Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ahad, 26 Oktober 2014

Cekodok & Pancake, Timur & Barat bertemu jua

Assalammualaikum.

Cekodok pisang, siapa yang tak suka kan. Pancake pula, memang menarik bila melihat kegebuannya dan kesedapannya bila makan dengan madu, pisang, whipping cream atau apa sahaja.
Dan hari ini, dua resipi timur dan barat ini bertemu jua di atas meja. Saya yang sukakan cekodok pisang dan hubby yang sukakan pancake. Dek kerana encik hubby asyik order breakfast pancake aje bila di KL Sentral, makanya, saya buatkan pancake untuknya hari ini. Biar makan puas-puas. Pisang pula, dek kerana ada banyak, maka, cekodok lah yang paling senang untuk dibuat.

Jom, kita cuba buat. InsyaAllah, anda dan keluarga atau rakan mesti suka :)

Cekodok.
Bahan-bahan:
8 biji pisang emas atau apa aje pisang yang dah masak
3/4 camca teh soda bicarbonat
1 camca besar gula halus (saya guna gula kastor)
1 cawan tepung gandum (jika adunan lembik, boleh tambah lagi ya)
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
  1. Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonate hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit. 
  2. Panaskan minyak pada tahap sederhana. Boleh guna sudu atau tangan untuk menjemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas. Jangan banyak-banyak sebab ianya akan kembang. 
  3. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Dah boleh makan lepas tu... Oh ya, jika agak berminyak, boleh toskan atas tisu.
Pancake.
Bahan-bahan
2 cawan penuh tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil bikarbonat
1/4 sudu garam
2 sudu besar gula kastor
1 sudu kecil ekstrak vanila
sebiji telur
2 cawan susu full cream atau jika pekat lagi adunan tepung, boleh tambah lagi susu agar cair (jgn cair sangat nanti lembik)

Penyediaan:
  1. Campur kesemua bahan. Kacau hingga sebati.
  2. Panaskan kuali non-stick. Jika tak ada kuala non-stick boleh aje guna kuali leper biasa cuma anda perlu ratanya dengan sedikit minyak di permukaannya agar pancake tidak melekat. 
  3. Setelah panas, taruk campuran yang sudah digaul tadi ke atas kuali. Jika nak besar pancake, taruk banyak, Jika nak kecil aje, then, taruk sikit lah. Bila anda menuang adunan pancake tu, tuang setempat aje dan jangan pusing-pusing sebab adunan akan kembang dengan sendirinya. 
  4. Bila gelembung-gelembung kecil banyak muncul di permukaan pancake, itu tandanya anda sudah boleh terbalikkan pancake tersebut untuk masak di bahagian sebelahnya.
Tada... pancake dah siap. Jika anda suka, boleh aje makannya dengan madu, pisang, whip cream, buah-buahan lain atau begitu sahaja. Kalau anda google, anda boleh lihat pelbagai jenis cara menarik untuk menikmati pancake.

Happy cooking...

Jumaat, 24 Oktober 2014

4 1/2 bintang untuk buku Menalar Makna Diri

Assalammualaikum.

Buku Menalar Makna Diri ini hampir sebulan setengah baru selesai pembacaannya. Ada banyak kerja dan gangguan lain yang sedikit membantutkan kelancaran pembacaannya. Saya membeli naskhah buku ini bila terbaca tentangnya oleh seorang sahabat di FB. Agak menarik komen yang diberikan dan pantas saya selitkan order dengan staf karangkraf.


Jika saya sudah sukakan komen beberapa pembaca, saya akan cuba dapatkan naskhah buku tersebut. Dan Alhamdulillah, buku ini memang tidak mengecewakan. Namun, rasanya, pada sesetengah orang, buku ini kelihatan agak membosankan tapi tidak pada saya. Limpahan perkongsian ilmu, pengelaman, asbab dalam mempelajari setiap kejadian ada hikmahnya serta melihat pandangan sisi yang berbeza tentang sejarah dahulu dan sekarang juga senario politik dan persahabatan, mampu membuatkan saya bersungguh dan teruja untuk membaca dan terus membaca.

