Makaroni bakar ala Melayu, resipi best dari Sheila Rusly


 Asssalammualaikum dan salam sejahtera. Resipi makaroni bakar ala Melayu ni saya dapat dari IG @sheilarusly_jspictures lama dulu.Dah lama tak buat menu ni sebab oven rosak dan kali ni saya buat sebab guna oven kat rumah mama. Bila dah jumpa adik-beradik, tentunya mood memasak mencanak-canak. Dapat pulak sorang adik saya memang terer masak, jadinya kami divide kerja dan menu. So, ini saya kongsikan resipi best dari Sheila Rusly yang insyaAllah confirm sedap dan jadi.


Bahan: 1 pek makaroni direbus al dante & ditoskan 4 sudu besar minyak zaitun 1 labu bawang besar didadu 4 ulas bawang putih didadu 2 inci halia didadu 4 sudu besar cili giling 2 sudu besar rempah kari 1 tin kecil tomato puri 250gm daging cincang 1/2 cawan air 1 batang saderi dihiris 1 biji tomato didadu 1/2 batang lobak diparut 1/2 biji cili benggala didadu 1 sudu kecil garam 5 biji telur 1 cawan susu / susu cair Parutan keju
Penyediaan: 1. Panaskan kuali & masukkan minyak zaitun. Setelah panas, masukkan bawang besar. Goreng seketika & masukkan bawang putih & halia. Goreng hingga naik bau.
2. Masukkan cili giling. Masak sehingga sedikit garing & masukkan rempah kari & sedikit air. Kacau seketika. Kemudian, masuk tomato puri. Kacau hingga mesra. Selepas itu, masukkan daging cincang. Masak lebih kurang 5 minit. 3. Kemudian, masukkan batang saderi, lobak merah, tomato, cili benggala, air & garam. Kacau & masak hingga menggelegak.
4. Masukkan makaroni & gaul hingga mesra. Tutup api. Selepas itu, panaskan oven pada suhu 170°c. Sediakan dulang pembakar.


5. Tuangkan makaroni di dalam kuali ke dalam bekas pembakar. Ratakan sedikit makaroni. Kemudian, dalam bekas lain, campurkan telur & susu. Kacau hingga mesra & tuang ke atas makaroni goreng tadi sedikit rata. Taburkan keju cheddar/mozzarella/monterey jack/ricotta & kemudian masukkan ke dalam oven. Bakar lebih kurang 25-30 minit.



6. Setelah masak, enak dimakan panas-panas mahupun sejuk sikit. Taburkan bawang goreng & jika suka, bolehlah perah limau nipis. Siap dimakan makaroni bakar ala Melayu kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan