Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 28 Februari 2013

Akhirnya Aku Kahwin!... Buku yang menarik


Salam Semua...
Mai sini cik nak kongsi satu lagi buku yang best... Cover bukunya di ataslah kan...

Oleh kerana line internet maxis saya semalam amatlah mendukacitakan, maka hasrat yang terpendam akhirnya kesampaian. Dalam kepala dok fikir2 nak capai buku apa yang banyak dalam kotak tu ek. Dan akhirnya, saya capai buku ni. Al-kisahnya, saya terpanggil nak baca buku ni sebab a few months ago, masa saya merayap kat kedai buku di jalan TAR, saya terdengar sorang budak muda ni bercakap dengan kawan dia. "Buku ni best," katanya. Saya tengok le buku yang disarankan. Dalam hati kata, 'ia ke best?'. Rupanya kawan dia pun tanya soalan yang sama. Dan budak perempuan tu cerita le serba sedikit. Itu pun saya curi2 dengar. Saya dah set dalam minda, nanti ada masa nak bacalah buku ni. Dan hajatnya tertunai semalam. :)

A few chapters aje dah buat saya rasa ingin terus membaca. Ayat yang ditulis membuatkan saya tersenyum seorang. Rupanya heroin dalam novel ini lain dari yang lain. Dia debab (bak kata heronyalah...). Bila baca buku ini, adakala saya mengiakan bahawa manusia memang judge people by appearance. Tak caya? Percayalahhh... Saya sendiri pernah mengalaminya dahulu. Bukan setakat back stabbing, siap menghina lagi. Wah wah wah... Hebat sangatkan manusia ni. Rasa diri budget bagus aje. Tapi, itu kenangan lama. Saya pun dah malas nak amik port dengan orang begitu. Bak kata orang utara, "Biaq pi lah".

Ok, at first, saya ingatkan hero dia Syafiq. Mana taknya, rasanya dalam 20 bab awal tu  asyik cerita Syafiq aje. Saya tutup jap buku, tengok senopsis kat belakang. Eh, bukanlah. Namanya Syafizi. Tapi, apesal tak keluar2 lagi watak hero dalam novel ni. Lepas tu, saya belek muka surat terakhir pula. Eh, ialah, nama dia Syafizi. Ishhh... lambat pulak nak sampai watak hero ni. Takpe, sabar Rina. Cerita best ni. Jangan skip. Hehehehe... So, continuelah membacanya...

Dan sebaik watak Syafizi muncul, wehhh... daripada saya dok tersengih2 baca ayat2 Cik Didi yang mulutnya selamba aje tu dengan abang angkatnya, Syafiq, sengihan bertukar menjadi tawa kecil. Dan ada ketika saya ketawa mengekek seorang diri. Kelakar. Itu yang the best word yang saya boleh katakan. Memang selamba. I love the way Didi & Syafizi berperang mulut. Itu belum masuk bab lawak miss 'ekceli'. Memang best le time dia nak mengenakan balik perempuan jenis hati busuk tu. But, in reality, this woman memang ada. Tak percaya? Percayalahhhhh.... sebabnya saya dah jumpa. :)

As a conclusion, sesiapa yang nak release tension melalui pembacaan yang ringan, buku ni amat2 saya sarankan. Really make my day laugh. Thanks writer...

Selasa, 26 Februari 2013

Resipi kuih gunting ibu mertuaku...


Salam semua...
 Kali ni saya nak kongsikan resipi kuih gunting atau ada orang panggil kuih siput.

Saya sebenarnya makan kuih ni pun kadang2 aje. Bukan apa, selalu terkena makan yang keras kalau beli di kedai atau di rumah orang time jalan raya. Aduhai, sakitnya gigi tang nak kunyah tu. Dan kali ni, saya kongsikan resipinya sebab en. hubby saya suka. Itu pun saya baru tahu bila mak saya belikan 1 tupperware kuih gunting ni dan letak di rumah. Masa saya nak buka tupperware tu, hamik kau, orang tu jual RM13 1 bekas. Waduh waduh... mahal giler. Tapi, nasib baik sedap dan tak keras sangat. Alhamdulillah.

Masa saya offer hubby kuih tu masa tunggu saya habis masak untuk makan malam, rupanya seronok aje dia kunyah kuih tu macam makan nasik. Saya tanya le dia, sedap ke? Dia kata ok lah. Tapi lepas tu keluar le ayat ni dari mulut dia, "Mak dulu buat gak kuih gunting. Sedap. Sekarang dah tak buat dah. Masa raya selalu gak kita orang makan." Jeng jeng jeng... Bila sudah disuarakan begitu, nampak gayanya bini dia ni kena menuntut ilmu buat kuih gunting dengan maknya.

Balik aje Nilai, esoknya saya mintak ibu mertuaku itu ajar buat kuih gunting. Musykil jap dia. So, saya story le apa yang sebenarnya dah terjadi. Dengan senangnya dia suruh saya belikan bahan2 untuk buat kuih tersebut meskipun dah dekat 7-8 tahun dia tak buat dah kuih tu.

Jom kita buat kuih gunting...
Bahan2nya:
1. 1 kg tepung gandum
2. 4-5 biji telur ayam (kalau besar amik 4 biji. kalau kecik amik 5 le)
3. Planta
4. 2 sudu cili giling
5. 4-5 biji bawang merah (yg kecik tu tau, bukan besar)
6. Daun bawang dihiris halus
7. Daun sup dihiris halus
8. 3/4 cawan air garam
9. Air suam setengah cawan
10. Minyak untuk menggoreng

Cara2 membuatnya:
1. Potong bawang merah. Memanjang boleh, potong macam masak spaghetti pun boleh. Petua orang tua, basuh bawang time dah dibuang kulitnya baru potong. Jika tidak, bawang lambat garing bila digoreng.
2. Goreng bawang sehingga warna keemasan dan letak dalam piring sehingga sejuk.
3. Dalam bekas lain pula, masukkan tepung gandum tapi jangan habiskan terus sebab nanti baki tepung tu nak ditabur masa nak giling adunan dan tabur atas bekas selepas dipotong. Campurkan juga, cili giling, planta dalam 4 sudu, telur, daun bawang, daun sup, bawang goreng yang dah sejuk sedikit dan air suam. Gaul sehingga mesra. Kemudian letak air garam dua sudu sesekali bila adunan keras. Jangan letak semua takut nanti kuih jadi masin.
4. Pastikan adunan tidak terlalu lembik dan terlalu keras.
5. Bila dah siap, mula giling adunan. Taburkan sedikit tepung gandum atas papan penggiling dan juga atas bekas lain untuk letak adunan yang dah digunting agar tidak melekat.
6. Ambil sedikit adunan tadi dan giling sehingga ia leper. Macam dalam gambar di atas. Jangan tebal sangat sebab takut kuih tu akan mengembang bila menggoreng nanti. Tak pasal2 tukar nama kuih tembam. Hehehe...
7. Bila dah leper, amik pisau dah toreh macam dalam gambar di atas juga. Kemudian, amik kuih yang dah ditoreh tu lalu potong dengan gunting. Jika suka besar, potong besar. Jika kecil, kecillah.
8. Bila agak2 bekas yang letak adunan kuih yang dah digunting tu macam takde tempat lagi (letak rata2 jangan timba2kan sangat dia), boleh le menggoreng.
9. Goreng dengan api sederhana besar. Dan kemudian toskan. Lepas tu apa lagi, dah sejuk aje, makan ler.... krup krap krup krap

Happy trying & cooking...

Khamis, 21 Februari 2013

Jika dia jodohku

Rezeki, jodoh, ajal dan maut sudah ditentukan oleh Allah sejak dari azali lagi. Ianya juga sebahagian daripada ujian dalam rukun iman ke-6 iaitu qada' dan qadar Allah. Bukan mudah sebenarnya untuk mendidik hati, jiwa dan fikiran agar menerima setiap yang berlaku adalah ketentuan dariNYA. Hati mula berbisik, 'kalau aku buat begini, tentu tidak akan berlaku perkara ini.' Jiwa pula sukar untuk menerima dengan baik apa yang telah berlaku. Fikiran pula asyik memikirkan perkara lepas, seolah-olah tidak mahu melupakannya.

Pernah satu ketika dahulu, zaman remaja saya, saya menyukai beberapa orang lelaki. Namun, ianya sekadar suka kerana wujudnya keadaan 'orang lain ada, aku pun nak ada jugak'. Dalam pada proses itu, pelbagai perangai, sikap dan perilaku orang saya belajar. Sama ada lelaki mahupun perempuan. Rakan baik dan rakan biasa.