Adakala pengkongsian ilmu dan pengalaman penulis, membuatkan saya teringat tentang keadaan saya dahulu ketika belajar dan menyambung pelajaran. Pembelajaran serta penambahan ilmu baru adalah sesuatu yang sentiasa mengujakan saya. Dan ia antara sebab mengapa saya memilih pengajian master by research rather than ambil periksa dan terus dapat keputusan. Impaknya sudah saya ketahui sebaik melihat ke masa lalu bilamana menyelesaikan Diploma dan Sarjana Muda. You just read and remember with less implementation.Semangat untuk mengetahui kenapa, bagaimana, bila dan cara penyelesaian memang kurang. Memang tak menarik sangat rasanya bila memikirkan cara pembelajaran seperti itu. Jika tidak percaya, anda boleh cuba tanya anak saudara atau rakan anda yang muda tentang apa yang dipelajarinya pada semester pertama pengajian dahulu. Rasanya, hanya beberapa peratus sahaja yang ingat tentangnya dan yang sama ada ingat-ingat lupa atau lupa terus :)

Ada banyak perkara tentang buku ini yang mengingatkan saya bahawa ilmu, pengalaman, kepercayaan, persahabatan, hubungan dengan Allah, persekitan kita, secara tidak langsung membantu membina siapa diri kita yang sebenarnya. Sama ada kita mahu menjadi seorang yang responsif atau defensif.

Mari saya kongsikan beberapa keratan kata-kata yang menarik dalam buku ini. Harap, ia dapat membantu anda untuk memilih bahan bacaan dan berfikir dengan lebih kritis bukan hanya menerima tanpa berfikir. Itu pentingnya akal, fikiran dan ilmu.


  • Sebab itu ana panas hati apabila tulis sesuatu di Facebook atau Twitter, laju aje sesetengah kita berkata, "sorry tak faham, mohon pencerahan." Rasanya lapan daripada sepuluh komen begitu adalah komen pemalas. Malas berfikir. Semuanya mahu disuap-suap.
  • "Aku sedih dengan kekalahan AKP. Namun, pada masa yang sama, aku bangga dengan penduduk Boldavin yang berfikir baik. Mereka tidak menyimpan AKP. Sesiapa yang bekerja, akan dipilih. Sesiapa yang tidak bekerja, akan ditolak. Itu politik sihat," kata Fatih.
  • "Sungguh! Terdapat sebahagian alim ulama dan guru yang mengajar kebenaran dalam agama dengan cara yang kasar. Mereka menyalahkan para pendengar dengan dosa-dosa yang mungkin mereka tidak lakukan. Malah turut menggugut pendengar dengan bencana seksaan daripada Allah. Mereka yang seperti ini, menjadi punca kepada kemarahan. Sedangkan rumah Allah (masjid) bukan tempat untuk kemarahan. Mereka yang mengapi-apikan hal ini, tidak lain dan tidak bukan adalaha golongan munarik, sombong, angkuh dan mementingkan diri sendiri." (Imam Birgivi dalam bab al-Ghadab (Marah))
  • Anak kecil yang meminta sedekah di Eminonu itu saya berikan sedikit wang. Hati saya tersentuh melihat budak kecil itu mengagihkan pemberian saya kepada rakan-rakanya. Semoga Allah merahmati mereka.
  • Saya mendengar kisah berkenaan terkesima. Saya tidak dapat mendiamkan diri. Pantas sahaja saya mengangkat tangan dan bertanyakepada si pemberi takzirah, "Sahihkah cerita ini?" Beliau bertanya kembali, "Kamu ada masalahkah dengan cerita tadi?" Saya menjawab, "Sudah tentulah. Semasa tuan menceritakan kezuhudan Abu Ubaydah untuk kami teladani, tuan memburuk-burukkan Umar al-Khattab. Sebab itu saya bertanya, sahihkan cerita ini?"
  • Dalam budaya televangelism ini, si jahil boleh meletakkan syarat ke atas si alim agar kejahilannya dihormati, justeru si alim yang mesti bekerja keras mencairkan penyampaiannya agar si jahil tidak penat dalam usaha  memahami.
  • Edward Said telah menyatakan dalam karyanya Representation of the Intellectual tentang erti menjadi seorang sarjana. Golongan intelektual mesti menyampaikan pemikiran tentang sesuatu perkara bukan hanya untuk sekadar ia dibentangkan tetapi dapat digarap dan dimanfaatkan oleh masyarakat. Justeru, golongan intektual mestilah memposisikan dirinya secara merdeka daripada kecenderungan pemerintah atau mana-mana pihak yang berkepentingan.
  • Di sekeliling Sultan Abdul Hamid II ada ramai pengkhianat termasuk Midhat Pasha sendiri. Oleh kerana itu, Sultan Abdul Hamid II banyak bertindak berpandukan maklumat-maklumat keselamatan peribadi yang tidak diketahui umum. Namun, Sultan Abdul Hamid II masih berterusan mendapatkan pandangan pelbagai pihak yang diyakini boleh membantu. Pembacaan secara menyeluruh terhadap sikap Sultan Abdul Hamid II akan memahamkan kepada kita bahawa baginda bukan seorang diktator, apatah lagi dengan berulangkali pendakwa hanya berhujah pada tindakan menggantung parlimen itu tadi. 
  • "Aku yakin yang ahli sejarah akan membela diriku. Seandainya ahli sejarah Turki tidak melakukannya sekalipun, aku pasti akan ada ahli sejarah luar yang akan menegakkan keadilan buatku," Sultan Abdul Hamid II menulis suara hatinya di pembuangan di Salonika, Greece.
Happy reading everyone...

