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali & kemudian masukkan bawang besar & bawang putih.
2. Setelah sedikit garing, masukkan batang sayur kailan dulu & air. Masak seketika dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan pula sayur kailan. Kacau sebentar & masukkan ikan masin & cili merah. Kacau.
3. Perasakan dengan sedikit garam. Kacau sehingga daun layu & tutup api. Siap.

Khamis, 11 April 2019

Home-Made Tosei, Sangat Mudah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

1st time buat makanan India ni. Alhamdulillah jadilah juga walaupun tak secantik di kedai.
Mengenangkan ada baki nasi sejuk semalam & gulai lemak ayam & sardin, makanya, menu ini rezeki pagi hari.

Bahannya sangat mudah. Cuba ambil sedikit masa (alah, mcm kita nak buat lempeng tu). Untuk resipi ni, boleh dapat dalam 16 keping tosei.
Tq @majalahrasa untuk ilmu.

Bahan:
2 cawan nasi semalam/sejuk
2 cawan air
1 1/2 cawan tepung beras
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam

Adunan Tosei selepas dikisar.

Leperkan dalam kuali leper

Penyediaan:
1. Masukkan semua bahan dalam blender & kisar hingga lumat. Masukkan dlm mangkuk.
2. Panaskan kuali non-stick & bila kuali dah panas, masuk sesenduk adunan & leperkan ia untuk menipiskannya. Masak hingga lapisan bawah kelihatan garing. Angkat & siap.

Resipi Gulai Lemak Telur Itik


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Menu yang mudah & sedap. Kalau ada kicap atau sambal bilis, lagi mengancam bila makan nasi.
Sangat mudah untuk anda yang kejar masa.
InsyaAllah dlm 20 minit dah settle.

Bahan:
5 biji telur itik
1 kotak kecil santan
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
5 ulas bawang merah
1cm kunyit hidup /serbuk kunyit
1 batang serai
1 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
2 cawan air
Kalau ada belimbing buluh pun boleh letakkan juga

Penyediaan:
1. Kisar halus bawang merah, kunyit, serai, cili merah & cili padi dengan secawan air.
2. Masukkan dalam periuk/kuali besar bahan kisar. Masukkan juga santan, asam keping, gula & garam.
3. Jerang kuah atas api sehingga mendidih menggunakan api sederhana. Kacau sekali sekali agar tidak pecah minyak. Setelah mendidih sebentar, masukkan satu per satu telur ke dalam kuah. Biarkan seketika & kemudian kacau perlahan2 agar ia tidak pecah. Jangan masak telur terlalu lama. Agak2 macam dah masak skit, cepat tutupkan api. Pindahkan dalam bekas makanan. Siap.