Dan dalam pada saya memerhatikan tingkah orang lain, suka pada orang lain, rupa-rupanya saya juga turut diperhatikan & diminati. Macam tak percaya aje rasanya. Hahaha... But, that is not the point that I want to share here.

Apa yang saya nak kongsikan ialah bila mana saya mula ingin steady dengan hubby saya, hati saya mula berkira-kira. Betulkah dia untuk aku? Betulkah dia suka pada aku? Betul ke aku suka pada dia? All the negative thoughts jumble up in my mind. Hati adakala berbelah bagi. Namun, saya tak berani untuk membuat keputusan yang drastik. Takut ianya tersalah.


Akhir sekali, apa yang mampu saya lakukan ialah saya akan berdoa pada Allah pada sujud terakhir dan dalam doa selepas solat. Doa yang sering saya pinta dahulu, "Ya Allah, jika benar dia jodohku, maka kau rapatkanlah hubungan kami. Dan jika bukan, aku pohon Kau jauhkanlah hubungan kami dengan cara yang baik. Aku tidak mahu ada antara kami yang hatinya akan terguris dan tersiksa." Ya, doa inilah yang sering saya lafazkan dalam hati dan mulut sehinggalah saya sah menjadi isteri kepada hubby tersayang saya sekarang. Segala puji bagi Allah. Dia lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya.

Sebaik bergelar isteri, doa itu telah saya ubah. Berdoa yang hubungan kami kekal hingga ke syurga. Dikurniakan keluarga yang bahagia dan diberi kekuatan dalam mengharungi segala cabaran dalam kehidupan.

Buat pembaca yang belum bertemu jodoh atau dalam persimpangan dilema, apa yang mampu kita lakukan ialah solat dan berdoa. Minta padaNya. Hanya Dia sahaja tahu apa yang terbaik untuk diri kita pada masa hadapan. Berusahalah untuk tidak berputus asa.

Dari Ali r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama dan nur bagi langit dan bumi." 
(Hadis riwayat Al-Hakim)

Khamis, 14 Februari 2013

Kenapa Perbankan Islam Mahal?


Salam semua...
Saya sedang membaca buku Diari Musafir: Jangan Berhenti Berlari oleh Dr. Zaharuddin Ab. Rahman. Rasanya sudah 3/4 habis. Dan sedang saya seronok "berenang" dalam lautan ilmu, satu tajuk kecil membuatkan saya teringat akan seseorang. "Perbankan Islam Mahal"

Saya dan hubby pernah bertemu dengan seorang hamba Allah yang berpangkat Dr. Atas sebab2 tertentu kami dipertemukan. Dan bila urusan kami sedikit selesai, tiba-tiba Dr. tersebut bertanya tentang kerjaya hubby saya. Hubby saya menjawab yang dia bekerja di salah sebuah institusi perbankan Islam. Entah mengapa, Dr. tersebut sedikit melatah dan mula memberikan komen yang negatif tentang cara perbankan Islam dikendalikan. Boleh pula disamakannya dengan cara Yahudi. Astaghfirullahhalazim... Kami berdua speechless. Tapi saya tahu yang suami saya terasa. Dia pun hanya berkata bila perlu sahaja selepas itu. Tidak mahu menambah burukkan keadaan.

Oleh itu, sesiapa yg membaca artikel saya ini, harap dapat melihat perbezaan antara Perbankan Islam & juga Perbankan Cara Konvensional secara santai kenapa ianya lebih mahal. Untuk tahu lebih lanjut, saya amat2 menyarankan agar pembaca terus mendapatkan ilmu di web Dr. Zaharuddin atau membaca apa2 buku berkaitan perbankan Islam sebelum menyelar atau melatah.

"Jawapan berkenaan harga lebih mahal telah diulas dalam buku2 saya sebelum ini. Tetapi ringkasnya, cuba anda fahamkan satu senario contoh. Di sebuah kampung terpencil yang kekurangan air minuman bersih, tiba-tiba didatangi oleh 2 penjual seperti berikut:

  • Penjual A menawarkan jualan sebotol arak 1 liter yg haram dengan promosi harga murah hanya 50 sen sebotol.
  • Penjual B menawarkanjualan sebotol minuman oren 1 liter yg halal dengan promosi harga hanya seringgit sebotol.
Apa pandangan anda dalam senario di atas? Siapa yg kelihatan tidak bertimbang rasa & zalim?