Rabu, 22 Oktober 2014

French Toast... omputih kau citarasa ayah mertuaku


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Exactly, ayah mertua saya request malam tadi melalui ibu mertua saya. Katanya minta besok pagi buatkan sarapan roti celup telur. Saya ingatkan roti celup telur yang macam biasa saya buat tu lah. 

Dan esoknya, bila godek peti ais, nampak ada susu extra masa buat donat hari tu dan buah limau yang jiran saya berikan, maka saya pun buat le french toast. Menantunya ter'rajin' skit, makanya buat le ala2 food network.
Rupa-rupanya memang dia nak french toast bukannya roti telur biasa cuma dia tak tau le nak sebut perkataan 'french toast' tu. Pelik gamaknya nak disebut. Mungkin sebab rasanya manis dan sedap dimakan begitu sahaja bila tabur cinnamon sugar tu. Hehehe...

Meh saya kongsi resipi.
1. Roti putih 6 keping
2. Telur 2 biji
3. Susu segar 1/4 cawan
4. 1/2 sudu kecil garam halus
5. 1/2 sudu besar parutan kulit oren / lemon
6. Gula kayu manis (Cinnamon sugar)

Penyediaan:
1. Campurkan telur, susu, garam dan parutan oren. Pukul hingga kembang.


2. Panaskan kuali leper dgn sedikit minyak
3. Bila kuali panas, celup roti dalam bancuhan adunan dan bakar atas kuali.
4. Terbalikkan roti bila bahagian bawah dah sedikit garing. Taburkan cinnamon sugar atas roti yang terbalik tadi dan biarkan dlm 1 minit dan angkat letak atas pinggan. Tada... dah siap. 


Happy Cooking

Ahad, 12 Oktober 2014

Daging panggang korban yang dikorbankan


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, ada rezeki daging korban buat kami tahun ini. Pemberian dari abang ibu mertuaku. Cakap dengan mak mertua, "nanti nak daging tu skit ya mak. Nak buat daging panggang." Dan akhirnya, cita-cita nak masaknya tercapai. Last year saya ada buat juga di rumah mak saya di Ampang. Pantas sungguh habisnya dek laki dan adik saya. Resipinya, sudah tentu saya ambil dari buku Bukan Sekadar Resipi dari Puan Roza Roslan. Saya bukan ditakdirkan seorang yang mahir dalam bidang masakan seperti mama, mak mertua dan adik perempuan. Need to struggle a little bit on that. :)

Jom kita cuba masak. InsyaAllah mudah aje.

Bahan-bahan:
1. 1kg daging (ikut suka andalah nak banyak mana ya. Nanti doublekan aje kuantiti bahan lain)
2. 2 sudu besar minyak zaitun / minyak sayuran

Bahan Perap:
1. 1 sudu besar madu
2. 1 sudu besar lada hitam
3. Sedikit garam

Bahan kisar:
1. 1/2 cawan minyak zaitun
2. 5 ulas bawang putih
3. 1-2 batang pokok parsli
4. 1 sudu kecil rempah Italian mix (saya campurkan oregano dan rosemary aje)

Penyediaan:
1.Gaul rata daging dengan bahan perap. Ikat daging menggunakan tali percel (ini sebabnya kenapa kita kena ikat tali pada daging jika hendak bakar atau panggangnya. Tying it up keeps it from "spreading out," losing that nice round filet shape you paid so much money for. Spreading will only affect its appearance, not its flavor — and tying it up keeps it nice and tight so the juices are more prone to staying in instead of running out).

Tali ni saya beli dekat kedai buku Popular. Dalam RM2.90.

2. Perapkan dalam peti ais yang bawak tu dalam 3-4 jam (daging saya cute aje, jadi saya biarkan 3 jam).


3. Panaskan saute pan atau kuali di atas dapur dengan api sederhana. Masukkan minyak zaitun dan setelah panas, goreng daging tadi yang berikat selama 8-10 minit sehingga terbakar seluruh bahagian dan mengeluarkan air (caramalized).


4. Asingkan dan guna air daging (caramalized) sebagai gravy dengan menambahkan sedikit krim / susu segar.
5. Keluarkan daging dan letak atas kerajang aluminium. Bahan kisar tadi, sapukan sekeliling daging dan bungkus daging bersalut pes kisar dengan kerajang aluminum tersebut. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 170C selama 45 minit - 1 jam atau sehingga daging masak.


6. Setelah masak, biarkan daging di luar selama 10 minit sebelum dihiris dan dihidangkan bersama sayur-sayuran kukus atau dibuat sandwich (kami buat sandwich dan ratah aje semalam dengan gravy dan sos).

Happy Cooking....

Selasa, 7 Oktober 2014

Baked potatoes with cheddar cheese & cherry tomato, origano, hotdog and cheddar tortilla.


Assalammualaikum & Salam Sejatera.

Kali ni saya kongsikan resipi yang agak mudah buat anda semua. Yang pentingnya, anda ada oven atau alat pemanggang.

Bila saya dan hubby tinggal berdua aje (bila mak dan abah berjalan dengan anak-anaknya yang lain), kepala ni dok pikir nak makan apa yang mudah hari ni. Dan dek kerana malas nak keluar semalam, saya pun godek le apa yang ada di dapur dan buku resipi encik hubby. Makanya, inilah resipi simple untuk makan berdua aje.

Baked Potatoes with cheddar cheese (kentang panggang dengan keju cheddar)
Bahan-bahan:
1. 2 biji kentang. Saiznya, ikut kehendak anda.
2. 2 sudu kecil minyak zaitun (kalau takde, boleh aje ganti dengan minyak sayuran lain)
3. Garam

Bahan-bahan untuk inti:
4. 1 cawan keju cheddar atau apa aje keju yang anda suka
5. 1 sudu kecil origano
6. 1 sudu kecil pasli
7. Lada hitam & garam
8. 1/2 perahan jus lemon
9. 3 sudu kecil minyak zaitun

Penyediaan:
1. Panas oven pada suhu 190C
2. Basuh kentang dan lap keringkan ia. Kemudian, salut seluruh kentang dengan minyak zaitun / minyak sayuran dan cucuk kulit kentang dengan garfu beberapa tempat. Salutkan sedikit garam pada kentang (jangan banyak, nanti masin). Bakar selama 1 jam (40 minit api atas bawah dan 20 minit api bawah).
3. Untuk inti, campurkan semua bahan dan gaulkan dan kemudian letak dalam peti sejuk.
4. Setelah kentang masak, belah dua dan sudukan inti yang sejuk tadi ke dalam kentang yang panas. Dah siapppp...


Cherry tomato, origano, hotdog & cheddar tortilla.
Bahan-bahan:
1. 5-6 biji telur
2. 1 sudu kecil creme fraiche (saya guna cream cheese sebab kat Malaysia ni susah nak dapat cream fraiche tu. kalau nak guna yogurt pun boleh)
3. 8-10 biji tomato ceri yang dipotong separuh (tomato yang saiz kecil tu)
4. 100gm keju cheddar
5. 6 batang daun ketumbar (oleh kerana saya tak suka daun tu, saya gantikan dengan origano)
6. Minyak zaitun / minyak sayuran
7. Garam dan lada hitam

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 160C.
2. Pukul telur dengan creme fraiche / creme cheese / yogurt dalam satu mangkuk.
3. Tambahkan tomato, keju, origano, garam dan lada hitam dan gaul mesra.
4. Sapukan minyak zaitun / sayuran sekeliling dalam kuali atau bekas membakar dan curahkan campuran bahan tadi ke dalamnya. Bakar dalam 30-35 minit sehingga menggelembung dan keemasan.
5. Bila dan masak, potong ikut suka hati dan boleh dimakan sama ada sejuk atau panas.

HAPPY COOKING...

Isnin, 6 Oktober 2014

Menggoda betul rupanya donat...


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Selamat Hari Raya Aidil Adha semua...
Alhamdulillah, Allah masih izinkan saya, suami dan ahli keluarga bernafas dan menyambut hari raya bersama.

Sehari sebelum raya, saya dan dibantu sedikit oleh anak-anak sedara, seronok membuat donat.
Tak pernah umur saya buat donat dan dek kerana rancangan Unique Sweet kat tv, akhirnya saya terjebak juga. Hari Khamis malam, jika ada kelapangan, memang saya dan hubby suka tengok rancangan Unique Eat dan Unique Sweets kat Food Network. Memang seronok tengok makanan yang sedap, menarik, happening, lazat dan unik kat dalam rancangan ni.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar... nikmat Allah yang mana lagi hendak kamu dustakan. Makanan dan minuman yang menarik dan sedap, sebenarnya kita boleh melakukannya sendiri dengan kreativiti dan bahan-bahan yang ada di sekeliling kita. Bahan yang limit, mampu juga menghasilkan makanan yang sedap selagi mana kita berusaha mahu melakukan yang terbaik untuk ahli keluarga dan orang lain menikmatinya (cuba ya untuk tidak rasa riak bila orang memuji masakan kita. Cukuplah sekadar berkata, "Alhamdulillah". Kembalikan pujian tersebut pada pemiliknya).