Jika anda menjawab penjual B tidak bertimbang rasa, anda mungkin perlu menyemak kembali tahap keimanan & takwa dalam diri. Dibimbangi ia semakin terhakis kerana pertimbangan utama diletakkan pada benda zahir sahaja iaitu harga serta mengurangkan sedikit keutamaan pd unsur 'ghaib' atau bersifat spiritual yang boleh menghancurkan iman spt haramnya arak.

Bagi saya, tidak ada yg lebih zalim & kejam daripada menawarkan arak yg haram, malah ia menjadi lebih zalim kerana menawarkannya dengan harga yg murah sehingga menggoda & menarik ramai orang kepada melakukan yg haram.

Jangan dimarah penjual B kerana menjual dgn sedikit mahal. Kita tidak mengetahui modal & kos yg diperlukan bagi memperolehi bekalan minuman oren tadi. Sudah tentu, dia juga inginkan keuntungan di samping menawarkan pilihan minuman yg halal.

Benar, anda boleh mengatakan & memberi komen, "Sepatutnya penjual B lebih bertimbang rasa & berkorban demi menyelamatkan orang ramai daripada tergoda kepada benda haram".

Respon saya, ia tertakluk kepada sejauh mana iksan & iman penjual B tetapi apa yg dilakukan tetap halal. Bagi sebuah bank Islam pula, ia tertakluk kepada pemilik bank tersebut. Cuba anda bayangkan anda sendiri menjadi pemilik bank Islam, adakah anda bersedia untuk berniaga tanpa keuntungan? Jika anda sendiri tidak mampu, maka usahlah dikritik pemilik bank Islam yg lain."

Sumber: Diari Musafir: Jangan Berhenti Berlari. Dr. Zaharuddin Abdul Rahman. 2012. Galeri Ilmu Sdn Bhd. Selangor. 


Jumaat, 8 Februari 2013

Surah Al-Kahfi memberi rasa sebak...

Assalammualaikum semua...

Hari ini, ketika selesai solat subuh tadi dan ketika hendak berdoa, hati saya berbolak-balik. Hendak baca surah apa ya pagi ni. Yasin? Sambung bacaan yang sebelumnya? Atau surah Al-Kahfi?
Akhir Allah beri petunjuk. Saya buku lembaran Surah Al-Kahfi sebaik selesai membaca Fatihah.


Saya baca sahaja untuk beberapa muka surat. Sebaik membaca terjemahannya, saya baca sahaja dan cuba jadikan bacaan terjemahan hari ini sebagai penyampaian Allah untuk saya. Ingatan dan peringatan buat saya. Namun, sebaik membaca kisah tentang peringatan Allah berkaitan dengan perkataan 'InsyaAllah', saya teringat kisah yang hubby saya ceritakan dari Ustaz Dato' Ismail Kamu waktu kuliahnya. Ia juga seolah peringatan Allah buat saya agar sentiasa mengucapkan 'InsyaAllah' setiap kali berurusan dengan orang lain terutamanya pelanggan saya.

"Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti." Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "InsyaAllah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah, "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini." (Al-Kahfi: 23-24)

Dan selepas membaca terjemahan beberapa ayat berikutnya, saya mula rasa sebak. Saya takut. Saya takut Allah tidak mengambulkan doa saya. Saya takut saya tidak dapat pulih dan jadi lebih baik dari sekarang. Saya selalu kata, 'aku berlindung kepadaMu ya Allah' tapi adakala hati mula berbolak-balik. Dan saya mula menangis tatkala membaca terjemahan ayat di bawah:

"BagiNyalah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya & jelas sungguh pendengaranNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya! dan Ia tidak menjadikan sesiapa pun masuk campur dalam hukumNya. Dan baca serta turutlah apa yang diwahyukan kepadamu dari kitab Tuhanmu, tiada sesiapa yang dapat mengubah kalimah-kalimahNya; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya." (A;-Kahfi: 26-27)

Ya. Dia sebaik-baik pelindung. Dan saya amat berharap dia dapat melindungi iman saya, rasa hati saya, perasaan saya dan kehidupan saya sepanjan hayat. Harap sangat agar Dia tunjuki saya jalan yang lurus dan membantu saya tatkala perasaan & rasa hati jahat mula melanda. Ya Allah, kau tahu apa yang aku maksudkan. Dan aku harap aku kembali sihat dan lebih baik amal ibadatku berbanding dahulu. Ampunkan dosaku ya Allah......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...