Bila rancangan Unique Sweets muncul dan tiba-tiba depa menunjukkan segala jenis donat yang sedap di sebuah kedai di US, Mojo Monkey, apalagi, saya punya excited tengok sampai telan air liurlah... hehehehe... Bila nampak makanan yang sedap kat rancangan ni, memang selalu cakap dengan hubby, "kat Malaysia takde kedai macam ni ke? Sedap, murah dan besar." Dan tak perlu saya tunggu jawapan hubby, rasanya saya dan anda memang tahu, memang susahhhhhh... sangat nak ada (segala macam benda kan naik harga lagi. Kesian kat pakcik makcik dan sedara mara yang kurang kemampuan, macam manalah keadaan mereka... :( ).

Inilah antara donat yang dibuat oleh Mojo Monkey. Saya ambil gambarnya di FB k.

Dan untuk anda, yang teringin untuk dapatkan donat yang sedap, besar dan boleh pelbagaikan toppingnya macam gambar kat atas, boleh aje buat sendiri. InsyaAllah anda puas hati dengan hasilnya dan anda serta keluarga boleh makan berulang kali (nak bisnes kat ofis dan internet pun boleh).

Jom saya kongsikan bahan dan penyediaannya.

Bahan-bahan donat:
1. 500gm tepung gandum / serbaguna
2. 11gm yis
3. 100gm mentega (pada suhu bilik ya)
4. 1 sudu kecil garam
5. 6 sudu besar gula kastor
6. 2 biji telur (kalau telur tu kecil, ambil 3 biji ya). Pecahkan macam nak buat telur dadar tu.
7. 250ml susu (selalunya saya guna jenama Anchor atau Nestle. Ini aje pun yg ada kat kedai bakeri sini)
8. Minyak untuk menggoreng
9. 1/2 cawan gula kastor (untuk salutan donat yang sudah masak)

Penyediaan:
1. Masukkan tepung dan yis dalam 1 mangkuk besar. Gaulkan seketika.
2. Masukkan mentega pula dan gaulkan agar ia sedikit mesra.
3. Masukkan pula gula dan garam. Gaulkan.
4. Kemudian, buat bulatan di tengah bekas campuran tepung tadi dan masukkan telur dan susu. Kacau. Masa ini kita dah mula nak gunakan tangan untuk menguli. Jika adunan melekit masa menguli, letak sedikit demi sedikit tepung gandum (tepung gandum ni memang bukan yg 500gm tu tau. Yang extra dalam plastik kita). Uli sehingga doh tidak melekat dan melekit. Kalau nak uli dalam bekas tadi boleh, nak uli atas papan yang besar pun, ok aje. :)
5. Sapukan sedikit minyak jagung atau mentega cair di dalam satu bekas yang tinggi dan besar sekelilingnya (periuk pun boleh aje). Masukkan doh yang sudah diuli tadi ke dalam bekas tersebut dan golekkan doh sekali golek aje dalam bekas tu. Ia bagi pasti, minyak atau marjerin melekat pada keliling doh (jangan beria sangat. just dalam 2-3 saat aje)
6. Tutup adunan doh tadi dengan kain yang lembab dan letakkannya di tempat yang sedikit gelap. Biarkan doh naik dalam 1-2 jam atau doh naik 2 kali ganda saiznya.

7. Sementara menunggu doh naik, anda sediakan 2-3 tray yang besar untuk meletakkan bakal donat yang ditekap ke dalamnya. Taburkan tepung gandum di sekeliling atas permukaan tray. Ini bagi mengelakkan doh donat melekat masa mengembang sebelum di goreng.
8. Setelah doh dah naik, buangkan angin dari doh tersebut dengan mengulinya seketika di dalam bekas tersebut dan kemudian potong separuh dari doh tersebut dan letakkan di atas papan penguli yang sudah ditaburkan dengan tepung gandum (bagi memudahkan doh tidak melekat di tempat kering dan mudah mencanainya).
9. Uli doh tersebut dan taburkan tepung untuk memudahkan anda menguli dan mencanainya menggunakan rolling-pin (pencanai). Canai doh tersebut menggunakan rolling-pin sehingga doh menjadi tebalnya 1/2 inci.
10. Ambil 2 bekas bulat yang bersaiz besar dan kecil untuk membuat ukuran donat. Anda tekap bekas tersebut di atas doh yang sudah leper dan pindahkan bentuk bulat donat tersebut ke atas tray yang sudah ditaburkan dengan tepung gandum.


11. Siapkan semua doh seperti gambar di atas dan biarkan dalam 1/2 jam. Biarkan doh donat tu naik dengan cantiknya.
12. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng donat tersebut. Setelah masak, tapis donat tersebut sama ada guna tisu atau jaring besi (tak kisah ke dengan apa pun, janji minyaknya tersejat sedikit).
13. Selepas minyak sudah tersejat dan masih panas lagi, golekkan donat tersebut ke atas mangkuk yang berisi gula kastor. Dan tada... Dah siapppp...



Jika anda ingin donat tersebut disaluti coklat dan dilitakkan pelbagai topping, ini saya berikan resipi chocolate ganache nya @ coklat sos (kalau bahasa masakan, depa panggil ganache).


Bahan-bahan chocolate ganache:
1. 150gm coklat masakan (jika anda punya coklat bar, potongkan ia menjadi kiub-kiub kecil. Jika jenis yang bulat-bulat tu, lagi senang. Tak payah kecilkan lagi)
2. 50gm heavy cream / whipping cream
3. 30gm mentega pada suhu bilik

Penyediaan:
1. Masak heavy cream / whipping cream di atas api. Setelah mendidih, tutup api  dan tuangkan ia ke dalam bekas yang berisi coklat masakan tadi. Biarkan dalam 30-40 saat agar coklat tersebut dapat menyerap heavy cream / whipping cream yang panas tersebut.
2. Kemudian, kacau coklat dan heavy cream / whipping cream tersebut sehingga coklat cair.
3. Kemudian, masukkan pula mentega dan kacau sehingga semuanya mesra. Dan siap. Anda dah boleh letakkan sos coklat @ ganache tu atas donat anda dan letaklah apa topping sekali pun.

Antara topping yang popular dan senang, chocolate rice, rainbow chocolate rice, kuaci, pelbagai jenis kacang, kelapa kering, kismis, whipping cream, marshmallow, buah-buahan dan macam-macam lagi anda boleh designkan macam kat dalam food network dan internet tu. :)

p/s:
1. untuk buat ganache tu, nisbah heavy cream dengan coklat tu mestilah 1:3 kiraannya. Jika tak, sama ada coklat anda jadi cair sangat atau pekat sangat :)
2. Jika teringin rasa sedikit kopi, tambahkan 1 sudu kecil kopi instant ke dalam adunan ganache yang panas dan kacau (tip dari Ina Garten ya)


HAPPY COOKING FOR YOU & FAMILY...

Khamis, 2 Oktober 2014

International Horseback Archery di Malaysia


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, saya dan encik hubby akhirnya diizinkan Allah untuk pergi ke event horseback archery atau dalam bahasa malaysianya menunggang sambil memanah di Selangor Turf Club, Seri Kembangan.
Acara ni saya tahu dari seorang sahabat yang juga join memanah (tapi di area Melawati). Encik hubby terus aje whatsapp bini dia dan tunjukkan info yang sahabat saya tu berikan.

Wah!! Macam menarik tertarik aje. So, kita orang cuba untuk ingatkan tarikh tersebut (we know about it around 3-4 months before tournament). Itupun nasib baik tengok balik kalender tarikh 27 tu bila. Ingatkan nak datang hari Ahad, rupanya last day hari Sabtu. Fuhhh... Lega... Malam hari Jumaat tu jugak, saya tertekan astro oasis, tiba-tiba nampak rancangan Salam Muslim yang perkenalkan pasal sukan memanah dan menunggang kuda. Excited kami berdua menontonnya. Makes both of us can't wait for tomorrow.

Jeng-jeng... dan harinya pun tiba. Lepas hantar mak dan ayah mertua ke rumah kakak ipar di Cheras, pantas kami ke STC. Dan, rezeki kami hari tu, tak payah naik tram atas sebab-sebab tertentu. Parking aje kat dalam :) Jimat masa kami...

Masuk aje kat area depa buat event International Horse Show tu, bukan main ramai lagi budak-budak sekolah. Seronok betul depa. Lepas jumpa khemah untuk orang awam, terus kami duduk. Tapi dalam masa sejam, budak-budak sekolah makin ramai. Sudahnya hubby pun kata, "Yang, bagi ajelah tempat duduk kita kat budak-budak ni. Kesian depa. Kita cari tempat lain."

Walaupun berat hati nak bagi, tapi dek kerana saya ni nak belajar ikut cakap suami, kuturutkan jua...
Cari punya cari sampai ke hujung, aduh... semua dah penuh dengan budak sekolah dan cikgu. Last sekali, kami jalan ke depan sikit. Dan tanyalah pak guard yang tengah tunggu nak naikkan bendera negaraku (Sultan Terengganu nak rasmi masa ni tapi dia belum tiba lagi ya). Kami tanyalah, khemah yang kat seberang padang tu boleh ke kami duduk. Sebab khemah panjang untuk orang awam dah penuh budak-budak sekolah. Dia kata, pergi ajelah. Tak ada apa-apa.

Ini suasana masa kami mula-mula datang ya. Tak ramai lagi.

Makan, rezeki dari Allah tiba lagi. Kami dapat duduk kat khemah yang facing khemah orang awam. Tak ada orang nak halau. Seronok aje hati sebab angin sepoi-sepoi bahasa gitu. Dalam hati dah dok terfikir, rupanya ini hikmah ikut cakap suami kot. :)

Dan rezeki Allah datang lagi. Tak lama lepas tu, para pemanah berkuda dari pelbagai negara dan siap berpakaian perang zaman dahulu lalu belakang kami. Weh! Menarik giler ni. Pantas encik hubby dan orang-orang kat bawah khemah tu bangun dan ambil gambar mereka. Siap depa bersalaman lagi (pemanah wakil Malaysia dengan org kita ya). Makcik pun teruja juga tapi lihat dari jauh aje dulu. Segan ya... Hehehe...

Saya dan hubby akhirnya dapat dok kat khemah sebelah depan tu ya. Itu namanya rezeki :)

Ini acara ulik mayang guna kuda masa opening ceremony. Baru saya tahu, kuda pun boleh buat ulik mayang. hmmmm...




Lepas opening ceremony berlangsung dengan jayanya (walaupun ada tang-tang tertentu yang nampak agak kelakar masa tu), tiba-tiba mata ni terperasan yang peserta pemanah berkuda dah start datang ke khemah belakang kami. Khas untuk pertandingan memanah sambil menunggang kuda. Tanpa membuang masa, saya dan encik hubby dan beberapa orang lain pun, join the club.

Bila kami dok aje kat bawah khemah yang 1st, (gambar kat atas ni), kami terus nampak beberapa peserta dengan pakaian khas mereka yang menarik. Kami tengok-tengok dulu. Ambil feel... Adalah beberapa hamba Allah dah start berbual dengan peserta dan bertanyakan negara mereka (kena masuk otak ni sebab nak masukkan dalam blog. Salah kang, buat malu aje). Dan peserta pertama yang kami ambil gambar, of course Encik Din Mahidin. Kami cam dia pasal dia ada masuk dalam rancangan kat slot National Geographic dan Salam Muslim. Cantik pakaiannya dan tak sabar nak tengok dia beraksi (tapi takde rezeki nak tengok sebab kena balik awal atas sebab keluarga).

Anda layan dulu gambar yang ada ni ya... bawah nanti saya sambung lagi.

Hubby dengan Encik Din Mahidin

Ini pula dengan peserta dari Syria tapi rasanya dia mewakili Qatar. Walid Khawajkie

Wakil perempuan tunggal untuk Malaysia. Saya cam dia dalam rancangan Salam Muslim tu ya. Erina Emelina.

Entah macam mana terjadi, saya pun lupa, boleh pulak hubby berborak dengan peserta dari Qatar (Fuad Almudehki) dan Syria ni. Macam seronok aje depa. Pasrah ajelah makcik menengoknya. Itu yang snap sekeping dua gambar depa.

Ini pula peserta dari Jepun, Mayumi Nishizawa. Pantas saya menegurnya untuk bergambar. Exactly, baju-baju yang dipakai mereka untuk mewakili negara memang unik. Represent their country. Bukan senang nak jumpa kan. Inilah kenangan yang ada. Snap aje cepat-cepat. Si Mayumi ni kata, dia ada makan nasi lemak tapi katanya, "its too spicy." Encik hubby pulak kata, "most of our food is spicy. It represent Malaysia food." Pandai aje dia.. jangan dilupa orang Kelantan dan Sarawak mana nak makan pedas sangat ayang oii...

Cantik dan menarik kan momen ni? Himpunan berlainan bangsa dengan berlainan pakaian. 

Unikkan tempat simpan arrow dan arrownya.

Akhirnya, dapat juga encik hubby ambil gambar dengan pemanah berkuda dari China. Masa mula-mula nampak depa, saya terus teringat cerita hantu cina masa kecik-kecik dulu. Adehhh... :)




Betapa terujanya saya dan hubby bila tengok depa menunggang sambil memanah. Terus teringat Rasulullah s.a.w. dan para sahabat yang berperang demi mempertahankan Islam pada perang Badar dan perang Uhud. Agaknya, lebih kurang beginilah cara mereka berjuang ketika menunggang kuda dan melepaskan panah pada Quraisy Mekah.

Lelaki Inggeris ini, kami perasan dia masa kami berpindah ke khemah hadapan sedikit (senang nak tengok view dari start sampai ke tengah perjalanan mereka menunggang). Saya tanya hubby, nak ambil gambar dengan dia ke? Hubby kata, takpelah. Dia macam tengah berlatih aje tu. Tak nak kacau. Kami pun perhatikanlah dia kejap masa dia dok berlatih tarik-tarik arrow tu. Lepas tu, mata dah kembali fokus ke depan bila game dah mula. Then, bila pusingan kedua bermula dan dia antara pesertanya, ambil kau, terus kami speechless kejap. Dalam sekejapan, dia dah lepaskan banyak anak panah ke target point. Peserta lain rasanya dalam 2-3 anak panah aje dan ada antaranya 1-2 mesti tersasar. Tapi dia, dalam 9 anak panah dia lepaskan, 7 kena target point dan 2 kena bulls eye. Pergh!!! 
Subhanallah, Allahu Akbar. Hebatnya dia... lagilah minda ni terus teringat cara perang Rasulullah s.a.w. dan para sahabat, Mungkin macam ni hebatnya dan ada potensi lebih baik dari itu. Subhanallah...
Lelaki ini, namanya Kassai Lajos. Dia ada horseback archery school kat Hungary. Dan untuk info lanjut, saya sarankan anda google aje atau carinya di FB. InsyaAllah jumpa sebab saya dan hubby pun buat macam tu gak :) A very humble person (from our perspective sebab dia dengan sendirinya menepuk sebelah tangannya dengan penonton bila aksinya sudah habis). Masa dia dok practice belakang kami, dia buat macam biasa aje. Takdenya nak show-off atau nampak annoyying (makcik tak nak puji lebih2 sebab bukan kenal sgt pun kan. Hanya mereka dlm bidang ini aje yg kenal).

Rasanya, dah banyak saya celoteh. Jom layan aje gambar di bawah ni ya...






Sukan menunggang kuda di Malaysia, dianggap sebagai antara sukan yang elit. Tidak semua orang mampu untuk membayar kelas latihannya. Itu belum lagi termasuk kelengkapan pakaian dan lain-lain. Memanah juga, jika dilihat, baru sahaja mula berkembang di Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Sama juga seperti sukan renang. Muslimah sudah semakin ramai yang menghadiri kelas-kelas renang kerana sudah ada pakaian yang menutup aurat. Muslim sekarang ini, perlahan-lahan mula untuk berusaha mengaplikasikan bukan setakat sukan saranan Baginda s.a.w tetapi juga dalam kehidupan harian. Alhamdulillah, perkembangan ini amat memberangsangkan.

Meskipun ada beberapa suara negatif yang memperlekeh atau mentertawakan sama ada sukan ini atau orang yang ingin terlibat dengannya, mereka sepatutnya lebih berhati-hati kerana secara tidak langsung, mereka telah mempersendakan apa yang disukai dan digalakkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Untuk anda tahu lebih lanjut, saya amat sarankan agar anda merujuk orang yang pakar dalam bidang ini dan juga merujuk kepada hadis Baginda s.a.w yang sahih dari kitab-kitab ulama terdahulu. Sebarang kemusykilan, bolehlah bertanya kepada mereka yang PAKAR dan telah mendalami ilmu ini. Bagi saya dan hubby, selagi mana ianya terdapat dalam kitab-kitab sahih yang kebanyakan para ustaz di Malaysia menggunakannya, kami akan cuba untuk mengimplimentasikan sunnah Baginda setakat mana yang kami mampu.

Daripada Salamah bin Al-Akwa', Rasulullah s.a.w bersabda, "Nabi SAW melalui satu kawasan di mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.”
(Hadis riwayat Bukhari no 592)

Daripada Uqbah bin Amir al-Juhani r.a., Rasulullah s.a.w bersabda, “Persiapkanlah semua kekuatan yang kalian miliki. Ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah.” (HR. Muslim no. 4711)

"Demi Allah! Sungguh Rasullulah s.a.w pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain. Baginda s.a.w sangat tangkas dalam hal itu dan menghairankan." (Riwayat Ahmad)

Moga Allah membantu kita untuk terus berada di jalan yang lurus meskipun ada banyak cabang yang mengganggu di kiri dan kanannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...